Malam itu sangat panjang masanya jika kita lalui dengan penuh hikmah. Pada malam hari, hiburan menjadi pilihan, ibadah menjadi pilihan, segalanya menjadi pilihan. Lalu mana satukah yang akan kita pilih?
Hidup ini tidak panjang, makin hari makin banyak nyawa terhenti. Allah Maha Mengetahui, segala zat yang ada di muka bumi ini. Masa takkan menunggu kita. Sedarlah, masa sebenarnya tengah berlalu dan berjalan tanpa henti. Walaupun kita tidur, masa tetap terus berjalan. Walau kita sudah meninggal dunia, masa juga tetap terus berjalan.
Ia adalah seperti medium perjalanan untuk kita semua sama ada didunia mahupun di akhirat. Ya, pagi juga pelbagai pilihan. Semuanya atas tangan kita. Bagaimana kita nak guna masa yang ada di dunia ini.
Agak sebak kalau kita tahu hidup kita tak lama lagi, usia bumi sudah makin uzur, walau bertahun-tahun lagi. Namun siapa yang tahu angka bertahun-tahun itu, umur kita pula? Adakah mengikut jangka masa bumi. Tidak. Umur kita tidak mengikut apa-apa, malah ajal juga tidak mengikut usia kita.
Ya Allah, syukur pada hari ini, ini adalah nukilan yang belum pasti nukilan terakhir. Itu buktinya tiada siapa yang tahu bilakah masa terakhir dia di muka bumi ini. Adakah harini, esok atau lusa? Atau tahun hapadan? Atau ketika berumur 80 tahun nanti?
Ya Allah, terima kasih atas umur yang telah Kau kurniakan. Pada usia ku 29 tahun dan bakal menyelusuri 30 tahun ini, tiada apa yang ku harapkan. Cukuplah diberkati hidupku dunia akhirat, dipermudahkan urusanku di dunia akhirat untuk penuhi saham akhirat kelak dan masuk ke dalam syurgaMu tanpa hutang dan hisab.
Aku amat takut kalau dikisahkan tentang hal ghaib syurga neraka. Itu semua adalah kisah yang kita tak tahu apa bakal terjadi. Itulah future atau masa hadapan yang tak semua orang boleh ramal dan jangka. Ibadah lah sebanyak mana pun, tapi siapa tahu berapa banyak solat kita Allah terima.
Apatah lagi kalau solat ala kadar atau ikut keperluan. Ya Allah, ampunilah dosa kami semua. Masukkanlah kami semua ke dalam syurga Firdaus Mu, rahmatilah kami , kurniakan kami Kejayaan dunia akhirat Ya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan