Sebenarnya tujuan Rina nak bercuti ke Cameron Highland adalah semata-mata untuk ke Ladang Teh Boh Cameron Highland. Cia cia cia. Eh betul tau, actually ini salah satu wishlist rina jika berkunjung ke tanah Rata Brinchang ini.
Ladang Teh Boh atau lebih dikenali dengan nama Boh Tea Plantation ini sangat terkenal di seluruh pelusuk negara, bukan sahaja negeri-negeri dalam Malaysia ni, tapi kat luar negara pun. Tourist nak berkunjung ke sini!
Untuk pengetahuan semua, terdapat banyak ladang teh yang boleh korang kunjungi di Cameron Highland ni, antaranya adalah Ladang Teh Bharat, Sungai Palas Ladang Teh, Boh Tea dan macam-macam lagi la. Sampai rina sendiri konfius mana satu yang nak pergi ni. Disebabkan rina pengguna Teh Boh, jadi teringin pula nak merasa dan melihat sendiri Ladang Teh Boh tu.
Kunjungi Ladang Teh Boh Pada Waktu Pagi / Siang Hari
Perjalanan ke sini dari Avant Chocolate Cameron Highland mengambil masa lebih kurang 40 minit juga la sebab ia agak jauh, dengan keadaan jalan hujan dan agak jem sikit waktu tu. Sikit je, tak delah jem macam dekat KL ni.
Setibanya di dalam kawasan Ladang Teh Boh Cameron Highland, rupanya besar sangat kawasan tu. Kereta semua kena ikut laluan untuk ke parking dan tempat lawatan. Dari tempat parking kereta, ada tandas awam so amat senang la kalau korang nak singgah melabur dahulu. Hehe.
Jadi, perjalanan diteruskan dengan berjalan kaki. Wah, kali ini kita kena berjalan menaiki tangga untuk ke Teh Boh Plantation atau ala-ala tempat pembelian teh, tempat view ladang teh, kilang teh, tempat membeli souvenir dan lain-lain lagi tempat di sini, semuanya berada di atas puncak. So apa lagi, jom naik!
Jangan risau, bukan korang je yang penat, ramai je yang naik sambil selfie, ambil gambar, gurau senda menghilangkan kepenatan. Tapi dont worry sikit pun tak panas, malah kat sini terasa sejuk dan dingin bukan kepayang (yeke penggunaan bahasa tu, suka hati je nak hentam).
Kita juga berpeluang memegang dauh teh dan menikmati keindahan alam semulajadi yang cantik sepanjang menaiki puncak bukit ini. Tua atau muda semua ada kat sini, pakcik-pakcik dan nenek-nenek pun ada naik atas ni. Macam kesian tengok tapi dorang enjoy dan ambil udara, naik perlahan-lahan dan nampak reaksi wajah tu macam seronok sangat.
Inilah view apabila dah hampir berada di atas. So tak de lah jauh sangat. Sikit je tu kena naik. Tapi memang best, segar hijau sangat-sangat kat sini. Terasa bau-bau teh dan dedaunan. Memang wajib cuba datang sini.
Di sini kita akan menemui bangunan Teh Boh Plantation Centre iaitu Pusat Teh Boh yang sangat dikenali ramai. Seni bina bangunan ini sangat unik, cantik dan menarik. Rugi kalau tak masuk tengok apa yang ada di dalam. Pelancong pun banyak dekat sini. Sememangnya ia adalah one of the best holiday place.
Kawasan Membeli Teh Dan Barangan Teh Boh
(TEA SHOP)
Terdapat pelbagai jenis teh jenama Boh di Boh Tea Plantation Cameron Highland. Kalau korang peminat teh boh, wajib datang usha-usha barang jenama Boh kat sini. Banyak sangat teh-teh keluaran boh yang dijual di sini dan tak dikeluarkan di mana-mana kedai luar. Macam-macam perisa dan rasanya.
Antaranya teh lemon, teh boh premium, teh tarik, nescafe boh, teh strawberry, green tea, teh rapsberry dan lain-lain lagi. Macam-macam rina beli kat sini. Bolehla bahagi-bahagi sesama keluarga kat rumah nanti.
Teh Boh Cameronian tu macam sedap sangat-sangat. So itu memang wajib beli. Ditambah dengan teh boh laici, mango, halia pun beli juga yang sepaket RM 5 tu. Harga semua ok, sangat berpatutan.
Antara Yang Wajib Rina Beli Kat Sini Adalah:
Selain dari membeli-belah, feel free untuk singgah di tempat makan Ladang Teh Boh Cameron Highland pula ya. Disebabkan kami berdua sudah kenyang makan kek dan makan besar di Avant Chocolate Cameron Highland tadi, so kami tak makan kat sini dah. Cuma bersiar-siar dan lawat kawasan.
Namun, makanan kat sini sangat-sangat menarik! tak kurang hebatnya. Maklumlah, minum di atas puncak, teh pun jadi sedap tau dengan udara segar dan sejuk lagi tu.
Tidak Lupa Untuk Bergambar Kenang-Kenangan di Sini:
Boh Tea Center Sungei Palas. Ingat tu, kalau waze bawa ke sini, ikut je. Betullah tu ladang teh boh. By the way, ramai yang bercuti sini dengan rombongan sekolah, rombongan mak datin dan macam-macam lagi. Memang ramai dan meriah. Rasanya nak datang lagi nanti! Next time nak bawa family besar pula. Insyallah.
Okeylah, fine. Belanja gambar bersama bodyguard pulak. Happy ke - 3 Anniversary Rina dan Ashraf di Ladang Teh Boh!
Akhir sekali, sebelum pulang. Kita akan melalui kawasan Ladang Teh Boh yang sangat sarat dengan daun-daun teh. Oh my god, it is so beautiful! Pemandangan ladang ni memang cantik sangat, siap ada kabus lagi kat sini. Kabus sejuk-sejuk, kena kita sikit rasa macam nak hujan. Padahal tu kabus. Serius tak sangka dah naik atas bukit dan masuk dalam ladang teh ni!
Selepas puas berjalan-jalan dan menerokai Ladang Teh Boh Cameron Highland, kami terus singgah makan di Restoran dan Ladang Abang Strawberry pula.