Takaful adalah konsep dimana sekumpulan peserta bekerjasama menjamin antara satu sama lain terhadap sebarang kerugian atau kerosakan. Memang konsepnya sama seperti insurans tapi ramai warga Malaysia, tidak mengira jantina, kaum dan agama, semakin berminat dengan takaful.
Takaful juga tidak sama seperti insurans kerana ia berkonsepkan islamic dan bukan pelaburan konvensional yang was-was. Berikut adalah 3 sebab utama mereka memilih takaful berbanding insurans konvensional.
1. Keuntungan Yang Setimpal
Bila anda menyertai perlindungan takaful, keuntungan daripada pelaburan akan dikongsi antara semua peserta dan pemegang saham yang lain. Pengendali mendapat keuntungan melalui caj yuran atau lebihan keuntungan. Walau bagaimanapun, jumlah bayaran daripada lebihan pengendali Takaful tidak akan melebihi jumlah yang dibayar kepada peserta Takaful.
Ini berbeza dari insurans konvensional, dimana wang atau keuntungan tambahan di bawah insurans menjadi milik pemegang saham syarikat tersebut.
2. Patuh Syariah
Buat muslimin, takaful memberikan peluang untuk mendapatkan perkongsian keuntungan yang selari dengan ajaran Islam. Sebagai konsep perlindungan yang patuh syariah, ianya bebas daripada riba (faedah), gharar (ketidakpastian, peluang atau risiko) dan maysir (aspek perjudian atau spekulasi).
Selain itu, Lembaga Penasihat Syariah dalam pengurusan takaful bertanggungjawab dalam memantau aktiviti-aktiviti operasi. Tugas mereka adalah untuk memastikan semua aktiviti yang dijalankan mematuhi prinsip syariah agar peserta tidak rasa risau atau ragu-ragu.
3. Dibina Atas Nilai Kerjasama
Prinsip Islam yang diamalkan menjadikan Takaful produk pilihan ramai, bukan sahaja atas faktor agama, tapi juga dari aspek praktikaliti dan kesesuaian dalam sistem insurans pada zaman ini. Prinsip ta'awun membuatkan para peserta saling bekerjasama untuk membantu antara satu sama lain.
Penekanan prinsip ini dan bukannya keuntungan semata-mata menjadikan takaful sebuah perlindungan dan pelaburan alternatif yang lebih telus dan demokratik berbanding produk-produk konvensional di pasaran.
Tentang Takaful Ikhlas
Imej via [besproduction]
Sebagai pengendali takaful, Takaful Ikhlas memberikan pelbagai peluang untuk mendapatkan perlindungan yang komprehensif serta pelaburan yang patuh syariah di Malaysia. Dimulakan pada tahun 2002, Takaful Ikhlas merupakan sebuah nama yang tidak asing dalam dunia kewangan islamik.
Jom ketahui lebih lanjut tentang mereka dan lihat sendiri pelan-pelan takaful yang ditawarkan di sini https://www.takaful-ikhlas.com.my/.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan