RINA KIFLI: TTC Ikhtiar hamil
Memaparkan catatan dengan label TTC Ikhtiar hamil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TTC Ikhtiar hamil. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Mei 2021

Kisah TTC: Ku Minta Suami Kahwin Lagi

8:11 PTG 2
Kisah TTC:  Ku Minta Suami Kahwin Lagi

Dalam kehidupan yang ceria dan bahagia bersama suami tercinta, aku selalu rasa sedih sebab tak ada anak macam kawan-kawan lain. Setiap kali kawan hamil, dengar cerita dapat beby dan sebagainya, alhamdulillah memang rasa happy sangat untuk kawan-kawan yang lain. Tapi hanya ttcian yang tahu rasa hiba tu macam mana bila fikir.. kenapa aku masih belum ada anak.


Selalunya bila orang berkahwin ni, lepas 6 bulan jer mesti mengandung. tapi ada juga yang lepas setahun baru ada nak, selepas 2 atau 3 tahun pun baru ada anak. Tapi, aku dah masuk 4 tahun masih belum ada rezeki anak. Namun aku tahu ini semua Rezeki dari Allah SWT.


Kadang-kadang, ada kawan yang merungut dan meluahkan dimana dia belum bersedia nak ada anak kedua ketiga dan sebagainya. sebab anak pertama masih kecil dan menyusu lagi. Tiba-tiba dapat anak kedua pula. Dia merungut. Bagi aku yang masih belum ada anak ni, rasanya itu rezeki yang patut dia syukuri. Bukan merungut. Tapi kita tak tahu masalah orang lain, so nak cakap lebih-lebih pun tak boleh juga.


Kadang-kadang hati ni macam tisu, mana taknya, pergi mana-mana jer, ada mulut cakap dan bercerita, A mengandung 3 bulan. B mengandung lah, C dah bertambah anak, D baru kawen tuptup dah muntah-muntah dan mual... so cuba korang bayangkan, dalam masa 3 hari jer, orang cerita macam tu dekat aku, apa perasaan kita dengar? benda tu dimasuk-masuk dalam kepala ni.

Of course kita rasa syukur. Dalam masa yang sama kita nak positif kan diri sentiasa tetapi akan jadi hati tisu bila balik rumah. lahai! memikirkan macam mana aku ni nak dapat anak. Susahnya Allah nak bagi rezeki anak ni pada aku, sebab dosa-dosa lalu akukah? Astagfirullahaladzim. Suami marah bila aku cakap macam tu. Sampai jadi macam histeria menangis-menangis isteri dia ni stress berfikir.


Masa tu sungguh-sungguh sedih, berjurai-jurai air mata tak kira apa, stress sangat. Suami selalu bagi kata positif dan cakap pasal ini semua rezeki. Dan aku percaya pada rezeki Allah SWT cuma bila hati terlampau sedih, meroyan dan rasa macam stresss sangat-sangat, aku jadi makin redha dan ku pasrah. 


Aku take time sekejap sampai stop menangis, lepas beberapa minit, ku pergi dekat suami dan cakap, " I Rasa u Kena kawen lain lah". Lepas tu suami tanya, "Apa dia?" Ku ulang lagi, "I rasa u kawen lain lah, cari orang lain jerlah". Dia jawab:


"U jangan macam ni, kita dah bahagia. Tak ada anak pun kita bahagia. Tapi sebab u suka tengok life orang lain, jeles dengan life orang lain, ini yang boleh buat hidup u musnah, kebahagiaan kita boleh musnah kalau kita terlalu overthinking. Sedangkan kita sangat-sangat bahagia sekarang ni". Kata suami kepadaku.


Ya Allah, apa yang aku buat ni, Memang betul apa yang dia cakap. Kenapa aku ni tak bersyukur, Rezeki bahagia bersama suami, rezeki ada keluarga yang sangat supportive, baik hati dan semuanya faham. Allahuakhbar. Astagfirullahaladzim. 

Bila jadi terlalu stress dan dah cool down, ku fikir balik. Allahu, Allah. Betapa Allah ni sayangkan diri aku, sebab Dia tahu yang terbaik kat aku, Aku tak layak untuk tentukan apa yang aku nak, tapi sebaliknya Allah sebaik-baik perancang. Sebab ini bukan masa yang sesuai untuk aku, ada hikmahnya. Alhamdulillah ya Allah Kau sedarkan aku atas apa yang aku tertanya-tanya.


Suami cakap dia dari dulu sampai sekarang tak kisah pasal bab anak, kalau ada rezeki tu ada lah rezeki kita. Dia kawen dengan aku sebab sayang sebab cinta. Bukan sebab nak anak semata-mata. Dia syukur sangat sebab dapat isteri yang betul-betul memahami dan menerimanya seadanya. 


Sebab bagi dia, kalau belum ada anak ni, bukan masalah isteri, tapi masalah suami juga. Dan sehingga hari ini, rawatan ikhtiar zuriat untuk suami pun tak selesai lagi sebab covid, so hospital pun apointment lewat dan sebagainya.


Jelas dekat sini, sama2 perlu ikhtiar dan yang paling penting, suami sangat memahami. Walaupun ku cakap pasal kahwin lagi, lagi dia kata sampai mati pun takkan nak orang lain. Allah maha merancang, Allah Ya Bari'.


Apapun, aku berserah pada Allah SWT. 


Mulai hari ini, aku dah tak nak fikir dah bab ni semua. Aku nak go thru life ini dengan sabar dan enjoy for every moment yang aku hadapi. Aku bersyukur ada seorang suami yang sangat-sangat Allah beri untuk melengkapi dan menjaga diriku. Sesungguhnya, Allah maha baik sebab kurniakan aku kebahagiaan dunia akhirat yang aku inginkan. Amin ya Rabbal Alamin.


Selasa, 11 Mei 2021

Nak TTC Balik? Tiba-Tiba Suami Cakap Sesuatu ...

1:03 PG 0
Nak TTC Balik? Tiba-Tiba Suami Cakap Sesuatu ...


Harini sayu sangat. sunyi sepi, terharu, sedih macam-macam perasaan ada sebab suami telah bagitau sesuatu dekat sis Rina. Untuk pengetahuan, mula dari bulan puasa sampai lepas raya dan sehinggalah sekarang kami tak mula usaha TTC (ikhtiar hamil) lagi. Maybe sebab dua dua busy giler dan tunggu betul-betul keduanya tenang.




Maklumlah suami dah jadi salah seorang frontliner, jadi saja bagi rehat cukup-cukup dulu disamping isteri nak stabilkan hormon, nak cantikkan waktu subur dulu dan paling penting nak detoks tubuh dulu. Sama-sama faham bab ini sebab kitorang ada bincang dulu, bagi semua selesai barulah ikhtiar semula.


Selepas raya dan nak masuknya bulan Jun 2021 semalam, suami ada bagitau kerja dia alhamdulillah dah stabil. Katanya nak belanja susu Efferty sebab dia tahu rina memang suka gila minum susu tu sebab diperbuat dari kurma , madu dan makanan sunnah juga. Ayat dia cakap tu berbunyi macam ini, "Lepas ni, susu u nak minum, vitamin, folic asid, apa-apa produk untuk ttc semua biar i yang belikan." huuuuu. sebagai seorang wanita bekerjaya ada duit poket sendiri, 1st time sis raya sebak sangat. 


Tetiba air mata mengalir. Eh kau dah kenapa ni rina. Ya sebab sebelum ni barang-barang personal macam tu rina akan beli sendiri. Tapi duit nafkah suami bagi tiap bulan juga. adakala rina beli barang-barang guna duit rina, adakala guna duit dia beli tu. Tapi rupanya kalau laki bagi duit dan laki tolong belikan terus barang yang kita nak..rupanya perasaan tu macam lain macam rupanya. Tak sangka pula air mata mengalir kahkah. 


Sebenarnya tak jatuh lagi air mata, tapi lepas dia sambung ayat ni baru jatuh.. "Barang-barang yang u nak, untuk ikthiar semua ni i belikan lepas ini, mungkin dengan hasil titik peluh i , ada keberkatannya dan Allah nampak usaha i pula." haaa. nampak usaha dia tu. hihi. Sebelum-sebelum ni husband pun ada pergi check up di hospital, agaknya dia ingat itu aje kot usaha patut dia buat. Haa banyak lagi tau sebenarnya kalau laki nak cuba ikhtiar juga. selain dari mengurangkan rokok.


