Penulisan media sosial bukanlah satu kerja yang mudah kerana jumlah patah perkataannya sangat terhad dan dikawal ketat dalam penggunaan bahasa sesuatu ‘posting’ di media sosial.
Menulis di media sosial juga memerlukan kepakaran dalam sesebuah topik tertentu. Untuk makluman anda, menulis di media sosial juga boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan sekiranya anda membuat ‘posting’ yang bermanfaat.
Posting paling disukai oleh orang ramai adalah ‘posting’ mengenai inspirasi, kata-kata semangat dan sebagainya. Baiklah, jom kita lihat dengan lebih lanjut mengenai penulisan media sosial. Sudah semestinya media sosial adalah facebook, instagram dan banyak lagi.
Apa Itu Penulisan Media Sosial?
Penulisan Media Sosial adalah proses penulisan kandungan untuk orang ramai di media sosial. Menulis di media sosial adalah amat berbeza daripada menulis di platform blog dan website kerana memerlukan pengetahuan khusus dalam sesuatu bidang tertentu, trend terkini ataupun lawak jenaka yang menarik.
Jadi, bagi anda yang ‘expert’ dalam bidang tertentu, apa kata anda gunakan dalam penulisan media sosial anda! Usaha dan bakat boleh digilap dengan ilmu dan minat.
Penulisan media sosial juga adalah salah satu elemen dalam strategi pemasaran produk pada masa kini.
Boleh dikatatan juga bahawa penulisan sosial media secara langsung dapat menyumbang kepada matlamat perniagaan yang strategik. Baiklah, ini antara contoh-contoh penulisan di media sosial yang anda boleh kenal pasti.
Ia juga adalah jenis media sosial yang boleh anda buat posting berdasarkan objektif sebenar anda.
#1 Penulisan Media Sosial: Rangkaian Sosial
Rangkaian Sosial merupakan kategori yang paling popular dalam kalangan semua jenis media sosial. Ia biasanya mempunyai kepelbagaian fungsi yang memudahkan perkongsian kandungan dan berhubung dengan sesiapa sahaja.
Antara jenis media sosial yang menggunakan rangkaian sosial adalah Facebook, LinkedIn, Twitter dan sebagainya.
2. Penulisan Media Sosial: Rangkaian Perkongsian Bergambar
Selain itu, terdapat juga rangkaian perkongsian bergambar bagi meningkatkan kesedaran tentang produk dan jenama milik anda. Ia tidak memerlukan ayat yang banyak tetapi dengan sekeping gambar dan juga hastag sahaja sudah mampu untuk menceritakan sesuatu perkara.
Antara media sosial yang menggunakan jenis rangkaian perkongsian bergambar adalah Imgur, Pinterest, Instagram dan juga Snapchat.
3. Penulisan Media Sosial: Rangkaian Perbualan Dan Mesej
Penulisan media sosial juga ada yang menggunakan jenis rangkaian perbualan dan juga mesej. Ia sangat senang digunakan untuk berhubung dengan sesiapa sahaja sama ada secara formal ataupun tidak formal.
Antara media sosial yang menggunakan sistem rangkaian perbualan dan mesej adalah Whatsapp, Wechat, Telegram dan sebagainya. Anda boleh kenal pasti sosial media mana yang anda mahu guna dan cara posting yang boleh dilakukan.
4. Penulisan Media Sosial: Rangkaian Tinjauan Pengguna
Bagi anda yang sememangnya kaki ‘travel’, pasti anda sering menggunakan TripAdvisor atau Yelp. Untuk pengetahuan anda, media sosial jenis ini tergolong dalam jenis rangkaian tinjauan pengguna.
Media sosial jenis ini biasanya menampilkan dengan pelbagai ulasan pengguna, produk dan sebagainya. Jadi, bagi anda yang gemarkan ‘travel’, apa kata anda membuat penulisan media sosial jenis rangkaian tinjauan pengguna juga?
5. Penulisan Media Sosial: Laman Komuniti Dan Forum Perbincangan
Terdapat juga media sosial jenis laman komuniti dan forum perbincangan yang dibuat untuk tujuan soal jawab. Disini anda bebas untuk bertanyakan apa sahaja soalan dan juga menjawab soalan yang anda tahu. Media sosial jenis ini biasanya tidak memerlukan butiran peribadi seperti Facebook, dimana ianya lebih ringkas dan senang diakses.
Antara media sosial yang menggunakan sistem ini yang paling popular adalah Reddit dan juga Quora.
6. Penulisan Media Sosial: Rangkaian Perkongsian Video
Rangkaian perkongsian video juga merupakan kategori media sosial yang sangat baik dan boleh memberi impak yang besar dan tidak memerlukan penulisan yang banyak.
Selain itu, ia juga sangat senang diakses dengan hanya menggunakan video. Antara media sosial yang menggunakan perkongsian video adalah YouTube, Tiktok dan sebagainya.
Anda perlu guna channel yang tepat berdasarkan tujuan anda. Untuk posting video yang panjang sudah semestinya youtube adalah platform yang paling tepat bagi penulisan dan posting social media.
7. Penulisan Media Sosial: Rangkaian Blog Mikro
Kadangkala, sekeping gambar atau coretan pendek tidak cukup untuk menyampaikan sesuatu mesej. Jadi, media sosial jenis ini adalah pilihan yang sangat baik untuk digunakan sebagai medium penulisan media sosial yang pasti memberikan ruang penulisan yang lebih banyak.
Antara media sosial yang menggunakan rangkaian blog mikro adalah Tumblr.
Berikut adalah 7 jenis posting penulisan sosial media yang anda boleh gunakan berdasarkan objektif atau kehendak anda.
Harus anda tahu bahawa kesemua sosial media platform ini mempunyai target pembaca yang tersendiri. Anda juga boleh melihat dari data kajian tentang platform apa yang mempunyai paling ramai pembaca ataupun target pelanggan kita kebanyakannya menggunakan platform apa dalam kehidupan seharian mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan