RINA KIFLI: amway
Memaparkan catatan dengan label amway. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label amway. Papar semua catatan

Sabtu, 5 Februari 2022

Air Fryer Philips Amway Twin TurboStar [Info & Tutorial Lengkap]

2:18 PG 11
Air Fryer Philips Amway Twin TurboStar [Info & Tutorial Lengkap]

Anda suka masak menggunakan air fryer? Atau mungkin tengah merancang untuk mengamalkan masakan sihat menggunakan Air Fryers? Tidak sama seperti Air Fryer lain, air fryer Philips ini mempunyai keunikannya yang tersendiri yang jauh lebih hebat dari air fryers lain.  

Perasan atau tidak, memasak menggunakan air fryers mempunyai banyak jenis keadaan. Contohnya, ada air fryers yang mengeluarkan banyak minyak pada makanan setelah di masak. Ada juga air fryer yang memerlukan kita panaskan suhu dahulu untuk memasak dan perlu menunggu.

Macam-macam jenis keadaan masakan menggunakan air fryer ni. Tapi Alhamdulillah sejak adanya Air Fryer Philips , semuanya mudah. Sebab Air fryer Philips tak sama seperti air fryer di luar sana. Apa beza nya? Jom lihat perbezaan Air Fryer Philips Amway dengan Air fryer jenama lain. Ianya jauh lebih baik!

Imej via [amway]

PERBEZAAN AIR FRYER PHILIPS AMWAY DENGAN AIR FRYER LAIN

Terdapat banyak perbezaan antara air fryers jenama Philips dengan yang lain. Jika anda pernah gunakan air fryers berjenama lain, dan tiba-tiba guna Philips. Memang akan rasa sangat-sangat berbaloi, indahnya dunia masakan dan kesihatan. Ini memang the best, sangat mudah masak, isteri dan ibu di dapur memang komfim-komfim suka!


Air Fryers Philips Amway Tanpa Minyak Dan Lemak

Imej via [yithra]

Memasak menggunakan air fryers selain cepat dan pantas, makanan juga lebih berkhasiat kerana tak perlu menggoreng pun masih boleh makan ayam goreng. Hanya dengan memasak menggunakan air fryer sahaja. 

Tetapi awas, ada air fryers yang tetap menjadikan makanan anda berminyak dan minyak keluar dari makanan dengan banyak. Berbeza dengan air fryers Philips Amway ini, terdapat sistem pengasingan minyak dimana anda tidak akan mendapati minyak dari makanan terlalu banyak. Ia telah ditapis atau diasingkan dari makanan. 


Imej via [yithra]

Selain minyak, air fryers Philips Amway juga berfungsi menyingkirkan lemak. Tidak percaya? Ya, proses memasak menggunakan air fryers ini dapat menyingkirkan lemak daripada makanan. Tak perlu mengeluh lagi jika nak diet, makanan sihat. 

Masih lagi boleh makan ayam goreng, kentang goreng, dan banyak lagi. Untuk pengetahuan anda, air fryer Philips ini boleh memuatkan 0.8 kg kentang jejari dan sesuai untuk menggoreng, membakar, menggril dan memanggang makanan. Hampir sekilo kentang tau boleh sekali masak!


Spesifikasi Dan Ciri Air Fryers Philips Amway

Imej via [yithra]


Ruang kapasiti: 0.8 Kg 

Kuasa: 1500 W

Dimensi: 266 mm (P) x 292 mm (L) x 276 mm (T)

Berat: 5.3 Kg

Warna: Desert Green


Teknologi Twin Turbo Air Fryers Philips Amway

Imej via [amazon]

Dalam air fryers Philips Amway ini mempunyai gandingan pemanas dan motor yang berkuasa menghasilkan udara panas. Ianya berputar seperti tornado dan mengalirkan kuasanya untuk memastikan haba memasak berjalan lancar. Amat bagus sekali, air fryers ini turut direka bagi menyingkirkan lebih banyak lemak daripada makanan dan memerangkapnya di dalam pengurang lemak agar lemak mudah dibuang.

