RINA KIFLI: ajwa
Memaparkan catatan dengan label ajwa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ajwa. Papar semua catatan

Selasa, 1 Jun 2021

SEBAB MAKAN KURMA KENA BASUH? RAMAI TERUS MASUK MULUT!

10:54 PTG 6
SEBAB MAKAN KURMA KENA BASUH? RAMAI TERUS MASUK MULUT!


Ramai jenis makan kurma tapi tak basuh dulu kurma tu. Rina pun jenis macam tu juga dulu.  Kalau makan kurma, memang terus ngap masuk mulut. Tak rasa pun nak kena basuh. Asbab berniaga kurma, maka sekarang ni rina faham sebenarnya nak makan makanan yang betul-betul suci kebersihan itulah yang paling penting. 


Sebenarnya, kurma ni sama sahaja macam buah-buah yang lain, sebab ia datang dari pokok. Sama macam apple jugak! Dipetik dan sebelum makan kita pasti akan basuh dahulu. Begitulah kurma. Sebab ia juga terdedah di pokok dan risiko terjatuh ke tanah. Apabila diturunkan buah dari pokok, of coz ia akan dijaga baik tetapi basuh sebelum makan adalah yang terbaik.


Selain basuh kurma sebelum makan, korang juga boleh ikut tips seperti baca selawat dan doa sebelum makan kurma kegemaran Nabi ni. 

 



Kurma Ajwa Asli Madinah daripada Rihura (Kurma Ajwa Original Madinah) ini menekankan konsep kebersihan, suci dan lebih sihat buat kaum ibu-ibu yang mencari-cari makanan sunnah terbaik buat anak-anak, kandungan bayi dan seisi keluarga.  Sebab itu, Rihura sering berkongsi tips-tips kurma dan pemakanan sihat yang disarankan buat masyarakat.

Walaupun kurma Ajwa mudah untuk anda dapatkan di mana-mana, tetapi Kurma Ajwa Rihura adalah kurma Ajwa Premium mampu milik segar dan sedap pilihan ramai ibu dan anak-anak. Mudah dan harga yang berpatutan. Lebih menjadi kegilaan lagi, apabila mengamalkan kurma Ajwa, rasanya tidak terlalu manis dan ia membuatkan anda rasa tak muak jika makan dengan banyak pada satu masa. Alhamdulillah.




Oh ya, Ajwa Madinah original dari Rihura ini terbahagi kepada 2 gred iaitu Gred 1 dan Gred VIP. Bezanya adalah kepadatan isi VIP lebih tebal dan sedikit besar.  Tapi betul ke makan kurma Ajwa ni tak muak? Alhamdulillah memang tak muak, jom dengar perkongsian Rasa kurma Ajwa Rihura dari seorang pelanggan.




Ini adalah video Feedback Rihura yang diterima ketika Aktiviti Hari Raya Bersama Rihura. 


Perkongsian dari Puan Ziela yang telah membeli kurma Ajwa Madinah Original dari Rihura sebanyak (Repeat 4 Kali).



Nak tahu lebih lanjut tentang Kurma Ajwa Rihura, klik www.rihura.com atau terus ke Whatsapp Rihura.





Jumaat, 11 September 2020

7 Cara Atasi Sembelit Bagi Dewasa Dan Orang Tua

5:03 PTG 10
7 Cara Atasi Sembelit Bagi Dewasa Dan Orang Tua

Tabiat buang air besar setiap individu boleh dikatakan tidak sama caranya. Sebahagian orang membuang air besar sehingga 3 kali sehari. Ada juga yang membuang air besar sekali dalam 3 atau 4 hari sekali. Tapi masalahnya bila 1 kali buang air besar pun duduk dalam toilet berejam - jam. ehhh korang.. Ni buang masa, penyakit atau isi masa lapang sebenarnya? heehe gurau je, jangan ambil hati ya.


Tahukah anda, sembelit berlaku apabila pergerakan usus agak lambat daripada keadaan normalnya dan menyebabkan kesukaran untuk membuang air besar. Bermaksud, sembelit menyukarkan proses pembuangan! So proses pencernaan pun terganggu sebenarnya. Ini adalah sangat-sangat serius ye, tak boleh biar-biar perkara ini berlarutan.


Baiklah, ini antara 7 cara atasi sembelit bagi dewasa dan orang tua. Jom lihat satu per satu, mungkin akan membantu anda atau sesiapa yang anda kenal mengatasi sembelit! Dengan cara atasi sembelit ini, korang tak perlu risau lagi. Jom sama-sama kita ikhtiar yang terbaik.





1. Banyakkan Bersenam


Bagi anda yang mengalami sembelit, cara atasi sembelit adalah anda harus kerap bersenam dan meregangkan badan anda. Sekiranya anda telah duduk lebih daripada 2 jam, maka bangun dan berjalanlah sebentar.


Pergerakan fizikal akan dapat meningkatkan peredaran darah, baik untuk pencernaan dan merangsang pergerakan pada usus kita. Paling mudah, peruntukkan selama 30 minit atau 1 jam untuk buat zumba di rumah. Mudah jer ikut youtube je hehe.


2. Banyak Pengambilan Makanan Probiotik


Makanan yang mengandungi bakteria baik (probiotik) seperti yogurt dapat merangsang pencernaan yang terganggu. Jadi, dengan memakan makanan yang kaya dengan probiotik juga mampu untuk atasi sembelit yang sering terjadi kepada anda.


Jangan lupa makan vitamin, buah-buahan segar dan juga sayur-sayuran. Elakkan makan makanan ringan sebarangan. Makanan juga adalah faktor utama yang mempengaruhi tubuh badan.


3. Sentiasa Mengambil Makanan Berherba Dan Berempah


Sentiasa memasukkan herba dan rempah dalam masakan seperti halia, kunyit, ketumbar dan jintan juga dapat atasi sembelit. Ramuan ini biasanya dapat memudahkan pencernaan dan membuang toksin yang terkumpul di dalam organ badan seperti limpa, hati, perut dan sebagainya.


Cara atasi sembelit ini agak mudah bagi mereka yang suka makan masakan laut berempah atau yang tidak cerewet memilih makanan. Setiap bahan rempah juga memiliki keistimewaan dan khasiatnya yang tersendiri.



4. Sentiasa Melakukan Senaman Cangkung


Ramai yang tak tahu bahawa senaman cangkung akan memberi tekanan pada perut dan usus. Pada masa yang sama, ia akan mempercepatkan dan memudahkan kita membuang air besar. Jadi, dengan melakukan senaman ini, cara atasi sembelit dan menyihatkan bahagian perut kita memang menjadi.


5. Elakkan Pengambilan Minuman Manis Dan Kopi


Kopi biasanya mengandungi kafein. Jadi, tubuh kita akan terdedah kepada dehidrasi dengan meminum banyak kopi. Perkara yang sama juga berlaku sekiranya anda kerap minum minuman yang manis.


Oleh itu, untuk atasi sembelit, pastikan anda tidak kerap minum air manis dan juga kopi. Okey? Tukarkan kepada minuman yang lebih berkhasiat seperti susu dan air suam je.


6. Amalkan Meminum Minyak Zaitun


Amalan meminum minyak zaitun pada waktu pagi, biasanya akan memudahkan kita untuk membuang air besar. Sekiranya di klinik atau farmasi, kita akan diberi parafin cair yang merupakan sejenis minyak sintetik supaya najis mudah untuk keluar.


7. Jangan Tahan Berak


Sekiranya anda ingin membuang air besar, pastikan anda segera ke tandas. Untuk pengetahuan anda, tahan berak tidak baik untuk kesihatan usus kita. Sebabkan itu juga, kemungkinan anda akan mengalami penyakit lain sama juga seperti kalau anda tahan kencing selalu.


Namun begitu, beberapa cara di atas boleh dilakukan untuk atasi sembelit bagi dewasa dan orang tua. Namun, sekiranya masalah sembelit itu berlanjutan, segerakanlah berjumpa dengan doktor. Rawatan khusus akan diberikan untuk mengatasi masalah sembelit tersebut.



Cegah Sembelit Dengan Buah Kurma Ajwa Asli Madinah



Ajwa Asli Madinah adalah buah kurma Ajwa yang original ditanam di tanah Madinah. Ia mengandungi zat khasiat dan nutrisi yang sangat hebat terhadap tubuh badan. Salah satu fungsi buah kurma Ajwa Asli Madinah adalah mengatasi sembelit dan masalah pembuangan yang sukar.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu mengalami kesukaran membuang dan masalah pencernaan, namun penyelesaian yang terbaik tanpa risiko adalah mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. 

Selain sayur-sayuran dan buah-buahan, kurma Ajwa adalah makanan yang penuh dengan serat menyebabkan tubuh badan bertenaga, melancarkan darah dan melancarkan metabolisme tubuh justeru dapat mencegah dan mengatasi masalah sembelit.





Ia adalah makanan kesihatan yang wajib dan perlu diambil oleh golongan dewasa dan berumur serta kanak-kanak. Barulah sihat dan sistem pencernaan pun lancar. Nak cuba?

Pastikan anda dapatkan kurma Ajwa yang benar-benar asli dan original dari Rihura sahaja.

Harga mampu milik, berpatutan, paling penting ia adalah Kurma Ajwa Asli ditanam Di Tanah Madinah!



JOM DENGAR KISAH PUAN SHAKILA BERKAITAN SEMBELIT YANG DIALAMI:








Harga Ajwa Asli Madinah Dari Rihura

Terdapat 2 jenis Gred kurma Ajwa iaitu Gred 1 dan juga Gred VIP. Gred VIP adalah bersaiz lebih besar daripada gred 1. Isi lebih padat dan besar. Tapi kedua-duanya memang sedap!



HARGA KURMA AJWA ASLI MADINAH GRED 1

100G RM 10
200G RM 20
300G RM 30
500G RM 50
1KG         RM 90

==================

HARGA KURMA AJWA ASLI MADINAH VIP PREMIUM

100g     Rm 15
200g    Rm 28
300g    Rm 40
500g    Rm 60
1kg       Rm110