RINA KIFLI: cameron highlands
Memaparkan catatan dengan label cameron highlands. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cameron highlands. Papar semua catatan

Isnin, 2 Mac 2020

Pengalaman Bercuti Di Rose Center Cameron Highland

9:48 PTG 2
Pengalaman Bercuti Di Rose Center Cameron Highland
Terlalu indah tak tergambar apabila menjejakkan kaki ke Rose Center Cameron Highland ni. Umpama berada di taman bunga obersea gitu. And yes since we are here, mata tak lekang tengok bunga itu ini. Sangat cantik, unik dan wangi tau!

Tiket masuk ke sini adalah RM 6 untuk orang dewasa manakala kanak-kanak RM 4. Tarikan Rose Center Cameron Highland ni tak lain tak bukan pastinya bunga rose yang pelbagai dan juga spesis bunga lain yang sangat cantik.


Seriusly kalau u suka bunga, pasti u jatuh cinta dengan tempat ni.  I mean women! Yes, perempuan suka bunga, ataupun acah-acah suka bunga kan, so korang boleh ajak pasangan ke sini dengan harapan dia nampaklah betapa femininnya korang. Kehkeh. Jadikan itu tujuan utama rahsia kita-kita aje k.


SETIBANYA DI ROSE CENTER CAMERON HIGHLAND

Terdapat laluan tangga yang perlu dinaiki sedikit dikelilingi bunga-bunga. Tempat ni memang 100% taman yang ada tanaman bunga, dikelilingi batu, tangga dan bunga-bungaan. Itulah gambarannya. Jom tengok gambar di sekitar Rose Center Cameron Highland ni.

Image may contain: plant, flower, outdoor and nature

Bunga ni sangat cantik kan? Ia tangkap mata anda pertama kali memandang kawasan ni sebab warna bunga tu terlalu menyerlah. Sama macam kalau korang pakai gincu merah, mata aku tengok jee tak lepas pandangan tu. Gitulah menyerlahnya.

Kami naik dari tangga tu, terus ke kawasan tanaman pokok bunga. Kiri kanan atas bawah semuanya penuh dengan bunga. Tiba-tiba terfikir, tempat ni bukan sahaja sesuai untuk berjalan dan bersiar-siar, tapi khas untuk yang suka bergambar pap pap kat instagram pun memang ok gak datang sini. Tak pun korang yang minat buat video tu. Bolehlah jadikan tempat ni latar belakang yang cantik kalau bercuti di Cameron Highland.

Image may contain: plant, flower and outdoor

Okeh nak belanja bunga raya yang sangat cantik kat sini. Jeng jeng jeng~ ok btw nampak tak bukit belakang tu, nak mencapai puncak Rose Center ini adalah setinggi bukit itu.

Image may contain: flower, plant, sky, outdoor and nature

Image may contain: plant, flower, tree, outdoor and nature

Tak tahu kenapa bila rina lalu je taman yang kat gambar bawah ni, terasa bagaikan berada di taman bunga Rosalinda, macam dalam cerita Filipina Rosalinda dulu-dulu tu. Ahhh berangan laaa rina udah udah ler tu. Tapi not bad la kan, This is Cameron Highland, Malaysia okey. Ya Allah, rasa melting sangat tengok bunga merah menyala tu.

Image may contain: plant, flower, outdoor and nature


DILARANG MEMETIK BUNGA. PESAN DARI PENAJA.

Ingat tu, jangan sesekali petik bunga. Kang tak pasal kena bayar denda pulak. Lagipun taman ni memang cantik penuh dengan bunga, ada je bunga yang terpeleot atau terpetik jatuh tu, hati-hati la korang ya sebab ada CCTV kat sini walaupun ia taman. Pastikan anak-anak tak petik bunga tau!

Image may contain: plant, flower and outdoor

DATANG PAGI SANGAT SEGAR DAN BEST

Pagi adalah waktu terbaik untuk korang berkunjung ke sini. Sebabnya pagi-pagi memang segar, selesa, tak ramai orang. Kalau petang atau tengahari memang sejuk juga sebab atas bukit, tapi pagi tu aura dia lain macam sikit. Maklumlah, bunga kan terapi. So semakin awal pagi, semakin eloklah kita bersama dengan terapi alam ni.

