Makanan ibu hamil adalah sangat penting untuk tumbesaran janin atau bayi di dalam kandungan. Adakala ibu hamil tidak tahu memilih makanan terbaik untuk diamalkan malah masih makan makanan ringan yang tidak sihat dan sebagainya.
Makanan ibu mengandung adalah makanan berkhasiat yang perlu diamalkan bermula dari hamil sehinggalah melahirkan anak dan berpantang. Secara rutinnya, kita yang belum hamil atau masih try to conceive lagi wajib amalkan makanan sihat.
Berikut adalah 59 makanan ibu hamil atau makanan ibu mengandung yang perlu diamalkan. Insyallah sekiranya ibu hamil berpuasa, boleh diamalkan juga makanan ibu hamil ini supaya lebih sihat dan bertenaga. Bagi yang baru sahaja hamil juga, boleh amalkan makanan ibu mengandung ini dengan senang hati.
Ikan salmon kaya dengan omega 3 yang mempunyai khasiat untuk kesihatan otak dan mata bayi. Sangat sesuai diamalkan oleh ibu hamil. Namun, ikan salmon agak mahal, makan sedikit pun jadilah! Tidak pun, boleh makan makanan ibu mengandung yang lain lagi.
2. Bijirin
Bijirin adalah makanan ruji yang mengenyangkan bagi sesetengah masyarakat luar negara. Bagi orang Malaysia pun, sering kita sajikan ketika makan pagi atau untuk kanak-kanak. Sebenarnya, makanan yang lengkap dengan serat, vitamin E, nutrient, selenium dan fitrionitrion ini adalah makanan ibu hamil yang sesuai dimakan untuk mengenyangkan perut.
3. Oat
Oat sejenis bijirin, benarkah? Ia adalah karbohidrat kompleks yang mengandungi vitamin B, mineral dan serat yang baik. Ibu mengandung boleh pelbagaikan makan oat dengan variasi seperti makan dengan pisang, strawberri, kiwi, milo dan lain-lain.
4. Buah Pisang
Makanan terbaik untuk ibu hamil adalah buah pisang kerana pisang dapat mengelakkan terjadinya sembelit. Ia elok diamalkan dari awal trimester ibu mengandung lagi. Selain elak sembelit, ia juga mencegah tekanan darah rendah dan mengelakkan anemia.
5. Susu Dan Produk Tenusu
Kalsium sangat penting untuk bayi dan ibu hamil. Susu dan produk tenusu seperti yogurt adalah makanan ibu hamil yang sangat penting untuk khasiat ibu dan bayi. Para ibu boleh amalkan setiap hari minum susu.
6. Telur
Semua tahu telur adalah protein penting untuk penumbuhan tubuh badan kita, begitu juga dengan pertumbuhan otak. Makanan terbaik ibu mengandung ini kaya dengan kolin. Sekiranya tubuh kita mempunyai kolin rendah, itu akan memberi risiko kelahiran bayi cacat saraf. Jadi, pentingnya makan telur untuk ibu hamil!
7. Kentang
Bukan sahaja boleh mengenyangkan kerana kandungan karbohidratnya, tetapi turut mencegah anemia. Kentang mengandungi vitamin c dan zat besi untuk tambah darah merah dalam tubuh. Justeru, ia merupakan makanan terbaik untuk ibu hamil.
8. Brokoli
Kenapa brokoli merupakan makanan untuk ibu mengandung? Ia sangat terbaik bagi ibu hamil kerana brokoli dapat mencegah komplikasi kehamilan, membantu proses perkembangan janin, lebih menyihatkan tubuh dan ia mengandungi vitamin A,C,K, dan juga kalsium.
9. Buah Berry
Makanan untuk ibu mengandung yang menyelerakan adalah buah berri. Berry rasanya manis masam dan sedap tekak para ibu. Ia juga sangat kaya antioksidan menyebabkan kulit lebih cantik dan segar. Menariknya, ia sangat rendah kalori dan tidak menyebabkan peningkatan gula darah dalam tubuh ibu mengandung.
10. Kekacang Campur
Banyak kekacang yang boleh diamalkan oleh ibu mengandung, antaranya adalah kacang merah, badam, almond, pistacio, gajus dan banyak lagi. Ia membantu pertumbuhan janin dan jika 2 atau 3 trimester ia sangat elok diamalkan untuk tumbesaran bayi ibu mengandung.
Mix Fruits Nuts dari Rihura adalah salah satu yang boleh diamalkan, kaya dengan kacang Almond. |
11. Daging Tanpa Lemak
Ibu mengandung perlukan tenaga dan protein yang tinggi kerana bukan ibu saja yang makan, bayi dalam perut pun makan. Daging tanpa lemak sangat terbaik menjadi lauk untuk dimakan bersama nasi. Makanan untuk ibu mengandung ini menjadi kegemaran ramai jika anda tahu apa resepi terbaik untuk dimasak dengan daging.
12. Susu Kambing
Minum susu kambing penting untuk ibu mengandung. Selalu kita tahu ia sangat bagus tetapi kenapa? Susu kambing sebenarnya dapat meningkatkan proses perkembangan otak dan saraf. Tubuh badan juga lebih sihat dan antibodi bertahan dari penyakit. Susu kambing mempunyai nutrisi 2 kali ganda dari susu lembu.
13. Sayur Bayam
Sayur bayam berwarna hijau pasti mempunyai kelebihannya buat ibu hamil. Sudah pasti! Ia dapat meningkatkan heamoglobin atau sel darah merah dalam tubuh. Ibu mengandung memerlukan sel darah merah yang banyak, disinilah makanan untuk ibu mengandung ini membantu!
14. Ubi Bit / Beetroot
Ubi bit dikatakan sejenis protein dan karbohidrat, tetapi ia turut mengandungi vitamin C dan zat besi seperti sayur lain. Makanan ibu hamil trimester pertama juga adalah ubi bit. Trimester seterusnya juga sesuai amalkannya.
15. Minyak Zaitun
Tahukah anda, minyak zaitun mengandungi polyphenois yang merupakan sejenis antioksida semulajadi untuk kesihatan. Selain itu, ia lengkap dengan omega 3 dan 6. Kesihatan jantung, tekanan darah dan sistem daya tahan badan bagi ibu mengandung akan dijaga dengan baik. Pentingnya amalkan minyak zaitun sebagai salah satu makanan untuk ibu mengandung.
16. Madu
Ibu mengandung perlu makan madu? Tetapi para suami dilarang bermadu ya! Madu kaya dengan vitamin, riboflavin, natrium, foster dan banyak lagi zatnya. Madu membantu melegakan perut dari ketidak selesaan, gastrik, insomnia, imun badan lemah dan lain-lain lagi. Lagipun ia merupakan makanan sunnah bagi makanan terbaik untuk ibu mengandung.
17. Ubi Keledek
Mengikut fakta, wanita hamil atau mengandung memerlukan vitamin A sebanyak 10 - 40 % dalam pemakanan harian mereka. Vitamin A berfungsi untuk menyihatkan tumbesaran janin. Ubi keledek mengandungi Beta Karotena yang merupakan sejenis sebatian tumbuhan yang akan bertukar kepada vitamin A ketika di dalam tubuh badan kelak.
18. Sayur Berwarna Hijau
Makanan terbaik untuk ibu mengandung dari segi sayur-sayuran, amat mudah. Sayur berwarna hijau sangat sesuai dimakan oleh ibu mengandung. Ia mengandungi kalium, folat dan padat dengan vitamin. Pastikan para ibu hamil makan sayur warna hijau setiap hari ya.
19. Tembikai Merah
Buah tembikai adalah buah yang mengandung jumlah air yang banyak di mana khasiatnya pula dapat menyejukkan badan dan detoks tubuh badan. Ia detoks sihat dengan cara menyahkan radikal bebas dan elak risiko penyakit seperti kanser dan lain-lain serta meningkatkan haemoglobin dalam darah.
20. Ayam Bahagian Dada
Apabila nak makan lauk pauk, pasti ada masa teringin nak makan ayam. Makanan untuk ibu mengandung adalah ayam bahagian dadanya kerana di situ kurang lemak. Ia juga kaya dengan zat besi dan protein untuk ibu hamil.
21. Kacang Soya
Jika ibu mengandung suka kacang soya, jangan risau. Memang boleh dimakan walaupun mengandung. Kaya dengan vitamin C, folat dan zat besi, ia turut dikategorikan sebagai makanan untuk ibu mengandung. Jadi, ibu mengandung nak minum air soya pun boleh, tiada masalah.
22. Buah Epal
Bagi ibu mengandung yang ada mengalami alahan dan muntah-muntah ketika mengandung, boleh amalkan makan buah epal. Anda juga boleh jadikannya sebagai jus. Buah epal dapat naikkan tekanan darah rendah dan sangat menyihatkan tubuh badan.
23. Ikan Kembung
Selain ayam dan daging, ikan kembung adalah ikan yang sesuai dijadikan makanan untuk ibu mengandung. Tak kiralah apa jua resepi, guna ikan kembung membolehkan para ibu hamil mendapatkan sumber protein, zat besi dan juga omega 3.
24. Kerang
Makanan seafood atau makanan laut yang boleh dimakan oleh ibu mengandung adalah kerang. Kerang dapat banyakkan sel darah merah atau lebih mudah dikatakan ia adalah makanan tambah darah. Makanan untuk ibu mengandung ini lengkap dengan zat besi, vitamin C dan B12. Namun perlu makan secara sederhana, kalau berlebihan takut gatal pula nanti.
25. Udang
Sebagai lauk pauk, tak salah makan udang tetapi jangan berlebihan takut resdung dan gatal pula nanti. Udang adalah sumber protein yang diperlukan oleh tubuh badan walaupun ibu hamil, tiada masalah untuk makan udang.
26. Beras Perang
Selalu kita dengar bahawa beras perang sangat elok untuk mereka yang nak berdiet kan? Ia juga adalah makanan untuk ibu mengandung dan ibu hamil tak kisah berapa trimester sekali pun. Beras ini mengandungi zat besi yang lebih tinggi dari beras putih, malah ia lambat dihadam.
27. Hati
Hati adalah makanan yang jarang kita dengar ibu mengandung makan. Tetapi hati juga boleh dimakan, ia telah dihadam sebelum dihantar ke seluruh tubuh badan. Ia juga kaya dengan zat besi. Jika terasa kempunan atau teringin tu, tiada masalah untuk makan hati.
28. Buah Strawberi
Ini adalah kegemaran ramai terutamanya ibu mengandung. Buah Strawberi kaya antioksidan mengandungi vitamin C dan zat besi. Menariknya, makanan untuk ibu mengandung ini dapat mencegah kanser dan ia mencegah kencing manis ketika hamil.
29. Buah Delima
Khasiat buah delima memang tidak dinafikan lagi. Bukan sahaja untuk kesuburan, tetapi untuk menguatkan kandungan, atasi masalah tekanan darah rendah dan kencing manis bagi ibu mengandung.
30. Buah Oren
Buah oren atau dikenali dengan nama buah limau juga sangat kaya dengan vitamin B. Vitamin B berfungsi mencegah kerosakan tulang belakang dan folat dapat mencegah kecacatan otak. Selain itu, Vitamin C dalam buah oren juga akan mencegah sel dari rosak dan ia memudahkan badan menyerap air dan zat besi.
31. Buah Mangga
Siapa sangka buah mangga juga merupakan makanan terbaik ibu hamil. Ia dapat melindungi tubuh dari radikal bebas untuk mengelakkan penyakit atau kekurangan sel tubuh sehingga merisikokan kecacatan pada kandungan. Selain itu, mangga juga dapat meningkatkan kekebalan tubuh badan.
32. Tomato
Tomato kaya dengan zat besi dan vitamin C. Ia sangat diperlukan tubuh ibu hamil kerana dapat menguatkan tulang, gusi, gigi untuk bayi dalam kandungan. Tomato juga lengkap dengan senyawa antioksidan lycopene yang membantu melindungi tubuh dan janin dari berlakunya kerosakan sel.
33. Roti
Roti adalah makanan ruji seperti nasi. Tapi makan roti sangat membantu mengenyangkan perut ibu mengandung. Lebih menarik kalau makan roti yang disapu dengan jem atau pati kurma Ajwa. Pastinya lebih berkhasiat bagi si ibu dan bayi.
34. Sandwich
Sandwich mengandungi daging atau ayam atau telur ditambah dengan sayuran hijau dan keju menjadikan ia satu hidangan yang lengkap buat ibu mengandung. Makanan untuk ibu mengandung ini sesuai dijadikan sarapan pagi atau makan tengah malam.
35. Jagung
Ibu mengandung jangan risau untuk pilih buah-buahan. Selagi ia tidak bersifat tajam pada dalamannya, insyallah boleh dimakan. Jagung boleh dimakan oleh ibu hamil, anda boleh pelbagaikan vasiasi makan jagung. Sebagai contoh, makan bubur jagung atau agat-agar jagung.
Makanan Ibu Mengandung: Kategori Makanan Sunnah
Selain itu, berikut adalah antara makanan untuk ibu mengandung yang boleh anda amalkan.
