RINA KIFLI: sihat
Memaparkan catatan dengan label sihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sihat. Papar semua catatan

Sabtu, 25 Disember 2021

21 Tips Gaya Hidup Sihat Buatkan Hidup Sempurna

1:35 PTG 2
21 Tips Gaya Hidup Sihat Buatkan Hidup Sempurna

Amalkan gaya hidup sihat adalah penting bagi setiap individu sama ada muda atau tua. Zaman sekarang penuh dengan penyakit, stress level yang tinggi serta perkara yang tidak dijangka seperti penyakit pelik, meninggal usia yang muda, mudah bunuh diri dan banyak lagi kes-kes yang tidak baik.

Percaya atau tidak, sedikit sebanyak pasti mempunyai kaitan dengan kehidupan lifestyle seseorang. Penting untuk amalkan gaya hidup sihat yang betul dan benar-benar berkualiti. Kadang kala tidak konsisten menjaga kesihatan juga boleh cenderung kepada penyakit juga akhirnya.

Jom lihat antara tips amalkan gaya hidup sihat yang perlu kita ketahui. Mudah-mudahan kesihatan kita semua akan lebih baik dan lebih sihat daripada biasa.  Hidup dengan lebih sihat dan cegahlah penyakit sebelum terlambat. Pastinya, ia perlu bermula dari sekarang, dari muda lagi.


18 Tips Amalkan Gaya Hidup Sihat 




1.  Senaman Dan Sukan


Bersenam dan bersukan tidak membebankan. Cukup sekadar senaman ringan, senaman kardiovaskular atau senaman untuk membakar lemak dan kalori juga membantu anda lebih sihat. Bersenam juga penting untuk jantung kekal sihat dan lancar. 

Anda juga boleh amalkan Kurma Ajwa Asli Madinah Rihura untuk pastikan kesihatan jantung terjaga. Ia juga boleh digunakan untuk buat air nabeez yang juga merupakan amalan Nabi Muhammad SAW dahulu.

2.  Makan Makanan Sihat


Diet yang sihat adalah makan makanan yang sihat, bukanlah tidak makan langsung. Jika diet, anda boleh makan seperti biasa tetapi perlu perhatikan jenis makanan yang diambil dan jumlah portion yang diinginkan.

Dengan cara ini, anda akan mendapat zat yang secukupnya seperti kalsium, fiber, iron, vitamin dan banyak lagi. Tips amalkan gaya hidup sihat dari segi pemakanan ini adalah paling penting selain bersenam.


3.  Kurangkan Lemak Dan Minyak


Dalam pemakanan juga, penting untuk jauhkan diri dari makanan berminyak dan berlemak. Sebagai contoh, makanan goreng seperti pisang goreng, ayam goreng dan banyak lagi. Jika mahu makan makanan bergoreng, anda boleh gunakan air fryer tanpa masak menggunakan minyak.

4.  Banyakkan Minum Air Kosong


Minum air secukupnya untuk membantu tubuh menyingkirkan toksid dari badan. Air juga membantu menjaga kesihatan kulit dan membakar kalori dalam tubuh badan. Tanpa minum air, agak sukar untuk seseorang lebih sihat dan dapat tubuh badan idaman.

5.  Jangan Stress


Stress atau tekanan sememangnya tidak dapat lari dari seseorang apabila melibatkan hal-hal seperti kerjaya, rumah tangga, kewangan dan lain-lain. Namun, tangani stress dan kawal dengan baik. Fikirkan positif dan hikmah, jangan terus stress sehingga penyakit lain seperti anxiety, denyutan jantung dan lain-lain penyakit pula yang datang.

6.  Jangan Merokok


Rokok bukan saja beri kesan kepada jantung dan paru-paru, tetapi juga kepada kulit anda. Kesihatan akan lebih terjejas walaupun anda tidak menyedarinya. Makin hari makin hitam jantung siapa yang nampak! Cuma bersiap sedialah bila tua nanti.. Sebaiknya berhenti dari sekarang ok!





7. Kawal Berat Badan

Biarpun menjaga pemakanan, anda perlu juga sentiasa kawal berat badan. Berat badan yang tidak normal adalah bilamana BMI kita tidak seimbang. Korang tahu kan apa itu BMI? ada cara kiraan berdasarkan berat dan ketinggian kita. 

