RINA KIFLI: Peribadi
Memaparkan catatan dengan label Peribadi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peribadi. Papar semua catatan

Rabu, 2 Februari 2022

Kisah Owner Kucing Terpaksa Lakukan Ini | Kucing Rumah Kucing Jalanan

5:30 PG 0
Kisah Owner Kucing Terpaksa Lakukan Ini | Kucing Rumah Kucing Jalanan

Sedih sungguh bila fikirkan tentang kucing rumah jadi kucing jalanan. Ya pasti ramai yang bela kucing banyak-banyak sampai satu tahap tak mampu atau tak larat lagi nak jaga semua. Mungkin sebab tempat sangat terhad, apabila ramai-ramai dah jadi tak selesa.

Tidak pun, mungkin kos tak mampu nak tanggung kucing-kucing makan dan sebagainya. Maklumlah sama macam manusia juga, kucing makan pagi, tengahari lapar lagi dan nak makan, kemudian malam pun pasti lapar nak makan malam. Itu bukan mewah, tapi itulah keperluan.

3 Ekor anak, dengan bapak sekali nak menyusu dekat mak nya.

Rina sendiri berpengalaman pernah bela paling banyak 24 ekor kucing dalam satu masa. Waktu tu duduk di rumah kampung jadi tak kisahlah bela kucing banyak-banyak pun. Sampaikan rina ngan mama buat 1 rumah kucing untuk kucing-kucing kami ni.

Namun, lepas tu dah start bekerja, dan pindah ke Kuala Lumpur. Tak sangguplah nak biar mak bela seorang. Sebab kalau rina ada, senanglah nak tengok-tengok dan bagi makan tiap hari. Tapi Allah SWT aturkan segalanya. Allah SWT adalah sebaik-baik perancang. Kami plan nak kurangkan kucing tapi belum sempat fikir sangat, ada kucing yang hilangkan diri, mungkin merantau cari pasangan. Ada kucing yang meninggal sebab sakit dan sebagainya. Akhirnya tak tahu la macam mana sampai jadi beberapa ekor ja.

Kucing kampung ni lain sikit jenis pandai bawa diri, tapi kalau kucing kita bela di rumah flat tak pernah keluar itu menyedihkan bila kita nak letak di mana-mana.


Banyak Kes Owner Kucing Nak Kurangkan Kucing

Termasuklah rina sendiri, apabila sudah berkahwin dan duduk di rumah flat dengan mertua pula, dari dua ekor kucing bertambah jadi 5 kemudian nak beranak lagi. Allahu. Rumah flat ni tak besar mana. Jadi, Rina mengaku inilah kesilapan owner kucing yang terlepas pandang sejak mula-mula bela kucing biarkan kucing tu kita bela dari kecil.

Baca juga: Kucing Hadir Bergilir-Gilir Di Kawasan Rumah Selepas Berkahwin

Kita sepatutnya mandulkan kucing. Jangan sampai nasi dah jadi bubur macam rina ni. Bila dah mengandung perut kucing tu tak nampak langsung, masih kecil lagi tapi pergi nak mandulkan dia, doktor cakap kucing tu tak boleh mandulkan sebab dah pregnant. Sabar jela.

Perut kecil tak nampak, tapi takleh mandul sebab tetap dah pregnant

Jadi terpaksalah tunggu sampai dia melahirkan anak, bela anaknya dan barulah mandulkan. Dan kejadian ini jadi 2 kali. Rupanya waktu dia lepas melahirkan dan berpantang tu, dia buat lagi, dia mengawan lagi. Pastu pisang berbuah dua kali. Nak mandul tak boleh sebab mengandung lagi.

Jadinya, anak yang haritu dah ada 3 ekor, sekarang nak menimang cucu lagi. Silap-silap keluar 5 ekor. Tak ke nanti ada 11 ekor dalam sebiji rumah flat ni. Adududud. So, nak tak nak, kami terpaksa buat keputusan hantar 3 ekor ni ke tempat lain.

Jadi, puncanya silap Rina sendiri tak mandulkan awal-awal sejak kucing kami tu kecil lagi. Begitu juga dengan anda yang bela kucing, cepat-cepat pergi mandulkan dulu. Sebab kalau kucing membiak dan kapasiti kita tak mampu nak bela, kita akan sedih bila nak kena hantar kucing tu nanti. Ataupun bahasa kasar tu 'buang kucing'. tapi kita tak buang la, kita akan cari orang yang nak kucing untuk beri pada mereka.


Nak Bagi Kucing , Tiada Orang Nak Kucing

Cari dan buat iklan merata pun, kalau Allah SWT kata tak ada rezeki orang nak. Maka takdelah juga siapa-siapa yang nak adopt kucing tu. Jadi pilihan akhir yang Rina ada adalah untuk hantar kucing-kucing ni ke Shelter atau Rumah penjagaan kucing atau pusat kucing.

Nak cari memang susah sangat kat facebook, google memang payah nak jumpa yang bertepatan  dari segi lokasi tak jauh sangat, sampai nak kena rentas negeri tu payah, cari senegeri je mudah. Kemudian dari segi kos juga. 

Kucing yang nak dihantar ke Shelter / Cari tuan baru


Jenis Shelter Atau Pusat Kucing Yang Wujud

Gambar dari Shelter Pusat Rumah Kucing Terbiar KL

Ada shelter kucing berbayar ikut berapa ekor kucing nak hantar. Ada juga yang minta sumbang makanan dan banyak lagi. Jadi kalau boleh pasal bayaran ni tak perlu nak berkira sebab kalau namanya shelter ni mereka memang perlukan bahan-bahan makanan untuk kucing dan wang untuk beli keperluan kucing. 

Kita percaya pada mereka sebab itu cari yang trusted. Tapi Alhamdulillah selagi korang boleh pergi melawat tu dah syukur sangat. 