Teknologi Twin Turbostar ini juga berfungsi mempercepatkan proses memasak. Selalunya kita akan membalikkan makanan tersebut untuk mudah masak, tetapi dengan menggunakan air fryer ini anda tak perlu membalikkan makanan yang dimasak. Semuanya akan dimasak dengan sempurna.

Menarik lagi, Air fryer Philips Amway Twin TurboStar ini tidak memerlukan anda memanaskan suhunya. Mudah saja, buka elektrik, letak bahan makanan yang nak dimasak, terus set kan masa memasak. Tak perlu tunggu suhu panas dan sebagainya. Seronoknya, macam ni bolehla kita yang sibuk kerja online ni letak dan terus makan jer bila dah siap masak!

Imej via [yithra]



Ciri Pemegang Universal Easy Click


Air fryers Philips ini mempunyai Pemegang universal Easy Click.  Anda boleh mengangkat pemegang air fryers ini dengan mudah dan menukarkan aksesori yang lain. Tidak seperti air fryers jenama lain dimana pemegang suka terlekat dengan ketuhar tempat masak. Air fryers Amway ini boleh dibuka pemegangnya dan ditukar aksesorinya.

Selain itu, terdapat banyak lagi keistimewaan dan ciri-ciri Air Fryers Amway ini yang membezakan ia dengan air fryers lain. Jom lihat keistimewaan, kelebihan dan ciri-ciri Air Fryers Philips Amway Twin TurboStar ini secara keseluruhan.


Keistimewaan Dan Kelebihan Air Fryers Philips Amway Twin TurboStar









  • Air Fryers Amway yang serba boleh, multifunction
  • Sangat pantas dan mudah memasak dengan cepat
  • Kompak, muat sehingga 0.8 Kg kentang jejari (Contoh)
  • Boleh membakar, menggoreng, menggril dan juga memanggang makanan
  • Pemegang Universal EasyClick berfungsi memudahkan menukar aksesori
  • Terdapat Bakul QuickClean dengan jaring boleh tanggal dan pemegang
  • Aksesori dulang gril disediakan
  • Boleh terus digunakan. Tidak perlu dipanaskan dahulu
  • Teknologi Penyingkiran Lemak mengasingkan dan mengumpul lemak berlebihan dalam makanan
  • Teknologi Rapid Air berfungsi menghasilkan aliran udara 7x lebih pantas untuk hasil yang garing lagi lazat
  • Kawalan Suhu dan Pemasa, Serba boleh untuk pelbagai bahan


Keunikan Air Fryers Philips Amway | Air Fryers Amway 




1.  Makanan bertukar menjadi makanan yang lebih sihat tanpa minyak dan lemak

2.  Keenakan dan kelazatan makanan dimana ia lengkap garing di luar, lembut di dalam serta rasa yang maksimum dan lemak yang minimum.

3.  Teknologi Rapid Air meningkatkan kelajuan aliran udara di dalam bakul sebanyak 7 kali ganda, berbanding dengan kelajuan aliran udara di dalam Philips Viva Airfryer dengan dasar yang rata.

4.  Direka untuk menyingkirkan lebih banyak lemak daripada makanan dan memerangkapnya di dalam pengurang lemak agar mudah dibuang

5.  Menggoreng dengan sedikit atau tanpa minyak. Udara panas digunakan untuk menggoreng hingga 90% kurang lemak. Paha ayam dipanggang hingga garing dan lembut namun menyingkirkan lemak.


6.  Memasak Serba Boleh. Bukan sahaja menggoreng, ia juga boleh, menggril, membakar kek dan memanggang sajian kegemaran anda.

7.  Saiz kompak, kapasiti besar yang menjimatkan ruang di kaunter dapur untuk kegunaan harian.

8.  Pemegang Universal EasyClick pula memudahkan anda menukar bakul ke dulang gril.

9.  Aksesori Dulang Gril sesuai untuk menggril ikan, daging dan sayur-sayuran.

10.  Pemanasan segera boleh terus digunakan.

11.  Bakul QuickClean, Bakul jaring boleh tanggal dengan pemegang.


Video Cara Masak Guna Air Fryers Philips Amway

Jom lihat video cara guna air fryers Philips Amway. Cara guna air fryers Amway ini sangat mudah semudah abc! Tak percaya? Jom tonton video di bawah. Sekejap je dah jadi ayam panggang. MasyaAllah sedapnya. Sis pun tak sabar nak gi masak nih!


Harga Air Fryers Philips Amway


Boleh bayar bulan-bulan secara ansuran bulanan, credit card atau debit card juga tiada masalah.  Harganya sangat berpatutan dengan kualiti yang sangat-sangat hebat ini. Anda juga berpeluang untuk dapatkan penjimatan untung runcit lagi dengan menjadi ahli dengan cara yang sangat mudah.  Dapat beli air fryers harga sangat terbaik, dapat benefit yang lain lagi.

Baca Juga:  




Jom hubungi untuk kami bantu segera, Air Fryers Philips Amway adalah air fryers exclusive mampu milik serbaguna sangat, pelbagai golongan rakyat Malaysia, sama ada B40 sehingga golongan profesional pun merupakan pengguna air fryers ini. Harga sangat best dan berbaloi sangat!

KLIK 





Sumber:


Dapatkan Ilmu Bermanfaat, Jemput Sertai:

Barang Rumah Malaysia

Komuniti Rihura

Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Malaysia Blogger Influencer & Content Writer



Khamis, 27 Januari 2022

Kenali Apa Itu ABO AMWAY | Kelebihan Jadi Ahli AMWAY

12:59 PG 8
Kenali Apa Itu ABO AMWAY | Kelebihan Jadi Ahli AMWAY



Ramai yang mengenali syarikat Amway dan tahu juga bahawa syarikat Amway ni menawarkan pengambilan sebagai agent. Tapi Amway tak panggil agent, sebab dia tak anggap seller yang buat bisnes amway ni agent. Mereka dianggap sebagai pemilik bisnes Amway itu sendiri. Seronok bukan? Ada juga yang panggil ahli Amway.


Apa Itu ABO Atau Ahli Amway


Bila kita beli barang amway, jika ada agent yang tanya, berminat nak jadi ABO tak? Atau ahli, ABO itu bermaksud Amway Business Owner. Erti kata lain adalah jadi agent atau ahli Amway. Penggunaan Amway Business Owner disebut dengan nama ABO adalah untuk memudahkan, simple dan senang nak faham.

Ia juga bermaksud bahawa anda perlu anggap Amway adalah seperti bisnes sendiri once bila anda sudah daftar sebagai ahli atau agent. Kita sebut ABO jela sedap sikit dengarnya. Oh ya, sememangnya terdapat banyak kelebihan jadi ABO Amway ni. 

Sebelum tu, anda kena faham dahulu bahawa Amway menawarkan barangan untuk pelanggan. Namun bagi yang mendaftar sebagai ABO, anda mempunyai kelebihan yang sangat banyak tak terkira. Ia bukan sahaja keuntungan semata-mata apabila buat bisnes, tetapi Amway memberikan anda pencen satu ketika nanti jika anda sudah layak.


Sistem ABO Amway | Prosedur Amway Business Owner 



Kita Sembang bab kelebihan jadi ahli atau ABO dahulu ya. Sekiranya sudah daftar sebagai ABO Amway, anda boleh akses masuk ke dalam website amway. Di situlah anda boleh manage dan lihat segalanya seperti point, jumlah jualan, tentang produk, berapa point yang perlu dicapai dan jumlah wang bonus yang akan anda terima setiap bulan. 

Ingat, bukan sahaja untung runcit, tapi amway bagi lagi bonus bulanan. Sebab itu, dalam amway tiada siapa nak atau tak nak, yang penting diri kita sendiri nak atau tidak. Itu sahaja.

Untuk pengetahuan anda, setiap barang amway mempunyai PV dan BV. PV bermaksud Point value manakala BV adalah bonus value. Dari segi harga barangan pula, hanya ada 2 jenis harga sahaja iaitu harga ABO dan juga harga untuk pelanggan. 

ABO Amway akan mendapat harga ahli dan boleh jual kepada pelanggan menggunakan harga runcit. Jadi, sebagai ahli sudah pasti anda akan mendapat harga runcit. Nak post produk ke customer macam mana? Sudah tentu HQ Amway yang akan uruskannya. Anda cuma perlu submit order sahaja di website.  Memang menyeronokkan.  Jika customer nak pickup barang macam mana? Mudah saja, sama ada anda boleh pegang stok atau boleh beli di kedai Amway berdekatan kawasan rumah anda. Senang kan!


ABO Miliki Amway Tersendiri

Kredit Image: clinicstandard

Setiap ABO akan mempunyai bisnes sendiri iaitu Amway. Amway adalah bisnes sendiri dan ABO adalah owner kepada bisnes amway. Jadi, apabila anda berdaftar dengan Amway, Amway adalah bisnes anda sendiri! Sama macam produk lain, jika ada pengasas produk, anda adalah owner atau pengasas bagi bisnes amway. 

Kedai Amway di seluruh Malaysia adalah milik anda semua sebagai ABO Amway. Kiranya semua kedai di Malaysia ini adalah cawangan anda juga. Setiap pelanggan dimana sahaja berada boleh beli dengan Anda atau di kedai juga.

Apabila telah jadi ABO Amway, ianya adalah umpama kita buka sebuah supermarket yang mempunyai pelbagai produk rumah dan kesihatan.  Amway menjual lebih dari 1,000 jenis produk iaitu terdiri daripada pelbagai jenis barang seperti home care, personal care, vitamin, makanan tambahan, barang dapur, perkakas dapur, skincare dan banyak lagi.


Kelebihan Bisnes Amway | Kelebihan Jadi ABO AMWAY


Lebih 10 Jenis Pendapatan Amway

Dengan melakukan bisnes Amway, anda akan berpeluang menjana 10 jenis pendapatan. Bukan hanya untung runcit tetapi banyak lagi keuntungan dan pendapatannya. Pernah tak anda jumpa bisnes yang dapat banyak pendapatan selain dari untung runcit saja? Jika belum pernah, Amwaylah antaranya. Syarikat Amway pula adalah dari tahun 1990-an lagi, memang syarikat berjaya sehinggalah sekarang.


Berikut adalah keuntungan dari Bisnes Amway yang anda boleh jana:-


1. Keuntungan Runcit bagi setiap produk adalah margin dari 20% sehingga 25%


2. Bonus bulanan berdasarka point. Selain dari dapat untung runcit, akan ada point untuk setiap performance anda tak kisahlah tajaan ke, downline beli barang ke, anda sendiri beli barang rumah ker atau apa-apa sahaja yang anda buat, point akan masuk! 

Jadi, tiap bulan kalau capai % target amway, anda dapat gaji bonus dari Amway masuk akaun bank! Alhamdulillah ini tiap-tiap bulan rina dah merasa. Sekarang rina komited nak bantu anda yang nak sangat jana pendapatan mudah ni. Bonus bulanan akan dibayar pada 15 haribulan. 

Sangat terbukti, sebab ramai dah berjaya buat 4 hingga 5 angka dengan Amway ni, boleh beli rumah dan kereta guna payslip amway dah.


3.  Akan terima pendapatan-pendapatan seperti berikut jika anda betul-betul komited dengan bisnes ini:-

  • Untung runcit
  • Bonus Bulanan hasil dari usaha kita
  • Bonus Tahunan (Tiap tahun dapat bonus macam kerja kerajaan) Patut ramai buat duit dan jana pendapatan dengan Amway.
  • FAA point bonus
  • Tabung Diamond
  • Tabung Emerald
  • Growth Insentif Program (Bonus)
  • New Achiever bonus
  • Depth Bonus 1%
  • Leaderaship bonus 4%
  • Ruby Volume 2%
  • Royalty / pencen (Sama macam kerajaan, dah bersara pun dapat pencen bulan-bulan, tapi Amway bayar sampai kita meninggal, keluarga atau waris kita akan sambung dapat.)

Banyak sangat keuntungan dan pendapatan bila buat bisnes Amway ni. Jadi ABO Amway pula sangat mudah, tak keluarkan modal yang banyak. Hanya pendaftaran Ahli dengan harga mampu milik sahaja, anda dah dapat peluang perniagaan hebat ini. Alhamdulillah. Tapi lebih hebat lagi kalau dapat orang yang boleh bimbing kita buat sehingga berjaya.



Bisnes Amway Dapat Pencen

Sama macam kerja kerajaan, nanti dah bersara dapat pencen. Buat sekarang pulun sungguh-sungguh dengan bisnes Amway. Bila nanti dah tak buat tetap Amway bayar pencen bulan-bulan kepada kita.

Bukan sebab orang tajaan kita buat kerja dan kayakan orang atas, ingat, dalam Amway tak ada konsep macam tu. Sebab Amway bukan sistem piramid. Inilah sebab kena masuk kelas jika gila-gila nak berjaya dalam amway ni, masuk team yang ada kelas atau meeting.

Macam team upline Rina memang selalu tiap minggu ada 2 kali kelas meeting, belajar produk, tentang bisnes dan macam-macam. Seronok sangat kalau ada bisnes pasif income macam ni walaupun kita ada kerja hakiki atau bisnes lain.

Sebab tu ramai golongan profesional masuk amway, ramai doktor adalah ahli Amway, itu tak cerita sebab produk suplement dia memang organik dan terbaik tu lagi. Polis, doktor, pensyarah, cikgu dan banyak lagi.


Semua Orang Boleh Berjaya Dan Kaya


Dalam bisnes Amway ni juga semua orang boleh berjaya dan kaya. Tidak kerana kena belajar pandai je tapi Amway ni kalau tak pandai pun tetap boleh jadi kaya dan berjaya. Kenapa? suri rumah atau yang tak ada sijil belajar tinggi pun boleh berjaya dan kaya raya dengan bisnes Amway.

Sebab bisnes amway adalah sistem duplikasi. Tiru dan buat macam orang lain yang sudah berjaya dan dapat hasil. Ikut saja cara mereka. Halangan pun lebih kurang sama dan tahulah apa nak buat kalau betul-betul ikut dan bermentorkan mereka.

Yang bestnya, bukan macam bisnes kat luar sana susah betul nak cari mentor dan kena bayar lagi. Yang ini upline kita sendiri sedia ada nak ajar kita sungguh-sungguh. Kalau upline kau dah dapat income cecah 5 angka sebulan, Kenapa kau taknak ambil peluang?

Image via utusan



Ilmu Padat, Kelas, Meeting Dan Event Belajar


Inilah sebab orang suka bisnes Amway. Amway tak biar anda terkapai-kapai. Kalau anda dah lama hilang arah dalam bisnes ni, bukan salah amway. Tapi mungkin berada di bawah orang yang salah. Alhamdulillah dalam bisnes Amway ini, rina telah dibimbing sendiri oleh FEDC iaitu sebuah tahap level jawatan dalam Amway yang paling tinggi.

Setiap minggu kami ada kelas online dan meeting yang boleh ramai-ramai belajar dalam perjumpaan tu. Setiap bulan pula pasti ada event atau perjumpaan untuk belajar. Belajar bukan teori je u all tapi termasuklah cara guna produk, demo, masak-masak dan banyak lagi berdasarkan jenis produk kita fokus.

Meeting Kelas Sedut Ilmu Produk dan Bisnes tiap Isnin dan Jumaat


Kalau tak dapat attend dont worry. Boleh attend kelas online Amway meeting group pun tak ada masalah. Pendek kata, kalau nak berjaya u kena buat bisnes dengan orang yang berjaya. Rina bersyukur dapat rezeki bisnes Amway ni, dibimbing sehingga dah capai bonus tahunan.

Rina share sini sebab rina juga tengah cari bisnes partner Amway untuk sama-sama kita berjaya, akan guide dan 24 jam memang kita jadi partner buat duit dengan amway ni. Pendek kata, nak bina protege bersama. kalau ada berminat nak sertai perniagaan Amway bersama Rina , bermaksud korang dah ada team besar yang boleh bimbing korang nanti.

Support group sangat besar dan sangat membantu anda semua. Alhamdulillah.




Tidak Wajib Pegang Stok


Inilah bisnes cara bijak iaitu tak nak keluar modal. Tapi pastikan bisnes jalan. Caranya adalah korang boleh buat marketing untuk dapat buyer dan boleh direct order HQ akan hantar kepada pelanggan anda.

Tapi jika anda perlukan stok atau untuk jual di kawasan berdekatannya, boleh beli stok barang di website www.amway.com atau terus ke kedai Amway berdekatan anda. Nak ambil pada upline pun boleh.

Sekiranya ada barangan yang rosak atau perlu dipulangkan, anda sebagai ahli boleh terus walk in ke mana-mana kedai Amway atau bagi kepada penaja untuk dihantar ke kedai Amway untuk servis. Spare part pun boleh dibeli. Jangan risau. Tapi so far memang tak ada lagi la kes barang macam ni, sebab barang Amway memang kualiti sungguh habaq hang!

Bisnes Mengikut Masa Anda Dan DiMana Jua Anda Berada

Dimana juga dan pada bila-bila masa yang anda perlukan, boleh terus lakukannya kerana Amway buka 24 jam. Apabila order sudah dibuat, Amway akan terus post barang anda untuk pelanggan yang order.

Jelas, pada bila-bila masa sahaja bila ada bisnes Amway, rasanya amat menyeronokkan. Sebuah bisnes yang banyak pendapatan dan boleh dilakukan pada bila-bila masa.



Jika anda berminat nak tahu lebih lanjut tentang Bisnes Amway, boleh terus klik Wasap di bawah ini. Insyallah Rina akan cuba bantu anda sedaya upaya. Rina pun tengah cari bisnes partner atau team members untuk sama-sama kita berjaya ni. Sebab rina percaya kalau kita nak berjaya, kita kena tolong orang lain juga untuk berjaya. Jadi, why not kita buat sama-sama kan.



Sabtu, 24 Julai 2021

Perbezaan Barang AMWAY Dengan Barang Jenama Lain

12:11 PTG 0
Perbezaan Barang AMWAY Dengan Barang Jenama Lain

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Terima kasih sudi luangkan masa untuk baca di sini. Hari ni rina nak share akan perbezaan barang amway dengan barang jenama lain yang ramai tak tahu.




Percaya atau tidak, ramai yang kata barang Amway ni agak mahal jika dibandingkan dengan barangan jenama lain. Sehingga terus tolak mentah-mentah. Masa dulu, rina belum ada kerja apa-apa, tak ada pendapatan, jadi memang rina rasa mahal gila barang-barang ni. Tapi dalam masa yang sama bila rina guna barang jenama lain, rasa macam sakit hati sangat weiii sebab cepat gila barang tu habis digunakan. Tempoh masa guna tu macam sekejap je. Contoh macam ubat gigi kita guna sebulan dua tiga bulan dah habis.


