RINA KIFLI: Hasil carian untuk buat duit dari rumah
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut tarikh pertanyaan buat duit dari rumah. Isih mengikut kaitan Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut tarikh pertanyaan buat duit dari rumah. Isih mengikut kaitan Tunjukkan semua catatan

Isnin, 11 November 2024

Cara Buat Duit Dengan Menulis Blog

2:59 PTG 0
Cara Buat Duit Dengan Menulis Blog

 


Cara buat duit dengan menulis blog?

Sebenarnya, banyak cara yang boleh kita buat untuk dapatkan duit daripada Blog. Pendek kata, buat duit dengan menulis blog merangkumi pelbagai jenis aspek pendapatan iaitu daripada menulis, mengiklan, posting semula dan lain-lain lagi. 

Banyak nak kena belajar ni, tapi jangan risau. Jom Rina explain satu persatu.  Mungkin kesemua aspek pendapatan ini boleh anda realisasikan dari blog anda.

Pendek kata, tak susah nak dapatkan duit dari blog ini. Memang boleh buat sebenarnya. Tapi perlu tahu dan perlu ada ilmu-ilmu ini. So harini rina nak share idea dan apa yang anda boleh buat dengan menulis blog, dapat buat duit!

Jenis Bisnes Sesuai Untuk Pelajar Universiti

2:12 PTG 0
Jenis Bisnes Sesuai Untuk Pelajar Universiti

Jenis bisnes sesuai untuk pelajar universiti memang banyak!


Macam-macam bisnes yang boleh anda semua lakukan ketika masih menuntut di Universiti. Sama ada nak menjual-jual ataupun nak buat perniagaan atau bisnes yang berasaskan servis atau perkhidmatan.  


Sebagai pelajar, pasti anda sibuk dengan asignment dan kerja yang diberi oleh pensyarah bukan? Yela, kalau tak siapkan dan tak fokus nanti kena potong markah lah, gred rendah, pointer rendah dan sebagainya. huuuuuu haru betul. 


Sebenarnya, banyak jenis bisnes untuk pelajar universiti yang boleh dibuat.

Mana tahu, anda boleh melakukan salah satu perniagaan mudah ini dan menjana pendapatan dengan senang sejak di bangku Universiti lagi. haaa gituh! Teringin tak, dekat universiti duit menderu-deru masuk dalam akaun bank. Tak perlu risau nak minta dekat ayah dan ibu lagi.

Paling penting, jenis bisnes untuk pelajar universiti ini tidak harus terikat dengan masa. Sebab sebagai student, kita ada jadual kita sendiri, kelas bermula pada jam 8 pagi sampai 10 pagi, kemudian  mula dari jam 2 petang sampai 4 petang dan macam-macam lagi jadualnya.

Kalau nak buat bisnes yang terikat dengan masa, amat sukar untuk anda commit! Takkanlah nak pergi berniaga pasar malam kalau kelas pukul 8 malam sampai 10 malam kan.

Anda tidak perlu pening-pening kepala lagi, disini Rina akan terangkan jenis-jenis perniagaan atau jenis bisnes untuk pelajar universiti yang sesuai untuk anda semua.


1.  BISNES PRINTING | PRINT ASSIGNMENT

Rina pun pernah buat bisnes printing ni dulu dekat uitm Jengka. Masa tu cuma ada laptop dan printer. Korang kena beli 1 printer letak di bilik sahaja, nanti bila ada asignment nak kena print bagai, tak payah pergi print di cc (cybercafe), cukuplah print di bilik sendiri dan boleh uar-uarkan pada classmate korang, sapa nak print kat bilik aku, RM0.20 (kalau guna kertas sendiri) , kalau guna kertas aku, print seorang RM0.40. 

Mata duitan ke aku? Murah tu. Tapi kalau asigment sampai 30 page seorang, banyak juga korang dapat kan. Daripada kawan sekelas atau kawan baik yang tahu, nanti pasti dorang akan bagitahu kat roomate dorang.

Roomate dorang pula akan bagitau clasmate dorang. Haaa macamtula berkembangnya bisnes korang dan pasti sebulan tu lebih RM100-RM200 korang dapat buat duit poket. Alhamdulillah syukur, dapat buat simpanan atau tambah duit makan.

Jenis bisnes sesuai untuk pelajar universiti sudah pastilah bisnes printing ni!


2.  BISNES TOPUP

Sebenarnya bisnes topup ini sesuai untuk pelajar universiti dan ia pun sangat menarik. Semua orang guna handphone dekat university. Semua orang mesti nak topup. Korang jual topup, korang dapat juga untung. 

Tapi paling best sekarang ni, ada tau simkad yang kalau korang guna dan korang topup sendiri pun korang dah dapat komisen. Lepas tu, kalau korang rekemen orang guna simkad tu pun korang dapat komisen juga, kalau orang yang korang rekemen tu pakai simkad yang korang jual tu, tiap kali mereka topup, korang pun dapat komisen.. 

Ya Allah, betul ke ada cara buat duit pelajar universiti macam ni? Alhamdulillah memang ada.  


3.  BISNES DROPSHIP

Ramai juga pelajar dah buat bisnes dropship ni. Senang saja, pilih satu produk yang penjualnya menawarkan komisen untuk anda jika anda menjual barang tersebut. Itulah bisnes dropship. 

Contohnya, anda nak jual beg atau baju. Anda boleh promote dari internet, facebook dan sebagainya. Sekiranya ada pelanggan berminat nak beli barang tersebut, penjual tadi akan post kepada mereka dan akan membayar komisen kepada anda. Untuk buat bisnes ni, anda cuma perlu ada sambungan internet dan handfon atau laptop sahaja.  Mudah kan?

4.  BISNES ASSIGNMENT 

Jenis bisnes yang sesuai untuk pelajar universiti juga adakalanya tidak melibatkan produk tetapi melibatkan servis atau perkhidmatan. Anda mungkin tidak suka menjual barang-barang dan tidak mempunyai skill tersebut. Namun, anda oleh membuat bisnes Assignment iaitu menyiapkan assignment kawan-kawan anda yang malas nak buat asignment tu. 

Of course lah anda perlu cas mereka dengan harga berpatutan dan berbaloi buat anda. Rina pernah tolong buat asignment budak class iaitu buat karangan mandarin, time tu dah sibuk nak exam speaking mandarin, yang mana belum buat dan hafal karangan masing-masing, diorang dah kalut waktu tu, apa lagi, nak minta tolong yang pakar, yang pakar pun ada kerja banyak. 

Jadi , nak berbaloi dan tolong mereka, rina cas seorang RM10, alahai karangan simple tak sampai 1 kertas A4 pun. Jadi dapatlah dalam 6 orang juga rina buatkan karangan mandarin tu. Rezeki RM60 pada 1 malam. Kalau asignment tu banyak, macam buku folio, korang boleh cas dalam RM40 - RM100 atau yang mana berpatutan.

P/s: Nasib baiklah aku perform subjek mandarin masa tu, memang boleh jadi makanan aku buat duit untuk assignment tu.



5.  BISNES PENULISAN

Mungkin ada yang tidak yakin dan tak ramai kawan untuk buat bisnes asignment. So jangan risau, korang boleh buat duit dengan menulis.  

Jenis bisnes sesuai untuk pelajar universiti adalah bisnes yang dibuat melalui laptop dan secara online sahaja. Sangat best dan memadai.

Buat duit dengan menulis adalah jenis perniagaan untuk pelajar universiti tanpa perlu menjual atau masuk campur tangan dari orang-orang yang terdekat dengan anda.  Bagaimana boleh buat duit dengan menulis? 

Anda sendiri boleh menulis dan menjana pendapatan.

Terdapat banyak cara untuk anda buat duit dengan menulis sama ada reti atau tidak, anda boleh belajar dengan mudah dari panduan Success Writer. 

Alhamdulillah Rina sendiri pun dah pernah menjana duit dengan menulis dengan berpandukan Success Writer ini.

Ini adalah antara Pendapatan rina terima sebagai seorang penulis sampingan:











Alhamdulillah, tak perlu bekerja pun, malah cuma duduk di rumah dan menulis sahaja boleh dapat income macam ni. Terima kasih Ya Allah. Dan terima kasih juga untuk Panduan Success Writer, banyak sangat dapat rina belajar dari panduan Success Writer ini. 

Nak dapatkan Sucess Writer? Ini adalah panduan yang sangat lengkap untuk korang terus belajar dan berjaya buat duit dan bina pendapatan mudah.

Tekan sini untuk dapatkan Success Writer yang lengkap.

Jumaat, 17 Jun 2022

Impian Dan Big Why, Apa impian dan big why anda?

11:03 PTG 1
Impian Dan Big Why, Apa impian dan big why anda?

Apa itu big why?


Semua orang ada big why masing-masing. Big why tu apa? Lebih mudah kita cakap ia adalah impian atau apa yang kita nak dalam hidup ini.  Semua orang ada, kalau taktahu apa bigwhy anda, itu tak bermaksud kau tak ada bigwhy. Kau ada tapi kau taktahu je, kau tak sedar.. Kalau kau diam-diam fikir, kau akan dapat apa impian kau.


Baca juga: 

Apa Itu Big Why

Big Why Perlu Jelas Dan Visual


Tak terkecuali, aku juga mempunyai impian. Pada mulanya aku tak tahu bahawa itu adalah impian. Namun, aku sedar, sebenarnya itulah yang aku mahukan. 

Big why itu adalah impian atau apa yang kita betul-betul nak dalam hidup.

Ya, big why itulah impianku. Tak terlambat jika kita makin hari makin berusia tapi baru nak bercerita tentang big why. Ingat ya, belum terlambat lagi. Hatta kau umur 40,50 sekalipun masih belum terlambat.

Semua orang layak untuk berimpian, berjaya, bahagia dan dapat apa sahaja yang dia inginkan. Termasuklah cita-cita kita. Itu juga adalah big why.

Semua orang berhak ada impian. Semua orang berhak ada matlamat hidup. Dan tiada siapa yang boleh halang kita. Ya, mungkin tetap aja ada orang halang kita, tapi ketahuilah bahawa kita akan berjaya kerana kemahuan kita. Itu sudah juga. 

TETAPI, aku juga belajar bahawa kemahuan saja tidak cukup. Rupanya tindakan lah segalanya yang menjadikan kemahuan kita sebagai satu kenyataan. Tetapi berjuta manusia di bumi ini berusaha, ada yang tetap gagal. Ada sebab di sebalik itu sebenarnya. tapi hari ini kita akan bercakap tentang big why.


Kenapa big why penting?

Big why akan memacu kita untuk berjaya. Percayalah, tanpa big why tak mungkin kita berjaya, tapi dengan big why, sudah pasti kita berjaya. Apa big why anda? Pernahkah anda terfikir apa impian atau cita-cita anda?


Impian Dan Big Why Rina Kifli



Sebagai seorang wanita yang hidup bersederhana bersama keluarga, aku dibesarkan di sebuah rumah kampung bersama nenek dan ibuku. Ya ini realiti hidup aku. Sehingga aku tamat belajar dan berusia 25 tahun sampai aku berkahwin, baru ibuku pindah ke rumah flat yang sebelum ni ibu sewakan rumah itu. 

Kiranya aku membesar secara sederhana. Hidup bersederhana dan alhamdulillah aku syukur dengan apa yang aku lalui sepanjang hayatku. Terima kasih Ya Allah.

Apabila aku dewasa kini, aku sangat terkesan apabila memikirkan susah payah ibu membesarkan aku seorang diri. Tanpa abah di sisi. Aku sangat terkesan fikirkan ibu besarkan adik-adikku juga. Sebagai anak, aku nak sangat balas jasa ibuku, tapi aku sedar tak mudah untuk anak balas jasa dan takkan terbalas. 

Untuk balas jasa ibu, selain meluangkan masa bersama, meringankan beban keluarga dan lain-lain, of course kita perlu berjaya, perlu wang untuk bantu keluarga dan lain-lain. Amat sedih pun ada bila kita fikir orang lain berkorban untuk lihat kita berjaya.  Apa yang kita fikir, pasti sesuatu yang datang dari hati. 

Disudut hati, aku rasa aku tak ada apa-apa. Aku masih lagi level ikan ikan bilis yang anak. Aku kena mula dari bawah semula untuk berjaya. Kesilapan aku masa lalu adalah aku tak all out dengan apa yang aku usahakan. Dan aku taknak buang masa lagi. Aku akan tebus semua kesalahan itu untuk berusaha sungguh-sungguh capai impian aku.

Apa impian aku? Impian utama aku? Terlalu besar dan banyak. Aku sendiri tak tahu adakah Allah izinkan aku capai impian aku ini atau tidak.

Tapi big why aku cukup kuat.


Kebebasan Kewangan 


Bebas kewangan dimana aku mampu bahagiakan semua orang tersayang terutamanya mak, keluargaku, adik-adikku, suamiku dan semua orang yang memerlukan di luar sana. 

Aku selalu terbayang aku ada freedom yang tak perlu untuk aku korbankan masa aku bekerja atau buat apa-apa. Contohnya, kita boleh beri wang atau sedekah sesuka hati tanpa fikir kita perlu cari duit atau struggle lagi. 

Contoh yang lain, kita boleh beri wang berapa ribu kepada mak kita tanpa perlu susah-susah fikir nak kerja lagi cari duit. Tapi kalau itu berlaku, tak rasa lah kita akan kehidupan ini. 

Cuma aku percaya aku akan dapat freedom life, financial freedom dan retired young!

Sungguh aku nakkan bebas kewangan sebegitu. Jangan kata mustahil, ia sebenarnya tak mustahil. Aku sudah jumpa penyelesaian dan dalam proses capai big why aku tu. Semoga dipermudahkan. Nanti aku kongsikan apakah penyelesaiannya.


Baca Juga:


Sebuah Rumah Idaman Keluarga



Rumah idaman rumah teres atau landed house. Ini adalah idaman aku untuk kepuasan diri aku sendiri. Aku sangat idamkan nak beli atau nak duduk rumah idaman aku walaupun kecil takpe. Janji aku nak rumah sendiri yang landed house dan rumah hasil titik peluh aku sehingga aku dapat retire young dan retire rich dalam usia yang muda.

Alhamdulillah , aku bersyukur bila Allah tunjuk jalan yang tepat pada aku. Sekarang Allah cuma nak aku usahakan sahaja dengan platform atau kepakaran yang Allah beri pada aku. 

