Cara Buat Pati Kurma Untuk Makanan Bubur Anak
Korang boleh pilih kurma Ajwa Madinah Rihura ini untuk dijadikan pati kurma. Caranya mudah, ambil beberapa biji kurma ajwa ini, tak kisahlah berapa biji pun, mengikut kuantiti atau jumlah pati yang anda nak buat. Kalau nak cuba sikit dulu, boleh try buat dalam 10 biji isi kurma. Basuh, buang bijinya dahulu.
Kemudian, masukkan sedikit air dalam pengisar dan blend bersama isi kurma tu. Lepastu, agak-agak ia pekat ala-ala cair, sesuai dijadikan sebagai pati, korang boleh stop blend. Boleh terus disimpan dalam peti sejuk dan digunakan untuk campur dalam susu, dijadikan susu kurma ajwa ataupun boleh juga ambil 1-3 sudu untuk dicampur dalam makanan bubur anak. Mudahnya cara buat pati kurma ajwa untuk makanan anak ni!
PATI AJWA JUGA BOLEH GUNA UNTUK BUAT SUSU KURMA AJWA
ROTI TELUR KURMA AJWA
Menarik sangat kan? oh ya, kalau berminat nak tengok apa resepi dari ajwa yang korang boleh buat lagi, atau tips nak masak guna kurma ajwa, buat makanan anak dan sebagainya korang juga boleh join group FB Peminat Kurma Ajwa Madinah.
Yang penting, jangan tertipu dengan kurma ajwa yang bukan original di luar sana. Korang boleh cari Kurma Ajwa Rihura sebab yang ni memang direct dari Madinah. Alhamdulillah ia juga ada certificate original juga dari Saudi Arabia.
Dengar cerita, Rihura selalu buat promosi dan happy hour, harga dia memang mampu milik sangat Alhamdulillah. Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik details di bawah.