Image may contain: plant, flower, outdoor and nature

Jalan-jalan lagi, tiba-tiba ternampak terowong pink. Ini memang kawasan laluan untuk naik tangga ke atas. Keluar dari situ memang lagi penuh kawasan bunga dan ada taman snowhite juga. 

Image may contain: plant, flower and outdoor

Suasana kawasan taman Rose Center. view atas bumbung. Ia adalah taman tanaman bunga.  Terdapat beberapa pekerja yang menjaga taman ini, ada masanya kita akan nampak mereka membaja, menyiram air dan menggunting ranting serta macam-macam lagi.

Image may contain: plant, flower, grass, tree, outdoor and nature

MY FAVERET FLOWER SUDAH SEMESTINYA...

Rose Merah. Sebab ia melambangkan cinta sejati dan tiada penghujungnya. Wangi pun sangat harum semerbak sehingga menusuk hidung. Pergh. Saja la nak berjiwang sikit. Ambil mood honeymoon aniversarry.

Image may contain: flower, plant, outdoor and nature

Kalau penat berjalan dan bergambar tu, duduk dulu. Ada kawasan rehat dan kerusi yang turut disediakan. Anda boleh duduk dahulu sebelum meneruskan perjalanan. Kalau diikutkan Rose Center Cameron Highland ni puncaknya sangat tinggi. Nak naik sampai atas tu boleh je, bukanlah mendaki sangat pun. Cuma naik tangga je. 

Image may contain: plant, flower, tree, outdoor and nature


Cantik sangat kawasan ni memang rugi kalau tak bergambar di sini. Tapi kami sendiri pun tak larat nak bergambar sebab banyak sangat port pilihan.

Image may contain: plant, tree, outdoor, nature and water

Image may contain: plant, tree, sky, outdoor and nature

Image may contain: plant, grass, bridge, sky, outdoor and nature

TAMAN SNOWHITE DAN ORANG KERDIL

Dah berada agak atas sikit, korang akan nampak taman Snowhite dan orang kerdil tu. Dia pun tengah menanti pelancong untuk bergambar sebab memang khas direka untuk berehat dan sebagai tarikan kanak-kanak serta pengunjung. Jom kita gunakan prop sebaik mungkin!

Image may contain: outdoor

Kebetulan ada kucing lalu situ, YAY ada kawan baru. Kucing tu sangatlah gebu dan bulu cantik. Bila diselidik rupanya pemilik pekerja situ. Memang dia tinggal di Rose Center Cameron Highland ni. Wau, so sweet! Flower cat super duper cute.

Image may contain: 3 people

Sebenarnya takut juga nak bergambar dengan Snowhite tu, sebab muka dia macam geng-geng abang sajat. adudududh. Tapi kita kena husnuzon kan. Allahu. Patung je rina oi !!! Tolong jangan sewel kat sini! Lagipun korang perasan tak, orang kerdil ni macam dah tua sikit. Opps.

Image may contain: 2 people, people standing


RABBIT HOUSE DI ROSE CENTER CAMERON HIGHLAND

Image may contain: plant, flower, tree, outdoor and nature

Tak jauh dari Taman Snowhite, ada rabbit house. Yeah, ia cumalah sangkar arnab dan arnab-arnab yang sangat comel tak tergambar. Kami masukkan tangan celah-celah tu nak pegang arnab. Tolong tolong tolong jangan gigit cari i. Kalau tidak, nak culik bawa balik rumah!

No photo description available.

Image may contain: plant and outdoor


Image may contain: plant, tree, outdoor and nature

HAMPIR KE PUNCAK ROSE CENTER CAMERON HIGHLAND

Sebelum sampai ke puncak, korang akan melalui kawasan rumah pink ini. Dalam ni ada kerusi untuk kita semua rehat dan melepaskan nafas-nafas dulu. Kemudian tarik nafas balik teruskan naik ke puncak Rose Center. 

Image may contain: plant, flower, tree and outdoor


PUNCAK ROSE CENTER CAMERON HIGHLAND

Jangan terkejut, puncak Rose Center Cameron Highland ni sangatlah cantik dan indah. Rasa rugi kalau tak sampai atas ni. Next time nak pi lagi huhuhuu.


