Apakah makanan popular di Malaysia untuk hari biasa dan bulan puasa? Adakah sama saja makanannya ataupun ada menu istimewa lain? Jawapannya, makanan di Malaysia hampir sama saja untuk hari biasa dan bulan puasa tetapi di bulan puasa, ada sesetengah makanan yang sangat popular dan sering mendapat perhatian ramai.
Antara makanan yang popular di Malaysia untuk hari biasa dan sebagai menu bulan puasa adalah seperti di bawah ini.
1. Ayam Percik
Kredit Al-Hadi Abdul Hamid Flickr
Ayam Percik adalah ayam yang dibakar dengan pelbagai jenis rempah yang beraroma dan sos kelapa menggunakan resepi tradisional Kelantan. Daging ayam menjadi lazat dan berperisa setelah diperap semalaman, dan biasanya dibakar menggunakan arang dan dibakar berulang kali untuk mengekalkan kesegarannya.
2. Putu Buluh
Kredit J Martin Kansedo Flickr
Putu Buluh adalah hidangan pencuci mulut yang manis dengan rupa seperti kek stim berbentuk silinder. Dibuat menggunakan tepung beras dan dicampurkan dengan warna dan wangian daripada daun pandan hijau, kuih yang bersaiz kecil ini diisi dengan gula melaka dan dilapisi dengan kelapa parut segar. Hidangan ini selalunya dikukus secara tradisional.
3. Murtabak
Kredit photofiend358 Flickr
Diperasakan dengan dengan daging cincang dan sayuran, murtabak dengan bentuk seperti lempeng yang tebal ini sangat sedap rasanya. Aromanya juga sangat menyelerakan kerana ia digoreng dengan telur dan biasanya dihidangkan bersama kuah kari dhal dan acar bawang.
4. Roti John
Kredit acroamatic Flickr
Roti John adalah seperti sandwich telur dadar yang berinti daging cincang, bawang, telur, sos tomato dan sos cili. Hidangan ini biasanya disediakan dengan menggunakan roti yang panjang.
5. Samosa
Kredit Daniel Lopes Flickr
Samosa versi Malaysia mempunyai saiz yang lebih besar daripada biasa dan kebanyakannya berintikan daging cincang. Hidangan ini mempunyai bentuk tiga segi dan rasanya juga lebih kepada rasa Malaysia daripada India.
6. Sate
Kredit Khairul Amri Mohamad Flickr
Sama ada di restoran atau gerai, anda boleh menjumpai sate hampir di mana sahaja di Malaysia. Satay, atau sate adalah hidangan Asia Tenggara yang terdiri dari daging yang diperap, dicucuk dengan lidi dan dipanggang.
Ketika makan akan disajikan dengan sos kacang yang panas dan lazat. Anda boleh memilih sate dari ayam, daging lembu, kambing dan banyak jenis lagi.
7. Tepung Pelita
Kredit KNizam Artwerk Flickr
Tepung pelita adalah kuih dua lapis tradisional Malaysia yang disediakan dalam acuan empat segi yang diperbuat daripada daun pisang. Ia mempunyai bahagian atas berkrim (dari santan) dan rasanya sangat lemak serta manis.
8. Nasi Kerabu
Kredit Nur Nasiha Bt Muhamad Hasani Flickr
Hidangan nasi yang berwarna biru ini merupakan salah satu hidangan yang popular di Malaysia, ianya disediakan dengan menggunakan warna yang diekstrak dari kuntum bunga telang.
Ianya dihidangkan dengan ayam sama ada digoreng atau berkuah kemudian diletakkan juga pelbagai jenis sayuran mentah, isi ikan dan kelapa parut bakar. Gabungan semua ini memberikan satu rasa padu yang sukar untuk dilupakan.
9. Ayam Madu Bakar
Kredit Nusantaracuisine Flickr
Ayam madu yang manis manis pedas ini sedap dimakan begitu sahaja atau bersama sepinggang nasi. Dan gerai-gerai di bazar ramadan juga sering menjual ayam madu dan percik pada pelbagai bahagian. Boleh pilih mahu bahagian paha, kepak dan dada. Semuanya memberikan rasa yang berbeza bergantung pada jenis daging dan jumlah lemak pada bahagian tersebut.
10. Cendol
Kredit Eriani Flickr
Cendol, campuran yang sangat sempurna antara ais kisar, santan, sirap gula melaka, dan cendol. Cendol sangat sedap jika dapat dinikmati pada cuaca panas bagi menghilangkan dahaga.
Untuk dapatkan makanan menu popular ini tidak susah kerana makanan ini banyak di jual di sana sini. Cuma tidak dinafikan untuk mencari tempat makan sedap mungkin menjadi sedikit sukar.
Kadangkala, tidak tahu juga dimanakah lokasi yang ada jual menu di atas. Dan salah satu cara terbaik untuk atasi masalah ini dengan menggunakan food delivery service. Salah satu daripadanya adalah Foodpanda.
Nama Foodpanda di Malaysia sudah tidak asing lagi. Warna merah jambu dengan ikon seekor panda sudah sangat sinonim di negara Malaysia dan Asia khususnya. Kemudahan yang disediakan oleh Foodpanda ini secara tidak langsung memudahkan orang ramai untuk membuat pesanan makanan di mana jua berada.
Tambahan pula, rider Foodpanda sering menekankan waktu penghantaran yang sepatutnya dan ini juga turut menyumbang kepada jumlah pengguna Foodpanda yang semakin meningkat dari masa ke semasa.