Perjalanan takdir aku adalah bersama mereka yang minat bisnes, yang sukakan bisnes, circle yang suka mencari ilmu bisnes. Alhamdulillah aku syukur dengan rezeki Allah beri ini.

Aku juga mengenali seseorang yang memberi peluang dan ruang perniagaan untukku. 

Gambar bersama seorang hamba Allah yang Allah hantar.


Bersama beberapa Bisnes Partner Rina yang sempat hadir juga



Dalam video di bawah ini, adalah rumah dia. 

Terima kasih dia sebab banyak ajar aku untuk terus berjuang dalam platform ini. Dan hampir 1 tahun aku baru bermula , kini tengah membina legasi untuk ini. Terima kasih juga bisnes partner aku yang join sama-sama untuk berjaya sama-sama. 




Macam mana? Terbakar kan tengok rumah mentor aku. Terima kasih banyak kepada beliau yang sudi bimbing aku dan partner bisnes aku sehingga berjaya! amiin.

Alhamdulillah, aku masih buka peluang untuk sesiapa yang berminat nak jadi bisnes partner dengan aku. Yang berminat dan ada impian, yang nak ubah hidup supaya lebih bermanfaat dan bebas kewangan dan masa. Cukup lah kalau betul-betul nak, itu saja yang paling penting.


Boleh terus wasap Rina ya di SINI. BTW ini adalah pasif income sampingan, untuk penulisan, korang boleh hubungi rina macam biasa!



Jom Baca Juga:

Tarbiah Big Why Bisnes
7 Tips Fokus Capai Matlamat
50 Kata Semangat untuk Berjaya Dan Motivasi Diri

Ahad, 6 Februari 2022

Senarai Menu Produk Rihura | Katalog Makanan Sunnah Rihura

3:15 PG 0
Senarai Menu Produk Rihura | Katalog Makanan Sunnah Rihura

Senarai Menu Produk Rihura Makanan Sunnah Rihura. Ramai yang cari makanan sunnah bila dekat bulan Ramadan. Selalunya bukan pada waktu puasa, tetapi sebelum puasa lagi ramai yang teringin nak sediakan makanan sunnah terbaik untuk keluarga bukan?

Terutamanya kurma! Ya. Macam-macam jenis kurma yang pernah kita beli bila nak ramadan ni. Yang pasti, tak ramai dari kita yang tahu apa nama kurma yang dibeli. Kadang-kadang tahu sebut je 'kurma warna coklat' tu, 'kurma biasa' tu dan macam-macam lagi. 

Itu normal ya kalian hehe. Memang kita rasa tak kisah nak ingat nama kurma atau tidak. Tapi bila disebut saja pasal kurma Ajwa, Kurma Nabi, yang mana pernah ke Mekah atau Madinah pasti akan selalu dengar nama kurma ini. 

Pernah Cuba? 


Kurma Ajwa sangat popular di Madinah. Pendek kata, kita semua kalau nak makan kurma Ajwa yang hebat diamalkan oleh Nabi SAW ini, kita makanlah kurma Ajwa Madinah original yang ditanam di Madinah. Kenapa? Sebab sekarang ajwa dah ditanam di China, Indonesia dan lain-lain negara. 

Nak khasiat Ajwa Madinah dan keberkatannya, kena pastikan original Madinah. Macam Jenama Rihura, kurma Ajwa yang Rihura jual adalah Asli Madinah certified original. Jadi langsung tak perlu risau dah. Sebut je kurma Ajwa Madinah Asli, korang tahulah kat mana nak cari kalau bukan Rihura.

Selain itu, jom lihat produk makanan sunnah dari Rihura. Jemput lihat gambar di bawah.


Lihat! Bukan sahaja kurma Ajwa Asli Madinah Rihura, tetapi terdapat juga makanan sunnah yang lain pastinya mengikuti citarasa anda. Seperti Buah Tin kering, Aprikot kering dari Turki, Kismis sultana yang segar dari Iran, Mix fruits buah kering campuran kegemaran ramai dan banyak lagi.

Selain dari makanan sunnah pilihan ramai, Rihura juga menyediakan set jimat. Bukan biashe biashe jimatnya, tapi ini luar biasa jimat. Beli produk Rihura tak sah kalau tak tengok senarai menu produk Rihura.

Katalog makanan sunnah Rihura berbentuk gambar ini memang buat kita rasa macam jimat, rugi tak beli tambah-tambah nak Ramadan. Bila ada set sebegini, boleh guna untuk 1 keluarga. Alhamdulillah. Tak perlu berkira-kira nak beli sikit-sikit sebab Set Combo Rihura ada.


Set Combo Rihura | Set Kombo Jimat 


Bukat setakat jimat, terdapat 5 Set Combo Rihura yang didatangkan mengikut kesesuaian anda semua. Bagi ibu hamil, ibu menyusu, mereka yang nak diet dan juga untuk seisi keluarga amalkan. Semua boleh ambil Set yang sesuai untuk diri masing-masing. Menarik kan?

Patutlah berbaloi jadi Dropship dan Agent Rihura ni. Dengar kata, untung Agent pun sampai 25%. HQ siap boleh postkan barang juga tu. Untuk permulaan dengan modal sangat rendah pun boleh jadi agent. Tapi Dropship tanpa modal terus boleh dapat harga Dropship. Giler rugi kalau tak ambil peluang buat duit Ramadan ni!






Set Organik Rihura | Rihura Organic Set 


Selain dari makanan sunnah, Rihura juga mempunyai produk set organik. Ia adalah minuman bunga semulajadi dan juga minuman rebusan untuk khasiat milkbooster. Yang bunga tu sangat best untuk cantikkan kulit, awet muda dan nak buang toksid dalam tubuh secara selamat, organik tanpa cirit birit.




Kandungan Dan Kelebihan DIET SUNNAH | Set Organik Rihura


Green Tea - Membakar lemak, Menurunkan berat badan
Rose - Antioksidan & melancarkan sistem pencernaan
Roselle - Melancarkan detoksifikasi, Menurunkan pengumpulan lemak, Menurunkan berat badan
Apple Flower - Menghancurkan lemak, Melancarkan sistem pencernaan
Goji Berry Hitam - Mengawal gula darah, Elakkan sel kanser, Turunkan berat badan
Kurma Ajwa - Boost tenaga, Cepat kenyang


Kandungan Dan Kelebihan BEAUTY SUNNAH | Set Organik Rihura


Rose - Antioksidan & melancarkan sistem pencernaan
Golden Rose - Menegangkan wajah, lebih awet muda, mencantikkan kulit dan tubuh badan
Jasmin Green Tea - Menyegarkan & menyihatkan tubuh, Mengurangkan paras kolestrol dan sakit jantung
Chrysanthemum - Mencantikkan wajah dan tubuh, Menyihatkan mata, Menguatkan tulang
Roselle - Melancarkan detoksifikasi, Menurunkan pengumpulan lemak, Menurunkan berat badan, Melancarkan saluran darah
Calendula - Melembabkan kulit, Mengatasi jerawat dan radang kulit
Goji Berry - Melambatkan penuaan (Anti-aging)
Gula Batu - Penyedap rasa
Kurma Ajwa - Boost tenaga, Lebih cergas, Mencantikkan Kulit



Kandungan Dan Kelebihan ROSELLE FLOWER TEA | Set Organik Rihura


Roselle - Melancarkan detoksifikasi, Menurunkan pengumpulan lemak, Menurunkan berat badan, Melancarkan saluran darah, Menghapuskan lemak berlebihan, Rampingkan badan.
Rose - Antioksidan & melancarkan sistem pencernaan
Golden Rose - Menegangkan kulit dan wajah, lebih awet muda, mencantikkan kulit dan tubuh badan
Kurma Ajwa - Boost tenaga dalaman dan luaran, Mudah untuk dapatkan tubuh badan yang ideal.


Kandungan Dan Kelebihan MILK BOOSTER | Set Organik Rihura


Longan Kering - Menghasilkan susu badan (Tinggi Potassium)
Kurma Merah - Melancarkan darah (Darah melahirkan & haid)
Goji Berry - Melambatkan penuaan (Anti-aging)
 Berry Hitam - Sesuai untuk ibu hamil (Mudahkan proses bersalin)
Kismis Sultana - Mudah lancarkan pengaliran susu badan.


 

Senarai Harga Produk Rihura | Menu Makanan Sunnah Rihura | Katalog Rihura


HARGA KURMA AJWA ASLI MADINAH GRED 1

100G RM 10
200G RM 20
300G RM 30
500G RM 50
1KG  RM 90


HARGA KURMA AJWA ASLI MADINAH VIP PREMIUM

100G    Rm 15
200G    Rm 28
300G    Rm 40
500G    Rm 60
1KG      Rm110


HARGA KISMIS SULTANA 

100G RM7
200G RM10
300G RM15
500G RM18
1Kg RM30


HARGA DRIED APRIKOT / BUAH TIN

100G RM 5 
200G RM 10
300G RM 15 
500G RM 22 
1KG RM 40 


MIX FRUITS 

150G RM 8
400G RM 24


MIX FRUITS NUTS

150G RM8
400G RM 24


SET COMBO

COMBO AJWA GRED1 DAN VIP

♦️COMBO AJWA A
300G + 300G: RM 65 (JIMAT RM5) 

♦️COMBO AJWA B
1KG VIP + 1KG GRED1: RM 192 (JIMAT RM8) 


🔹SET FAMILY RM 95
500G APRIKOT+ 500G KISMIS SULTANA + 500G AJWA VIP


🔹SET MENYUSU RM 98
500G KISMIS SULTANA+500G AJWA VIP+ 14 PACK MILKBOOSTER (LONGAN, KURMA MERAH, GOJI BERI)


🔹SET HAMIL RM 99
500G APRIKOT+500G AJWA VIP+ MIX FRUIT NUTS 400G ATAU KISMIS 600G + PERCUMA KISMIS 100G


🔹SET DIET RM 92
500G APRIKOT+500G AJWA VIP+500G ROSELLE TEA


🔹MIX FRUITS NUTS/MIX FRUITS
3 BALANG (400G) RM 67 (JIMAT RM5) 


SET ORGANIK RIHURA

MILKBOOSTER (12 PACK) RM 26

ROSELLE FLOWER TEA (12 PACK) RM 28

BEAUTY FLOWER TEA (12 PACK) RM 26

DIET SUNNAH TEA (12 PACK) RM 25






Kini, semua mampu sihat? Tak ada alasan lagi untuk tidak sihat, kecuali diri sendiri alasannya. Pelbagai makanan sihat, sunnah dan semulajadi yang mampu dimiliki oleh ramai orang sudah ada, boleh didapatkan pada bila-bila masa sahaja. 

Kalau dahulu, ya, kita rasa agak mahal. Tapi Alhamdulillah dengan Rihura mampu milik, dan boleh pilih pilihan Gram ikut bajet masing-masing. 

Keluarga yang sihat datang dari Pemakanan yang sihat. Tukarkan makanan ringan kepada makanan sihat dan berkhasiat dari Rihura ini. Dengan harga mampu milik, semua mampu merasa!🤩


⏩  RUNNER / Cod Kuala Lumpur dan sekitarnya
🌐 POSTAGE SELURUH MALAYSIA serendah RM 7 sahaja


Alhamdulillah, buat peminat makanan sunnah, Jangan sia-siakan peluang ini. Selamat berkenalan dengan Rihura , semoga kita semua sihat dan dilimpahkan rezeki melimpah ruah. 😍






Dapatkan Ilmu Bermanfaat, Jemput Sertai:


Komuniti Rihura

Barang Rumah Malaysia

Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Malaysia Blogger Influencer & Content Writer

Khamis, 27 Januari 2022

Kenali Apa Itu ABO AMWAY | Kelebihan Jadi Ahli AMWAY

12:59 PG 8
Kenali Apa Itu ABO AMWAY | Kelebihan Jadi Ahli AMWAY



Ramai yang mengenali syarikat Amway dan tahu juga bahawa syarikat Amway ni menawarkan pengambilan sebagai agent. Tapi Amway tak panggil agent, sebab dia tak anggap seller yang buat bisnes amway ni agent. Mereka dianggap sebagai pemilik bisnes Amway itu sendiri. Seronok bukan? Ada juga yang panggil ahli Amway.


Apa Itu ABO Atau Ahli Amway


Bila kita beli barang amway, jika ada agent yang tanya, berminat nak jadi ABO tak? Atau ahli, ABO itu bermaksud Amway Business Owner. Erti kata lain adalah jadi agent atau ahli Amway. Penggunaan Amway Business Owner disebut dengan nama ABO adalah untuk memudahkan, simple dan senang nak faham.

Ia juga bermaksud bahawa anda perlu anggap Amway adalah seperti bisnes sendiri once bila anda sudah daftar sebagai ahli atau agent. Kita sebut ABO jela sedap sikit dengarnya. Oh ya, sememangnya terdapat banyak kelebihan jadi ABO Amway ni. 

Sebelum tu, anda kena faham dahulu bahawa Amway menawarkan barangan untuk pelanggan. Namun bagi yang mendaftar sebagai ABO, anda mempunyai kelebihan yang sangat banyak tak terkira. Ia bukan sahaja keuntungan semata-mata apabila buat bisnes, tetapi Amway memberikan anda pencen satu ketika nanti jika anda sudah layak.


Sistem ABO Amway | Prosedur Amway Business Owner 



Kita Sembang bab kelebihan jadi ahli atau ABO dahulu ya. Sekiranya sudah daftar sebagai ABO Amway, anda boleh akses masuk ke dalam website amway. Di situlah anda boleh manage dan lihat segalanya seperti point, jumlah jualan, tentang produk, berapa point yang perlu dicapai dan jumlah wang bonus yang akan anda terima setiap bulan. 

Ingat, bukan sahaja untung runcit, tapi amway bagi lagi bonus bulanan. Sebab itu, dalam amway tiada siapa nak atau tak nak, yang penting diri kita sendiri nak atau tidak. Itu sahaja.

Untuk pengetahuan anda, setiap barang amway mempunyai PV dan BV. PV bermaksud Point value manakala BV adalah bonus value. Dari segi harga barangan pula, hanya ada 2 jenis harga sahaja iaitu harga ABO dan juga harga untuk pelanggan. 

ABO Amway akan mendapat harga ahli dan boleh jual kepada pelanggan menggunakan harga runcit. Jadi, sebagai ahli sudah pasti anda akan mendapat harga runcit. Nak post produk ke customer macam mana? Sudah tentu HQ Amway yang akan uruskannya. Anda cuma perlu submit order sahaja di website.  Memang menyeronokkan.  Jika customer nak pickup barang macam mana? Mudah saja, sama ada anda boleh pegang stok atau boleh beli di kedai Amway berdekatan kawasan rumah anda. Senang kan!


