RINA KIFLI: SEO
Memaparkan catatan dengan label SEO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SEO. Papar semua catatan

Isnin, 13 Mei 2024

APA ITU PENULISAN SEO DAN KELEBIHANNYA

7:19 PTG 0
APA ITU PENULISAN SEO DAN KELEBIHANNYA

Tertanya-tanya apa itu penulisan SEO dan kelebihan penulisan SEO ini? 

Cuma pernah dengar orang kata itu ini, tapi tak cukup faham. Jangan risau. Di blog ini, Rina akan share dengan jelas dan mudah untuk anda fahami apa itu penulisan SEO.

penulisan seo
Penulisan SEO (Search Engige Optimization) merupakan proses merancang, mencipta dan mengoptimumkan kandungan sesuatu topik dengan matlamat utama bagi ‘ranking’ dalam ‘search engine’ seperti Google.

Mesti tak faham kan? hehe. Ceritanya macam ini.


Apa itu SEO (Kefahaman kaitan SEO Blog dengan SEO di Pencarian Google)


Bila kita google apa-apa, mesti kita akan jumpa blog yang ada apa maklumat yang kita cari dekat google tu kan. Kenapa kita jumpa blog itu? Sebab ada di 1st page google. Kalau blog lain-lain mungkin page google yang belakang-belakang pun ada juga infonya. Tapi kita google-google terus jumpa dekat 1st page google untuk maklumat yang kita cari tu.


Itu maksudnya blog itu gaya penulisannya dah ada SEO atau berjaya ditulis dengan SEO.



Cara Buat Penulisan SEO

Jadi, untuk membuat penulisan SEO, ia mestilah membuat penyelidikan kata kunci (keyword) dahulu, kemudian mencipta kandungan terkemuka (content atau penulisan dengan baik) dan juga menyusun kandungan ‘header’(ada subtopiknya). Jadi, untuk membuat penulisan SEO juga perlu ada proses dan juga pelan yang mantap. 


Maksudnya, ada struktur, ada keyword dan heading semasa menulis di blog atau website anda.


Penulisan SEO ini amat penting untuk mendapatkan ‘ranking’ yang paling teratas dalam ‘search engine’. Untuk mencapai ‘ranking’ yang paling teratas dalam ‘search engine’, ia juga memerlukan pengoptimumam ‘search engine’ yang sah.


Ada caranya!



Kelebihan Penulisan SEO


Ramai orang tertanya-tanya, masih releven kah penulisan SEO ini? Masih dan sangat-sangat releven. Hanya beberapa jenis atau niche bisnes yang selalunya sedar kepentingan SEO ini. Yang lain-lain tak sedar-sedar lagi dan mengharap jualan hanya di media sosial semata. Sedangkan penulisan SEO akan buat anda terus dapat pelanggan berkualiti!



1. Bina Branding atau Jenama Dengan Lebih Besar


Dengan ‘content’ penulisan SEO yang berwibawa, ia dapat membantu dan memberikan maklumat berharga kepada mereka yang memerlukannya. Jadi, jika anda pemilik perniagaan dan pakar dalam penulisan SEO, ia akan dapat membina branding atau meningkatkan jenama yang anda miliki dengan mantap. 



2. Jana ‘Income’ Yang Lumayan


Bagi anda ingin membuat servis penulisan SEO, ia juga boleh dijadikan antara ‘side income’ yang berbaloi. Dengan memiliki blog atau website yang sering berada di ‘ranking’ teratas ‘search engine’ dengan penulisan SEO yang mantap, pasti akan dikunjungi ramai pelawat. Haa.. jadi mungkin pelawat ini akan menjadi ‘customer’ anda dalam penulisan SEO milik mereka.


Begitu juga dengan pemilik bisnes, jika anda hire penulis SEO untuk menulis tentang produk atau bisnes anda, pelanggan atau target sasaran anda yang mempunyai masalah akan menemui penyelesaian dengan memerlukan produk anda, akan temui anda di 1st page ranking google!



3. Membina Hubungan Baik Dengan Pelanggan


Selain itu, dengan penulisan SEO, ia dapat membina hubungan baik dengan pelanggan anda. Sekiranya ‘content’ penulisan anda berguna, bermanfaat, menarik dan memikat hati pembaca anda, pasti akan membawa kepada lebih banyak jualan dan juga rujukan.


Penulisan SEO yang berkualiti merupakan salah satu cara terbaik dan paling mudah untuk membentuk dan mengukuhkan hubungan dengan pelanggan.



4. Mengurangkan Kos Pengiklanan


Dengan membuat penulisan SEO, anda akan dapat mengurangkan kos pengiklanan produk anda seperti di ‘Facebook Ads’, ‘Tiktok Ads’ dan sebagainya. Jadi, dengan membuat penulisan SEO di blog dan website, anda tidak perlu mengeluarkan modal pengiklanan yang besar.


Cukup sahaja dengan ‘content’ yang menarik, kena dengan apa yang disampaikan dan sering menjadi carian pembaca di ‘search engine’. Pelanggan berkualiti pula sentiasa kunjung tiba dari artikel yang naik di ranking 1st page google.


Berbaloi bukan?


Penulisan SEO Untuk Bisnes / Perniagaan


Penulisan SEO untuk perniagaan lebih kepada tujuan utama pelanggan mencari sesuatu di Google menggunakan Search Engine atau pencarian yang perlu ditaip di google.


Apa keyword yang pelanggan akan taip?




Sebagai contoh, taip 'Kereta sewa murah di Langkawi' kerana pelanggan ingin mencari kereta sewa murah di Langkawi untuk percutian mereka.


Selepas tekan enter, maka akan keluar banyak blog-blog pilihan. Pasti kita akan tekan yang berada di 1st page. Kalau tak dapat info, barulah ke page google yang lain. Betul? 


Jadi, jika penulisan seo itu bagus, artikel itu akan berada di 1st page google dan berpotensi ramai pembaca akan tekan dan baca.. Dalam artikel itulah yang akan menyelesaikan masalah pelanggan, serta penulis akan memberi solution kepada pembaca untuk menggunakan produk anda. 


Begitulah yang tekan untuk hubungi anda pastinya yang berkualiti kerana mereka sudah tahu detail produk dan tekan kerana ingin menyelesaikan masalah mereka.


Rugi jika pemilik bisnes masih belum gunakan artikel SEO ini sebagai salah satu medium marketing.



Pesanan Ikhlas:


Nak gunakan Artikel SEO untuk promote bisnes atau produk anda, Passionate Writer Malaysia ada servis penulisan yang terbaik dan berbaloi untuk anda!


Tekan hubungi di bahagian blog ini sekiranya berminat nak tahu tentang servis penulisan SEO untuk bisnes.