Dulu sebelum berkahwin, prinsip i cuma satu iaitu nak jadi wanita bekerjaya. Wah wah wah. Bukan sebab i nak lelaki bekerjaya, tetapi sebab i suka bina career dan berfikiran jauh. Nak jadi wanita bekerjaya idaman lelaki ni tak susah jika korang betul-betul ikut tips ini.
Banyak orang acah-acah kaya, tapi hujung bulan tak cukup duit, ikat perut semua. Sebenarnya itu bukanlah berjaya atau kaya. Sekalipun bukan jua bekerjaya.
Cara menjadi wanita bekerjaya idaman lelaki yang boleh kita usahakan bukanlah susah. Asalkan kita semua sanggup untuk berubah menjadi wanita yang bekerjaya serta diidam-idamkan.
Wanita Bekerjaya Bukan Sekadar Yang Kerja Di Luar Rumah
Oh ya, nak bagitau ni, wanita bekerjaya bukanlah yang hanya bekerja di luar tetapi tak terkecuali mereka yang bekerja dari rumah ya. Dulu Rin tak tahu yang orang duduk rumah ni boleh jana RM 2,000, RM 5,000, RM 10,000 pun ada weyh! lebih terkejut lagi, jutawan pun ada yang terjadi dengan hanya bekerja dari rumah.
"Senangla sebab dorang buat bisnes"
Sayang sayang sekalian, kalau dorang buat bisnes pun, diorang pun bermula dengan tiada apa-apa, tiada ilmu, tiada modal. Jangan ingat orang berbisnes ni dah memang kaya, ada ilmu dan modal. Semua tu sedikit demi sedikit kalau ada rezeki pastinya mereka grab.
Wanita Bekerjaya Mengikut Pendapat Ramai
Terdapat banyak pendapat yang berbeza berkaitan dengan wanita bekerjaya idaman lelaki ni. Kalau ditanya dari ramai pihak, jawapan pun ada tahap-tahap dia. Jom kita lihat antara jawapan-jawapan orang lain.
1. Wanita bekerjaya adalah wanita yang mempunyai pangkat dan pengaruh dalam pekerjaan dan syarikatnya.
2. Wanita bekerjaya adalah wanita yang mempunyai kareer yang kukuh dan gaji yang lumayan atau bagus.
3. Wanita bekerjaya adalah wanita yang mempunyai perniagaan dan bekerja dengan income yang lumayan.
4. Wanita bekerjaya adalah wanita yang mempunyai duit sendiri, pandai cari duit, ada kereta, rumah, aset dan sebagainya.
5. Wanita bekerjaya adalah wanita yang bekerja apapun, asalkan bekerja dan ada gaji sendiri.
6. Wanita bekerjaya adalah wanita yang selalu sibuk dengan kerjanya ke sana sini.
7. Wanita bekerjaya adalah wanita yang pandai jana income tak kiralah bekerja di rumah atau di luar sekalipun.
8. Wanita bekerjaya adalah business women.
9. Wanita bekerjaya adalah suri rumah sepenuh masa yang berjaya.
So korang rasa wanita bekerjaya tu apa? Apa pendapat korang mengenai wanita bekerjaya? Korang salah satu wanita bekerjaya atau tidak?
Jika tidak, penting ya untuk berubah sebab dalam hidup ini kita kena terus maju, maju dan maju ke hadapan. Biarpun kita hanya surirumah di rumah, tapi surirumah pun boleh jadi wanita bekerjaya tau.
Lagipun, suami atau kekasih memang tak kisah siapa kita, tapi Allah dah beri ruang dan peluang untuk kita ubah diri menjadi lebih baik. Ha, sebelum terceramah panjang, jom lah kita tengok cara menjadi wanita bekerjaya idaman lelaki.
Mungkin lepas ni suami lebih hormat, sayang, sanjung dan berbangga dengan wife dia ni. Silap-silap wife dia lebih bekerjaya dari laki dia. Walau macam mana pun, jauh dari sudut hati, lelaki akan mengagumi wanita yang bekerjaya. Sungguhpun mereka tak akui dengan anda, tapi itulah dihati kebanyakan lelaki.
Cara Menjadi Wanita Bekerjaya Idaman Lelaki
#1 Punyai Visi Misi Yang Jelas
Jangan lupa, visi dan misi dalam kehidupan perlu ada, bukan sahaja dapat pekerjaan dan perniagaan. Untuk diri sendiri pun u all kena fikirkan apa yang u all nak. Visi maksudnya apa prinsip yang korang pegang yang akan dilaksanakan untuk mencapai kejayaan.
Misi pula adalah apa yang korang nak. Target dan pencapaian yang korang inginkan. Contohnya, Misi saya adalah nak income sebanyak RM 10,000 setiap bulan. Jadi, kena gunakan visi utk work ke arah itu.
So visi saya adalah Menjadi seorang blogger, dan seller yang dikenali ramai serta berpengaruh. Jadi dari situ korang akan fikir apa strategi yang korang nak buat. Kalau nak dikenali, buatlah personal branding. Kalau nak sales mencanak naik, start bina team sales. Itu contoh okey.
#2 Berdikari
Bagi sesetengah lelaki, wanita berdikari yang pandai bawa kereta sendiri, keluar rumah beli barang sendiri, ke sana sini sendiri, jaga diri sendiri, bawa anak-anak jalan sendiri.. Semua tu dia anggap kita dah berdikari. Dengan menjadi seorang yang berdikari, secara automatik mereka juga mudah nampak kita sebagai seorang wanita yang bekerjaya.
