Ramai jenis makan kurma tapi tak basuh dulu kurma tu. Rina pun jenis macam tu juga dulu. Kalau makan kurma, memang terus ngap masuk mulut. Tak rasa pun nak kena basuh. Asbab berniaga kurma, maka sekarang ni rina faham sebenarnya nak makan makanan yang betul-betul suci kebersihan itulah yang paling penting.
Sebenarnya, kurma ni sama sahaja macam buah-buah yang lain, sebab ia datang dari pokok. Sama macam apple jugak! Dipetik dan sebelum makan kita pasti akan basuh dahulu. Begitulah kurma. Sebab ia juga terdedah di pokok dan risiko terjatuh ke tanah. Apabila diturunkan buah dari pokok, of coz ia akan dijaga baik tetapi basuh sebelum makan adalah yang terbaik.
Ini adalah video Feedback Rihura yang diterima ketika Aktiviti Hari Raya Bersama Rihura.