Sebab dalam banyak-banyak shelter yang Rina tanya, ada la beberapa jenis macam ni:

1. Shelter bela kucing tapi tak dibuka untuk melawat. Dia simpan dan ambil kucing tu.

2. Shelter yang tolong carikan orang untuk ambil kucing kita, ini makan masa. Sepanjang berbulan-bulan tu kitalah kena jaga dulu sampai orang nak kucing kita, Sebelum tu bayar dulu untuk shelter tu carikan orang yang nak kucing kita.

3. Shelter yang bela kucing dan kita boleh melawat.

Alhamdulillah akhirnya rina bertemu dengan shelter no 3 juga setelah beberapa minggu mencari. 


Hantar Kucing Di Pusat Kucing | Pusat Kawalan Dan Penjagaan Khas Kucing Terbiar

Jangan buang kucing, tapi kalau tak mampu bela hantarlah dengan shelter kucing yang menerima.  Terima kasih banyak-banyak kepada Pusat Kawalan Dan Penjagaan Khas Kucing Terbiar yang sudi menerima kucing rina untuk dihantar ke sini.

Rina syukur sangat alhamdulillah sebab tempat ni dekat sahaja rupanya dengan daerah kami. Lagi syukur sebab boleh melawat walaupun sedih juga la sebab terpaksa hantar miow miow tapi disebabkan kesilapan lalu tak sempat mandul kucing, ini pengajaran.


Jika rasa macam sedih kenapa nak tinggal kucing di sini, rina akan fikirkan sememangnya kami betul-betul tak boleh letakkan kapasiti kucing untuk dibela dalam rumah flat dan bukan rumah rina sendiri, tapi Rumah mertua. 

Cukuplah 2 ekor kucing rina boleh bela di situ. One day, apabila Rina berjaya jadi usahawan Jutawan dunia akhirat tak lama lagi dan ada rumah idaman, rina tak teragak-agak buat rumah kucing untuk bela semua kucing-kucing rina sayang sebelum ni. 

Ada hampir 200 ekor kucing di sini

Semoga dapat bertemu lagi semuanya

Anak-anak semua duduk sini ya, sini selamat sayang, sini tempat tinggal awak, ini rumah kucing. Awak bebas sini sayang, tak kena kurung, boleh main dengan kawan-kawan baru ya. 

Kemudian, rina juga fikirkan, ini adalah hikmah. Semoga anak-anak kucing yang dihantar ke situ belajar untuk duduk dengan kucing lain-lain memandangkan sebelum ni mereka cuma duduk dalam rumah saja. Lepas ni dah ramai kawan-kawan dah macam duduk asrama dah. 

Gambar akhir:
Tinggalkan mereka di sini, duduk tempat baru ya sayang,
sesuaikan diri awak, cepat2 berani keluar sangkar
tu terus kawan-kawan dengan yang lain ya.


Awak tak salah apa-apa dengan mommy sayang, mommy terpaksa hantar awak duduk sana sebab mommy tak mampu bela awak di rumah ni. Mak awak tu bakal melahirkan anak miow lagi. Awak jadi anak yang baik ye kat sana. Doakan mommy selalu ya, kita jumpa di syurga nanti. Mommy janji mommy melawat awak selalu ye sayang. 

 

Jaga emosi awak, jangan stress duduk sana, belajar untuk makan ramai-ramai, jangan rasa tersisih. Awak kuat awak bijak awak baik. Jadi kesayangan tuan kucing di sana, pelawat di sana dan juga kesayangan kucing-kucing lain juga. Mommy selalu ada dalam doa awakkan?

 

Mestilah awak pun ada sangat dalam doa mommy tak pernah hilang. Buat acik, angah, along (nama anak kucing rina), mommy sayang awak semua, Allah pelihara awak semua untuk mommy, maafkan mommy ya. Semoga semuanya ada hikmahnya buat kita semua. Amiin Ya Mujib. Amiin Ya Allah.


Terima kasih kerana membaca. Semoga bermanfaat dan memberi iktibar buat anda semua juga Insha-Allah. Nantikan entri artikel yang akan datang berkaitan dengan Shelter Pusat Jagaan Kucing | Pusat Kawalan dan Penjagaan Khas Kucing Terbiar yang Rina hantar kucing-kucing tu.  

Alhamdulillah, boleh datang melawat ke sini. Korang pun boleh datang. Untuk waktu kucing makan pula, ada jadual di bawah ni. Rina akan kongsikan tentang pusat jagaan kucing ini dengan masyarakat awam semuanya dalam entry artikel yang lain. Nanti rina update Insha-Allah. Stay tune ya!


Website:  rumahkucingterbiar.com

Facebook: Pusat Kawalan Dan Penjagaan Khas Kucing Terbiar

Whatsapp Encik Halim: Klik Sini Terus Ke Whatsapp


Jemput Subscribe / Follow blog ini untuk dapatkan notifikasi berkaitan Artikel Shelter kucing tersebut yang akan datang. 


Khamis, 5 November 2020

Cara Simpan Duit Kahwin Gaya Jutaria | KOS MAJLIS KAHWIN 8K LEBIH (Himpun 5 Bulan)

2:34 PTG 2
Cara Simpan Duit Kahwin Gaya Jutaria | KOS MAJLIS KAHWIN 8K LEBIH (Himpun 5 Bulan)

HIMPUN DUIT KAHWIN GAYA JUTARIA  


Cara simpan duit kahwin gaya jutaria ini khas untuk anda yang Makan Gaji atau Baru Start Kerja. Lebih-lebih lagi mereka yang kerja dengan gaji RM1,500 ke bawah.

Inilah zaman makan gaji sewaktu umur 25 tahun manakala suami umur 23 waktu tu. Sebelum kahwin, ramai yang sakit otak pikir nak cari duit, terutamanya lelaki, betul tak?