Bila satu masa tu rina betul-betul beli yang amway punya, rupanya sampai 6 bulan tahan. Tapi bila kira-kira balik kegunaannya, rupanya lagi jimat barang amway tu. Bermula dari ubat gigi tu lah rina kenal barang lain lagi, rupanya patutla harga dia orang kata mahal, sebenarnya tak mahal pun. Harga dia cuma berpatutan sangat-sangat sebab banyak gila barang keperluan rumah yang lain pun bertahan 6 bulan korang boleh guna.


Sebagai contoh, pencuci lantai, sabun cuci pinggan, sabun basuh sayur, deodorant,.. oh my god, tu semua adalah barang kegemaran rina suka guna untuk barangan rumah. The Power of Quality is better than Quantity. Means kuasa kualiti barang amway tu sangat besar jika dibandingkan dengan jenama lain. Buat sakit hati je weh bila korang tahu yang selama ni korang boleh jimat gila tapi korang tak nampak.



Sekarang dekat rumah rina ni, banyak guna barang amway. Barang-barang ni semua pulak bertahan berbulan-bulan, pendek kata kau tak payah risau keluar duit tiap bulan beli barang rumah. Jimat gila. Setahun 2-3 kali je kau fikir nak tukar barang keperluan rumah. 


Barang-barang tu termasuklah dari segi kesihatan, kecantikan, kekemasan rumah, kebersihan rumah, kebersihan diri dan macam-macam lagi.Ada hikmah sangat sejak guna barang amway. Selain tahan lama dan jimat, kami rasa rumah lebih banyak guna barang organik dan semulajadi. Korang pun boleh cuba bandingkan juga antara perbezaan barang amway dengan barang jenama lain.


Perbezaan Produk Amway dengan Produk Jenama Lain:






1.  Produk Amway Terlalu Jimat Sangat


Selepas guna, memang ramai yang tak dapat nafikan lagi penjimatannya.Sebagai contoh ubat gigi amway berharga RM 28 boleh guna 6 bulan. Bermaksud 1 bulan kita cuba labur RM 4.60 jer. Sedangkan ubat gigi lain tahan 2 bulan jer tapi harga dah RM 6 untuk 1 tiub. So korang rasa mana satu yang jimat? Of cos la produk amway lebih jimat berbanding produk jenama lain. Harga pun berbaloi. Takkan rugi, malah lebih jimat.




2.  Produk Amway Sangat Bermanfaat



Ramai tak tahu, dan wajib kena tahu bahawa barang produk Amway sangat berfaedah dan bermanfaat untuk anda semua. Kenapa? Sebab barang dia berkualiti! Jika kita guna barang dia, kita akan sedar 1 perkara iaitu kebanyakan barang amway ni pekat! Sabun yang pekat, ubat gigi pekat, patutlah jimat! Cara guna pun ada cara bancuh/gunakannya macam mana, sukatan macam mana. Best sangat. 

Bila ada kawan-kawan dan jiran beli barang amway dari rina, memang rina ajar cara guna dan sukatannya semua. Tak rumit, lagi mudah dan mereka suka sangat-sangat alhamdulillah. Sebab jimat dan dapat produk barang keperluan rumah paling berkualiti kata mereka. So korang yang nak beli barang dan nak rina ajar cara guna pon boleh je contact rina. 

Bukti barang amway berkualiti banyak sangat, tapi harini rina share 1 produk kat sini.  Dish Drops atau pencuci pinggang mangkuk yang sangat organik 4 liter boleh digunakan selama 10 bulan itupun masih berbaki lebih dari separuh botol. perghh mcm tak caya kan?  

Sebab tu rina selalu suruh customer atau kawan2 yang guna, tulis guna marker pen dekat botol tu bila korang start guna.. Nanti bila nak habis, korang akan cek balik berapa lama masa korang guna. Memang lama. Kalau tak guna dish drop ni, tiap-tiap bulan kena pergi beli sabun basuh pinggan.  Sekarang lebih jimat, mudah dan berkualiti pulak.