ABO Miliki Amway Tersendiri

Kredit Image: clinicstandard

Setiap ABO akan mempunyai bisnes sendiri iaitu Amway. Amway adalah bisnes sendiri dan ABO adalah owner kepada bisnes amway. Jadi, apabila anda berdaftar dengan Amway, Amway adalah bisnes anda sendiri! Sama macam produk lain, jika ada pengasas produk, anda adalah owner atau pengasas bagi bisnes amway. 

Kedai Amway di seluruh Malaysia adalah milik anda semua sebagai ABO Amway. Kiranya semua kedai di Malaysia ini adalah cawangan anda juga. Setiap pelanggan dimana sahaja berada boleh beli dengan Anda atau di kedai juga.

Apabila telah jadi ABO Amway, ianya adalah umpama kita buka sebuah supermarket yang mempunyai pelbagai produk rumah dan kesihatan.  Amway menjual lebih dari 1,000 jenis produk iaitu terdiri daripada pelbagai jenis barang seperti home care, personal care, vitamin, makanan tambahan, barang dapur, perkakas dapur, skincare dan banyak lagi.


Kelebihan Bisnes Amway | Kelebihan Jadi ABO AMWAY


Lebih 10 Jenis Pendapatan Amway

Dengan melakukan bisnes Amway, anda akan berpeluang menjana 10 jenis pendapatan. Bukan hanya untung runcit tetapi banyak lagi keuntungan dan pendapatannya. Pernah tak anda jumpa bisnes yang dapat banyak pendapatan selain dari untung runcit saja? Jika belum pernah, Amwaylah antaranya. Syarikat Amway pula adalah dari tahun 1990-an lagi, memang syarikat berjaya sehinggalah sekarang.


Berikut adalah keuntungan dari Bisnes Amway yang anda boleh jana:-


1. Keuntungan Runcit bagi setiap produk adalah margin dari 20% sehingga 25%


2. Bonus bulanan berdasarka point. Selain dari dapat untung runcit, akan ada point untuk setiap performance anda tak kisahlah tajaan ke, downline beli barang ke, anda sendiri beli barang rumah ker atau apa-apa sahaja yang anda buat, point akan masuk! 

Jadi, tiap bulan kalau capai % target amway, anda dapat gaji bonus dari Amway masuk akaun bank! Alhamdulillah ini tiap-tiap bulan rina dah merasa. Sekarang rina komited nak bantu anda yang nak sangat jana pendapatan mudah ni. Bonus bulanan akan dibayar pada 15 haribulan. 

Sangat terbukti, sebab ramai dah berjaya buat 4 hingga 5 angka dengan Amway ni, boleh beli rumah dan kereta guna payslip amway dah.


3.  Akan terima pendapatan-pendapatan seperti berikut jika anda betul-betul komited dengan bisnes ini:-

  • Untung runcit
  • Bonus Bulanan hasil dari usaha kita
  • Bonus Tahunan (Tiap tahun dapat bonus macam kerja kerajaan) Patut ramai buat duit dan jana pendapatan dengan Amway.
  • FAA point bonus
  • Tabung Diamond
  • Tabung Emerald
  • Growth Insentif Program (Bonus)
  • New Achiever bonus
  • Depth Bonus 1%
  • Leaderaship bonus 4%
  • Ruby Volume 2%
  • Royalty / pencen (Sama macam kerajaan, dah bersara pun dapat pencen bulan-bulan, tapi Amway bayar sampai kita meninggal, keluarga atau waris kita akan sambung dapat.)

Banyak sangat keuntungan dan pendapatan bila buat bisnes Amway ni. Jadi ABO Amway pula sangat mudah, tak keluarkan modal yang banyak. Hanya pendaftaran Ahli dengan harga mampu milik sahaja, anda dah dapat peluang perniagaan hebat ini. Alhamdulillah. Tapi lebih hebat lagi kalau dapat orang yang boleh bimbing kita buat sehingga berjaya.



Bisnes Amway Dapat Pencen

Sama macam kerja kerajaan, nanti dah bersara dapat pencen. Buat sekarang pulun sungguh-sungguh dengan bisnes Amway. Bila nanti dah tak buat tetap Amway bayar pencen bulan-bulan kepada kita.

Bukan sebab orang tajaan kita buat kerja dan kayakan orang atas, ingat, dalam Amway tak ada konsep macam tu. Sebab Amway bukan sistem piramid. Inilah sebab kena masuk kelas jika gila-gila nak berjaya dalam amway ni, masuk team yang ada kelas atau meeting.

Macam team upline Rina memang selalu tiap minggu ada 2 kali kelas meeting, belajar produk, tentang bisnes dan macam-macam. Seronok sangat kalau ada bisnes pasif income macam ni walaupun kita ada kerja hakiki atau bisnes lain.

Sebab tu ramai golongan profesional masuk amway, ramai doktor adalah ahli Amway, itu tak cerita sebab produk suplement dia memang organik dan terbaik tu lagi. Polis, doktor, pensyarah, cikgu dan banyak lagi.


Semua Orang Boleh Berjaya Dan Kaya


Dalam bisnes Amway ni juga semua orang boleh berjaya dan kaya. Tidak kerana kena belajar pandai je tapi Amway ni kalau tak pandai pun tetap boleh jadi kaya dan berjaya. Kenapa? suri rumah atau yang tak ada sijil belajar tinggi pun boleh berjaya dan kaya raya dengan bisnes Amway.

Sebab bisnes amway adalah sistem duplikasi. Tiru dan buat macam orang lain yang sudah berjaya dan dapat hasil. Ikut saja cara mereka. Halangan pun lebih kurang sama dan tahulah apa nak buat kalau betul-betul ikut dan bermentorkan mereka.

Yang bestnya, bukan macam bisnes kat luar sana susah betul nak cari mentor dan kena bayar lagi. Yang ini upline kita sendiri sedia ada nak ajar kita sungguh-sungguh. Kalau upline kau dah dapat income cecah 5 angka sebulan, Kenapa kau taknak ambil peluang?

Image via utusan



Ilmu Padat, Kelas, Meeting Dan Event Belajar


Inilah sebab orang suka bisnes Amway. Amway tak biar anda terkapai-kapai. Kalau anda dah lama hilang arah dalam bisnes ni, bukan salah amway. Tapi mungkin berada di bawah orang yang salah. Alhamdulillah dalam bisnes Amway ini, rina telah dibimbing sendiri oleh FEDC iaitu sebuah tahap level jawatan dalam Amway yang paling tinggi.

Setiap minggu kami ada kelas online dan meeting yang boleh ramai-ramai belajar dalam perjumpaan tu. Setiap bulan pula pasti ada event atau perjumpaan untuk belajar. Belajar bukan teori je u all tapi termasuklah cara guna produk, demo, masak-masak dan banyak lagi berdasarkan jenis produk kita fokus.

Meeting Kelas Sedut Ilmu Produk dan Bisnes tiap Isnin dan Jumaat


Kalau tak dapat attend dont worry. Boleh attend kelas online Amway meeting group pun tak ada masalah. Pendek kata, kalau nak berjaya u kena buat bisnes dengan orang yang berjaya. Rina bersyukur dapat rezeki bisnes Amway ni, dibimbing sehingga dah capai bonus tahunan.

Rina share sini sebab rina juga tengah cari bisnes partner Amway untuk sama-sama kita berjaya, akan guide dan 24 jam memang kita jadi partner buat duit dengan amway ni. Pendek kata, nak bina protege bersama. kalau ada berminat nak sertai perniagaan Amway bersama Rina , bermaksud korang dah ada team besar yang boleh bimbing korang nanti.

Support group sangat besar dan sangat membantu anda semua. Alhamdulillah.




Tidak Wajib Pegang Stok


Inilah bisnes cara bijak iaitu tak nak keluar modal. Tapi pastikan bisnes jalan. Caranya adalah korang boleh buat marketing untuk dapat buyer dan boleh direct order HQ akan hantar kepada pelanggan anda.

Tapi jika anda perlukan stok atau untuk jual di kawasan berdekatannya, boleh beli stok barang di website www.amway.com atau terus ke kedai Amway berdekatan anda. Nak ambil pada upline pun boleh.

Sekiranya ada barangan yang rosak atau perlu dipulangkan, anda sebagai ahli boleh terus walk in ke mana-mana kedai Amway atau bagi kepada penaja untuk dihantar ke kedai Amway untuk servis. Spare part pun boleh dibeli. Jangan risau. Tapi so far memang tak ada lagi la kes barang macam ni, sebab barang Amway memang kualiti sungguh habaq hang!

Bisnes Mengikut Masa Anda Dan DiMana Jua Anda Berada

Dimana juga dan pada bila-bila masa yang anda perlukan, boleh terus lakukannya kerana Amway buka 24 jam. Apabila order sudah dibuat, Amway akan terus post barang anda untuk pelanggan yang order.

Jelas, pada bila-bila masa sahaja bila ada bisnes Amway, rasanya amat menyeronokkan. Sebuah bisnes yang banyak pendapatan dan boleh dilakukan pada bila-bila masa.



Jika anda berminat nak tahu lebih lanjut tentang Bisnes Amway, boleh terus klik Wasap di bawah ini. Insyallah Rina akan cuba bantu anda sedaya upaya. Rina pun tengah cari bisnes partner atau team members untuk sama-sama kita berjaya ni. Sebab rina percaya kalau kita nak berjaya, kita kena tolong orang lain juga untuk berjaya. Jadi, why not kita buat sama-sama kan.