RINA KIFLI: Pemakanan
Memaparkan catatan dengan label Pemakanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemakanan. Papar semua catatan

Selasa, 8 Februari 2022

41 Khasiat Kacang | Kelebihan Makan Kacang Wajib Tahu

2:14 PG 7
41 Khasiat Kacang | Kelebihan Makan Kacang Wajib Tahu

Terdapat banyak kelebihan makan kacang atau khasiat kacang yang ramai tak tahu.  Terdapat pelbagai jenis kacang dalam dunia yang pastinya memikat selera kita.  Antaranya adalah kacang pistachio, kacang tanah, kacang almond, kacang gajus dan banyak lagi jenis-jenis kacang.

Tahukah anda, terdapat mitos yang mengatakan bahawa makan kacang akan menyebabkan timbulnya jerawat. Sudah pasti para wanita takut untuk makan kacang tetapi mereka terlupa akan khasiat kacang sebenarnya!

Selain itu, terdapat juga mitos yang mengatakan bahawa makan kacang akan menyebabkan sakit gigi atau gigi tidak kuat walhal ia tidak langsung begitu. Oleh itu, anda perlu tahu apakah kelebihan sebenarnya makan kacang. 

Adakah kacang baik untuk kita? Kelebihan makan kacang buat anak-anak dan juga dewasa adalah seperti berikut. Jom lihat antara khasiat makan kacang. 


Kelebihan Makan Kacang | Khasiat Kacang 


Khasiat kacang yang dikongsikan ini adalah umum khasnya untuk semua jenis kacang. Entri ini tidak spesifikan jenis setiap kacang, tetapi lebih kepada umum untuk tatapan anda semua. Khasiat kacang ini adalah berdasarkan kajian dan sumber-sumber dari pelbagai khasiat kacang yang terkenal di Malaysia.

Dengan mengetahui khasiat kacang, anda dapat merancang akan pemakanan kesihatan yang lebih sihat untuk anak-anak khasnya untuk menguatkan gigi, rambut dan tulang. Salah satunya makan kacang! 


1. Menguatkan gigi anak dan dewasa 

Selain khasiat kacang untuk kuatkan gigi, kismis sultana juga mempunyai khasiat yang sama. Selain itu, jika gigi rosak, elok juga diamalkan kismis dan kacang untuk dapatkan khasiatnya terhadap gigi.


2. Meningkatkan selera makan anak dan dewasa

Seringkali kita mendengar makan buah-buahan campuran kering sangat bagus tingkatkan selera makan, khasiat kacang juga dapat tingkatkan selera makan anak.


3. Mengenyangkan perut dan elak gastrik

Sama seperti kurma Ajwa Asli Madinah Rihura dapat kenyangkan perut dalam masa tak sampai 1 minit pun. Khasiat kacang dalam pemakanan dapat cegah gastrik dan kenyangkan perut juga.


4. Memberi tenaga dan menguatkan tubuh badan

Selalu kita dengar makan kurma dapat beri tenaga. Ya, kacang pun dapat kuatkan tubuh badan. Namun, amalkan selalu pun tiada masalah, ia memang bagus untuk kesihatan.


5. Menurunkan risiko sakit jantung 

Sakit jantung ada simptoms dan sebabnya. Alhamdulillah bila tahu khasiat kacang dan kelebihan makan kacang ni, bolehla diamalkan untuk mengurangkan sakit jantung. 


6. Melindungi pemakan dari sakit kardiovaskular

Sakit kardiavaskular bila-bila pun boleh menyerang. Sebagai contoh, serangan jantung, sakit dada, paru-paru dan macam-macam lagi. Jangan risau, jom amalkan kacang, mudah-mudahan terlindung dari masalah sakit kardiavaskular.


7. Menurunkan berat badan 

Berat badan dapat dikurangkan, diturunkan jika selalu jadikan kacang sebagai jajan. Sebab kacang boleh mengenyangkan, jadi anda boleh gunakannya sebagai snack diet anda.


8. Mengawal makan

Kawal makan adalah idaman ramai orang untuk diet dengan mudah dan cepat kurus. Kawal makan akan menjadi mudah jika kita amalkan makanan yang cepat kenyang seperti kacang dan kurma.


9.  Mengurangkan lemak dan kalori 

Lemak dan kalori sangat menyakitkan hati. Siapa yang nak ternak lemak kan? Cepat-cepat munasabah diri tak boleh jadi ni. Kena juga kurus, dengan cara kurangkan lemak dan kalori. Khasiat kacang adalah kurangkan lemak, jadi apa tunggu lagi?


10. Mengurangkan risiko diabetis 

Alhamdulillah rupanya ada makanan yang boleh dimakan untuk pesakit diabetis dan juga bermanfaat. Zat kacang yang membantu mengurangkan risiko diabetis adalah berita baik untuk anda semua.


11. Menurunkan paras gula dalam darah 

Paras gula dalam darah makin turun dengan baik. Sebab itulah ibu mengandung pun elok amalkan kekacang. Khasiat kacang dan kelebihan kacang ni memang tak dapat dinafikan lagi.


12. Mengatasi ataupun mencegah kanser 

Masalah penyakit no 1 rakyat Malaysia selain jantung adalah sakit kronik seperti kanser. Untuk cegah kanser, makan kacang juga membantu. Tak salah amalkan. Untuk cegah kanser, vitamin dalam buah-buahan juga penting. 

Anda boleh dapatkan Mix Fruits Nuts Rihura yang mengandungi kacang almond dan buah kering sunnah campuran. Rasanya memang sedap. Kaya dengan protein dan vitamin kerana ada campuran buah dan kacang. 


Jom lihat pelbagai lagi khasiat kacang serta kelebihan makan kacang yang ramai terlepas pandang. Mulai hari ini, agak-agak nak makan kacang tak? Kalau terliur atau teringin, makanla! Tak rugi pun. 

Tapi agak rugi kalau anda tak cuba Kacang mix fruits nuts dari Rihura tu. Sebab ada campuran buah kering di dalam balang kacang juga sangat sedap! memang sedap!



Kelebihan Kacang | Khasiat Kacang Lain-Lain


13. Mencegah sakit batu karang 


14. Melindungi tubuh badan dari radikal bebas 


15. Membantu pembentukan tisu badan 


16. Melancarkan sistem pencernaan dan pembiakan 


17. Mengandungi tinggi antioksidan yang berfungsi melindungi tubuh 


18.  Berpotensi mencegah kanser perut dalam kalangan orang dewasa 


19. Berpotensi mencegah penyakit kanser payudara hati dan usus 


20. Menurunkan kolestrol dalam tubuh badan 


21. Membantu mencegah keradangan


22. Mencegah keradangan


23. Baik untuk Alzheimer


24. Meningkatkan fungsi otak


25. Menguatkan memori 


26. Melambatkan simptom dementia


Imej via [ikimfm]

27. Menguatkan tulang anak dan dewasa


28. Melindungi tulang dari osteoporosis


29. Menyokong fungsi sel dalam badan


30. Mengurangkan tekanan darah


31. Membantu pertumbuhan bakteria baik dalam usus termasuk bifidobacteria dan lactobacillus


32.  Meningkatkan HDL kolestrol baik 


33. Membantu mengurangkan risiko 'oxidative status’ (yang boleh menyumbang kepada penyakit jantung)


34. Menguatkan rambut


35. Mengurangkan risiko strok


36. Mengurangkan risiko depresi dan kemurungan


37. Menyuburkan sel-sel dalam badan


38. Berfungsi sebagai anti penuaan kulit


39. Kuatkan imunisasi tubuh badan


40. Elak risiko anemia


41. Mengawal simptom parkinson


Mix Fruits Nuts Rihura


Antara kandungan Mix Fruits Nuts Rihura adalah kacang almond, kranberi, pumpkin seed, buah aprikot / tin kering, sunflower seed, kismis, mix fruits. Kacang almond memang sangat sedap digabungkan makan dengan mix fruits tu. 

Mix fruits adalah buah kering seperti mangga, kiwi, betik, jambu dan banyak lagi yang dicampur bersama beberapa jenis makanan kekacang. Khasiatnya sangat banyak seperti di atas yang telah dikongsikan dalam blog ini. 




Segar, Sedap, Rangup, Menyelerakan!


Harga Mix Fruits Nuts Rihura

RM 8 (150g) - Pack
RM 24 (450g) - Balang




Berminat nak dapatkan Mix Fruits Nuts Rihura? Jom cuba dulu, mana tahu berkenan. Serendah RM 8, 150g sahaja dapat merasa! Alhamdulillah. Nak lebih banyak, 450g dalam balang lebih jimat RM 24 sahaja.  Jom beli!



WHATSAPP


SHOPEE



Dapatkan Ilmu Bermanfaat, Jemput Sertai:

Barang Rumah Malaysia

Komuniti Rihura

Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Malaysia Blogger Influencer & Content Writer

Khamis, 19 November 2020

TAMBAH SUSU BADAN DAN MAKAN KURMA SEBELUM BERSALIN [HIKMAH DARI AL-QURAN]

3:13 PTG 0
TAMBAH SUSU BADAN DAN MAKAN KURMA SEBELUM BERSALIN [HIKMAH DARI AL-QURAN]

Assalamualaikum wbt reader atau pembaca sekalian, semoga hari ini anda mendapat berkat dan rahmat Allah SWT. Alhamdulillah dipermudahkan urusan kalian semua dan moga dilimpahkan rezeki yang luas. Aamin ya rabbal alamin.


Hari ini, Rina nak share 3 ayat dari Al-Quran yang berkaitan dengan pemakanan ibu sebelum bersalin. Sebenarnya kurma memang elok diamalkan oleh pasangan nak ikthiar hamil, ibu hamil, ibu mengandung, ibu berpantang dan juga ibu menyusu. 


tambah susu badan


Banyak khasiat yang akan diperoleh oleh semua golongan ini. Bukan pada zaman moden ini jer, tapi dari zaman Nabi lagi. Salah satunya adalah dari kisah Maryam AS yang boleh kita lihat tertulis di dalam Al-Quran.







{فَأَجَاءَهَا الْمَخَاضُ إِلَىٰ جِذْعِ النَّخْلَةِ قَالَتْ يَا لَيْتَنِي مِتُّ قَبْلَ هَٰذَا وَكُنتُ نَسْيًا
مَّنسِيًّا (23) فَنَادَاهَا مِن تَحْتِهَا أَلَّا تَحْزَنِي قَدْ جَعَلَ رَبُّكِ تَحْتَكِ سَرِيًّا (24) وَهُزِّي إِلَيْكِ بِجِذْعِ النَّخْلَةِ تُسَاقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّا (25)}
[مريم : 23-25]


( 23 ) (Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!

( 24 ) Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:" Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.

( 25 ) Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.


(Surah Mariam : 23-25)



Kenapa Perlu Makan Kurma Sebelum Bersalin?


tambah susu badan


Semasa melahirkan anak, kita guna segala kederat kesemua tenaga untuk lahirkan baby, seluruh tenaga tubuh badan kita keluarkan dan lakukan yang terbaik untuk bayi keluar. Banyak darah merah keluar dari badan kita.


Dalam tengah berpantang, ragam bayi kecil buat mommg stress, tak cukup rehat, tidur pun 2-3jam sahaja PENAT!


Kemudian, selepas melahirkan anak, Zat zat dalam tubuh badan kita semua diambil oleh anak disebabkan baby menyusu badan. Di sini, kita perlukan zat dan nutrisi, perlukan banyak susu badan, perlukan tenaga, perlukan darah yang lancar untuk membantu pendarahan selepas bersalin.


Kesemua masalah di atas dapat diselesaikan dengan mengamalkan Kurma Ajwa Madinah Asli. Kenapa Ajwa? Kurma lain tak boleh ker? Kurma lain boleh, tetapi Kurma Ajwa adalah kurma terbaik dalam peningkatan susu badan.


Khasiat Kurma Ajwa Kepada Ibu Mengandung / Ibu Hamil, Sebelum Bersalin Dan Selepas Bersalin

tambah susu badan



Terdapat banyak Khasiat makan kurma ketika hamil atau mengandung, sebelum bersalin dan selepas bersalin. Jom lihat satu persatu.

Khasiat makan kurma adalah dapat meningkatkan tenaga tubuh, melancarkan peredaran darah dalam tubuh, membekalkan zat dan nutrisi serta mengawal emosi sepanjang hari. Selain itu, ia juga membantu mencengkam rahim sewaktu kelahiran, ,memperkukuhkan urat rahim pada bulan terakhir kehamilan.

Sedarkah anda, kurma Ajwa juga mengandungi zat besi dan kalsium dimana ia adalah unsur paling tinggi yang diperlukan untuk membentuk susu ibu mengandung.

Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, kurma Ajwa juga akan dapat menambahkan susu. 

Untuk pengetahuan anda, kajian juga membuktikan bahawa kurma adalah makanan paling PANTAS diproses sebagai bekalan tenaga. Sebab itulah, ramai ibu menyusu memilih kurma Ajwa sebagai makanan tambahan untuk meningkatkan susu badan.


Kami sarankan anda amalkan kurma Ajwa dari Rihura Herbs Enterprise kerana ia sangat segar (stok baru), kualiti premium dan eksport, memiliki Certified of Origin dan paling penting Asli daripada Madinah, tidak diawet gula sedikit pun.


Jom lihat apa kata pengguna yang telah beramal dengan kurma Ajwa Madinah.


tambah susu badan

tambah susu badan

tambah susu badan


Untuk Pertanyaan / pembelian berkaitan Kurma Ajwa atau perlukan nasihat sis, sila klik Wasap di bawah:-


KLIK DI SINI




Rabu, 28 Oktober 2020

17 Makanan Tingkatkan Kesuburan Wanita | Amalkan Dari Sekarang

5:01 PTG 0
17 Makanan Tingkatkan Kesuburan Wanita | Amalkan Dari Sekarang

Ramai yang tertanya-tanya apakah makanan yang dapat membantu tingkatkan kesuburan wanita ataupun orang kata makanan mudah hamil. Makanan tingkatkan kesuburan wanita akan membantu wanita yang ingin ber'ttc' atau try to conceive ni untuk lebihkan hormon subur atau dapatkan waktu subur yang lebih kualiti.


Sebenarnya ada banyak cara untuk tingkatkan kesuburan para wanita, tapi pemakanan adalah yang paling penting dan berkesan. Sebab pemakanan atau minuman yang tepat membantu stabilkan hormon dan mempengaruhi dalaman seseorang. Sama juga dengan lelaki atau para suami, makanan juga merupakan faktor atau cara tingkatkan kesuburan lelaki.


Walaupun tidaklah 100% dapat membuatkan wanita hamil, tetapi ia sangat-sangat membantu wanita menjadi lebih subur dan mudah hamil. Jom lihat antara makanan yang dapat tingkatkan kesuburan wanita yang harus anda tahu.


Apa kata lepas ni, kita cuba amalkan makanan yang tingkatkan kesuburan wanita ni. Rina pun dalam proses nak TTC so nak jadikan amalan pemakanan ini sebagai makanan tingkatkan kesuburan diri juga Insyallah. Jadi, bolehlah cari geng dengan korang kalau-kalau korang ada nak cuba juga pemakanan ni eheeee.

Ok, jom lihat 17 makanan tingkatkan kesuburan wanita yang boleh kita cuba.


1.  Buah Tin

makanan subur


Buah tin dikenali sebagai figs atau buah ara ini sebenarnya dapat meningkatkan kesuburan wanita. Ia juga dikatakan makanan sunnah. Tahukah anda, sebenarnya buah tin ini telah diamalkan juga pada zaman yunani kuno dan terbukti secara ilmiah dapat meningkat kesuburan tubuh badan wanita kerana ia mempunyai zat besi yang cukup tinggi.

Rasanya agak sedap, tidak terlalu manis. Memang best! Rina baru je mula amalkan makan buah tin ni. 


2.  Sayuran Bewarna Hijau

makanan kesuburan wanita


Warna sayur mempengaruhi khasiatnya? Ya benar, memang betul Sayuran hijau secara semulajadinya dapat meningkatkan fungsi libido para wanita. Hal ini kerana kandungan sayuran bewarna hijau mengandungi zat atau nutrisi folat dan vitamin B yang tinggi.

Vitamin B ini dapat meningkatkan ovulasi bagi para wanita. Antara sayuran bewarna hijau yang boleh anda amalkan adalah sayur brokoli, bayam, sawi, arugula, romaine dan banyak lagi. Kalau boleh, hari-hari makan sayur hijau ok?


3.  Madu

makanan wanita subur


Tahukah anda, madu dapat meningkatkan waktu subur wanita dan juga dapat meningkatkan jumlah produksi sperm bagi kaum lelaki? Betul! Madu dapat meningkatkan kesuburan bagi suami dan isteri. Sebaik-baiknya, amalkanlah madu yang benar-benar asli kerana ia mengandungi antioksidan yang tinggi.


4.  Tiram

makanan kesuburan wanita


Percaya atau tidak, tiram yang merupakan makanan seafood ini sangat penting untuk kesuburan seorang wanita. Ia mengandungi zat besi tinggi yang akan berfungsi bagi menyihatkan ovulasi dan menjadikan produksi sel telur semakin stabil. Selain daripada tiram, anda juga boleh amalkan makanan seperti kacang dan biji-bijian.


5.  Ikan Salmon

makanan untuk subur


Walaupun harganya mahal, ikan salmon sangat-sangat berkhasiat dimana ia bukan sahaja baik untuk tubuh badan yang ingin diet dan bina badan, tetapi juga sangat diperlukan untuk wanita yang ingin tingkatkan kesuburan tubuh. Ini kerana, salmon kaya dengan asam lemak omega-3 yang membantu aliran darah lancar sehingga ke organ reproduksi.


6.  Ubi

makanan kesuburan wanita


Jadikan makanan harian anda lengkap dengan pelbagai serat dan karbohidrat. Antara makanan yang boleh anda jadikan rutin juga adalah ubi. Ia mempunyai nutrisi dan zat perangsang ovulasi untuk membantu meningkatkan kesuburan wanita.


7.  Buah Berri



Bukan sahaja wajah akan lebih awet muda dan cantik, tetapi dalaman pun akan terlindung dan terjaga. Buah berri apa sahaja jenis buah berri sangat tinggi antioksidan dimana anda boleh amalkannya selalu. Ia juga dapat meningkatkan libido dalam kalangan wanita atau isteri.


8.  Akar Maca

makanan kesuburan wanita


Dengar namanya sangat pelik kan, tapi bagaimana pula dengan rupanya? Akar maca ini semestinya berakar! Ia adalah tumbuhan yang tumbuh di tengah Peru dataran Tinggi Gunung Andes. Selalunya digunakan untuk buat ubat. Cara nak amalkannya mungkin boleh dijadikan sebagai air rebusan. Seeloknya kita tanya pada yang pakar.


9.  Bawang Merah Dan Bawang Putih

makanan kesuburan wanita


Tips mudah ini adalah banyakkan bawang putih dan bawang merah dalam masakan anda. Bawang merah dan bawang putih merupakan makanan tingkatkan kesuburan wanita harus anda tahu. Bukan sahaja wanita, ia juga merupakan makanan subur untuk orang lelaki.


10.  Produk Tenusu

makanan tingkatkan kesuburan wanita

Produk tenusu seperti susu, keju, telur dan lain-lain lagi merupakan makanan tingkatkan kesuburan wanita yang boleh anda makan. Produk tenusu mengandungi vitamin D yang banyak menyebabkan hormon seks yang diperlukan oleh tubuh sepanjang ovulasi akan mudah dihasilkan.


11.  Biji Bunga Matahari

makanan untuk kesuburan

Kuaci diperbuah dari biji bunga matahari. Biji bunga matahari sangat baik untuk diamalkan bagi wanita yang ingin tingkatkan kesuburan. Ia mengandungi vitamin E yang tinggi yang dapat membantu meningkatkan kualiti sperm supaya sperm dapat hidup lebih lama. Maka, lpeluang untukdisenyawakan dengan ovum akan menjadi lebih tinggi.


12. Vitamin C

makanan tingkatkan kesuburan wanita


Vitamin C bukan hanya untuk anak-anak membesar atau kuatkan antibodi sahaja, sebenarnya ia juga dapat meningkatkan kesuburan tubuh badan. Anda boleh makan vitamin C sahaja ataupun boleh mendapatkan vitamin c dari setiap pemakanan anda seperti sayur dan buah-buahan.

Antara makanan tinggi vitamin C adalah seperti sayur brokoli, kentang, tomato, cili merah dan banyak lagi. Terdapat banyak sayur dan buah yang tinggi vitamin C.


13. Halia Dan Lengkuas

makanan tingkatkan kesuburan wanita

Perasan tak, dua dua ini kategorinya hampir sama jenis. Ia berfungsi sebagai agent yang merangsang ereksi, mencegah ejakulasi diri dan melancarkan proses aliran darah. Kalau nak lancarkan darah, memang sesuai sangat makan makanan berlauk yang ada halia dan lengkuas ni. Di samping tu, dapat tingkatkan kesuburan wanita juga.


14. Buah Limau Dan Limau Nipis

makanan tingkatkan kesuburan wanita

Seminggu sekali, wajiblah minum air limau. Pertama, ia dapat membuang segala toksid dan kotoran, kedua ia dapat menyihatkan jantung dan saluran pernafasan kita. Ketiga, sebab ia kaya dengan vitamin C juga penuh antioksidan untuk menjadikan tubuh lebih subur sebagai seorang wanita.


15.  Asid Folic

makanan tingkatkan kesuburan


Asid folik membantu lelaki menghasilkan sperm yang berkualiti sebenarnya, tidak hairanlah kalau lelaki pun makan asid folik. Tetapi selalunya wanita yang makan asid folik, ia sebenarnya dapat menyokong sel-sel tubuh badan anda menjadikan proses reproduktif berjalan dengan baik.


16.  Kacang Almond

makanan tingkatkan kesuburan wanita


Macam tak percaya je kan, sebenarnya kacang Almond pun sesuai sangat diamalkan untuk wanita dan laki-laki yang nak tubuh lebih subur.  Ia kaya dengan Vitamin E yang sangat diperlukan dalam tubuh wanita untuk menghasilkan telur yang lebih matang.


17.  Kurma Ajwa Madinah


wanita subur


Khasiat kurma Ajwa adalah menyuburkan tubuh suami isteri kerana mengandungi antioksidan kedua yang tertinggi antara semua buah. Selain dapat meningkatkan kesuburan isteri adalah ia juga dapat menjadikan tubuh lebih bertenaga sepanjang hari, metabolisme yang terkawal serta mencegah gangguan yang terdapat dalam tubuh badan kita. 


Percaya atau tidak, kadang-kadang gangguan, sihir atau jin atau apa-apa yang mengganggu tubuh badan kita ni pun merupakan penyebab kenapa kesuburan kita terganggu. Sebab ada orang pergi cek di hospital tapi tak ada apa-apa masalah, malah dia subur. Cuma kerap mimpi pelik (diganggu) dan lain-lain. 


Tapi kalau tak rasa diri diganggu, boleh amalkan kurma Ajwa Madinah untuk elakkan diri dari racun dan sihir sepanjang hari. Ada hadis sahih yang mengatakan:


مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سُمٌّ، وَلَا سِحْرٌ

Maksudnya : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.” [HR al-Bukhari (5445) dan Muslim (2047)]


Ikhtiar Suburkan Tubuh Badan Dengan Ajwa Asli Madinah


makanan tingkatkan kesuburan


Yang terbaik adalah kurma asli daripada Madinah. Sebab sekarang kurma ajwa ada yang ditanam di iran, Yaman, Tunisia dan lain-lain. Tapi carilah kurma ajwa dari Madinah kerana ia ada keberkahan Nabi SAW dan nabi sendiri pun makan kurma yang ditanam di Madinah. 


Selain makanan tingkatkan kesuburan wanita, kurma ajwa madinah juga dapat menguatkan janin dan melancarkan darah serta memproduksi sel-sel darah merah. Jadi kalau hormon kita tak elok, banyak hilang darah sebab period berlebihan atau haid tak stabil, sangat-sangat bagus untuk amalkan Ajwa Madinah ni.


Kurma Ajwa Madinah Yang Dipercayai Asli


Alhamdulillah tak perlu was-was lagi dah sebab Ajwa asli daripada Madinah sudah ditemui. Dulu kalau kita beli, seller pun tak cakap kurma ajwa ni dari mana, ditanam di mana.. Tapi sekarang kalau nak dapatkan kurma ajwa madinah, beli kurma ajwa dari Rihura. Sebab Rihura membekalkan kurma Ajwa asli Madinah dari pembekal berpengalaman sejak tahun 90 an lagi. Dan kualiti kurma ajwa Rihura adalah kualiti Eksport (antarabangsa) dan mereka ada sijil certified of origin (Kurma Ajwa Asli Madinah).


Harganya juga sangat berpatutan.  Kalau kurma Ajwa lain lagi mahal ni. Alhamdulillah syukur sangat bila ramai dalam kalangan kita yang dipertemukan dengan kurma Ajwa Rihura. Asli dari Tanah Madinah, semua merasa~.



makanan tingkatkan kesuburan


makanan tingkatkan kesuburan

suami isteri subur

Untuk dapatkan Kurma Ajwa atau Tips berkaitan kesuburan, boleh follow page RIHURA.

Atau Klik WASAP di SINI.