RINA KIFLI: Info
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan

Ahad, 23 Jun 2019

Mitos Makan Leher Ayam Penyebab Leher Anda Teleng / Senget

6:14 PG 2
Mitos Makan Leher Ayam Penyebab Leher Anda Teleng / Senget
Mitos Makan Leher Ayam Penyebab Leher Anda Senget

Boleh percaya ke? Mari kita fikirkan sejenak. Ramai orang tua dan mak-mak yang cakap, kalau makan leher ayam, nanti kepala boleh jadi teleng atau senget. Ye ke? Mazhab mana yang mereka guna dan ada tak fakta sains yang mengatakan mengenai kajian tersebut?



Setakat masa sekarang, belum jumpa lagi kajian yang menunjukkan aliran darah kepala yang senget terjadi sebab makan leher ayam.  Semua ini kita anggap mitos sahaja sebab mak-mak zaman dahulu tak galakkan anak makan leher ayam. 

Leher ayam ini adalah salah satu bahagian ayam yang juga mendapat suntikan atau yang ada kolestrol (tak elok) dimakan oleh anak-anak. Ia juga mengandungi kandungan virus dan bakteria yang amat tinggi. 

Juga sebab mereka geram tengok leher ayam yang panjang sangat tu, mereka tak galakkan anak-anak makan leher ayam.  Itu yang saja cakap makan leher ayam menyebabkan leher anda senget.



Sama juga macam orang tua dulu-dulu selalu cakap, jangan potong kuku malam-malam, nanti mak mati. Amboi, teruk betui tu. Sebenarnya mereka tak bagi potong kuku malam-malam sebab gelap dan takut terluka. Itu saja.

Sebenarnya Rina makan leher ayam dan sangat kerap, tapi tak da la teleng pun. Kepala senget tak la sangat. huuhu. 



Ini sekadar pendapat rina, kalau korang ada apa-apa bukti, kajian scientifik dan juga pendapat boleh berkongsi ya.  Terima kasih kerana membaca. Jemput komen di bawah. 😄

Jumaat, 10 Mei 2019

Apa Itu IVF? Cara IVF Dilakukan Bagi Pasangan Yang Inginkan Anak

12:46 PTG 0
Apa Itu IVF? Cara IVF Dilakukan Bagi Pasangan Yang Inginkan Anak

Tahu tak apa itu IVF dan cara IVF dilakukan? IVF adalah singkatan kepada perkataan ‘In Vitro Fertilization’ ataupun dalam Bahasa Melayu ianya bermaksud Persenyawaan In Vitro.

Persenyawaan In Vitro adalah merujuk kepada Bayi Tabung Uji. Dalam erti kata lainnya, IVF adalah salah satu daripada jenis teknologi pembiakan dibantu yang lebih dikenali sebagai (ART). IVF berfungsi dengan menggunakan gabungan ubat-ubatan dan prosedur pembedahan untuk membantu sperma menyuburkan telur, dan membantu implan telur disenyawakan di rahim pesakit ataupun pesakit yang memerlukan rawatan ini.


IVF mempunyai banyak langkah dan memerlukan beberapa bulan untuk menyelesaikan keseluruhan proses dan kadang-kadang berfungsi pada percubaan pertama, tetapi banyak orang memerlukan lebih daripada 1 pusingan IVF untuk hamil. IVF pasti meningkatkan peluang untuk para pesakit hamil jika mengalami masalah kesuburan. Tetapi kena ingat tau, tidak ada jaminan proses ini akan 100% berhasil. Nak tau kenapa ianya tidak 100% berhasil? Anda kena ingat tubuh semua orang berbeza dan IVF tidak akan berfungsi untuk semua orang. Jadi anda kena sabar dan jangan berputus asa jika anda nak membuat rawatan ini.

Cara IVF dilakukan



Langkah pertama dalam IVF adalah mengambil ubat kesuburan selama beberapa bulan untuk membantu ovari anda menghasilkan beberapa telur yang matang dan siap untuk persenyawaan. Ini dipanggil induksi ovulasi. Anda boleh mendapatkan ultrasound biasa atau ujian darah untuk mengukur tahap hormon anda dan menjejaki pengeluaran telur anda.

Setelah ovari anda telah menghasilkan telur matang yang cukup, doktor anda mengeluarkan telur dari badan anda. Pengambilan telur adalah prosedur pembedahan kecil yang dilakukan di hospital yang ada menyediakan rawatan ini.

Semasa prosedur, anda akan diberi ubat untuk membantu anda tenang dan selesa semasa proses dilakukan. Doktor akan menggunakan ultrasound untuk melihat di dalam badan anda menggunakan tiub yang nipis, melalui rongga vagina dan ke dalam ovari dan folikel yang terdapat telur anda. Jarum akan disambungkan ke peranti sedutan yang menarik telur keluar dari setiap folikel.


Dalam makmal, telur anda akan bercampur dengan sel sperma dari pasangan anda atau penderma. Telur dan sperma disimpan bersama dalam bekas khas, dan persenyawaan berlaku. Bagi sperma yang mempunyai masalah, ia boleh disuntik terus ke telur untuk mempromosikan persenyawaan. Kira-kira 3-5 hari selepas pengambilan telur, 1 atau lebih embrio akan dimasukkan ke dalam rahim anda kembali. Doktor akan menggunakan tiub nipis melalui leher rahim ke dalam rahim anda, dan memasukkan embrio terus ke rahim anda melalui tiub.

Kehamilan berlaku jika mana-mana embrio melekat pada lapisan rahim anda. Pemindahan embrio dilakukan di hospital-hospital tertentu biasanya tidak menyakitkan. Selepas pemindahan embrio, anda boleh kembali ke aktiviti biasa pada keesokan harinya. Anda juga boleh mengambil pil hormon yang dipanggil progesteron untuk 8-10 minggu pertama selepas pemindahan embrio. Hormon menjadikannya lebih mudah untuk embrio untuk terus hidup di rahim anda.

Related image


Kesimpulannya, proses ini ada komplikasi dan kejayaannya. Jadi anda kena fikir masak-masak untuk buat rawatan ini dan jangan 100% memberi harapan kepada rawatan ini kerana yang berusaha kita, namun Allah yang menentukannya. Kita doakan yang terbaik!

Sabtu, 2 Februari 2019

Jangan Minum Kopi Dan Kafein! Ini 7 Sebab Anda Perlu Elak Minuman Berkafein

11:16 PG 0
Jangan Minum Kopi Dan Kafein! Ini 7 Sebab Anda Perlu Elak Minuman Berkafein


Related image


Kopi merupakan sejenis minuman yang terkenal dalam populasi umum dan kebiasaannya diminum pada waktu pagi. Buat sesetengah invidividu, minum kopi dikira sebagai rutin harian kerana ia mampu memberikan kecergasan sesudah bangun dari tidur berikutan ia mengandungi sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai kafein. 

Walaupun kafein sangat dikenali sebagai salah satu daripada bahan yang terkandung di dalam biji kopi, minuman lain seperti teh, coklat dan sebagainya juga mengandungi kafein.


Image result for kopi 

Kajian yang dijalankan pada tahun 2013 telah menempatkan Malaysia di tangga ke 45 dalam carta 50 buah negara yang banyak menggunakan biji kopi iaitu sebanyak 1.3 kilogram per kapita.  

Walaupun terdapat pelbagai jenis kesan baik yang mampu dirasai oleh peminum kopi, ia juga mempunyai pelbagai jenis kesan sampingan negatif. Bersama dengan artikel ini, kami sertakan beberapa sebab anda perlu elakkan minuman berkafein.


7 Sebab Anda Perlu Elakkan Minuman Berkafein

Image result for kafein

#1  Tingkatkan Hormon Tekanan

Minuman kopi boleh meningkatkan tahap hormone tekanan (katekolamin dan kortisol) dan insulin di dalam badan anda. Ini akan mengakibatkan kemurungan , keradangan dan peningkatan selera makan seterusnya masalah obesiti.  

#2  Turunkan Kepekatan Insulin

Apabila badan anda sudah biasa dengan kehadiran kafein, ia mampu menurunkan kepekatan insulin buat sel-sel badan. Ini akan menyebabkan gula dalam darah tidak dapat masuk dan digunakan oleh sel dan ia mampu menyebabkan pelbagai jenis penyakit kronik yang lain seperti kencing manis (diabetes mellitus) dan penyakit jantung.

#3  Ketagihan Kafein Dalam Badan

Peminum kopi yang tegar tidak dapat menggunakan sumber asli di dalam badan untuk kekal bertenaga sepanjang hari berikutan kebiasaannya mereka lebih bergantung kepada kafein untuk kekal bertenaga.  Apabila mereka berhenti minum kopi, mereka akan merasai kepenatan yang luar biasa bersama dengan simptom-simptom lain.


Image result for kafein



#4  Ketidakseimbangan Elektrolit

Peminum kopi terdedah kepada risiko untuk mendapat ketidakseimbangan elektrolit sepeti natrium dan kalium berikutan pembuangan jumlah urin yang lebih banyak berbanding dengan orang yang tidak minum kopi. Ketidakseimbangan elektrolit boleh mengakibatkan komplikasi sistemik yang serius.

#5  Gangguan Metabolism Dan Detoksifikasi

Kandungan dalam kopi boleh mengganggu metabolisme dan proses detoksifikasi sehingga sukar untuk mengatur proses detoksifikasi normal di hati (liver). Satu lagi isu yang diketahui berkenaan dengan kesan buruk kopi terhadap metabolisme hati adalah bagaimana ubat-ubatan tertentu seperti levothyroxine (untuk penyakit kelenjar tiroid) serta antidepresan trisiklik tidak diserap dengan baik, mengakibatkan gejala-gejala yang lebih buruk bagi pesakit. 



Image result for kafein


#6  Cenderung Kemurungan Dan Tidur Tidak Berkualiti

5-HIA atau lebih dikenali sebagai serotonin merupakan komponen neurotransmitter yang penting untuk otak. Ia diperlukan untuk kitaran tidur, fungsi usus, mood dan tenaga yang normal. Peminum kopi mempunyai urin yang tinggi dengan kandungan serotonin bermakna mereka berisiko untuk mempunyai tahap serotonin yang lebih rendah di dalam otak. 

Ini bermaksud mereka akan mempunyai masalah untuk mendapat tidur yang berkualiti, kemurungan dan kerisauan berlebihan seterusnya mengakibatkan tahap tenaga yang jauh lebih rendah dari populasi yang tidak minum kopi. 

Related image

Kopi mempunyai kadar keasidan yang tinggi. Ia selalunya dikaitkan dengan ketidakselesaan pencernaan, senak, GERD (gastrointestinal reflux disease) dan ketidakseimbangan dalam flora usus anda (dysbiosis). Jangan minum kopi dan kafein, inilah sebabnya anda perlu elakkan minum minuman yang berkafein.

Selasa, 4 Disember 2018

Penyelidikan Luar Biasa Penyakit

3:14 PG 0
Penyelidikan Luar Biasa Penyakit
Penyakit bukan berpunca dari pemakanan semata mata tapi dari mental..fizikal dan pemikiran ...PUNCA SAKIT

Seorang *Profesor  di Jepun* melakukan penyelidikan yang luar biasa, hasil kajiannya mendapati bahawa *_kebanyakan penyakit jasmani adalah disebabkan penyakit rohani._*

1. Ternyata masalah *appendiks* bukan hanya diakibatkan kerana kesalahan pola makan, tetapi lebih didominasi kerana stress/jiwa tertekan.

2. *Darah tinggi* bukan hanya diakibatkan oleh terlalu banyak mengambil makanan yang masin, tapi kerana kesalahan dalam mengurus emosi.

3. *Kolesterol* bukan hanya diakibatkan oleh makanan berlemak, tapi rasa malas berlebihan yang menyebabkan menimbun lemak berlapis.

4. *Asthma* bukan hanya kerana terganggunya bekalan oksigen ke paru-paru, tetapi kerana sering merasa sedih yang membuat kerja paru-paru tidak stabil.

5. *Diabetes* bukan hanya kerana terlalu banyak mengambil makanan bergula, tetapi sikap ego dan keras kepala yang mengganggu fungsi pankreas.

6. *Penyakit liver* (hati) bukan hanya kerana kesalahan rutin tidur, tapi sifat suudzon(sangka buruk) kepada orang lain yang justeru merosakkan hati kita.

7. *Penyakit jantung* bukan hanya diakibatkan oleh sumbatan pada aliran darah ke jantung, tapi sebab jarangnya bersedekah membuatkan jantung kita kurang merasakan ketenangan, sehingga degupannya tidak stabil.

Dan masih banyak lagi.Antara faktor-faktor penyebab penyakit adalah kerana masalah

- Spiritual 50%
- Psikologi 25%
- Sosial 15%
- Fizikal 10%

*Jadi kalau kita ingin selalu sihat, perbaiki diri kita, fikiran kita, terutama hati kita dari penyakit hati, hasad, hasad, iri, dengki, dendam, fitnah, ghibah, riya, ujub, ego, sedih, marah, takabbur sombong, angkuh dan lain-lain.*

*A good read for self-reflection.*

Isnin, 15 Oktober 2018

7 Perkara Penting Dalam Hidup

12:50 PTG 1
7 Perkara Penting Dalam Hidup



Image result for hidup

Kenapa rumah saya adik beradik x datang pun. 
Saya je kena ziarah mereka. 
Dan mereka "lalu" rumah saya tetapi x singgah ..

Mari saya bagi tau. 

Allah SWT perintahkan kita menziarahi untuk eratkan silaturrahim. Jika kita buat kira dapat pahala. Mereka x dapat. 

Bab ni kita yang pilih. Antara pahala @ kebencian @ dendam @ cemburu.

Jadi biarkan orang yang x nak menyambung silaturrahim. 

Kita ikut sunnah pasti kita bahagia.

Seperkara lagi:

Saya sendiri tidak kesal @ kecewa jika rumah saya tidak dikunjungi sanak saudara. Mungkin mereka bz. Ada hal lebih penting daripada silaturrahim.  

Kita x perlu kecil hati. InsyaAllah orang lain jadi tetamu kita..membawa balik dosa kita dan membawa rahmat .

Image result for hidup


Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu: 

1. Apabila meninggal dunia ayah kamu , maka matilah pimpinan dan nasihatnya...

2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya...

3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yg dikongsi bersama...

4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya...

5. Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya...

6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya...

7. Apabila meninggal  dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya...

Ketahuilah.... hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan. 

Maka..
senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu.... bila kita akan berangkat ' meninggalkan' dunia yg fana ini....

Image result for hidup

Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.

Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.

Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita didunia ini.

(Manfaatkanlah masa yg mulia ini...sebelum kesempatan berlalu pergi....)