39. Jus jambu batu
40. Buah Pir
41. Lemon
42. Melon
43. Jeruk
44. Betik
45. Buah Buahan Kering
46. Kacang Buncis
47. Kubis
48. Kangkung
49. Labu siam
50. Terung
51. Air Putih
52. Pati Minyak Ikan
53. Asparagus
54. Avocado
55. Bunga kubis
56. Cili Benggala
57. Sayur Salad
58. Kacang Bendi
59. Daun Teh Rapsberry
Kelebihan Makan Makanan Sunnah Untuk Ibu Mengandung
Makanan sunnah adalah makanan yang sangat bagus untuk ibu mengandung amalkan. Antara makanan sunnah adalah seperti kurma, buah tin, buah aprikot, kismis dan banyak lagi. Salah satu kurma yang terbaik di dunia boleh diamalkan adalah kurma Ajwa Asli Madinah.
Kurma Ajwa Asli Madinah tidak diawet gula sebagaimana kurma lain mungkin telah di awet gula dan kita pun ramai yang tidak tahu menahu. Kerana itu jugalah, ramai orang arab sangat gemarkan kurma ajwa. Satu satunya kurma Asli Original tanpa apa-apa awetan walaupun dieksport ke negara-negara lain untuk dijual.
Kenapa ibu mengandung perlu makan kurma Ajwa yang asli ditanam di Madinah? Ia merupakan kurma yang benar-benar original dan penuh khasiat. Tetapi tak semua jual kurma ajwa asli. Kurma Ajwa Asli Madinah boleh didapatkan dengan Rihura.
Antara Khasiat Kurma Ajwa Madinah Rihura adalah seperti berikut.
- Mudah melahirkan anda kerana kurma membekalkan tenaga. Tubuh akan terus generate tenaga jika diamalkan dari awal lagi sebelum bersalin.
- Tidak sembelit dan tidak buasir, kurma Ajwa asli membantu memudahkan sistem pencernaan dan melancarkan proses pembuangan.
- Khasiat yang terdapat dalam buah kurma Ajwa Madinah yang original memiliki protein dan zat hebat sehingga ia disalurkan kepada bayi dalam kandungan untuk membesar dengan baik.
- Tekanan darah rendah cantik tak pernah turun, itu kata ramai pengamal kurma Ajwa Asli Madinah Rihura.
- Elak anemia, atasi sakit kepala migrain, pening-pening dan memberi tenaga untuk ibu hamil lebih cergas sepanjang hari
- Tak lalu makan? Kurma Ajwa dapat meningkatkan selera makan untuk ibu mengandung. Malah anak-anak kecil juga selalu diberikan kurma ajwa untuk naikkan selera makan mereka, begitu juga dengan pesakit.
- Membantu elokkan urat rahim sewaktu kelahiran / Mudahkan proses bersalin tanpa koyak.
- Memperkukuhkan urat rahim pada bulan terakhir kehamilan
- zat besi dan kalsium paling tinggi yang diperlukan untuk menghasilkan susu ibu mengandung
- Bagi ibu yg mempunyai masalah kekurangan susu, makan kurma akan dapat menambahkan susu badan.
Kurma Ajwa Asli Madinah Rihura untuk Ibu Mengandung
Kurma Ajwa Asli Madinah Rihura adalah kurma ajwa original ditanam di Madinah dan Rihura adalah jenama sebuah penjual kurma ajwa di Malaysia. Ramai penjual hanya tahu menjual tetapi tidak tahu adakan kurma ditanam di Madinah, Iran, Tunisia, Indonesia atau Cina. Jadi, penting untuk kita pastikan dahulu bahawa kurma Ajwa itu benar-benar ditanam di Madinah Arab Saudi sepertimana Kurma Ajwa Rihura yang mempunyai certificate di tanam di Madinah.
Kurma Ajwa Asli Madinah dari Rihura ini juga telah banyak membantu ibu hamil dalam mendapatkan makanan terbaik untuk ibu mengandung sehingga mereka telah memudahkan ramai ibu mengandung dengan adanya pelbagai pilihan.
Pilihan kurma Ajwa untuk ibu mengandung, pilihan set combo jimat dan banyak lagi termasuklah makanan sunnah lain seperti buah tin, buah aprikot, kismis dan macam-macam makanan sunnah. Kurma Ajwa Madinah original Asli dari Rihura juga boleh didapatkan dengan harga yang sangat-sangat mampu milik serendah RM 10 mengikut gram. Jika beli 1 kilo lebih jimat dan sangat banyak. Boleh makan 1 hingga 3 bulan jika amalkan sendirian.
Best beli dekat Rihura ni sebab selalu bagi free gift. Free gift makanan sunnah yang lain, sample itu ini. Tambah-tambah kalau korang bagitahu yang korang mengandung, nanti pasti makanan sunnah yang sesuai dihadiahkan.