Dalam pemasaran sosial media pada masa kini, kita sering mendengar istilah ‘copywriting’ tetapi adakah anda tahu dengan maksudnya?
Baiklah, untuk memudahkan anda, copywriting merupakan tulisan yang berupa pelawaan dalam iklan penjualan produk dan sebagainya. Sememangnya ia merupakan sebuah penulisan yang mempunyai objektif dan mesej yang ingin disampaikan kepada target pembaca kita atau sasaran pelanggan.
Jadi, tulisan tersebutlah dipanggil ‘copywriting’ yang dilakukan oleh penulis ‘copywriting’ ataupun dikenali juga dengan ‘copywriter’.
Jom baca dengan lebih lanjut entri kita kali ini.
Apa Itu Penulisan Copywriting?
Penulisan copywriting merupakan penulisan ayat yang melibatkan penciptaan teks menarik dalam memasarkan produk serta perkhidmatan dengan berkesan kepada pembaca sasaran secara komersial.
Tujuan Penulisan Copywriting
Tujuan penulisan copywriting ini dibuat adalah bagi mempelawa pembaca untuk membeli produk, menghadiri acara tertentu dan sebagainya. Ia adalah untuk menggalakkan mereka membuat tindakan selepas baca copywriting tersebut.
Selain itu, penulisan ‘copywriting’ adalah salah satu elemen paling penting dalam pengiklanan dan pemasaran pada masa kini.
Berbeza dengan penulisan bersifat kandungan, penulisan copywriting memerlukan proses penulisan kata-kata persuasif yang memberi inspirasi atau motivasi kepada orang ramai.
Jadi, sekiranya anda mempunyai kepakaran dalam penulisan copywriting, pasti khidmat anda diperlukan oleh pemilik bisnes pada masa kini untuk memasarkan produk mereka.
Atau jika anda seorang usahawan yang memerlukan copywriting, pastikan anda mendapatkan Penulis copywriting yang berpengalaman menulis untuk usahawan seperti rinakifli.com.
Contoh Jenis Penulisan Copywriting
Pada awalnya, penulisan copywriting hanya digunakan dalam mencipta artikel seperti pengiklanan dan juga media pemasaran dalam bentuk penulisan lain. Namun dalam era teknologi digital pada masa kini, penulisan copywriting telah menjadi salah satu nadi yang penting dalam pemasaran.
Selain boleh ditulis secara bertulis, kaedah penulisan copywriting juga boleh digunakan dalam membuat skrip video atau podcast.
Selain itu, kemahiran penulisan copywriting juga boleh diterapkan dalam pelbagai media pemasaran, seperti artikel blog, siaran media sosial, tajuk utama dan sebagainya.
Baiklah, ini adalah antara contoh penulisan copywriting yang ingin kami kongsikan kepada anda:
#1 Penulisan Copywriting Bersifat Tindak Balas Secara Langsung
Copywriting yang bersifat tindak balas secara langsung merupakan salah satu bentuk kandungan bertulis yang menarik perhatian orang ramai untuk membuka sesebuah laman web.
Biasanya contoh yang terdekat adalah ayat-ayat yang menarik di media sosial untuk kita membuka link pada laman web shopee.
#2 Copywriting Pemasaran
Copywriting pemasaran pula adalah satu bentuk penulisan yang menyampaikan maklumat jualan untuk meyakinkan pengguna dalam bentuk penjelasan tentang fungsi dan faedah produk.
Jadi, apabila kita membacanya kita akan tertarik untuk membelinya. Penulisan Copywriting itu akan mempengaruhi kita, penulisan copywriting berpengaruh ini sering dilakukan oleh rinakifli.com di Facebook atau sosial media lain.
#3 Copywriting Jenama
#4 SEO Copywriting
SEO copywriting pula fokus untuk muncul dalam ‘search engine’ di browser smartphone dan laptop atau komputer anda.
Biasanya SEO copywriting ini akan terpapar apabila bakal pengguna melayari browser milik mereka untuk mencari informasi produk sebelum membelinya.
Jadi sebagai pemilik bisnes, tak perlu melabur wang untuk buat Google ads supaya artikel copywriting Google tersebut berada di 1st page.
#5 Copywriting Teknikal
Penulisan copywriting teknikal biasanya lebih tertumpu kepada perkongsian pengetahuan yang mendalam berkaitan sesuatu perkhidmatan ataupun produk.
Kesimpulannya,
Ramai penulis yang boleh menulis tetapi belum tentu pakar dan berpengalaman menulis untuk bisnes atau usahawan.
Rina Kifli adalah jenama servis penulisan yang membantu para usahawan untuk menghasilkan content copywriting, social media posting dan juga menaikkan ranking 1st page untuk bisnes anda di google.
Rina Kifli juga membuka private tutor slot untuk anda yang berminat belajar Bina blog, menulis gaya SEO Dan juga content media sosial.