RINA KIFLI: bisnes
Memaparkan catatan dengan label bisnes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bisnes. Papar semua catatan

Ahad, 28 Julai 2024

5 Jenis Niche Bisnes Paling TOP 2024/2025

4:21 PTG 0
 5 Jenis Niche Bisnes Paling TOP 2024/2025


Banyak syarikat telah mencipta produk dan mengiklan perkhidmatan untuk menarik sesetengah minat pelanggan.


Mencari niche bisnes yang bagus boleh membantu kita semua untuk mencipta strategi yang sejajar dengan permintaan pelanggan.


Mempelajari lebih lanjut tentang niche bisnes bakal membantu anda menemui niche yang mungkin menguntungkan syarikat anda. Sama ada anda ingin tambah produk atau bisnes baru, atau baru nak mula bisnes, penting untuk tahu jenis niche bisnes yang paling top.


Jom lihat antara 5 jenis niche bisnes yang paling popular dan bisnes mudah berkembang maju. Sebelum itu, mari kita lihat dahulu tentang apa yang dimaksudkan dengan niche ini.


Imej via [rinakifli]


Apa Itu Niche Bisnes?


Niche bisnes ialah segmen pasaran perniagaan anda yang lebih besar yang mempunyai sasaran tertentu yang khusus. Pendek kata, anda nak buat bisnes apa? Bisnes itu kategori apa?


Jadi, penggunaan niche bisnes ini boleh membantu syarikat memenuhi keperluan yang diinginkan oleh pengguna.


Untuk pengetahuan anda, dalam membantu menentukan niche perniagaan, ianya telah dikelaskan dalam beberapa kategori yang memainkan peranan seperti harga, demografi, tahap kualiti, psikografi dan juga geografi.


5 Jenis Niche Bisnes Yang Paling Top


Niche bisnes adalah kategori bisnes yang ada dalam pasaran yang mungkin anda perasan di mana-mana platform media sosial, media cetak, televisyen dan juga corong-corong radio. Atau mungkin anda sendiri melihat pelbagai jenis bisnes yang wujud dalam era moden ini.


Di sini kami kongsikan 5 jenis niche perniagaan yang paling top kepada anda.


Imej via [getcompass]


1. Niche Bisnes Travel


Sebut sahaja mengenai ‘travel’, pasti kita akan melihat banyak iklan-iklan yang berkaitan dengannya. Siapa yang tidak suka dengan ‘travel’, betul tak? Niche bisnes ini sememangnya yang paling top di seantero dunia.


Anda mungkin mempertimbangkan niche bisnes yang top ini sekiranya syarikat anda menjual produk seperti bagasi, pakaian kasual dan pelbagai barangan yang berkaitan dengan ‘travel’.


Beberapa tarikan dalam penggunaan niche bisnes bagi ‘travel’ ini adalah seperti:


  • Percutian keluarga

  • Percutian antarabangsa

  • Perjalanan perniagaan

  • Perjalanan domestik



2. Niche Bisnes Fesyen


Fesyen juga menjadi antara niche bisnes yang paling top bagi semua orang. Namun kita ketahui bahawa demand produknya berbeza-beza dalam kalangan individu dari segi status kewangan dan pilihan peribadi.


Dengan niche bisnes fesyen, ini akan membantu anda menjual pakaian berjenama atau berkongsi tentang trend fesyen terkini. Antara tarikan yang menggunakan niche fesyen adalah seperti:


  • Fesyen antarabangsa

  • Pakaian harian

  • Pakaian majlis tertentu

  • Aksesori fesyen

  • Fesyen sambutan hari-hari tertentu seperti raya, sekolah dan lain-lain.


Imej via [hmetro]

3. Niche Bisnes Lifestyle


Penggunaan niche bisnes untuk ‘lifestyle’ adalah penting bagi mereka yang memilih gaya hidup tertentu berdasarkan demografi, lokasi geografi dan sebagainya.