Hasil carian imej untuk puncak rose center cameron highland

Image may contain: cat, plant, outdoor and nature
Kucing Rose Center Cameron Highland

Image may contain: plant, sky, tree, outdoor and nature

Okey, selesai berjalan-jalan di sini. Tempat terakhir sebelum balik ke KL. Tapi kami nak singgah shopping pulak lepas ni! Semoga ada rezeki datang lagi kat sini. Sangat seronok dan tenang segala fikiran yang kusut masai selama ni.

Assalamualaikum semua.

Khamis, 27 Februari 2020

Pengalaman MENAKJUBKAN di Kea Farm, Cameron Highland | Pasar Kea

1:47 PTG 2
Pengalaman MENAKJUBKAN di Kea Farm, Cameron Highland | Pasar Kea
Berkunjung ke Cameron Highland, jangan lepaskan peluang untuk ke Kea Farm Garden, Cameron Highland! Pasar Kea atau Kea Farm ini sangat terkenal dalam kalangan makcik-makcik bawang. Opps~ Mana tidaknya, kat sini pasti akan jadi kecoh-kecoh sekiranya anda tidak membeli atau membawa pulang apa-apa. 

Boleh dikatakan wajiblah bagi anda untuk membeli sayur, buah, pokok atau apa-apa sahaja yang dijual di sini untuk dibawa pulang. Lebih penting lagi untuk anda hadiahkan kepada suadara mara atau sanak saudara anda. Maklumlah, barang-barang di sini agak murah kerana direct dari ladang.

Hasil carian imej untuk kea farm cameron highland

Selain barang makanan, barang-barang jualan seperti buah strawberry, sayur-sayuran yang pelbagai aneka, pokok dan bunga-bunga yang cantik, patung atau mainan kanak-kanak, makanan bergoreng, bunga kering, makanan atau pati cordial yang berasaskan strawberi atau buah-buahan lain serta banyak lagi. 

BAHAGIAN SAYUR-SAYURAN


Berjalan di kawasan Kea Farm, semestinya kita memasang niat untuk membeli sayur, yela RM 7 dapat 10 bungkus sayur. Sapa tak nak weh? Kalau kat giant, 1 bungkus sayur pun dah RM2.99 ke atas tau. Ermm. Dah tu, dapat pula sayur fresh. Memang best la. Ini kata pengguna sayur macam saya ni. Kalau korang, tepuk dada tanya selera 😝


Paling pantang tengok dekat bahagian sayur ni adalah carrot dia cantik sangat, siap dengan akar lagi sebagai hiasan. Sama gak ngan lobak putih tu. Limau pulak jenis yang besar-besar tu. Dengan brokoli dia yang betul-betul hijau pekat tu memang betul-betul menggiurkan sungguh.


BAHAGIAN BUNGA-BUNGAAN

Image may contain: plant, flower and food

Beraneka jenis bunga, pohon hijau dan kaktus bakal menyinari hidup anda. Ecewah, beli la buat kenang-kenangan dan letak di rumah! Cantik-cantik bunga-bunga kat sini, tambah-tambah bunga hidup. Sebenarnya tak rugi pun kalau nak beli pokok bunga hidup kat sini, sebab semua tu bunga kering. Boleh je korang bela kat rumah, pastu biarkan dia kering, tetap akan wangi.

Image may contain: people standing, flower and plant

Ini antara bunga kering yang dijual. Rupanya adalah bunga hidup. Cuma ia tahan selama 2 tahun sebagai bunga kering. Jadi tak perlu risau. Biarkan dalam bilik tidur korang untuk menghirup wangiannya dalam masa 2 tahun. Hihi. Sebagai wanita yang sukakan bunga, apa lagi,. inilah barang yang nak shopping sangat tu!

Image may contain: flower and plant

Image may contain: flower and plant

Image may contain: flower and plant

Image may contain: flower and plant

Image may contain: flower, plant and nature

Image may contain: flower and plant

RM 30 dapat 5 bungkus bunga yang berasingan dan lebat-lebat gitu. Murah kan! Actually beli 3, tapi akak tu bagi percuma 2. Rezeki nakkk oi. Alhamdulillah. Em Em, dah niat siap kalau bunga tu jadi kering mereput pun nak buat letak dalam mandian hehe. Boleh pulak gitu! 😂

STRAWBERI DI KEA FARM

Image may contain: fruit and food

Masyallah nak pengsan dibuatnya. Korang tengok gambar atas ni, strawberri besar gila, besar gedabak. Tau tak harga dia berapa?! RM 15 untuk 2 bekas. Mestilah nak beli. Sedap dan nikmat sangat-sangat kokak strawberri ni. Heheh since memang faveret buah adalah buah strawberri, memang rasa puas la beli strawberi kat Kea Farm, Cameron Highland ni.

Image may contain: food .  
Ini pula strawberri yang saiz kecil sikit dari tu.. Ini harga dia RM 25 dapat 4 box. Ini pun borong 4 box. Tapi apapun yang besar tadi tu macam lebih jadi pilihan dan bersemat di hati hehe. Strawberiku yang sedap dan lazat. Emmmm. 

Image may contain: fruit and food 


JAGUNG MUTIARA CAMERON HIGHLAND

Hasil carian imej untuk kea farm cameron highland jagung mutiara

Tidak lupa juga dengan jagung mutiara Cameron Highland ni. Bestnya, jagung mutiara ni tak perlu kukus atau rebus pun, korang boleh je makan macam tu, sangat lembut, sedap dan enak. So apa lagi, ini pun rin borong bawa balik. Sebab sayur tak terbeli pula. Cari sana sini, sampai terlepas kedai-kedai semua dah. kikiki.

Rupa jagung Mutiara ni adalah bewarna kuning putih. Sangat nice. Putih tu ala-ala mutiara la kononnya.

Hasil carian imej untuk kea farm cameron highland jagung mutiara

Okey, dari Kea Farm Cameron Highland ni, kami nak gerak ke gerai kraftangan pula. Lepas tu, direct balik KL. Dah 3 hari duk dekat ngan pasar ni ja. Kea Garden Guest House dekat dalam kawasan Kea Garden ni, so jalan kaki dari penginapan kami tu dah boleh sampai ke sini.

Jom baca juga:




















Sabtu, 15 Februari 2020

Sesi Petik Strawberry Di Aidilbadri Strawberries Farm, Cameron Highland

9:15 PTG 1
Sesi Petik Strawberry Di Aidilbadri Strawberries Farm, Cameron Highland
Selain beli strawberry, teringin juga nak petik strawberry sebagai pengalaman seumur hidup.  Pilihan pertama, Rina dan suami nak ke Opah Strawberry, sebab dengarnya kat sini strawberry lebih murah dari ladang lain. 

Tapi, sampai je kat kaunter tu, budak yang jual strawberri dalam tu cakap kat Opah Strawberry tak boleh self pick (petik) strawberry sebab strawberry habis. 

Oh macam tu pulak. So tak apa lah, jalan-jalan berdekatan Opah Strawberry dan Abang Strawberry, kemudian ternampak Aidilbadri Strawberries Farm pula. 

Jadi kami memilih Aidilbadri Strawberries Farm untuk port bagi memetik strawberries di Cameron Highland ni. Sejuk juga tempat ni, tadi kami dah bersejuk dekat Ladang Teh Boh, Cameron Highland. Sekarang mai sambung bersejuk kat sini pula.

Image may contain: outdoor

Aidilbadri Strawberries Farm

Jika bercakap tentang parking, kawasan ini amat susah nak dapat parking sebab ia tepi jalan. Bukan je farm ini, tapi sederet dengan farm-farm yang lain iaitu Opah Strawberry, KHM strawberry, Agro Farm Strawberry, Muslim, Al-Mashoor Strawberry dan lain-lain lagi. Dah sampai sana, baru rina perasan semua farm ni sebenarnya dekat-dekat je. Jadi kena sabar sikit cari parking kat sini. Tak ada lah susah sangat pun, mungkin 5/10 la markah untuk servis parking tu untuk semua ladang strawberry kat sini. hehe.

So, kalau dah sampai sini, konfius sangat-sangat tak tau nak pergi ladang yang mana. Jadi, masuk jela yang mana korang rasa best. Tak tahu kenapa, lepas je Opah Strawberry tu tak ada strawberry, rina pilih nak masuk dekat Aidilbadri Strawberry Farm Cameron Highland ni. Maka, bermulalah kisah memetik strawberry di sini.

Image may contain: people standing and outdoor

Untuk masuk ke ladang adalah PERCUMA tetapi jika ingin memetik strawberry di ladang, perlu bayar deposit sebanyak RM 10. Dan Strawberry dikira ikut timbangan. Alamak, dah lupa pula berapa Gram entah dapat RM 15. So masuk dan petik puas-puas dulu. Kemudian bila nak bayar strawberry kita nak bawa pulang tu, dia akan tolak dengan deposit RM 10 yang kita bayar tadi.

No photo description available.

Aidilbadri Strawberries Farm ini letaknya di belakang ruang makan. Sama je macam ladang-ladang strawberry yang lain. Kami diberi gunting dan bakul untuk beraksi. Hihi. Jadi, apa lagi, misi mencari buah strawberry yang merah, cantik, masak, besar dan sedap. Jalan sikit, petik. Jalan sikit, petik. Tapi apa menariknya kat sini boleh kita uji pasangan kita. Sabar atau tak dengar perangai kita nak petik strawberry tu. Ciaciacia.

Mestilah sabar. Siap nak pusing setiap lorong pokok strawberry lagi. Jadi, kami kat dalam ni agak lama juga lah. Pusing sana pusing sini dan petik strawberry. Thank you my love sebab sudi menanti petikan strawberry dari daku hehe.

Image may contain: one or more people, plant and outdoor

Inilah pokok strawberry yang menjalar secara dekat.  Pohon-pohon yang tumbuh dan mengeluarkan buah strawberry yang segar bugar, semestinya di Aidilbadri Strawberries Farm Cameron Highland. Waktu dekat sini, memang segar dan sejuk walaupun tengahari, tak bahang. Tempat ini pun agak tinggi memang atas bukit, tapi orang je tak berapa perasan sebab jalan raya macam biasa, kawasan perumahan dan kedai-kedai.

Image may contain: plant, food and outdoor

Image may contain: plant, tree and outdoor

Aidilbadri Strawberries Farm Sesuai Untuk Semua Golongan

Kalau ada anak-anak, mereka pasti eksaited dengan aktiviti macam ni, paling tidak pun, anda boleh jadikan aktiviti petik strawberry ni sebagai salah satu aktiviti kekeluargaan anda ketika bercuti. 

Selain anak dan keluarga, pasangan pun boleh eratkan silaturrahim dengan memetik strawberry berdua-duanya. Hehe. Romantik la juga kan? Tak gitu. Oh ya, buat yang datang dengan kawan-kawan atau keluarga, u guys perlu enjoy dengan moment ini. Lupakan segala masalah, heart broken ke apa ke. Enjoy yourself!

No photo description available.

Okeylah, ini hasil rina memetik strawberry ini sorang-sorang. Suami cuma nak ambil gambar je. Tak nak petik pun. Penat la juga rupanya nak petik strawberry ni. "Tula sapa suruh petik, kan senang beli je", kata suami. Eh eh. Kita nak petik sebab nak merasai macam mana orang luar negara tu petik buah hehe. So suami kata 3 perkataan je lepas dengar alasan tu. Ayatnya berbunyi begini, "Perempuan Selalu Menang".

Image may contain: food

Pelajaran Diperoleh Dari Memetik Strawberry di Ladang

Pertama, semestinya dapat belajar cara kenal pasti strawberry mana yang sedap, manis, masak ataupun tidak. The size doesn't matter. Ada strawberry besar dan merah tetapi kecil dan busuk sementara strawberry kecil tetapi cantik dan kering.

Kedua, setiap perkara yang kita nak buat dalam kehidupan especially bisnes atau keputusan, haruslah dibuat dengan teliti. Gunakan logik, fikiran, apa yang kita lihat dan rasa serta pengalaman. Sama juga seperti penilaian dalam kita meneliti strawberry yang elok dan sedap. Ia tidak boleh dibuat dengan hanya melihat sahaja.

Ketiga, kesabaran amat penting dalam semua yang kita lakukan. Tanpa kesabaran yang tinggi, tak mungkin kita akan berjaya. Kalaulah kita putus asa, kita bukan sahaja kehilangan sesuatu, tetapi kita mungkin akan rugi juga.

Image may contain: one or more people, people standing, plant and outdoor

Selepas je petik, kami pun ke kaunter untuk timbang dan bayar. Oh, cuma tambah RM 5 je. sebab dah bayar deposit tadi dan boleh bawa balik buah strawberry. Okey dah lapar ni, nak singgah Abang Strawberry Restoran pula yang terletak berhadapan dengan Aidilbadri Strawberries Farm ini.