Nak kawal berat badan, of course kena kawal makan juga. Cara kawal makan jika anda seorang yang jenis kuat makan adalah, anda boleh makan buah kurma atau buah tamar. Tapi hati-hati kebanyakan kurma murah kat luar sana telah diawet gula. 

Kurma yang tidak diawet gula dan 100% pilihan rakyat Arab Suadi adalah Kurma Ajwa Asli Madinah. Di Malaysia, anda boleh dapatkan Kurma Ajwa Asli Madinah Rihura yang mempunyai certificate original. Susah nak beli kurma ajwa yang ada cert sekarang ni, sebab takut kurma ajwa ditanam di negara lain tetapi kita taktahu dan terus makan jer. So khasiatnya tak sama macam kita makan ajwa asli Madinah.


8.  Tidur Berkualiti


Tidur yang berkualiti adalah bila tidur itu sangat lena. Bukan bermaksud kita tidur dalam tempoh yang panjang, tetapi ia haruslah berkualiti. Ada orang, tidur 4 jam sahaja pun sudah berkualiti. Namun, untuk lebih sempurna anda boleh tidur selama 8 jam sehari.

Oh ya, amalkan air nabeez dari Kurma Ajwa Asli Madinah Rihura pun dapat membolehkan anda tidur dengan nyenyak dan mengelakkan daripada berlakunya masalah insomnia. Makan kurma Ajwa Asli Madinah Rihura saja pun sudah seronok untuk tidur, boleh alas perut 3 biji ajwa sebelum tidur. Tak percaya? Boleh cuba amalkan.


9.  Mandian Garam


Mandian garam dikatakan satu sunnah, ataupun sebagai penenang diri kita. Mandi dengan air garam biasa atau air garam mandian atau air garam bukit, semuanya boleh. Tetapi waktu mandi disarankan adalah sebelum subuh atau sebelum tengahari. Anda akan rasa lebih tenang dan segar.


10.  Jaga Kebersihan


Kebersihan dari seluruh aspek sangat penting terutamanya kebersihan diri dan tempat tinggal sekeliling kita. Jika kita bekerja, pastikan ruangan kerja kita juga sangat bersih. Inilah tips gaya hidup sihat yang pasti buatkan hidup sempurna!


11. Bawa Emosi Dengan Betul

Anda perlu tahu bahawa menjadi seorang yang normal, bahagia dan sihat adalah juga bermula dari mental dan fikiran anda. Selalu senyum dan fikir hal yang positif akan menjadikan emosi kita stabil dan waras. Jangan cepat marah, baran, terlalu sensitif kerana itu akan mengganggu kesihatan mental.

12.  Pemeriksaan Kesihatan Berkala


Tips gaya hidup sihat seterusnya adalah melakukan pemeriksaan berkala, erti kata lain adalah anda perlu melakukan pemeriksaan kesihatan untuk mengesahkan jika anda benar-benar sihat atau mempunyai sakit.

Sebagai contoh, anda boleh lakukan ujian darah untuk periksa buah pinggang, tahap kolestrol, thyroid, kanser dan lain-lain lagi. Jika setiap 3 bulan sekali kita lakukan ujian sebegini, kita akan lebih aware tentang kesihatan kita dan berjaga-jaga.

13.  Berpuasa


Puasa adalah salah satu cara atau tips gaya hidup sihat yang ramai tak tahu. Dengan berpuasa, banyak khasiat dan kelebihan untuk kesihatan tubuh badan kita. Dalam Islam sendiri pun, terdapat banyak manfaat bila seseorang itu berpuasa.

Anda boleh amalkan puasa sunat isnin atau khamis. Jika berpuasa, jangan lupa makan kurma ajwa Rihura okey! Ia memang sedap dimakan kalau bukan bulan puasa sekalipun. 


14.  Kerap Bergerak


Kerap bergerak adalah tips gaya hidup sihat yang sesuai buat orang tua atau yang berbadan besar. Jangan jadikan alasan badan besar tidak larat untuk ke sana sini. Sebaliknya anda perlu bergerak untuk lebih sihat. Anggap saja ia adalah senaman kardiovaskular buat anda kerana ia bagus untuk jantung dan mengeluarkan peluh.