#3 Menguruskan Masa Dengan Bijak
Wanita bekerjaya sebenarnya adalah mereka yang bijak urus masa. Yang tahu apa yang penting dan tidak penting. Selalu ada dateline dalam menyiapkan sesuatu kerja biarpun ia kerja rumah. Mereka juga takkan mudah membuang masa.
Contohnya, waktu berehat menonton TV, mereka akan makan, bersama anak dan lain-lain lagi. Jadi, masa lain boleh melakukan hal yang lain pula.
#4 Ada Simpanan Dalam Bank
Yes, tidak dinafikan bahawa cara menjadi wanita bekerjaya idaman lelaki adalah kita kena ada simpanan duit dalam bank. Tapi jangan pula keluarkan duit tu untuk bercinta dan menunjukkan korang orang yang have have. Nehi sama sekali!
Simpanan duit dalam bank tu adalah simpanan duit korang yang perlu disimpan untuk masa depan. Maksudnya wanita bekerjaya ni mempunyai simpanan kewangan. Bukanlah terbiar begitu sahaja. So apa lagi, mulai sekarang kita kena menyimpan betul-betul. Boleh juga guna untuk kecemasan nanti.
#5 Kewangan Yang Kukuh
Mempunyai kewangan yang kukuh juga merupakan cara menjadi wanita bekerjaya idaman lelaki. Bukanlah sebab laki senang tak perlu support kalau kita banyak duit. Tetapi kewangan yang kukuh atau gaji yang bagus ni adalah bukti anda seorang wanita bekerjaya, anda berdikari, anda boleh beli barang apa yang anda nak sendiri.
#6 Pandai Berkomunikasi
Cara menjadi wanita bekerjaya idaman lelaki juga adalah wanita perlulah pandai berkomunikasi, tak kisahlah dengan mak mertua, sedara mara, jiran tetangga, kawan-kawan atau sesiapa sahaja.
Cara komunikasi juga menunjukkan betapa kita beradap, sopan dan boleh membina hubungan yang baik dengan semua orang. So kalau rasa kurang bab ni, kita boleh improve banyak lagi. Insyallah.
#7 Mempunyai Idea Di Luar Kotak
Suami atau pasangan pasti suka jika kita seorang yang idealistik, mereka akan nampak kita ini bijak. Jika ada apa-apa yang perlukan cadangan atau maklumat, idea yang kita berikan tu haruslah idea yang difikirkan dari luar kotak. Pasti lelaki akan terpegun dan berfikir bahawa kita ini bijak hehehe.
#8 Rajin Dan Serba Boleh
Jika kita seorang yang berbakat atau serba boleh, memasak boleh, basuh baju boleh, menulis boleh, bercakap boleh, baca Quran boleh, berniaga boleh, mencipta sumber rezeki untuk keluarga pun boleh beri idea pada suami. Sudah pasti itulah ciri-ciri wanita bekerjaya. So jangan ingat wanita bekerjaya ni adalah yang duduk dipejabat sahaja. Zaman sekarang sudah berubah. Asalkan kita rajin dan serba boleh.
#9 Berfikiran Jauh
Jadi seorang yang berfikiran jauh juga merupakan cara menjadi wanita bekerjaya idaman lelaki ramai tak tahu. Dengan berpandangan jauh, kita akan mendapat ilham dan melihat masa hadapan, apa yang akan berlaku jika kita tidak berusaha, tidak buat itu dan ini. Nampaknya kita kena fikir panjang dan luas mengenai masa depan diri, keluarga dan juga mereka yang terdekat dengan kita. Insyallah kita berjaya.
Lagipun, maksud kejayaan bagi sesetengah orang adalah 'kita berjaya buat orang lain juga berjaya'.
#10 Sangat Pembersih Dan Prihatin
Dengan menjadi seorang wanita yang pembersih dan prihatin, itulah sikap utama yang menampakkan kita seorang yang lain dari yang lain daripada orang lain. Ha gitu, dalam sungguh maksudnya.
Kebersihan sangat penting, tak kisah lah kalau orang kata kita ni OCD ke apa ke, tapi kalau kita prihatin dan pembersih, rezeki mudah masuk, rumah lebih kemas dan tersusun. Pendek kata semuanya elok dan sempurna. Tapi jangan terlalu jadi sempurna sebab tak pernah ada orang yang sempurna dalam hidup ini.
#11 Tidak Tinggal Solat Dan Tanggungjawab
Solat adalah tanggungjawab kita kepada Allah SWT manakala tanggungjawab terhadap suami, anak dan keluarga juga jangan kita lupa. Salah satu cara menjadi wanita yang bekerjaya adalah tidak tinggal solat dan kewajipan.
Jika tanggungjawab terhadap Allah kita sempurnakan, Insyallah tanggungjawab terhadap manusia amat mudah bagi kita. Wanita bekerjaya adalah mereka yang mampu menjalani tanggungjawab sebagai seorang anak, ibu dan isteri. Setuju tak?
Cara menjadi wanita bekerjaya tidaklah sukar kalau kita boleh lakukan semua tips yang telah dikongsikan tadi. Cuma jangan percaya, tapi korang buat je. Insyallah, yang baik-baik akan berlaku sebab korang dah sememangnya jadi wanita bekerjaya. Mudah-mudahan. Aamiin.
NAK BINA PERNIAGAAN DARI RUMAH TANPA MODAL? KLIK GAMBAR DI BAWAH:
Jom baca juga: