RINA KIFLI: Resepi Kurma
Memaparkan catatan dengan label Resepi Kurma. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Kurma. Papar semua catatan

Jumaat, 11 Februari 2022

Resepi Roti Telur Kurma Ajwa Gulung

3:39 PG 14
Resepi Roti Telur Kurma Ajwa Gulung

Hai guys, harini i nak share pasal Resepi Roti Telur Gulung Kurma Ajwa. Rasa macam biar betul? Betulkah wujud resepi kurma yang boleh dijadikan roti telur? 

Memang ada, malah sangat sedap tau! Sebab ini pun adalah resepi yang pernah rina buat reseach masuk tak chemistry kurma dengan roti telur. Ternyata memang masuk, sedap dan the best is sangat berkhasiat.

Sebenarnya, lama sangat dah rina nak share dengan anda semua Resepi Roti Telur Kurma Ajwa Gulung ni.  Tapi tak berkesempatan. Alhamdulillah ada rezeki kali ni dapatkan sampaikan info resepi Roti Telur Kurma Ajwa Gulung ni. 



RESEPI ROTI TELUR GULUNG KURMA AJWA


Bahan-Bahan:-

  • 3 Keping roti Gardenia
  • 5-7 butir kurma Ajwa Rihura
  • Telur 1 biji

Cara-Cara Menyediakannya | Resepi Roti Telur Kurma Ajwa Gulung


1. Pecahkan telur dan kacau telur supaya rata (seperti anda nak masak telur dadar tu)

2. Basuh kurma Ajwa dan buang bijinya, ambil isinya sahaja



3. Goreng roti disaluti telur (seperti masak roti telur yang macam biasa anda masak), roti tak perlu potong , biar saiz sekeping roti.

4.  Setelah siap masak dan kurang panasnya, letakkan isi kurma ajwa di bahagian tepi roti telur



5. Gulung roti telur, biarkan isi kurma ajwa berada di tengah dalam roti. (Boleh tengok video di bawah utk lihat berapa slice atau berapa banyak isi kurma boleh letak dalam roti tu).


Siap untuk dimakan. I'm sure sangat kalau mak-mak yang nak anak dia makan kurma atau kismis tu tapi anak tak suka makan, boleh cuba cara ni. Sebab rasa roti telur kurma ajwa ni memang sedap. Ia menyelerakan. 

Kurma Ajwa tak terlalu manis tapi ada manis buah, dimakan dengan roti telur asssyummmpahlah sedap! (Sebut asyumpah, terindu nak live kat tiktok pulak ehh tiber).



Bila roti telur ni dicampur dengan isi kurma ajwa, dia rasa sedap-sedap dan lemak-lemak manis telur. Tak rasa macam ada kurma pun dalam ni. Kalau nak lagi sedap maybe boleh letak margerin juga sebelum goreng sebab ia akan jadi lagi wangi.

Apapun resepi roti telur kurma Ajwa ni memang sedap dimakan dan diamalkan untuk sarapan pagi. Sekali sekala, sebulan atau seminggu sekali buatlah! 



Memang best dan berkhasiat. Lebih better dari makan burger malam hari, dapat kurangkan kalori jika kita mula amal pemakanan sebegini. Sebab Kurma Ajwa kan makanan sunnah dan sihat untuk diet dan tenaga.



Oh ya, kalau nak cari kurma Ajwa, haruslah pilih yang original Madinah ya. Sebab sekarang banyak sangat ajwa ditanam dekat negara lain seperti China , Tunisia, Indonesia dan banyak lagi. So buat pilihan bijak bila nak beli kurma. Yang pasti, kurma Ajwa 100% tak diawet gula seperti kurma lain yang murah diragui.



Rasa Dan Tekstur Kurma Ajwa Madinah Rihura



Resipi roti telur Kurma Ajwa pula ini sangat sedap sekiranya anda menggunakan kurma yang segar dan original ditanam di Madinah. Kenapa? Kerana Kurma Ajwa original yang ditanam di Madinah Mempunyai rasa tekstur yang tidak terlalu manis dan tidak muak. 

Oleh itu, Apabila makan roti telur Kurma Ajwa gulung ini rasanya sangat sedap sehinggakan lebih mudah dimakan begitu saja tanpa perlu Cicah dengan sos Atau lain-lain lagi. 


Khasiat Kurma Ajwa Rihura




  • Meningkatkan selera makan anak 
  • Menguatkan gigi tulang dan rambut 
  • Mencegah masalah tulang tidak mampat 
  • Meningkatkan Pengaliran susu badan bagi ibu menyusu 
  • Menambah sel darah merah 
  • Mengatasi Anemia 
  • Mengatasi masalah migrain atau pening kepala 
  • Mencegah gastrik mengawal berat badan 
  • Mengawal makan dengan mudah 
  • Mengawal berat badan 
  • Meningkatkan selera makan anak 
  • Memberi zat dan khasiat kepada ibu mengandung, menyusu dan berpantang 
  • Elok dijadikan nak bagi suami isteri Ikhtiar hamil 


Itulah antara khasiat Kurma Ajwa asli Madinah Rihura. Jom Baca juga Resepi Agar-Agar Jagung Kurma Ajwa, Resepi Air Nabeez dan Resepi Susu Kurma Ajwa.


Selamat mencuba resipi roti telur Kurma Ajwa gulung dari Rihura.






Anda Peminat Kurma Ajwa Madinah Asli? Jemput Sertai Komuniti:



Komuniti Rihura: t.me/Rihura




Dapatkan Ilmu Bermanfaat, Jemput Sertai:

Barang Rumah Malaysia

Komuniti Rihura

Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Malaysia Blogger Influencer & Content Writer

Khamis, 27 Januari 2022

Gebu Gebas! Resepi Kek Oren Kurma Ajwa Paling Sedap Dan Mudah

1:47 PG 0
Gebu Gebas! Resepi Kek Oren Kurma Ajwa Paling Sedap Dan Mudah

Resepi kek oren Kurma Ajwa Asli Madinah | Kek Gebu dan sedap, bila makan rasa perisa oren dan pastinya sangat sesuai dengan selera tekak. Ada campuran hirisan buah kurma Ajwa Madinah yang segar dan fresh ini menjadikan anda lebih bertenaga dan kenyang selepas menikmati kek Oren Kurma Ajwa ini.

Resepi Kek Oren Kurma Ajwa Madinah Rihura 


Resepi kek Oren Kurma Ajwa ini dihasilkan oleh mama rina sendiri ya, jadi gambar dan resepi ini dikongsikan kepada Rina. Alhamdulillah memang seronok sangat sebab my favourite adalah kurma Ajwa Asli Madinah Rihura tu. Dan mama gunakan kurma tu untuk buat kek oren kurma Ajwa ini. 

Resepi kek oren kurma Ajwa ini juga telah dikongsikan di facebook dan mendapat sambutan. Bestnya! Korang yang baru baca ni wajib cuba resepi okey! Resepi kek oren kurma Ajwa ini mempunyai khasiat hebat iaitu dapat meningkatkan selera makan anak dan dewasa sebab perisa oren membangkitkan aura rasa yang menyelerakan dan khasiat kurma ajwa sendiri untuk meningkatkan selera makan.



Jom lihat cara buat kek oren kurma Ajwa Madinah ini, resepinya tidak sukar. Jika anda suka buat kek, pasti menjadi! Bak kata orang, resepi kek oren kurma Ajwa Madinah ni macam petik jari je terus siap dan menjadi. Jom ikuti resepi kek oren kurma ajwa di bawah.


Bahan- Bahan Untuk Resepi Kek Oren Kurma Ajwa:


  • 1 ketul butter
  • 1 cawan gula halus
  • 4 biji telur atau 5 biji telur jika telur kecil
  • 2 cawan tepung gandum / Kalau guna tepung naik sendiri (tak perlu baking powder)
  • 1 sudu teh ovelet
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3 sudu besar oren sunkist
  • Kulit limau sunkist
  • Kurma ajwa diracik-racik halus (ikut kuantiti kesukaan anda)
  • Kalau suka boleh tambah badam utk hiasan


Cara-Cara Penyediaan | Resepi Kek Oren Kurma Ajwa Rihura: 


1. Mix butter dengan gula sehingga adunan berubah menjadi warna putih.

2. Masukkan telur dan Mix lagi.

3. Masukkan tepung, kulit limau, kurma ajwa yg di racik tadi dan kacau sehingga sebati.

4.  Masukkan 3 sudu besar oren sunquick ke dalam adunan. Kacau hingga sebati.

5.  Bakar suhu 160, masa 45 min.

6.  Selepas siap, taburkan lagi hiasan kurma ajwa Rihura hirisan dan kulit oren sunquick hiris untuk kek berbau lebih wangi dan sedap.

7.  Siap, tunggu sejuk sedikit selepas keluar dari oven dan sedia menjamu selera untuk keluarga tersayang.

Kek Oren Kurma Ajwa Siap

Alhamdulillah itu dia resepi kek oren kurma Ajwa Rihura yang paling sedap dan gebu korang boleh cuba. Memang gebu gebas kalau kena caranya. Resepi ini dari Mama Rina sendiri iaitu Puan Shamsiah Zulkifli. 

Tips ikut resepi kek oren kurma Ajwa ini adalah penting guna kurma Ajwa Asli untuk lebih sedap dan berkhasiat. Jangan salah beli kurma Ajwa.

Banyak kurma ajwa dijual tapi diambil dari mana pun taktahu sebabnya sekarang bukan Madinah sahaja, tapi Cina, Indonesia dan lain-lain negara pun sudah tanam kurma Ajwa. Kadang-kadang seller pun tak tahu menahu. Penting kalau nak beli kurma Ajwa, cari kurma Ajwa betul-betul asli Madinah. Macam mana nak tahu?


Kurma Ajwa yang dijual harus ada certified Original dari Arab saudi. Kurma Ajwa asli Madinah Rihura ada certified Original Arab saudi dan alhamdulillah ia benar-benar Ajwa ditanam di Madinah Original.

so, korang boleh dapatkan dari Rihura ya 😘



Memang sedap kan! Fresh dan segar itu tak dapat dinafikan lagi. Itulah ramai yang suka sangat beli kurma Ajwa dengan Rihura ni. Tambah-tambah nak puasa ni. Bukan saja korang boleh buat resepi Kek Oren Kurma Ajwa je, macam-macam juga resepi dikongsikan oleh Team Rihura di Group Peminat Kurma Ajwa Madinah ini. Jom sertai sekarang.


Untuk pertanyaan tentang kurma Ajwa Asli Madinah dari Rihura, boleh terus klik ke:-


Whatsapp 

Shopee






Ahad, 4 Julai 2021

RESEPI SUSU KURMA AJWA SEGAR SEDAP SANGAT FRESH

2:14 PTG 0
RESEPI SUSU KURMA AJWA SEGAR SEDAP SANGAT FRESH

 " MAMA.. SO YUMMY LAA MAMA BUAT SUSU KURMA AJWA NI, ESOK ADIK NAK LAGI. "





SEKALI JER MINUM, ESOK ANAK NAK MOMMY BUAT LAGI. UNTUK ANAK, HARI HARI PUN TAK PE MINUM JUS YANG SIHAT NI.

Itu kata ibu-ibu yang suka anaknya sihat sepanjang hari , bertenaga dan aktif, cergas. Maklumlah, ibu ayah mana yang sanggup biarkan anak dia makan makanan yang tak sihat kan?

Dari beri anak minum air kotak, air karbonat , tetapi susu kurma ajwa Rihura inilah minuman yang terbaik untuk anak-anak. Mudah jer buat dan tak perlu tunggu berjam-jam pun. Tup tup dah dapat makan makanan terbaik kegemaran Nabi SAW iaitu Kurma Ajwa Madinah Original yang ditanam di Madinah Al-Munawarah.

Nak tahu cara buat susu kurma Ajwa asli Madinah ini? Jom lihat resepi susu kurma ajwa segar sedap sangat di bawah ini. Jom sis kongsi dengan korang semua.

Bahan-Bahan Resepi Susu Kurma Ajwa


  • 7 - 10 biji Kurma Ajwa Asli Madinah Rihura
  • Susu Segar ( farm fresh )
  • Air
  • Ice Cube


Cara Buat Susu Kurma Ajwa Segar Sedap Fresh


1. Mula-mula, rendamkan kurma Ajwa Rihura di dalam air panas (sudah di masak). Biarkan selama 10 minit - 15 minit. Ini adalah untuk lembutkan isi kurma (tak buat pun tak apa sebab kurma Ajwa Rihura isinya sudah lembut).



2. Dah rasa Kurma lembut, bawa keluar dan keluarkan biji kurma. Pastikan buang biji kurma ajwa itu dahulu ya. Kemudian, Masukkan isi kurma ke dalam blander atau pengisar.




3. Masukkan susu segar atau susu pilihan anda ke dalam blander dan masukkan sedikit air. Susu tu boleh juga digunakan susu tepung jika tidak ada susu segar.




4. Blander atau kisar seperti biasa, rasa nak rasa serat kurma ajwa tu terasa jangan blend terlalu lama, senang cerita ikut cita rasa masing-masing.





6. Campurkan dengan Ice Cube beberapa minit lagi untuk berbuka puasa . Tak kisahlah puasa sunat atau puasa ramadan yang korang puasa tu. Isnin dan khamis selalu puasa sunat kan? Jadi buatlah pada hari tersebut, korang dapat boost tenaga gila-gila.






Tadaaa
🤩




Siap Susu Kurma Ajwa fresh segar dan paling sedap lagi, semestinya letak Kurma Ajwa Rihura, Asli dari Tanah Madinah. Bak kata Tagline Rihura, Semua Merasa! Memang mampu milik walaupun kualiti Premium. Alhamdulillah.



Gitu.... Mudah sangatkan? Ahh terliur pula rasa panas-panas gini. Jom buat dulu ayuh!

😛


Nak cari resipi istimewa untuk tercinta? Setiap hari boleh buat untuk anak dan suami tercinta.
Serendah RM10 jer dah dapat satu Jug Besar Jus Susu Kurma Ajwa Rihura.



#jom
cuba jus Susu Kurma Ajwa dengan Kurma Ajwa Rihura.

Sekali cuba pasti jatuh cinta, tak percaya cuba laa resipi ni!

😍
Anak happy, suami kenyang, isteri pun bahagia. Kadang-kadang makanan sihat sedap macam inilah buat suami dan anak-anak terpikat dengan keprihatinan dan kasih sayang yang kita beri pada mereka.





NAK DAPATKAN AJWA ASLI MADINAH SEGAR & SEDAP,


Selamat mencuba dengan aktiviti bermanfaat bersama keluarga tercinta.

Ikhlas dari rihura