Image result for dish drop amway


Tengok betul-betul, 1 botol dish drop tu bersamaan dengan 11 setengah botol jenama lain (sabun basuh pinggan).  Untung tak? Sudah tentu untung dari segi kualiti, harga dan masa :) Banyak lagi sebenarnya kelebihan barang-barang amway ni berdasarkan pada jenis barang.  


3.  Produk Amway Semulajadi Terbaik Untuk Kegunaan Ramai / Organik


Dari dulu lagi, kalau kita tanya mak-mak kita atau orang tua, pasti ramai yang kenal Losyen Allano. Untuk pengetahuan korang, losyen allano ni adalah daripada produk amway.  Kenapa orang-orang dulu pakat dok cari losyen allano ni? Sebab khasiat dia! Sebab fungsi dia yang sangat-sangat membantu mengatasi masalah ramai orang. 


Pernah satu tahap, ada seorang doktor tu dia sarankan pesakit kencing manis yang ada luka-luka kat kaki tu untuk sapu lotion ini. Selain tu, kalau ada rasa gatal-gatal, masalah kulit dan sebagainya, memang elok sangat guna lotion allano ni. Penting sangat sebab dia organik, semulajadi, itu yang buat ramai gila orang cari losyen ni. Kualiti yang paling penting sekali.






Losyen Tangan & Badan ALLANO (250g)

  • Losyen badan berasas buih yang unik.  
  • Sangat mudah disapu.
  • Tidak comot atau berminyak.  
  • Mengandungi Alantoin dan Lanolin 
  • Melega dan melembap kulit yang paling kering sekalipun 

Selain itu, kalau korang ada luka-luka atau jika tak nak nyamuk atau binatang gigit, pakailah lotion ini, nak berkhemah ke, masuk hutan atau apa-apa.  Itu lebih mudah dan berkesan!






4.  Produk Amway Tahan Lama


Sebagai contoh, salah satu produk amway yang sangat jimat dan tahan lama adalah Deodoran Bau Segar Antipeluh Berbuli BODY SERIES (100ml). Ini adalah deodoran yang paling semua orang suka gila. Ini produk amway paling laris dijual, permintaan ramai sangat kawan-kawan kalau dah kenal deodorant ni.  Mahal tak mahal sangat tapi okey lah.  


Yang tak tahan tu bukan sebab mahal.. tapi sebab tak perlu sapu banyak-banyak. Sekali sapu atau sekali layang je dah okey. Tahan sehingga 48 JAM! 48 jam maksudnya 2 hari. Kau rasa? Pernah tak ada deadoran tahan 2 hari? Mana ada. Dan kalau anda mandi sekalipun , memang ketiak tak peluh-peluh. Rina selalu pakai ni rasa sejuk je sepanjang hari dekat ketiak tu hehe.




Paling best lagi, deadorant ni memang tiada alkohol, dibuat dari bahan semulajadi iaitu lichen! Sesiapa yang memakai deadoran ini sangat hebat luar biasa. Ia akan memberikan aura positif dan sihat kepada kita semua bila kita selalu guna insyallah.

Itu adalah contoh produk, tapi sebenarnya banyak lagi barang-barang amway yang rina tak tunjuk dekat sini. Kalau korang nak tengok katalog, jom wasap rina, nanti rina tunjuk satu-satu. 

So itulah 4 sebab kenapa produk amway lebih bagus dari produk jenama lain. Dan Perbezaan barang amway dengan barang jenama lain yang korang kena tahu. Lepas tahu, akan lebih mudahlah korang untuk pilih mana satu barang keperluan rumah terbaik yang boleh korang start guna dalam rumah masing-masing.


Wasap Rina untuk Lihat Barang Keperluan Rumah yang Lain. (KLIK SINI)