Sedih sungguh bila fikirkan tentang kucing rumah jadi kucing jalanan. Ya pasti ramai yang bela kucing banyak-banyak sampai satu tahap tak mampu atau tak larat lagi nak jaga semua. Mungkin sebab tempat sangat terhad, apabila ramai-ramai dah jadi tak selesa.
Tidak pun, mungkin kos tak mampu nak tanggung kucing-kucing makan dan sebagainya. Maklumlah sama macam manusia juga, kucing makan pagi, tengahari lapar lagi dan nak makan, kemudian malam pun pasti lapar nak makan malam. Itu bukan mewah, tapi itulah keperluan.
3 Ekor anak, dengan bapak sekali nak menyusu dekat mak nya. |
Rina sendiri berpengalaman pernah bela paling banyak 24 ekor kucing dalam satu masa. Waktu tu duduk di rumah kampung jadi tak kisahlah bela kucing banyak-banyak pun. Sampaikan rina ngan mama buat 1 rumah kucing untuk kucing-kucing kami ni.
Namun, lepas tu dah start bekerja, dan pindah ke Kuala Lumpur. Tak sangguplah nak biar mak bela seorang. Sebab kalau rina ada, senanglah nak tengok-tengok dan bagi makan tiap hari. Tapi Allah SWT aturkan segalanya. Allah SWT adalah sebaik-baik perancang. Kami plan nak kurangkan kucing tapi belum sempat fikir sangat, ada kucing yang hilangkan diri, mungkin merantau cari pasangan. Ada kucing yang meninggal sebab sakit dan sebagainya. Akhirnya tak tahu la macam mana sampai jadi beberapa ekor ja.
Kucing kampung ni lain sikit jenis pandai bawa diri, tapi kalau kucing kita bela di rumah flat tak pernah keluar itu menyedihkan bila kita nak letak di mana-mana.
Banyak Kes Owner Kucing Nak Kurangkan Kucing
Termasuklah rina sendiri, apabila sudah berkahwin dan duduk di rumah flat dengan mertua pula, dari dua ekor kucing bertambah jadi 5 kemudian nak beranak lagi. Allahu. Rumah flat ni tak besar mana. Jadi, Rina mengaku inilah kesilapan owner kucing yang terlepas pandang sejak mula-mula bela kucing biarkan kucing tu kita bela dari kecil.
Baca juga: Kucing Hadir Bergilir-Gilir Di Kawasan Rumah Selepas Berkahwin
Kita sepatutnya mandulkan kucing. Jangan sampai nasi dah jadi bubur macam rina ni. Bila dah mengandung perut kucing tu tak nampak langsung, masih kecil lagi tapi pergi nak mandulkan dia, doktor cakap kucing tu tak boleh mandulkan sebab dah pregnant. Sabar jela.
Perut kecil tak nampak, tapi takleh mandul sebab tetap dah pregnant |
Jadi terpaksalah tunggu sampai dia melahirkan anak, bela anaknya dan barulah mandulkan. Dan kejadian ini jadi 2 kali. Rupanya waktu dia lepas melahirkan dan berpantang tu, dia buat lagi, dia mengawan lagi. Pastu pisang berbuah dua kali. Nak mandul tak boleh sebab mengandung lagi.
Jadinya, anak yang haritu dah ada 3 ekor, sekarang nak menimang cucu lagi. Silap-silap keluar 5 ekor. Tak ke nanti ada 11 ekor dalam sebiji rumah flat ni. Adududud. So, nak tak nak, kami terpaksa buat keputusan hantar 3 ekor ni ke tempat lain.
Jadi, puncanya silap Rina sendiri tak mandulkan awal-awal sejak kucing kami tu kecil lagi. Begitu juga dengan anda yang bela kucing, cepat-cepat pergi mandulkan dulu. Sebab kalau kucing membiak dan kapasiti kita tak mampu nak bela, kita akan sedih bila nak kena hantar kucing tu nanti. Ataupun bahasa kasar tu 'buang kucing'. tapi kita tak buang la, kita akan cari orang yang nak kucing untuk beri pada mereka.
Nak Bagi Kucing , Tiada Orang Nak Kucing
Cari dan buat iklan merata pun, kalau Allah SWT kata tak ada rezeki orang nak. Maka takdelah juga siapa-siapa yang nak adopt kucing tu. Jadi pilihan akhir yang Rina ada adalah untuk hantar kucing-kucing ni ke Shelter atau Rumah penjagaan kucing atau pusat kucing.
Nak cari memang susah sangat kat facebook, google memang payah nak jumpa yang bertepatan dari segi lokasi tak jauh sangat, sampai nak kena rentas negeri tu payah, cari senegeri je mudah. Kemudian dari segi kos juga.
Kucing yang nak dihantar ke Shelter / Cari tuan baru |
Jenis Shelter Atau Pusat Kucing Yang Wujud
Gambar dari Shelter Pusat Rumah Kucing Terbiar KL |
Ada shelter kucing berbayar ikut berapa ekor kucing nak hantar. Ada juga yang minta sumbang makanan dan banyak lagi. Jadi kalau boleh pasal bayaran ni tak perlu nak berkira sebab kalau namanya shelter ni mereka memang perlukan bahan-bahan makanan untuk kucing dan wang untuk beli keperluan kucing.
Kita percaya pada mereka sebab itu cari yang trusted. Tapi Alhamdulillah selagi korang boleh pergi melawat tu dah syukur sangat.
Sebab dalam banyak-banyak shelter yang Rina tanya, ada la beberapa jenis macam ni:
1. Shelter bela kucing tapi tak dibuka untuk melawat. Dia simpan dan ambil kucing tu.
2. Shelter yang tolong carikan orang untuk ambil kucing kita, ini makan masa. Sepanjang berbulan-bulan tu kitalah kena jaga dulu sampai orang nak kucing kita, Sebelum tu bayar dulu untuk shelter tu carikan orang yang nak kucing kita.
3. Shelter yang bela kucing dan kita boleh melawat.
Alhamdulillah akhirnya rina bertemu dengan shelter no 3 juga setelah beberapa minggu mencari.
Hantar Kucing Di Pusat Kucing | Pusat Kawalan Dan Penjagaan Khas Kucing Terbiar
Jangan buang kucing, tapi kalau tak mampu bela hantarlah dengan shelter kucing yang menerima. Terima kasih banyak-banyak kepada Pusat Kawalan Dan Penjagaan Khas Kucing Terbiar yang sudi menerima kucing rina untuk dihantar ke sini.
Rina syukur sangat alhamdulillah sebab tempat ni dekat sahaja rupanya dengan daerah kami. Lagi syukur sebab boleh melawat walaupun sedih juga la sebab terpaksa hantar miow miow tapi disebabkan kesilapan lalu tak sempat mandul kucing, ini pengajaran.
Jika rasa macam sedih kenapa nak tinggal kucing di sini, rina akan fikirkan sememangnya kami betul-betul tak boleh letakkan kapasiti kucing untuk dibela dalam rumah flat dan bukan rumah rina sendiri, tapi Rumah mertua.
Cukuplah 2 ekor kucing rina boleh bela di situ. One day, apabila Rina berjaya jadi usahawan Jutawan dunia akhirat tak lama lagi dan ada rumah idaman, rina tak teragak-agak buat rumah kucing untuk bela semua kucing-kucing rina sayang sebelum ni.
Ada hampir 200 ekor kucing di sini |
Semoga dapat bertemu lagi semuanya |
Anak-anak semua duduk sini ya, sini selamat sayang, sini tempat tinggal awak, ini rumah kucing. Awak bebas sini sayang, tak kena kurung, boleh main dengan kawan-kawan baru ya. |
Kemudian, rina juga fikirkan, ini adalah hikmah. Semoga anak-anak kucing yang dihantar ke situ belajar untuk duduk dengan kucing lain-lain memandangkan sebelum ni mereka cuma duduk dalam rumah saja. Lepas ni dah ramai kawan-kawan dah macam duduk asrama dah.
Gambar akhir: Tinggalkan mereka di sini, duduk tempat baru ya sayang, sesuaikan diri awak, cepat2 berani keluar sangkar tu terus kawan-kawan dengan yang lain ya. |
Awak tak salah apa-apa dengan mommy sayang, mommy terpaksa hantar awak duduk sana sebab mommy tak mampu bela awak di rumah ni. Mak awak tu bakal melahirkan anak miow lagi. Awak jadi anak yang baik ye kat sana. Doakan mommy selalu ya, kita jumpa di syurga nanti. Mommy janji mommy melawat awak selalu ye sayang.
Jaga emosi awak, jangan stress duduk sana, belajar untuk makan ramai-ramai, jangan rasa tersisih. Awak kuat awak bijak awak baik. Jadi kesayangan tuan kucing di sana, pelawat di sana dan juga kesayangan kucing-kucing lain juga. Mommy selalu ada dalam doa awakkan?
Mestilah awak pun ada sangat dalam doa mommy tak pernah hilang. Buat acik, angah, along (nama anak kucing rina), mommy sayang awak semua, Allah pelihara awak semua untuk mommy, maafkan mommy ya. Semoga semuanya ada hikmahnya buat kita semua. Amiin Ya Mujib. Amiin Ya Allah.
Terima kasih kerana membaca. Semoga bermanfaat dan memberi iktibar buat anda semua juga Insha-Allah. Nantikan entri artikel yang akan datang berkaitan dengan Shelter Pusat Jagaan Kucing | Pusat Kawalan dan Penjagaan Khas Kucing Terbiar yang Rina hantar kucing-kucing tu.
Alhamdulillah, boleh datang melawat ke sini. Korang pun boleh datang. Untuk waktu kucing makan pula, ada jadual di bawah ni. Rina akan kongsikan tentang pusat jagaan kucing ini dengan masyarakat awam semuanya dalam entry artikel yang lain. Nanti rina update Insha-Allah. Stay tune ya!
Website: rumahkucingterbiar.com
Facebook: Pusat Kawalan Dan Penjagaan Khas Kucing Terbiar
Whatsapp Encik Halim: Klik Sini Terus Ke Whatsapp
Jemput Subscribe / Follow blog ini untuk dapatkan notifikasi berkaitan Artikel Shelter kucing tersebut yang akan datang.