Jadi dengan penggunaan niche bisnes lifestyle ini, ia mungkin boleh membantu anda memasarkan barangan yang berkaitan dengan gaya hidup tertentu.


Antara tarikan dalam penggunaan niche bisnes bagi lifestyle ini adalah:


  • Pengalaman

  • Kemandirian Asas

  • Pembuatan


Contohnya, hobi seperti menjahit, menenun, memasak dan lain-lain lagi termasuk dalam niche bisnes yang paling top ini.

4. Niche Bisnes Teknologi


Penggunaan niche bisnes dalam teknologi juga antara yang paling top di semua negara. Ia juga terkenal dalam semua lapisan umur dan antara nadi terpenting dalam kehidupan seharian kita. Sudah tentu banyak demand produk ini!


Dengan penggunaan niche ini, ia boleh menarik pelanggan anda dalam hal yang berkaitan dengan masalah ‘gadget’, produk atau perkhidmatan digital.


Beberapa tarikan dalam penggunaan niche bisnes teknologi termasuklah:


  • Pemain permainan

  • Pengaturcara

  • Penyelesai masalah digital


Imej via [tazc]

5. Niche Bisnes Kewangan


Akhir sekali, jenis niche bisnes yang paling top adalah bisnes kewangan. Bagi anda yang mempunyai syarikat dalam perkhidmatan perbankan atau pelaburan, niche bisnes kewangan pasti sesuatu yang diperlukan oleh anda dalam menarik pelanggan.


Ia juga membantu anda mengiklankan perkhidmatan yang berkaitan dengan pinjaman, cukai atau perancangan persaraan.


Antara tarikan dalam penggunaan niche bisnes kewangan ini adalah:


  • Kewangan peribadi

  • Pinjaman perniagaan

  • Cukai korporat

  • Perancangan kewangan keluarga


Bisnes yang melibatkan servis atau produk sekalipun, memerlukan anda menampakkan value dan kredibiliti diri anda. Maka mudahlah bakal pelanggan trust kepada anda dan bisnes yang anda bawa.

Membina kredibiliti dari segi content di platform yang anda kuasai. Contohnya page facebook, tiktok dan lain-lain lagi. Mula buat content yang membina, berkualiti dan bermanfaat supaya prospek percaya pada kepakaran anda.

Akhir kata,

Apapun niche bisnes pilihan anda, kejayaan bergantung kepada bagaimana anda urus dan bawa bisnes tersebut kepada sesuatu perniagaan yang lebih baik, profitable, sustainable dan scaleble.

Jom baca juga:










Ahad, 19 Mei 2024

15 CARA BINA PERSONAL BRANDING DIRI DAN BISNES

10:38 PTG 0
 15 CARA BINA PERSONAL BRANDING DIRI DAN BISNES

Cara bina personal branding diri dan bisnes tak ramai yang tahu, tetapi sebenarnya ia sangat penting untuk

kejayaan sesebuah perniagaan dan apa sahaja yang kita lakukan.


Personal Branding sangat penting untuk kita dikenali oleh orang lain, terutamanya target pasaran kita serta

dalam kalangan penduduk setempat mahupun di luar negeri untuk diri sendiri dan juga

bisnes yang dijalankan.


Personal branding penting dan diperlukan untuk membina ‘kepercayaan’ dalam masyarakat setempat

mahupun luar negara agar yakin dengan apa yang ditawarkan oleh kita.


Nak bina personal branding diri dan bisnes supaya orang ingat kita bila dengar jenama kita?


Kami senaraikan 15 Cara Bina Personal Branding Diri dan Bisnes kepada anda. Jom buat satu demi satu.


1. Jadi Diri Sendiri


Untuk bina personal branding, anda haruslah menjadi diri sendiri.

Jangan terikut-ikut dengan cara orang lain untuk mengekalkan reputasi.


2. Guna Nama Sebenar


Selain itu, untuk membina personal branding, pastikan anda menggunakan nama sebenar. Ianya untuk memastikan anda lebih dipercayai oleh orang ramai.


3. Cari Platform Yang Sesuai Atau Bagus


Platform yang sesuai juga diperlukan untuk membina personal branding.

Contohnya, Facebook, Twitter, Tiktok dan sebagainya. Zaman sekarang, sangat

penting untuk kita bina branding menggunakan sosial media.


4. Kenalpasti Keunikan Servis Yang Ditawarkan


Bagi anda yang ingin membina personal branding untuk bisnes,

pastikan servis yang ditawarkan mempunyai kelainan atau keunikan

yang tersendiri berbanding peniaga lain.


5. Berikan Manfaat Kepada Servis Yang Ditawarkan


Untuk menjadikan personal branding diri dan bisnes anda dikenali ramai,

pastikan servis yang ditawarkan mampu memberi manfaat kepada semua.

Barulah orang kenal anda sekaligus inginkan servis bisnes anda.




6. Penuhi Kehendak Pelanggan

Memenuhi kehendak pelanggan juga dapat membina personal branding. Jika anda tidak percaya, cuba tengok brand Iphone yang selalu memenuhi kehendak pelanggannya.


7. Faham Kehendak Pelanggan


Nama brand anda juga akan dikenali ramai sekiranya anda faham kehendak pelanggan.

Selesaikan masalah pelanggan untuk buat pelanggan puas hati dengan kita.


8. Bina ‘Relationship’


Pastikan anda bina ‘relationship’ dengan pelanggan anda untuk nama brand anda

dikenali ramai. Relationship sangat penting kerana kita semua adalah manusia, ada

'humor' di situ.


9. Buat ‘Content’ Bersesuaian Dengan Servis / Bisnes


Bagi anda yang suka membuat ‘content’ untuk branding anda, pastikan ianya

bersesuaian dengan servis yang ditawarkan. Selalunya, content yang relate dengan

masalah pelanggan akan membuatkan mereka percaya dan pilih kita.


10. Selesaikan Masalah Pelanggan


Masalah pelanggan yang dapat selesaikan juga dapat menaikkan nama branding diri

dan bisnes kita. Pelanggan akan ingat kita dan berkali-kali mungkin akan repeat

dengan kita.


11. Konsisten


Pastikan anda sentiasa aktif dalam menyampaikan post mengenai produk anda untuk

menaikkan lagi nama brand anda. Jika tidak konsisten, pasti pelanggan juga tidak

akan mempercayai servis yang diberikan oleh anda.



12. Jadi Lebih Kredibiliti


Untuk memastikan nama anda lebih dikenali ramai, anda juga harus menjadi lebih

profesional dari segala-galanya. Tidak kiralah dari segi pemakaian atau apa jua aspek,

pastikan ia menampakkan anda berpengaruh dan dipercayai.


13. Bekerjasama Dengan Influencer


Bekerja dengan ‘Influencer’ juga dapat menaikkan nama branding anda.

Biasanya influencer ini mempunyai pengaruh yang kuat dalam menaikkan nama

branding anda.


14. Hadiri Event-Event Besar


Event-event besar juga dapat menaikkan nama branding diri dan bisnes anda. Jadi,

jangan lupa untuk menghadiri mana-mana event besar untuk menaikkan nama brand

anda.


15. Bina Komuniti


Akhir sekali, untuk menaikkan nama branding anda adalah membina komuniti anda

sendiri. Semakin ramai yang bersama dengan komuniti yang anda bina, semakin cepat

nama anda akan naik.


Itulah 15 cara bina personal branding diri dan bisnes. Persoalannya, dimana perlu anda bermula? 


Media sosial seperti facebook, tiktok dan instagram sangat membantu. Yang penting, anda perlu konsisten keluarkan content untuk branding diri dan perniagaan anda.


Jumaat, 3 Januari 2020

Cara Bahagikan Masa Kerja Dengan Masa Berbisnes | BERNIAGA SAMBIL BEKERJA

9:14 PTG 3
Cara Bahagikan Masa Kerja Dengan Masa Berbisnes | BERNIAGA SAMBIL BEKERJA
Ramai orang yang suka buat bisnes sendiri, tapi dalam masa yang sama masih lagi bekerja makan gaji. Tak kiralah berkerja swasta atau kerajaan, situasinya tetap sama dimana anda bekerja dari 8 pagi sehingga 6 petang begitu. Bermaksud, mungkin masa dari 8 pagi sehingga 9 petang tu anda perlu lakukan kerja hakiki dan tak dapat buat bisnes.

Itu adalah satu hal yang kita semua perlu sedari.  Memilih untuk menjalankan perniagaan ketika masih bekerja adalah sesuatu yang sangat baik dan menguntungkan. Tidak salah jika anda bekerja tetapi ingin berniaga. Malah, banyak manfaat yang boleh anda dapatkan.

Cuma, ramai yang mempunyai masalah dimana mereka tidak tahu cara membahagikan masa dengan betul. Sekiranya anda bekerja, masalah masa adalah yang utama kerana pada malam hari, adalah masa yang anda sering gunakan bersama keluarga dan anak-anak pula. Justeru, bila masa yang sesuai untuk berniaga?

Sebenarnya, berniaga atau perniagaan adalah sangat subjektif kerana ia terpulang kepada anda sama ada anda berniaga secara online atau offline. Jika offline, ya ia akan memakan masa anda dengan lebih lagi kerana anda perlu set up kedai, tempat jualan, ambil barang dan lain-lain perkara lagi.

Manakala jika anda berniaga secara online, anda dapat menjimatkan masa namun tidak bermakna anda tak perlu buat apa-apa ye, takut-takut perniagaan anda tak berjalan pula nanti.

Sama ada online atau offline, anda harus bahagikan masa kerja dengan masa berbisnes dengan betul. Jom lihat cara bahagikan masa kerja dan bisnes yang harus anda ikuti.

Imej yang berkaitan

Cara Bahagikan Masa Kerja Dengan Masa Berbisnes 

#1 Pilihan Bisnes, Platform Dan Target Audience


Pilih bisnes yang mudah, sesuai dan menggunakan platform yang terkini. Pilihan apa produk anda nak jual penting kerana anda perlu pastikan ia mendapat banyak permintaan, mungkin target audience pun berdekatan dan sesuai dengan anda. 

Sebagai contoh, anda kerja di pejabat, anda boleh buat bisnes makanan (kerepek) atau bahan kering atau pun juga boleh jual tudung. Sebabnya, target marketing berdekatan anda adalah orang di pejabat anda sendiri. 

Namun tiada masalah jika anda nak jual produk lain, sebab anda boleh jual dari internet sahaja dan tak perlu fokus di pejabat pun. No worries.

Cara Bahagikan Masa Kerja Dengan Masa Berbisnes 

#2 Sediakan Bahan Marketing Secukupnya


Jangan jadi macam lalang, tak ada pendirian. Anda perlu tetap dengan pendirian anda. Ada orang cepat sangat kecewa, down dan takkan buat apa-apa untuk bisnes dia. Sebenarnya, hal pertama sebelum anda all out promote adalah, anda perlu sediakan bahan merketing dahulu. 

Sediakan copywriting atau ayat iklan banyak-banyak, nanti pada masanya anda cuma schedule sahaja iklan tersebut untuk naik di blog dan juga page facebook. jadi, anda dh jimat masa kat situ. Mudah kan?

Cara Bahagikan Masa Kerja Dengan Masa Berbisnes 

#3 Gunakan 1 Jam Sehari Untuk Marketing 


Jika anda bekerja dari pagi sampai petang, masa yang ada sama ada malam, atau selepas subuh setiap hari, boleh anda gunakan untuk buat marketing. Sabtu ahad pula, anda boleh all out all day untuk marketing. Tanpa marketing, biasa umpama kosong je tau sebab dalam bisnes, kita kena buat orang kenal dan nampak kita ya. Semua sifu bisnes akan cakap macam tu. So please. Dengarlah nasihat ini ya sayang semua!



Imej yang berkaitan

Cara Bahagikan Masa Kerja Dengan Masa Berbisnes 

#4  Sedia Korbankan Masa


Tolong korbankan masa anda selama anda berbisnes sambil bekerja. Jika anda tak nak korbankan masa, sia-sia sahaja lah impian perniagaan anda. Oh ya, korbankan masa juga bermaksud anda perlu memperuntukkan masa anda untuk mengembangkan bisnes.

Buatlah jadual harian dimana pada pukul berapa anda harus fokus pada marketing dan bisnes. Sama ada marketing di fb, ig dan sebagainya tiada masalah. Namun, wajib anda lakukan. Korbankan sedikit masa setiap hari. Barulah ada hasilnya. Tanpa menuai padi, padi takkan tumbuh sendiri. Faham kan?

Cara Bahagikan Masa Kerja Dengan Masa Berbisnes 

#5  Jangan Sesekali Buang Masa


Ada masanya kita rasa malas tak nak buat apa-apa, ada masanya kita jadi rajin. Tak kisahlah apapun kita nak buat, yang penting jangan buang masa. Daripada kita buang masa, banyak hal kita boleh lakukan. Biarpun tak buat marketing, kita boleh buat research pasal produk jualan kita, cari database dan macam-macam lagi. 

Dalam bisnes ni banyak jalan dan strateginya, tapi yang penting untuk permulaan adalah pengurusan masa yang ramai terlepas pandang. Mulai hari ini, peruntukkan masa anda setiap malam untuk bisnes ( jika anda kerja pagi sampai petang). Kalau yang tak kerja tu, anda boleh buat jadual dari pagi sampai petang, untuk fokus bisnes.

Semoga bermanfaat!




Ahad, 29 Disember 2019

5 Cara Jana Pendapatan Di Internet [DISARANKAN JUTAWATAN INTERNET INI]

4:53 PTG 0
5 Cara Jana Pendapatan Di Internet [DISARANKAN JUTAWATAN INTERNET INI]
Idola saya adalah Tuan Irfan Khairi yang merupakan seorang usahawan muda di Malaysia. Ketika itu, saya berumur 18 tahun sudah membaca banyak berkaitan beliau. Sungguh bisnes dan ilmu kewangan saya, banyak diinspirasikan berdasarkan ceramah dan tips-tips dari Beliau.

Di sini, jom saya kongsikan 5 cara jana pendapatan di Internet yang boleh anda lakukan dengan serius untuk menjana pendapatan. Anda akan berjaya sekiranya anda benar-benar fokus melakukan cara ini. Pilih mana satu yang memudahkan anda. Lakukanlah satu demi satu dan penuh fokus.

Image result for e commerce


1.  E-Commerce


E-commerce adalah laman web jualan. Pendek kata, anda boleh jana pendapatan di internet dengan menjual produk.  Seperti Amazon.com, Zalora, atau Lazada dimana anda boleh menjual baju atau produk secara online.

Banyak pendapatan boleh dijana dari sini tetapi kos permulaannya agak tinggi seperti kos modal barang, internet, platform, pekerja untuk menghantar barang dan lain-lain lagi. Margin keuntungannya agak rendah. Namun, ramai yang minat dengan cara jana pendapatan di Internet ini kerana anda seolah-olah punyai bisnes sendiri dan kedai online sendiri.

Caranya adalah anda boleh mendapatkan produk dari pemborong tempatan, cina atau mana-mana, kemudian anda jual di internet semula.


2.  Affiliate Program


Daftar sebagai affiliate, kaji dan ketahui produk mereka. Penting untuk anda mendaftar dan menjadi seorang ahli affiliate. Namun, sebelum itu pilihlah dahulu produk dan syarikat affiliate mana yang ingin anda jual.

Contohnya buku, kemudian anda jual buku tersebut di blog anda. Dengan cara link ke blog jualan tersebut berdasarkan link yang telah diberikan kepada anda untuk promote. Tak perlu ada bisnes sendiri, cuma promote bis orang lain di blog anda. Mudah kan! Link url diberikan untuk anda promote. 

Tak perlu pegang stok, tapi boleh jual apa sahaja produk mereka..Contohnya jadi affiliate zalora, lazada dan sebagainya. Kena anggap sebagai perniagaan full time anda walaupun ia cuma berkongsi dan share link.  Untuk berjaya dalam affiliate, anda bukan sahaja share link tetapi anda juga perlu menganggapnya sebagai perniagaan utama anda dengan multiplekan marketing seperti buat blog untuk cerita pasal produk, tips dan sebagainya. 


3.  Pengiklanan Dalam Blog


Pengiklanan dalam blog adalah salah satu cara jana pendapatan di internet yang disarankan oleh Jutawan Internet Irfan Khairi.  Contohnya, anda boleh daftar online dengan Google Adsense, Pay Per Click dan lain-lain lagi. 

Cara ini memerlukan anda membuat content yang banyak. Sebagai contoh, anda menulis berkaitan travel di blog, jadi google adsense akan menaikkan iklan berkaitan travel kepada anda. Kemungkinan pembaca akan menekan iklan tersebut, jadi anda juga akan mendapat pendapatan di situ.

Image result for PENDAPATAN INTERNET

4.  Youtuber


Menjana pendapatan dari youtube melalui google adsense juga. Adsense adalah iklan awal yang keluar di youtube, atau iklan yang keluar di tengah video youtube anda. Iklan-iklan inilah akan menjana pendapatan buat anda. 

Dengan penghasilan video youtube, anda boleh meletak iklan adsense tersebut di youtube.  Apabila orang lain menonton video iklan anda, anda akan menjana pendapatan di situ. 

Sebagai contoh, Ryan worlds yang membuat review Toy (mainan) di akaun Youtube nya, setiap bulan memperoleh duit berjuta-juta. Ini kerana ramai orang yang menonton video tersebut daripada iklan-iklan tertera pada videonya.

Cara ini agak mudah kerana anda boleh buat video dari handphone sahaja. Bergantung kepada industri, setiap 1 ribu view menonton video anda, anda akan mendapat beberapa jumlah bayaran tertentu. Zaman sekarang adalah zaman sosial media, why not anda cuba menjana pendapatan dari youtube juga!


5.  Expert Industri


Anda perlu tahu apa industri yang anda expert seterusnya menjadikan anda expert dalam pekerjaan anda. Sebagai contoh, seseorang ini bekerja hanya mengutip sampah, akhirnya dia menulis sebuah ebook berkaitan pengurusan sampah. Begitu juga dengan apa sahaja kepakaran yang anda ada, anda boleh bina produk digital seperti ebook dan menjual di internet. Menarik bukan?

Menulis ebook mengikut kepakaran adalah sesuatu yang mudah kerana anda telah pakar. Mulai dari sekarang, fikirkan apa yang anda pakar dan boleh tulis untuk buat duit. Anda tak perlu post dan keluar rumah, cuma emel sahaja kepada mereka yang membeli ebook anda. Jika ada website, boleh buat jualan melalui website. Mudah kan!


Related image

Itulah dia 5 cara jana pendapatan internet yang disarankan oleh jutawan internet Malaysia. Sesungguhnya beliau sendiri telah menjual peta Malaysia di internet satu masa dahulu, berkecimpung dalam blog sehingga menjadi jutawan pada usia yang muda iaitu 25 tahun.