Tapi kali ni ikhtiar mr.husband ini adalah nak beli kan apa-apa jer barang isteri nak. Haa bolehlah amik kesempatan kikiki. Jadi, i Is suka sangat berangan apa nak beli kat watson atau farmasi sebelum tidur hahaha. Apa-apapun this entry cuma nak share story TTC journey dan kisah peribadi saja. 


Thanks for reading! :)

Khamis, 26 November 2020

Minum Kelapa Bakar - Tips Ikhtiar Hamil Dan Lancarkan Period

5:37 PTG 2
Minum Kelapa Bakar - Tips Ikhtiar Hamil Dan Lancarkan Period

Ini adalah tips dari seorang Ustaz dari Melaka seingat Rina. Kisah ustaz ni merawat guna kelapa bakar ni macam pernah viral dulu, tak ingat dah. Tapi memang betul sebab Rina sendiri pun pernah wasap dengan ustaz ni dan ada masa nanti insyallah nak berjumpa juga.

Kelebihan minum kelapa bakar ini adalah supaya dapat lancarkan haid ini pendapat rina lah sebab rina dah cuba. Alhamdulillah haid terlebih banyak tu dia dah berhenti tau. Istihadah tu la dah tak ada sebab salah satunya rina amalkan minum ni setiap kali hujung-hujung hari haid nak habis tiap bulan tu.

Ehh cakap berbelit pulak. Hope korang paham lah hehe.

kelapa bakar ikhtiar hamil

Kelebihan minum kelapa bakar ni keduanya adalah sebab nak ikhtiar hamil. Rina pernah pergi Ruqyah di Sungai Buloh dengan Ustaz Salleh Malek, femes juga ni kalau tengok kat Youtube dulu-dulu.

Ustaz tu pun gunakan kelapa bakar juga untuk wanita-wanita yang ada masalah atau nak berubat. Walaupun bukan kerana benda-benda penyakit / perubatan, tetapi kadang-kadang sakit atau gangguan ni mempengaruhi tubuh juga. Jadi, kata Ustaz ni, kelapa membantu menambah baik dalaman tubuh badan kita terutamanya para wanita yang belum hamil atau tak tahu ada masalah apa.

Ini kalau dikaji-kaji perubatan dan dalam Islam pun, ada hikmahnya insyallah. Walaupun doktor perubatan kata tak ada kena mengena, tapi rina yakin sebab rina cuba dan dah rasa lebih baik dari sebelum ni. Tahlah kadang-kadang macam terbayang darah period tersumbat ke apa ke. tapi lepas minum ni rasa lebih baik dan better sangat. Alhamdulillah.


Ini cara buat kelapa bakar:

1. Beli kelapa. Rina buang sabut sikit sebab takut terbakar teruk pulak sabut tu kalau bakar nanti.

2. Bakar atas api dan masukkan serai yang dititik dan halba sikit.

kelapa bakar ikhtiar hamil

3. Tunggu sampailah panas atau mendidih airnya

4. Baca selawat, niat, doa dan minum.


kelapa bakar ikhtiar hamil

Insyallah dipermudahkan urusan dan moga-moga anda semua mendapat kesembuhan atas apa jua penyakit anda semua terutamanya wanita yang ada masalah dalaman, haid tak stabil dan juga yang sedang ikhtiar hamil. Insyallah rezeki tu milik kita, yang penting kita yakin pada Allah SWT. 


HAID BERBULAN-BULAN, Adakah (Kanser, Cyst, Fibroid?) JANGAN RISAU

5:13 PTG 0
HAID BERBULAN-BULAN, Adakah (Kanser, Cyst, Fibroid?) JANGAN RISAU

Rina pernah alami masalah ini. Haid sampai 3 bulan berturut-turut tak berhenti darahnya. Perasaan memang bingung, tak tahu mana satu haid dan darah istihadah. Segala sumber google rina baca satu per satu demi nak mencari tahu waktu haid sebenar. 

Dalam ramai-ramai wanita di dunia, pasti ramai juga yang ada masalah sebegini. Cuma kita sahaja tak tahu. Kat sini rina nak kongsikan pengalaman ni supaya wanita yang mengalami masalah ni tahu apa nak buat dan jangan rasa keseorangan mempunyai masalah ini.