Tambah-tambah kalau lelaki yang nak kahwin dengan anak orang ada Degree? (Ini semua poyo). Time tu la mulalah anak-anak ni nak keluarkan dalil hadis maksud Quran semua berkaitan untuk perkara wajib untuk nikah (Nak cakap duit duit hantaran bukan segalanya) betul tak? Nak bgtau kat mak bapak. Budak wechat tipulah kalau tak buat. Tapi jujurnya memang betul untuk lebih dipermudahkan dan tak wajib pun.

Tapi hidup semua perlukan wang wang wang dan memang sentiasa mengira berapa bajet majlis nak buat kan?


KISAH PERTUNANGAN DAN PERKAHWINAN RINAZUL



Teringat kisah tahun lepas. Kami bertunang bulan 1.1.17. Plan nak kahwin bulan 12. (Plan sebenarnya nak kawin 2 tahun kemudian, sebab poket kosong okey! Patutnnya tahun ni atau tahun depan baru nak kahwin). Masing-masing sibuk kerja. Tapi disebabkan oleh keluarga pilih 1.5.2017 (5 bulan je lepas tunang?) 

Ya, sebab katanya tu cuti buruh, ramai orang cuti. Tapi kami berdua tak tahu la kenapa macam tak kisah je., kami berdua okeykan je. Walaupun sama-sama kerja biasa-biasa je. suami jenis positif selalu ckp "insyallah ada rezki..ada...ada".. sgt2 yakin pada rezeki Allah. Sedangkan rina yang gelabah. 

Tapi sejak kami tahu 5 bulan lagi nak majlis, esok tu juga kami terus buat senarai persediaan (katering, doorgift, pelamin, dewan, mekap, segala mak nenek) OH YA PASTILAH INI KERJA ORANG PEMPUAN! 

MISI HIMPUN 10K DALAM MASA 5 BULAN DENGAN GAJI RM1, 300.


Dengan adanya senarai tu, rina terus survey pakej atau servis yang paling murah. Selalu orang mesti pening pikir nk himpun sekurang-kurangnya 10K macam mana, kalau kerja makan gaji dulu nak himpun 10K pun taktahu la setahun mampu ke tidak. 

Time ni kami belum ada apa-apa bisnes lagi. Suami gaji bulanan cuma 1.3k jer. Time tu gaji rina lagi banyak sikit dari dia.Jadi untuk lebih mudah, kami buat teknik himpun duit gaya JUTARIA.


HIMPUN DUIT GAYA JUTARIA


Perasan tak bila kita main jutaria, ada duit je terus beli rumah, ada duit je nak pergi tempat itu ini bayar itu ini, Kalau takde duit, kita cari (Game Jutaria). Macam tu la yang suami praktikkan, dapat gaji je, dia hulur RM * * * *. Yang pempuan ni bila dah survey dapat murah, terus booking (ketering, pelamin,semua tu) booking terus bayar. Bulan depan dapat lagi RM * * * * , terus guna bayar lagi. 

Tiba-tiba dah bulan 3, kira-kira, eh sikit lagi nak bayar kos utk majlis. Sampaila bulan 5 menjelma, tak sangka kos majlis 8k-10k sahaja (pelamin, katering, mak andam, dewan, doorgift, baju).

Bab mas kahwin itu lain. Mas kahwin inilah wajib untuk diberi pada isteri. Terpulanglah perempuan nak minta emas atau $$$, atau apapun. Yang ni, mas kawen rina adalah Rantai Emas.

Lagi satu, sepanjang 5 bulan ni, masing-masing bawak bekal je pergi kerja. kadang2 je makan luar. alahaihihi. Tiap pagi tangkap gmbar tunjuk bekal masing-masing. Tapi takpela, boleh diet sekali, time tu dah gemuk sikit aihhh.

Time ni kenduri dekat Penang. Sungguh puas hati Encik suami bila dapat kumpul kos majlis dalam masa 5 bulan. Tapi suami orang jauh, jadi tambang, homestay semua pun perlukan $$$ juga. Abes majlis, Duit sampul buat pergi honeymoon dan beli barang lepas kahwin. 

Cukup memang cukup, selagi kita bersyukur. Kadang2 time susah sangat2 baru saja nak start kerja, time tu pulak dapat rezeki jodoh. Bukannya tak mampu nak pegang duit banyak2, tapi rezeki Allah bagi jodoh dulu. Kemudian barulah kerjaya.

Ini Senarai list digunakan waktu majlis dulu, kalau nak guna., bolehlah. Korang boleh tengok gambar-gambar pelamin, doorgift dan lain-lain lagi semasa majlis perkahwinan rina tu.

(AREA PENANG)
Pelamin:
Hazrina Bajet Pelamin
(RM800 - RM900)
Baju Pengantin:
BusanaPesona Terunadara
(RM300)

cara simpan duit kahwin

cara simpan duit kahwin

cara simpan duit kahwin


Katering:
Katering Mar
(RM3+++ - RM4+++)
Fotografer:
Zul Azizul
(RM1+++)
Solekan:
Saedah Nasir
(RM3++)
Dewan:
Dewan Perda Teluk Kumbar
(Tak ingat )


cara simpan duit kahwin



himpun duit kahwin



Kadkahwin+Bunting+Button+Stick prop: Nizal Studio
Laksa/Mee Kari/Cucur:
Linda Dinalia
,
Intan Safinaz
Doorgift: Tak ingat page

himpun duit kahwin

cara simpan duit kahwin



Post sekadar sharing / perkongsian. Semoga bermanfaat untuk semua. Yang mana boleh digunakan, kita guna. Yang mana takleh pakai, jangan ikut. Semoga dipermudahkan urusan anda semua untuk menyimpan duit kahwin dan dipermudahkan urusan pernikahan anda. Amiin ya rabbal alamin.

🙂


NAK JANA PENDAPATAN SECARA ONLINE?

Jom daftar program Affiliate, hanya praktikkan 30 minit atau 1 jam sehari, anda mampu menjana pendapatan sampingan 2 hingga 5 angka dalam masa sebulan. Alhamdulillah. Boleh daftar di sini untuk dapatkan maklumat lebih lanjut. KLIK SINI UNTUK DAFTAR.

Sabtu, 31 Oktober 2020

Cara Kumpul Duit Kahwin Bagi Bergaji RM 1,000 (Bersih)

9:40 PG 2
Cara Kumpul Duit Kahwin Bagi Bergaji RM 1,000 (Bersih)
Teringat zaman nak kahwin dengan suami dulu. Waktu tu suami umur 23 tahun,aku pula umur 25 tahun. Al-kisahnya dah jodoh, jadi kami pun bertunang. Tapi kami fikir nak kahwin lagi 2 tahun atau 1 tahun selepas bertunang tu. Cuma pada waktu tu, pihak ibu bapa perempuan ni tak suka lama-lama, siap dah plan suruh kahwin pada bulan 5 2017 sebab itu adalah hari buruh. Ramai orang cuti, jadi senang nak buat kenduri.


Maka, aku pun cakaplah dekat bakal suami masa tu. Si dia ni jenis yang cool. Dia kata ok. Tapi dalam hati tu aku tahu dia struggle nak cari duit. Waktu tu dia kerja biasa-biasa jerr, okey aku cerita sini sebagai tatapan, iktibar rakan-rakan atau pembaca yang mungkin sama situasi seperti ini.

Bakal suami sebelum berkahwin dengan aku, dia cuma bekerja di cybercafe je guys. Kerja pantau komputer orang main cc dan lain-lain tu. Gajinya cuma RM 1,200 kalau tak silap aku.

Boleh dikatakan gaji aku lagi lebih banyak dari si dia. Banyak sangat dari dia hahaha. kenapa aku gelak? hahah Jahat. takpe korang dengar dulu cerita aku ni.


Tapi disebabkan kami kenal, berkawan baik dan rasa keserasian tu sangat kuat, tak pernah gaduh, kalau berjumpa asyik nak bergelak je. Tu yang kami setuju nak tunang. Padahal kami tak pernah cakap pun nak kapel-kapel ni. Hihi untuk pengetahuan, ini lah seorang lelaki yang paling matang yang aku pernah jatuh hati. Yang lain dulu macam budak, tak matang, tak boleh pakai. Opps sorry.

Disebabkan kematangan, kehenseman dan keserasian ini, menjadikan kami sehati sejiwa dan nak ada ikatan. Tapi sebab gaji kecil, kami sama-sama dah bertekad jom kita himpun duit sama-sama.

Ini gambar kami bertunang dekat rumah. Semua ni buat sendiri, DIY je. Kain pelamin tu semua beli kat mydin pasti buat-buat sendiri je belit-belit tu.

cara kumpul duit kahwin



Hantaran 10K Dalam Masa 5 Bulan Kumpul Duit


Bila dah ditunangkan, datanglah cabaran baru kepada kami iaitu.. Dalam masa 5 bulan je kami akan dinikahkan, makanya suami nak kumpul 10k untuk duit hantaran kepada aku. dan untuk meringankan beban, aku bagi cadangan kita satukan je majlis ni laki dan pempuan. Family semua setuju je.

Jadi, macam mana kami kumpul duit. Sebenarnya duit hantaran ini adalah yang nak guna untuk majlis tau atau untuk bahagian sebelah perempuan, sebabnya duit hantaran ni sebenarnya adat sahaja. Kalau mas kahwin tu barulah untuk pengantin perempuan. Dan mas kahwin ni wajib pengantin perempuan seorang je gunakan untuk peribadi dia ke, untuk apa-apa je dia nak buat pun takpe.  Yang penting, mas kahwin tu isteri punya.

Jadi, hukum duit hantaran 10K tu adalah bukan hak milik pengantin perempuan 100% sebab itu dengan duit hantaran 10K tulah kami nak guna buat majlis dan sebagainya.


Mula Buat Perancangan



Setelah selesai je majlis bertunang dan pihak lelaki dari KL dah gerak ke KL. Aku dekat Penang ni dah wasap-wasap dengan si dia pasal rancang nak kumpul duit ni. Kami plan dan kira-kira gaji. Di sini wanita pun main peranan penting kena share simpan duit juga walaupun untuk hantaran perempuan tu. Nak buat macam mana, korang pun nak sangat kawen 5 bulan lagi kan hehe.


Jadi, ceritanya, setiap bulan, suami akan bankin RM 800 kepada aku untuk simpanan hantaran. Kenapa dia tak simpan sendiri dan terus bagi 10k? haa lain orang lain cara, tambah-tambah couple muda macam kami yang gaji rendah ni, cara ni lebih mudah dan cepat untuk kami uruskan majlis. Tak perlu terus bagi seketui 10k, bagi sikit-sikit tiap bulan supaya aku terus guna bayar untuk majlis apa yang patut dulu.


Beri Duit Hantaran Setiap Bulan



Bulan pertama suami bagi RM 800, aku simpan duit aku RM 500. 

Bulan kedua suami bagi RM 1,000, aku simpan duit aku RM 600. aku ni gaji besar tapi dia yang kuar duit lebih, well kat sini nampak kesungguhan dia. so macam mana gaji seribu boleh bagi 1000 setiap bulan?

Bulan kedua dan keatas tu dia dah buat part time atau kerja sampingan, so dapat duit lebih sikit. Katanya setakat belanja tu dia cuma bawa bekal dari rumah je tiap hari. Hanya guna untuk minyak kereta bagi kerja yang hanya 5-10 minit sampai dari rumah. Nak naik motor, belum ada motor.

Jadi, pada bulan-bulan seterusnya dia bagi duit hantaran sikit-sikit tu makin meningkat jumlahnya.

Oh ya, apa aku buat tiap kali dia bagi. Jangan harap aku nak simpan semua banyak-banyak, kang tak pasal-pasal habis pula. Lepas dia bagi, aku terus guna untuk bayar dewan, bayar katering, bayar baju pengantin, itu ini..

Contoh Dewan RM 400
Katering RM 3,500
Baju Pengantin dan Pelamin RM 700
Doorgift dan kegunaan lain RM 1,500 
fotografi dan banyak lagi.

Ini antara barang hantaran yang telah dibeli dan dirancang kami hehehe. Barang hantaran kami simple je tapi cantik-cantik, gubahan tu minta tolong kakak je buat kan.

cara himpun duit kahwin gaji 1000



Berkongsi | Sama-Sama Menyimpan


Persoalan: Adakah semua belanja ini termasuk dengan duit aku? Ya, aku ada menyumbang RM 300, 500, dan lain2 lagi ikut mood aku hahah. Tapi alhamdulillah tak sangka dalam bulan ke 3 je dah selesai bayar katering, dewan , baju, pelamin apa semua. Kadang-kadang aku pun tak tahu dari mana datangnya duit-duit yang mencukupkan ni. 

Suami pun pelik juga, dia seolah-olah bagi semua gaji dia untuk aku uruskan majlis ni dan guna untuk duit hantaran. Pelik sangat sebab dia rasa cukup jer tak guna semua gaji tu. Tapi salah satu sebab waktu tu sebab dia tak ada komitmen. Dia punya part time pun macam balik kerja tolong kawan hantar barang katering, barang pindah rumah dan dapat payment. Suami ni dia jenis tak reti bab online-online atau buat duit online. Rina jela time nak kawen tu buat affiliate la apa la macam-macam hehe, tapi cashout pun selepas dah kahwin hehe

Ok, sedar tak sedar bila aku senaraikan , duit kitorang time majlis tu adalah total 8,740 macam tu yang berjaya dikumpul dan digunakan. Itu bermakna kami guna banyak tu je untuk majlis? Ya memang betul. Tapi macam tak sangka kan. Ok lupa nak habaq, untuk mas kahwin rina adalah seutas rantai emas.

Ini gambar kami akad nikah, suami tengah lafazkan akad.

cara himpun duit kahwin




Ini gambar sebelum Majlis mula, buat tahlil. Ini pelamin kami tak sampai RM 1,000 pun.

cara kumpul duit kahwin



cara simpan duit kahwin gaji seribu

Ini doorgift majlis kahwin kami. Dalam ni ada 1 botol kacang, tasbih, air kotak, snek, apa lagi tak ingat dah.

cara kumpul duit kahwin

Ini baju pengantin dan baju bersanding kami 

cara kumpul duit kahwin


Baju simple, selesa, sejuk, tak panas, kain sedap dipakai.

cara kumpul duit kahwin


Sedara mara sponsor makanan

cara kumpul wang hantaran gaji 1000



Selepas je selesai majlis, malam tu kami kira duit sampul, dapat dalam 3 ribu lebih Alhamdulillah. Semua duit tu suami bagi kat aku katanya cover lebihan duit hantaran sebab sepatutnya 10K tapi hampir 9K sahaja duit yang dapat kumpul dengan gaji RM 1,200 dia katanya. Dah tu, sebab share dengan duit aku sikit, jadi semua RM 3,000 rezeki tu buat aku katanya. Alhamdulillah. So apa lagi, aku buat guna shopping pergi honeymoon heheh.


Kesimpulannya Bagi Cara Kumpul Duit Kahwin Bagi Gaji 1,000


Cuma tula, macam tak sangka sangat, dengan gaji RM 1,200 sebulan, kalau suami dan isteri bekerjasama insyallah cukup dan Allah mudahkan. Kadang-kadang bakal pengantin perempuan ni sangat berkira kononnya duit hantaran tu hanya laki je wajib bagi. Sedangkan ia hanyalah adat, perempuan pun boleh bantu belanjakan atau simpan duit sama-sama, tak salah pun.  Bila semua buat sama-sama, Alhamdulillah Allah permudahkan. 

Subhanallah. kami pun tak sangka waktu tu. Time tu kami belum ada apa-apa, dua-dua kerja biasa-biasa. Tapi lepas kahwin, macam-macam rezeki kerja datang. Jadi, jangan takut kalau nak kahwin tapi tak ada duit atau kerja biasa-biasa je ok. Doa banyak dan usahakan sama-sama.

Alhamdulillah akhirnya cukup duit kahwin, walaupun bunyinya macam kawen bajet atau koboi tapi sebenarnya majlis kami agak meriah dan lengkap! 




****



NAK JANA PENDAPATAN SECARA ONLINE?

Jom daftar program Affiliate, hanya praktikkan 30 minit atau 1 jam sehari, anda mampu menjana pendapatan sampingan 2 hingga 5 angka dalam masa sebulan. Alhamdulillah. Boleh daftar di sini untuk dapatkan maklumat lebih lanjut. KLIK SINI UNTUK DAFTAR.

Khamis, 9 Julai 2020

Pengalaman Apply Kerja Pembantu, Rupanya Jadi Hamba Di Batu Feringghi, Penang

8:16 PTG 2
Pengalaman Apply Kerja Pembantu, Rupanya Jadi Hamba Di Batu Feringghi, Penang
Pada umur 23 tahun, zaman ni Rina tengah mencari kerja part time sementara cuti semester. Well, sisrina memang seorang yang hard working since study di uitm lagi. Pada cuti semestar penggal lepas, sis telah menjadi pembantu untuk seorang owner bisnes yang kaya gitu, memang best pengalamannya.  

Bagi cuti penggal seterusnya pula, sis ada apply sebuah kerja ni. Agak horror juga kisahnya. Jom sis nak story kat sini sebab sampai sekarang pekerjaan ini masih ada lagi diiklankan. Wallahualam.

Akibat sis sejenis suka kerja sendiri, nak bisnes lah, tak nak kerja yang macam terikat seperti kilang, kfc, mcd dan macam-macam lagi tu waktu cuti belajar. So sis decide cari kerja direct terus dari orang luar. Berani kan sis? Memang berani hihi.



Dipendekkan cerita, sis masuk salah satu laman iklan percuma berkaitan kerja. Ramai orang post iklan kat situ untuk cari staff dan lain-lain. Ada satu iklan ni, memang dia tulis mencari pembantu di ofis dan rumah, tak perlu ada pengalaman. Rasa macam ok lah kan bagi orang yang fresh graduate macam sis waktu tu. 

Jadi, lepas hantar detail, mereka hubungi sis untuk interview. Katanya interview secara online di Yahoo Mesenger (YM).


 Lalu sis pun BUZZ dia di YM. Zaman itu memang zaman YM. Orang layan YM tu macam mana orang layan Facebook zaman sekarang ni. Kiranya memang ramai aktif 24 jam kat YM. Dalam handphone pasti ramai yang install YM ni. So ia juga menjadi medium org berhubung, webcam dan lain-lain. So, sis tak hairanlah dia nak iv di YM. 

Kami pun berbual dan chat di YM. Nama sebenarnya (tak boleh nak mention sini atas sebab keselamatan) tapi sis gelar dia Puan Jar. 

Puan Jar memperkenalkan dirinya sebagai pembantu peribadi kepada Puan A (bukan nama sebenar). Katanya, dia ingin cari pembantu buat Puan A yang boleh membantu puan A di ofis dan juga rumah.

Dalam otak sis, sis fikir mungkin kena buat kerja pejabat di ofis dan dirumah ataupun juga mungkin buat kerja rumah macam maid kemas rumah tu. BTW bagi sis tu perkara biasa, sebab pernah hidup susah sejak kecil. So time belajar universiti kalau kerja maid kemas rumah, masak tu pun sis nak je. hehe. 

Illusration of French Maid Element - Download Free Vectors ...
Gambar hiasan kikiki

Maka, lepas kenalkan diri pada Puan Jar, umur, tempat menetap, kenapa nak kerja, kelayakan dan lain-lain lagi. Puan Jar ada juga bertanya pada sis berat badan dan tinggi sis. So kita bagitau jela time tu berat 45 dan tinggi 150 kot. Tak ingat dah.

Puan Jar kata sis macam kurus jeee dan tak berapa gemuk. Eh pelik juga time tu. Kenapa pula puan ni? Nak cari pekerja gemuk atau berisi ke cam ne tu? Tak sedar sis tertanya pula.

Lalu puan Jar menjawab...

"Akak kesian tengok adik ni, muda-muda nak kerja sini."

Sis pun pelik, kenapanya, gaji mahal kot RM 5,000 dia offer, sapa tak nak kan! Tambah-tambah time cuti sem ataupun sebab kami ni budak muda. Memang nak la kerja gaji tinggi.

"Puan A offer dekat sapa-sapa yang nak kerja sebagai pembantu dia RM 5,000 dan dia kalau ke oversea memang belikan macam-macam dekat pembantu dan orang-orang gaji kat rumah dia tu. Memang adik akan hidup mewah sangat kalau kerja dengan dia. Tukang masak dia semua bergaya macam pramugari, tak ada sapa pun selekeh kalau kerja dengan dia. Duit berkepok".  Kata Puan Jar.

Eh lagi tak sabarlah sis nak kerja. Oklah puan, saya memang berminat untuk kerja ni. Bila boleh saya mula masuk kerja? Tanyaku kepada Puan Jar.

Dia terus membalas. 

"Awak konfim ke ni?"

Konfirm. Kenapa ya?

Puan Jar berkata, "Ok ini akak bagitau kat awak siap-siap sebab tak nak lah awak lari pula nanti. Sebenarnya, puan minta akak carikan pekerja yang boleh handle dia. Puan A tu bangsa Sigh, sebelum ni ada orang jadi pembantu dia, tapi excident dan sudah berhenti".

Ya kak, saya setuju jadi pembantu dia. Jawabku cepat-cepat.

Terus Puan Jar bercakap tanpa henti lagi:

"Jobskop kerja dia amat banyak dan berat sekali, first awak kena urus dia di pejabat, buat air dia semua, kemudian teman dia pulang ke rumah, and then kena angkat dan gendong dia turun naik tangga rumah, pastu basuh berak dia, bagi mandi dia dan banyak lagi. Kalau dia suruh, semua tu awak kena buat. Pendek kata dia memang nak cari pembantu yang boleh jadi hamba dia. Dia sihat tak sakit apa, tapi dalam rumah tu, dia asyik nak kita dukung dia saja dan takkan berjalan sendiri. Kalau dia tak puas hati ngan kita, dilibasnya dengan tali pinggang" 

Kata Puan Jar lalu mengeluh nafas.

PERGHHHHH. Allahu. Terdiam jap aku dengar. Ini first time aku dengar kerja pembantu macam tu. Ini memang teruk sangat. Memang jadi hamba tu. Berak mak ayah pun kita belum pernah basuh lagi, inikan nak basuh berak majikan yang sombong tak nak berjalan sendiri tu.

Sungguh terdiam sis kat situ. Pada umur 23 tahun, ada orang offer kerja macam tu dengan gaji RM 5,000. Mampuih! Rasa nak patah tulang belulang nak jadi hamba dia. Pergh dah la katanya rumah 4 tingkat pulak macam istana. Matilanak.

Lastly, sis kata dekat Puan Jar, saya semua okey tapi kudrat tak banyak pulak. Kikiki. So Puan J faham. Sis pun berterima kasih kat dia sebab bagitau sis dan tak selindung. 

Puan J cakap, jangan hebohkan nama dia dekat orang ramai sebab takut Puan A tahu. Dia pun dah macam terpaksa dengar cakap Puan A tu. Sampai nak kena tolong cari sesapa nak jadi hamba untuk Puan A. Puan J macam takut-takut, tapi katanya: "takpe akak cari orang lain yang minat kerja hamba ni. Akak pun tersepit ni."

Kesian tengok dia. Tapi apa boleh buat. Kita tak baik nak judge orang. Mungkin dia terpaksa kerja dengan puan A sebab nak sara hidup dan family dia kan. Mungkin dia berjuang cari kerja lain. Who knows. Apapun dia baik sebab bagitau siap-siap apa akan jadi.

Rupa-Rupanya


Btw, sis ingat sis sorang je kena offer kerja ni, selepas sis post dekat facebook pasal hati-hati ada kat penang nak cari hamba untuk bekerja (Post lama time umur 23 dulu), tiba-tiba ada kawan sekolah menengah sis pm dekat facebook.

Katanya dia pun pernah diinterview dan diceritakan benda yang sama. Naseb baikla akak tu memang cerita hal sebenar pasal kerja ni. Cubala korang bayangkan kalau kita tak diberitahu kerja tu, entah-entah dah macam-macam kita kena buat. Haih. Risau-risau. Tak de report polis sebab puan A tu memang bayar mereka banyak untuk dijadikan hamba.

Apapun, korang jangan fikir zaman sekarang moden tak ada kes hamba-hamba ni. Masih ada lagi. Cari pembantu pejabat, tup tup rupanya nak cari hamba. Majikan perempuan gais!  Tak mustahil ada juga majikan laki nak cari hamba. Adududunia. 

Dah kaya-kaya, patutnya jadi tuan, bukan jadi tuhan! Kita semua ni hamba Tuhan iaitu Allah SWT je. Bukannya jadi hamba yang nak dengar cakap majikan yang merepek ni.

Done throwback 

Ahad, 5 Julai 2020

Pengalaman Bekerja Di Rumah Orang Kaya Jutawan Sebagai Pembantu

2:01 PTG 0
Pengalaman Bekerja Di Rumah Orang Kaya Jutawan Sebagai Pembantu
Sis pernah bekerja di rumah orang kaya sebagai pembantu rumah, haha. Sebenarnya dia lebih kepada pembantu si business owner tu, bukan macam pembantu rumah sangat. But still duduk di rumah dia dan kena teman pergi klinik bawa anak dia, buat kuih dan macam-macam juga. Hihi.

Alkisahnya begini.

Dipendekkan cerita, waktu sis belajar di UITM Seri Iskandar dulu, sis memang dah minat bisnes dan menjual celak di universiti. Tup tup cuti semester. Jadi, nak tambah pendapatan dekat kampung masa tu banyaklah kerja kilang, mcD, kfc dan sebagainya.

Disebabkan sis jenis suka bekerja sendiri dan berbisnes, sis sendiri iklankan diri untuk dapat job yang macam kerja sendiri dengan orang. 

Sis beriklan di laman Majalah.com iaitu platform iklan percuma malaysia. 

Ini adalah iklan sis pada tahun 2012 dulu. Waktu tu sis berumur 20 tahun. Serius? Iya benar!




Dan iklan sis ini telah memperoleh beberapa feedback seperti berikut:





Waktu ini, sis tak berminat dengan iklan affiliate, pay per click dan sebagainya sebab sis nak duit hujung bulan tu untuk masuk universiti balik. Pergh betapa sis sangat berdikari. Hihi. #Gurau

Sebenarnya time tu sis memang dah buat ppc guna laman website Says waktu tu. Cuma kalau buat duit share-share iklan ni lambat sikit duit tu, memang tak dapat la hujung bulan tu gamaknya. Tak sempat nak buat masuk universiti.

Ramai Orang Hubungi Offer Kerja 


Memandangkan sis telah promote diri di website terbanyak orang masuk untuk beriklan, jadi sis menerima panggilan yang banyak untuk bekerja. Tetapi, banyak yang nak cari untuk kerja di kedai makan, kiosk dan sebagainya.

Bukan tak nak, tapi macam sis cakap sis suka kerja sendiri. Kerja sendiri dari maksud yang sis suka tu adalah kerja dengan orang dan buat apa dia suruh. Bukan dengan kedai makan atau kedai runcit. Hihi. Demand sungguh la waktu tu, padahal nak kerja sendiri je pun. Kahkah.

Dihubungi Seorang Puan

Beberapa hari selepas post iklan tu juga, sis telah dihubungi oleh seorang puan ini. Cara dia bercakap memang sangat profesional, macam ceo company besar. Serius.

Diinterviewnya sis dalam handphone waktu tu. Dia tanya, itu boleh buat tak, ini boleh buat tak dan macam-macam lagi.

Tapi conservation dengan puan tu memang ok sangat, mudah faham apa yang dia nak dan senang cerita, sis pun berminat la dengan kerja yang dia tawarkan. Memang kerja macam tu yang sis cari.

Dia invite sis datang rumah dia untuk berbincang dan terus mula bekerja kalau setuju nanti. 

Orang Kaya Penang Rupanya

Time ikut alamat rumah tu, dah macam tahu dia ni orang kaya. Kawasan rumah Sungai Nibong Pulau Pinang tu, memang tempat orang kaya. Nak masuk bagi IC kat guard, rumah teres 3 tingkat.  Mostly yang duduk kawasan tu memang ramai Cina, tiba-tiba akak ni adalah seorang melayu yang duduk situ. Nilai harga rumah tu adalah 1 juta. 

So, sampainya kat sana dan menekan butang di luar pagar. Pagar terbuka sendiri, akak tu buka dari dalam. Dia call dan jemput masuk. Eh orang nya tak nampak lagi, tapi call suruh masuk. Huhu. Dengan lafaz bismillah sis pun masuk sehingga ke pintu rumah dan memberi salam. 