15.  Elak Makanan Proses / Tin


Makanan yang telah diproses atau di dalam tin adalah makanan yang tidak fresh lagi. Boleh dikatakan ia telah diproses dan mengandungi bahan-bahan campuran. Ada juga sebab tidak elok adalah kerana makanan tersebut sudah lama di tin kan. Anda boleh fikirkan juga sama ada mahu makan ikan sardin yang telah diproses dan di tin kan hampir setahun?

16.  Hindari Diri Dari Aktiviti Negatif


Aktiviti negatif seperti lepak tengah malam, berlumba motosikal, seks bebas dan sebagainya perlu kita hindari. Aktiviti negatif ini akan memberi kesan kepada kesihatan diri kita, ia bukanlah tips gaya hidup sihat yang tepat. Masih belum terlambat untuk berubah!

17.  Masa Untuk Ketawa


Ya, carilah masa untuk ketawa juga, di samping melakukan kerja yang menggunakan kudrat, anda juga perlu berhibur dan mengekspresskan senyuman. Barulah hidup lebih sihat dan sempurna.

18.  Makanan Rohani


Makanan rohani juga perlu ada dalam diri kita bagi mengamalkan gaya hidup sihat. Makanan rohani adalah seperti solat, berzikir, baca Al-Quran, mengingati Allah SWT , insafkan diri dan lain-lain lagi.

Kenapa penting? Semua yang berlaku dalam hidup ini adalah ketentuan Allah. Inilah cara yang sihat untuk kita nikmati Alam kehidupan dunia akhirat sebenarnya. Jom amalkan tips gaya hidup sihat yang pastikan akan membuatkan hidup kita lebih sempurna. Insyallah.



19. Makan Vitamin


Tips amalkan gaya hidup sihat juga adalah dengan mengamalkan makan vitamin. Sedar atau tidak, vitamin adalah suplemen terbaik boleh kita amalkan. Tapi pastikan juga vitamin tersebut adalah organic, diproses dengan baik sekali dan paling penting khasiatnya sangat menakjubkan.

Korang tahu tak? Sejak covid 19 melanda, ramai yang cari vitamin kan? Dan salah satu vitamin terbaik pilihan ramai pengguna di Malaysia dan Luar Negara adalah Vitamin Nutrilite Amway. Korang boleh dapatkan Vitamin Bio C Nutrilite Original dengan harga yang sangat berpatutan di sini. Amalkan hari-hari untuk seisi keluarga sangat berbaloi untuk menjalani gaya hidup sihat.


20.  Guna Barang Rumah Yang Organik


Ya, ini sangat penting bagi seorang pengguna barangan rumah. Kita perlu melihat apakah kandungan dan kesan sampingan setiap barang yang kita guna. Sebagai contoh, pad wanita, pinggang mangkuk, pakaian, makanan semuanya diperbuat daripada bahannya yang tersendiri. 

Tapi jika kita pandai memilih barang yang lebih organik dan sihat, kita justeru dapat amalkan gaya hidup sihat dengan lebih baik lagi. Sebagai contoh, korang boleh tukarkan sabun basuh baju jenama yang korang guna sekarang kepada sabun basuh baju yang lebih berkualiti dan organic seperti Sabun Basuh Baju Sa8 Premium Amway yang sesuai juga untuk elakkan alahan dan kulit gatal.

Dengan harga yang berpatutan dan sabun 1kg tahan selama 3 bulan, korang boleh dapatkan di sini.


21. Amalkan Sikap Sabar Dan Bertolak Ansur


Tanpa sikap sabar dan bertolak ansur, pasti kita akan lebih marah, emosi dan jiwa tidak tenang. Dengan keadaan itu, kesihatan turut terjejas. Pastikan kita jadi seorang yang berjiwa tenang, atasi masalah dengan baik, selalu berfikiran positif, sabar dan bertolak ansur.

Semoga dipermudahkan urusan kita semua. Jom amalkan Tips gaya hidup sihat yang pasti menjadikan kita lebih baik dari sebelum ini bagi keselurahan kesihatan tubuh badan dan mental kita. Tips gaya hidup sihat ini boleh diterapkan dari kecil sehingga dewasa dan sehinggalah kita berusia. Buatlah pilihan yang bijak untuk kehidupan kita dan keluarga.