Ibu yang menyusukan anak menghadapi pelbagai masalah tambah-tambah ketika tengah berpantang. Kita bukan sahaja perlukan masa untuk recover dan berpantang, tetapi kita juga perlu masa untuk lebih selesa memberi keperluan yang bayi perlukan. Salah satunya adalah menyusu bayi.
Ramai ibu menyusu mula stress, alami tekanan dan tidak cukup tidur dan rehat apabila bayi meragam. Adakalanya bayi meragam disebabkan oleh tidak selesa dan perut lapar. Apabila menyusukan bayi, pasti kita fikir bayi sudah kenyang tetapi boleh jadi salah.
Cara penyusuan dan juga pengaliran susu kemungkinan tidak melancarkan dan membanyakkan susu badan masuk ke dalam mulut bayi. Di sinilah bayi mengalami masalah tidak dapat minum susu dengan puas dan akhirnya masih lapar lagi.
Sebagai alternatif dan penyelesaian, pasti ibu-ibu mengutamakan jumlah susu badan, sebaiknya kita akan ikhtiar untuk tambahkan susu badan dengan lebih banyak. Ya, faktor banyakkan susu badan juga adalah dari segi pemakanan. Makan makanan yang dapat tingkatkan dan banyakkan susu badan bagi ibu menyusu.
Makanan Semulajadi Tingkatkan Susu Badan |
Banyakkan Susu Badan Ibu Menyusu
Anak lebih kenyang sepanjang hari, susu ibu lebih meriah, tak risau lagi setiap kali nak menyusu sebab ibu akan lebih yakin susu keluar dengan banyak. Justeru para ibu pun tak letih lagi menghadapi proses susukan anak. Semuanya berjalan dengan baik, lancar dan tenang.
Itulah kesan bila kita mengamalkan makanan semulajadi untuk banyakkan susu badan ni. Alhamdulillah untuk amalkan makanan semulajadi ni, kita kena kenal apakah yang terbaik. Salah satunya adalah kurma, tapi bukan kurma biasa-biasa tau.
Ramai ibu menyusu yang makan kurma Ajwa untuk menyusu, dan kata mereka kurma ajwa sangat berkesan banyakkan susu badan berbanding kurma yang lain. Tapi kurma ajwa pun sekarang ni banyak yang ditanam di negara Iran, Cina, Indonesia dan lain-lain, tolong jangan makan ajwa dari negara lain sebab kurma ajwa Asli daripada Madinah adalah satu-satunya kurma yang dikatakan ada doanya Rasulullah SAW dan dapat ikhtiar buang sihir / gangguan juga.