Waktu mula-mula rina alami pendarahan ini, sebenarnya agak risau juga sebab darah terlalu banyak dan tak berhenti. Banyak tu kadang-kadang lebih banyak dari period. Contohnya pada waktu period, darah tu membuatkan kita pakai pek sehari sebanyak 4 - 5 pek. Tapi istihadah berpanjangan atau pendarahan berbulan-bulan ini membuatkan sehari kena tukar sampai 6 - 7 pek sehari.

Untuk pengetahuan, darah istihadah ni sangat cair. Tak sama macam darah haid. Kadang-kadang dia macam darah haid juga sebab ada ketul sikit cumanya warna nya tersangatlah cair dan tak merah pekat dan tak gelap.

Maaflah ya, sebab terlalu direct bercerita. Rina nak bantu korang yang alami masalah yang sama. Jadi kena cakap direct supaya korang faham. 😅

haid berpanjangan

Umumnya, haid tu sebenarnya maximum sampai hari yang ke-15 sahaja. Lepas hari ke 15 kalau darah ada lagi, mandi wajib dan solat macam biasa. sebab itu dah dikira istihadah. tambah-tambah kalau kita ni jenis yang tarikh haid tak tetap. So kena biasakan solat juga walaupun ada darah sebab itu adalah istihadah sebenarnya.

Check Di Klinik Kerajaan

Ok nak dijadikan cerita, rina pergi ke klinik kerajaan.  Pertama sekali, doktor tanya tarikh period. Kemudian, bila cerita darah banyak tak henti apa semua tu, dia cuma kata hormon sahaja. Dah nak buat macam mana, hormon tu macam tu. Itu kata doktor. Time ni rasa macam aduh tak membantu langsung.  Pastu kena ke bahagian ibu mengandung untuk scan.. Ini ada tarikh dia , kena buat appointment. Sabaq jala.

Selepas tu Rina ada ke klinik swasta, dia buat cek darah untuk kesan masalah apa tatau laa. Tapi rina dah cerita dari A to Z. Jadinya dia nak check untuk kanser rahim, fibroid la, cyst la dan macam-macam lagi. Lepastu, scan. Kat situ nampakla macam darah dok turun lagi semua time scan tu. Doktor siap tunjuk ni darah semua ada akan keluar banyak lagi. Adoi la, rasa lagi stress.

Kanser, Cyst Atau Fibroid?

haid berbulan-bulan

Lepas tu, doktor bagitahu darah tak ada apa-apa masalah. Makmal dah cek darah tadi lepas kena suntik. Memang tak ada masalah apa-apapun. Katanya memang betul hormon jer. Cyst atau fibroid pun memang tak ada. 

Rina sungguh-sungguh tanya pasal kanser atau penyakit dalam perut ka.. Dia kata:

"kanser tak ada sebab awak punya rahim, servix semua tak ada simpstom-simpstom cancer langsung..awak takut yerrr".

Memang takut sangat la doktor. Kenapa darah tak henti-henti. Kemudian, doktor ada bagi ubat Revimed. Ubat Revimed ni rina google. Dia adalah untuk orang yang haid tak stabil. Tak datang period. tapi.. Ini masalah period terlebih ni. Ragu-ragu juga nak makan. Sebabnya doktor pun ada kata, kalau awak tak plan nak hamil dalam masa terdekat ni, boleh makan ni. 

So rina rasa itu macam pil perancang. Konfim. Sebabnya mak rina kerja klinik swasta dulu. Katanya kadang-kadang orang nak hormon stabil makan pil perancang. Itu memang rina tak makan sebab macam tak sanggup. Tapi bila ingat-ingat balik, rina pernah makan juga ubat tu sebelum ni, sebelum makan tu belum google dan ambil tahu lagi.

Tapi kalau tak makan, darah turun. Jadi, waktu tu memang no choice sangat. So makan jer. Sekarang ni, dah dekat 2 tahun lepas makan ubat tu. Alhamdulillah darah makin ok, tak seteruk macam dulu. Cuma rina sebenarnya bukanlah orang jenis makan ubat-ubat klinik ni. Rina memang tak minat ubat-ubat klinik sebab membayangkan kandungan ubat tu. Rina lebih suka macam herba atau vitamin.. Haa gitu jerla.

Dah lama dah rina tinggal ubat tu, tapi dulu makan sikit jer. Masih banyak lagi ubat tu kat rumah. 

Minum Kelapa Bakar 

Waktu stop makan ubat tu, penah la haid jadi banyak lagi dan macam istihadah yang berpanjangan juga. Tapi rina cuba amalkan minum kelapa bakar. Beli buah kelapa dan bakar dekat atas api dapur. pastu letak serai dan halba dalam air kelapa tu. Lepas dah mendidih atau panas buah tu, tutup api dan minum air kelapa tu. Alhamdulillah ini pun ok sangat. Setiap kali period, dah selalu dok minum air kelapa bakar ni untuk stopkan period, bagi betul-betul lancar dan lain-lain lagi.

haid lama

Setengah orang minum kelapa bakar ni sebab nak ikhtiar hamil. Insyallah berkesan sebab tips ni pun dapat dari seorang ustaz. Korang boleh baca juga Minum Kelapa Bakar - Tips Hamil Dan Period Lancar. Selain dari tu, rina juga dah cuba jadi vegetarian jugala lebih banyak makan sayur hijau dan buah. 

Lepastu, cuba tidak stress lagi. Padahal sebelum ni memang tak stress tapi doktor kata stress . Ahh sudah. Last-last memang rina jadikan diri pemalas sikit, tak terlalu hardworking. Rina cuba buat kerja dan rehat yang banyak juga. Sudah galak tonton movie dan sebagainye hehe. Selamani rina tak pernah maiin game kat fon dan jarang sangat nak tengok youtube ke movie ke.. Sangat-sangat hardworking kalau tengok youtube pun nak tengok pasal bisnes dan sebagainya. Sekarang ni Rina nak cuba ketawa hari-hari hahaha dengan tengok hiburan. Ahh gitew.

Amalkan Surah Berhentikan Pendarahan

Ok, last tips nak bagi adalah amalkan ayat berhentikan pendarahan. Rina pun taktau ayat apa nak baca dulu tapi rupa-rupanya, Ayat Tabbatyada (Surah Al-Lahab) ni sangat-sangat berkesan. Alhamdulillah 2 kali istihadah rina cuba buat amalan ayat ni , memang darah betul-betul stop selepas sehari lepas tu. 

Caranya adalah:

1. Kita sendiri amalkan ayat ini selalu. Kena rajin baca dan dengar surah-surah berkaitan pendarahan.

2. Suami juga perlu baca surah ini sambil tekapkan tangannya di ari-ari (gitulah tips nya) tengok video di bawah, explaination dari Ustaz ni. Alhamdulillah sangat membantu.


Semoga bermanfaat buat anda semua. Rina doakan segala masalah pendarahan, haid tak stabil korang semua berjaya di atasi. Amiiin. Alhamdulillah sekarang rina cuba amalkan Kurma Ajwa dari Rihura. Kurma Ajwa Rihuran ni asli dari Madinah, tak di awet (tak tertipu), ada certificate of origin. Jadi memang rasa selamat makan, tak ada gula dalam kurma, ini memang kurma ajwa asli. 

haid berpanjangan


Kurma ajwa ni salah satu untuk menyuburkan suami isteri, untuk meningkatkan sel darah merah Insyallah kalau kita nak stabilkan hormon atau nak cuba ikhtiar hamil. Kita cuba atasi masalah pendarahan kita dulu. Sebab kalau nak mengandung kena guna banyak darah dalam tubuh. Ini kata doktor hospital yang pernah rina pergi cek. Bukan sekali 2 rina pi cek pasal darah ni, tapi dah lebih dari 5 kali pun ada sebenarnya. Mudah-mudahan tercapai hasrat kita semua untuk selesaikan masalah pendarahan ini. Aamiin ya Rabbal Alamin.

haid bulan bulan

haid lama

haid lama

Pada mulanya memang kita rasa down dan kenapalah aku diuji sebegini, Tapi kata seorang ustaz tu, kita kena redha, ini Allah yang jadikan. Kita hanya perlu usaha dan ikhtiar dan syukur atas segala nikmatnya. Mana tahu ada hikmah di sebalik semua ni. Ini pun merupakan salah satu penyakit, kemungkinan penyakit kita ini penghapus dosa kita, atau hikmah nya mungkin menyelamatkan kita dari sakit lain atau apa-apa ke.. siapa tahu kan. Maka, siapalah kita untuk pertikaikan takdir Allah. Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik. Alhamdulillah.

Oh ya, kalau korang nak dapatkan kurma Ajwa macam Rina amalkan ni, boleh juga klik wasap di sini. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.