Nampak puan tu duduk di sofa bangun dan jemput sis masuk, lalu sis pun masuk tapi tak duduk kat sofa hehe. Berdiri je, dia jemput duduk kat meja makan sebelah sofa. Kami dua duduk situ dan bersembang.

Orangnya kurus, bertudung, suara tersangat lembut, lihat muka dia lagi lembut. Hidung mancung kulit putih.

Dia tawarkan rina untuk jadi pembantu dia dan membantu buat kerja-kerja ni:

- Update website barang niaga online
- Update page fb 
- Tolong buat kuih raya
- Tolong tangkap gambar baju-baju jualannya
- Lukis baju kanak-kanak (design)

Okey memang best sangat kan baca jobscope dia tu. Walau tak pernah buat lagi semua tu waktu umur 20 tahun tu, tapi sis memang betul-betul berminat. Jari ini memang jiwa seni, suka tulis,lukis dan macam-macam lagi. No wonderla ada 10 tahi lalat dari jari sampai ke bahu hahah.

Gambar 8 tahun lepas (2012) sis edit, konon-konon nak niaga tudung sebab terinspirasi dengan cik puan tu.

Kerja Bermula Di Rumah Orang Kaya


Sepanjang buat semua kerja-kerja tu, sis memang duduk kat meja makan panjang tu, itulah tempat nak buat kerja dan duduk pula menghadap cik puan. 

Ada masa kami berbual kosong. Tapi yang bestnya, disediakan bilik solat, mudah nak buat apapun.

Tapi bab makan tak ada. Kat rumah tu memang macam tak berasap la sis tengok Hihi. Nak tahu sebab apa? Sebab bulan puasa. Ciaciacia. Jadi waktu kerja dalam jam 10 pagi sehingga lah 4 petang rasa berlalu begitu pantas.

Kat situlah juga sis belajar apa itu blogspot, wordpress, mini site dan lain-lain. Belajar sendiri sambil terus buat kerja. Cik puan hanya ajar 1 kali dan sis kena buat. Tak faham baru tanya. Tegas juga orangnya, bila lama kenal rupanya baru tahu dia ni belajar di universiti Mesir dan juga pernah jadi manager salah 1 company teknologi yang sangat terkenal.

Cuma dia sudah berhenti kerja dan kerja dari rumah saja. Tapi kalau tengok gaya lifestyle dia, memang rasa dia ni jutawan. Tak pun seolah-olah income bulanan keluarga dia mencecah RM100,000 sebulan. Apa yang dia buat sampai jadi jutawan senyap ni.  Orangnya humble saja. Suami kerja kilang sebagai supervisor technician.  

Dia pula hanya kerja di rumah sekarang. Mana tahu dari dulu lagi simpanan dia dah banyak waktu jadi manager dulu. Ahhh macam-macam berlegar dalam otak sis waktu duduk rumah dia tu.

Tepat jam 1 petang macam tu, dia akan keluar ambil anak dia balik sekolah. Dengan 100% kepercayaan terhadap sis, dia tinggal sis kat rumah dia seorang diri, siap bagi kunci lagi untuk apa-apa urusan kalau penting suruh kunci rumah dan sebagainya.

Anaknya pula speaking 100% tak cakap melayu, tapi sangat comel budaknya hihi. Mereka memang jenis speaking dalam rumah satu keluarga. Pernah anak dia sakit pun, sis kena ikut teman pi klinik. Ke sana sini, best juga kerja sebagai pembantu ni. 


Naik Kereta Ikut Ke Sana Ke Sini


Disebabkan dia mencipta jenama baju kanak-kanak dan dewasa sendiri, dia ajak sis ikut dia bila nak jumpa taylor dan mencari beads dan kain. Kat situ sis banyak belajar apa yang owner bisnes buat selain dari marketing di internet.

Mata dan hati dah faham business owner dari segi jual jenama baju sendiri ni buat apa dan apa. Time tu juga la banyak idea bisnes sis keluar, nak jual tudung la itu la ini la, macam-macam lagi. It was a great experience yang mengajar sis apa yang perlu buat bila jadi business owner. 

Sedar tak sedar, 8 tahun telah berlalu. Sis sekarang dah ada bisnes sendiri. Tapi bukan niche pakaian atau tudung. Cuma still pengalaman pertama yang sis dapat bila kerja sebagai pembantu di rumah orang kaya ni memang banyak mengajar dan membuka mata sis untuk berjaya.

Apa yang sis dapat belajar dari cik puan ini adalah:


1. Dia kerja di rumah dapatkan income lumayan hanya dengan buat Affiliate. Waktu 8 tahun lepas, sis memang pernah baca apa itu affiliate tapi belum buat. Sekarang #siscuba

2.  Dia suka jadi orang yang bebas hutang dan kewangan sebab itu kekayaan dan kejayaan akan lebih dekat. Kalau sudah tersasar banyak hutang, kita masih boleh berusaha untuk selamatkan diri. 

3.  Jangan putus usaha, kejayaan pasti datang kalau kita usaha. Allah yang tahu buat kerja dia. Kita cuma buat kerja kita.

4.  Jangan sombong kalau rumah besar, kereta besar, be humble saja. Sebab harta kita banyak-banyak ni pun bukan milik kita, lebih baik kita infaqkannya. Kita cari harta pun atas tujuan akhirat nak infaq harta. Nak dapatkan saham akhirat.

Itulah yang sis masih ingat sampai sekarang. Sesungguhnya bekerja di rumah orang kaya sebagai pembantu ni memang beri banyak pengajaran buat sis. Beberapa tahun pun, sis takkan lupa kepada mereka yang telah memberi ilmu bermanfaat buat sis. Alhamdulillah.