Cara Kenal Target Pasaran Perniagaan Anda | Cara Kenal Target Market Pelanggan - RINA KIFLI

Sabtu, 27 Julai 2024

Cara Kenal Target Pasaran Perniagaan Anda | Cara Kenal Target Market Pelanggan

CARA KENAL TARGET PASARAN


Bagaimana cara kenal target pasaran bisnes atau perniagaan?


Cuba bayangkan, apabila kita kenal target market. Kita menulis untuk beri awareness kepada target pelanggan kita sahaja. Kita tidak menulis sembarangan untuk semua orang.


"Lebih kita jelas dengan masalah pelanggan kita hadapi, lebih mudah untuk kita bantu mereka selesaikannya."


Perniagaan yang dapat mengenal pasti target pasaran mereka biasanya mempunyai pemahaman yang sangat baik tentang cara mencipta kempen jualan dan pemasaran yang berkesan.

Begitu juga dengan anda, sekiranya anda ingin beri perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, anda harus kenal akan pelanggan anda. Sebab itulah pentingnya mengetahui target pasaran perniagaan.


Apa Itu Target Pasaran Perniagaan?


TARGET PASARAN PELANGGAN
Imej via [pngtree]


Target pasaran perniagaan adalah satu komuniti (market pasaran) yang pasti mempunyai minat yang sama dalam sesebuah produk yang ditawarkan. Maksudnya prospek kita ni mempunyai behaviour tersendiri dalam membeli produk.


Untuk mengetahui target pasaran perniagaan, anda harus mempelajari cara untuk mendapatkan pelanggan yang disasarkan. Jadi, sekiranya produk anda ditargetkan untuk golongan belia, anda harus menyasarkan komuniti belia dan bukannya komuniti lain.


"Lebih kenal target market, lebih mudah kita berjaya dalam bisnes."


Mengenal pasti target pasaran perniagaan adalah amat penting kerana perniagaan akan lebih berjaya sekiranya memahami ‘siapakah’ pelanggan yang akan membeli produk tersebut.


Jadi, boleh kita simpulkan disini bahawa target pasaran perniagaan adalah target sasaran sesebuah syarikat dalam menyasarkan produk kepada pelanggan yang berminat.


Imej via [Insken]


Cara Kenal Target Pasaran Perniagaan Anda | Cara kenal target market


Cara untuk mengenali target pasaran atau target market anda, bukannya sesuatu yang mudah. Ia memerlukan pemahaman yang mendalam tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.


Baiklah, ini antara cara mengenal pasti target pasaran perniagaan anda.


Imej via [getcompass]

1. Kumpul Data Pelanggan Yang Tepat


Bagi mengenali target pasaran perniagaan, anda perlu mengumpulkan data pelanggan anda dengan tepat.


Data pelanggan diperlukan untuk membentuk pemahaman yang lengkap tentang pelanggan anda.


Untuk mendapatkan data pelanggan, anda boleh mendapatkan melalui survey pelanggan, group facebook, group whatsapp dan sebagainya.



Imej via [kumparan]

2. Kelaskan Minat Pelanggan Anda Kepada Beberapa Kumpulan


Perlu diketahui bahawa setiap perniagaan pasti mempunyai pelanggan yang mempunyai minat yang berbeza.


Jadi, bahagikan pelanggan tersebut kepada beberapa bahagian dari segi sejarah pembelian, demografi pembeli dan sebagainya. Tujuan ia dilakukan adalah untuk mengetahui minat pelanggan anda.


Kenapa perlu tahu minat atau sikap pelanggan ni?

Dengan cara ini, anda akan mengenali target pasaran perniagaan anda dengan lebih baik dan akan faham bagaimana mereka mahukan produk anda dan seterusnya.


Imej via [business]


3. Lihat Cara Pesaing Anda Berniaga


Semua perniagaan pasti anda persaingan, betul tak? Kecuali TNB dengan Indah Water sahaja tak ada persaingan.


Oleh itu, untuk kenal target pasaran perniagaan anda, anda harus melihat apa yang dilakukan oleh pesaing anda. Dalam erti yang mudah, buat kelainan dalam perniagaan anda berbanding meniru cara mereka.


Sebagai contoh, jika pesaing anda menggunakan kotak biasa dalam produk mereka, apa kata anda menggunakan kotak yang dihiasi reben?


Imej via [berita]

4. Unique Selling Proposition (USP)


Cara kenal target market atau target pasaran anda juga belajar dan mencari apa USP produk anda. Ramai usahawan tak buat cara kenal target pasaran ini.


Anda boleh up apa unique selling proposition (USP) produk anda. USP adalah keunikan dan perbezaan yang ada pada produk anda berbanding orang lain.


Sudah pasti target sasaran pelanggan akan berminat memiliki produk anda jika USP anda kena tepat kepada behaviour atau masalah yang mereka alami.


Imej via [kosmo]


5. Dapatkan Maklum Balas Pelanggan Anda


Cara terakhir untuk kenal target pasaran perniagaan anda adalah dengan mendapatkan maklum balas daripada pelanggan anda.


Jika target market atau target pasaran dengan mudah berikan maklum balas, ia akan memudahkan lagi kerja anda.


Feedback yang anda terima perlu diguna pakai untuk perbaiki bisnes anda. Justeru, ia dapat meningkatkan performance bisnes anda juga supaya tidak buat perkara yang salah berulang kali.


Selain itu, semasa mendapatkan maklum balas daripada pelanggan anda, pastikan anda memberi ganjaran kepada mereka seperti mana yang dilakukan oleh Shopee, Lazada dan sebagainya. Mungkin berikan sedikit free gift sebagai tanda penghargaan.


Tak susah pun kan?



Imej via [nu]

Bagaimana Nak Kenal Target Market Pelanggan?


  • Lihat produk anda sesuai untuk siapa?
  • Produk anda sesuai selesaikan masalah apa?
  • Spesifikkan lagi dengan jelas ciri-ciri atau sikap pelanggan anda?
  • Perlu tahu kenapa target pasaran anda perlukan produk anda?


Jawab senarai soalan ini, anda bakal kenal bakal pelanggan anda yang sebenarnya. Masuk market atau pasaran mereka, mula bina brand dengan cara yang betul, content yang betul dan tepat, gaya kini.


Nak tahu bagaimana? Nanti rina kongsikan lagi di blog ini.


Terima kasih semua pembaca yang hadir dan sudi baca. Semoga bermanfaat.



Jom baca juga artikel ini:



Apa Itu Penulisan Copywriting & Contoh


Apa Itu Penulisan Media Sosial & Jenis Posting Media Sosial

Apa Itu Penulisan SEO Dan Kelebihannya




Tiada ulasan: