Resepi Air Nabeez | Cara Buat Air Nabeez ramai tak tahu. Ia merupakan cara ikhtiar dari penyakit yang mendatangi tubuh badan kita. Ia juga adalah cara ikhtiar bagi mereka yang dijangkiti Covid19 yang boleh diamalkan. Terdapat banyak khasiat air nabeez yang sangat hebat luar biasa. MasyaAllah.
Sekarang musim demam, selesema, covid dan cuaca yang tak menentu. Ada pula ramai yang mengalami gatal, radang, sukar nafas, kurang oksigen dan sebagainya. Semua ini adalah sakit yang perlu kita ikhtiarkan. Salah satu ikhtiar boleh kita buat adalah amalan pemakanan Air Nabeez.
Air nabeez tu apa? Ia telah diamalkan oleh Nabi SAW. Air rendaman kurma atau kismis yang kemudiannya diminum keesokan harinya. Dikatakan, mengamalkan air nabeez ini juga merupakan sunnah Nabi SAW yang perlu kita ikuti. Nak badan luar biasa sihat sepanjang hidup, inilah rahsianya. Dengan Air Nabeez, amalkan dari muda dan hari-hari.
Bukan kita kata, tapi hal ini dah lama. Kisah dari Riwayat yang benar.
Riwayat daripada Imam Muslim, Aisyah berkata;
“Kami biasa membuat perahan untuk Rasullulah SAW di dalam air minum yang bertali di atasnya, kami membuat rendaman di pagi hari dan meminumnya di petang hari, atau membuat rendaman di petang hari dan meminumnya di pagi hari.” - (H.R Muslim).
Jadi, terfikir, patutlah kurma tu makanan terbaik sebab diamalkan oleh Nabi. Tak dapat dipertikaikan lagi. Waktu kita kecil-kecil mak ayah suruh makan kismis dan kurma. Memang elok untuk hafalan, minda dan tumbesaran.
Tapi bukan anak-anak je yang perlu amalkan, rupanya untuk dewasa yang lebih berisiko sakit ni, lebih penting perlu amalkan makan kurma dan minum air nabeez. Sebab makin dewasa, kita cenderung sakit tulang, sakit sendi, sakit lutut, sakit belakang, insomnia, hormon tak stabil.
Untuk pengetahuan semua, Kurma Ajwa Asli Madinah berkhasiat dalam mampatkan tulang, elak penyakit osteoporosis (Penyakit tulang tak mampat), dapat atasi masalah insomnia sukar tidur malam dan juga dapat stabilkan hormon. Macam-macam lagi khasiat kurma Ajwa Madinah original kalau kita ceritakan.
Tapi kalau dah bosan nak makan begitu saja, buatlah air nabeez!
Perkongsian cara buat air nabeez ini adalah dari Dr. Aisyah Syukriah Binti Mohd Shaha, Perubatan Universiti Al-Azhar. Beliau juga berkongsi sedikit berkaitan khasiat air nabeez yang ramai tak tahu. Jom teruskan membaca.
RESEPI AIR NABEEZ | CARA BUAT AIR NABEEZ
Biasanya air Nabeez dibuat menggunakan kurma ajwa. Namun anda juga boleh gunakan kurma jenis lain ataupun kismis. Tapi bagi menjaga khasiat air Nabeez, jangan campurkan kismis dengan kurma. Gunakan sejenis buah sahaja. Nak betul-betul berkualiti dan berkhasiat, korang boleh buat air nabeez guna Kurma Ajwa Asli Madinah dari Rihura (Kurma Ajwa Rihura).
1. Sediakan buah kurma dalam bilangan ganjil. Buangkan biji dan carikkan isi buah.
2. Tuang air masak ke dalam sebuah bekas yang berisi dengan buah kurma tadi.
3. Tutup bekas dan simpan air semalaman / 12 jam.
4. Anda juga boleh letak sesudu madu untuk tambah rasa manis atau minum air nabeez begitu saja.
Korang boleh cuba buat Air Nabeez guna Kurma Ajwa Rihura, biar guna kurma asli ditanam di Madinah certified original, 100% tak diawet gula. Sebab sekarang ni terlalu banyak kurma ajwa yang ditanam di negara lain macam china, indonesia, tunisia, tetapi seller claim dari Madinah. Bahaya!
Jadi sebab tu kalau macam rina, keluarga rina dan lain-lain selalu pilih Kurma Ajwa Rihura. Sebab Certified original dari Arab Saudi. Tak was-was lagi dan the best is pilihan orang arab kurma Ajwa Madinah sbb Ajwa satu satunya kurma yang tak diawet gula.
Video Cara Buat Air Nabeez Sangat Mudah Dan Cepat [LIVE]
Ketika buat air Nabeez
Beberapa Jam Kemudian, Ketika Air Nabeez sudah siap dan boleh diminum
Kalau anda inginkan kurma terbaik, anda juga boleh lihat apa kata pengguna atau mereka yang berkongsi pengalaman makan kurma Ajwa Asli Madinah Rihura ini. Antara pengalaman makan kurma ajwa Rihura telah dikongsikan oleh blog Wani Sukarno,SheilaInspire, Sii Nurul dan ramai lagi.
KHASIAT AIR NABEEZ dari Kurma Ajwa
> Meningkatkan Kesihatan secara menyeluruh dengan Sifat Alkali (stabil ph dalam badan)
Selain dari khasiat di atas, Air Nabeez juga mempunyai zat dan khasiat terbaik untuk kuatkan antibodi tubuh badan kita. Bagi pesakit covid juga sesuai amalkan Air Nabeez. Ada 3 cara juga amalkan kurma Ajwa Asli Madinah bagi pesakit Covid19. Jom tonton video perkongsian dari salah seorang pengamal Air nabeez dan kurma Ajwa Asli Madinah Rihura ini.
Video Pengalaman Pesakit Covid19 Amal Air Nabeez Kurma Ajwa Asli Madinah Rihura
Semoga kita semua mendapat manfaat dari resepi Air Nabeez dan cara buat air nabeez ini. Puasa dah dekat, lebih baik kita sediakan fizikal, mental dan rohani kita sebaik-baiknya insyallah. Semoga dipermudahkan urusan semua ya.
rinakifli.com adalah blog lifestyle mesra usahawan yang menyalurkan informasi berkaitan penulisan, perniagaan dan platform menaikkan produk, servis atau bisnes anda, di bawah syarikat Kaki Ranking.
Rina Kifli
Keluar dari industri perbankan untuk bina bisnes & bergerak sebagai freelance writer, pernah bekerja sebagai writer di sebuah syarikat Business Consultant.
Kini berjaya membina pasukan penulis Kaki Ranking yang pakar membantu usahawan conquer market SEO Google dan ranking halaman teratas, 1st page Google yang kekal seumur hidup sehingga bisnes dilihat oleh jutaan prospek berkualiti.
10 ulasan:
Ya Allah
terima kasih share
nak buat terus
sahur esok boleh minum
Boleh cuba dan amalkan. Air ni pun boleh bantu bina imun badan
setiap kali nak posa , memang akan gugel balik cara nak buat hahahah sbb takut salah cara
Suka minum air ni mse bulan puasa, rasa kenyang je
Oooo baru tau air Nabeez ni.
La senang ya nak buat. Rendam kurma jak kan.
Oklah nanti akan diamalkan.
Tq share info.
Air nabeez ni selalu minum bila nak puasa je. padahal bagus di amalkan.
selalu dok dengar je air nabeez ni. rupanya air rendaman kurma. lagi2 kurma ajwa mmg bagus betul.
Lama tak buat.. Stok kurma habis.. Kena beli pulak ni.
Alhamdulillah, terima kasih share cara buat air nabeez. nanti nak buat
minum sejuk-sejuk sedappp
Catat Ulasan