Nak Hati Tenang? Baca DOA AGAR HATI TENANG Ini Hari-Hari

Hati manusia sering tak stabil. Sebab Emosi adalah sahabat kepada insan bernama manusia. Ya, biarpun jasad kita dikurniakan hati, perasaan dan emosi, penting untuk kita tahu cara kawal dan gunakannya dengan baik. Cara dapat ketenangan yang boleh kita lakukan adalah dari segi kelakukan, pengurusan emosi dengan kerohanian diri kita.

Jika ada masalah atau terbeban dengan sesuatu perkara, hati pasti akan sedih dan kecewa. Kadang-kadang hati mula rasa resah, gundah gulana dan tak tahu apa nak buat. Menyebabkan hati ni mula tidak rasa syukur lagi, ada saja yang nak dikomplen, yang tak puas hati. Ingat, Allah suka orang yang bersyukur. 

Bila kita syukur, Allah tambah lagi nikmat. Jika ada masalah, jangan mengeluh. Belajar untuk tenangkan diri. Tenangkan hati. Tenangkan jiwa kita. Baca doa tenang hati supaya hati menjadi lembut, tenang, tak gelisah, mudah tidur malam, mudah urusan harian kita semua.

Jom lihat dan amalkan doa agar hati tenang ini.




Maksudnya: Ya Allah Ya Tuhanku, aku berlindung kepada Mu dari rasa sedih, duka cita ataupun kecemasan. Dari rasa lemah, kemalasan, kebakhilan dan sihat pengecut, jauhkanlah aku dari semua kejahatan dan keadaan yang tidak baik itu Ya Allah. Dan jauhkan aku dari bebanan hutang serta tekanan orang yang jahat. Amin ya Rabbal Alamin.




Bila hati tenang, pasti hubungan kita dengan keluarga, adik beradik, kawan-kawan semuanya baik-baik, tak risau lagi dengan masalah duit, masalah keluarga dan lain-lain. Jika ada apa-apa masalah dimana kita rasa hati sukar untuk tenang, perkara pertama adalah terus ke bilik air, berwuduk atau mandi. Sejukkan badan akan menyejukkan hati. Dulu rina tak percaya tapi ada kesannya. Bila badan sejuk dan segar, otak makin boleh berfikir. 

Selepas mandi, barulah wuduk dan ambil Al-Quran dan baca. Pada bila-bila masa tiada masalah, tapi seeloknya anda sabar dan solat. Itulah tindakan yang perlu dibuat bila ada masalah atau kegusaran. 

Insyallah lepas buat tu, hati akan rasa lebih tenang. Jangan lupa baca doa agar hati tenang sekali ya yang macam rina kongsikan di atas tadi.




Doa agar hati tenang ini juga boleh dibaca pada bila-bila masa seperti pagi selepas subuh, selepas solat dhuha, zuhur, maghrib dan sebelum tidur. Bila-bila masa sahaja tidak ada masalah. Selamat beramal dan semoga bermanfaat buat anda semua.

2 Ulasan

Aminnn
hati manusia senang bolak balik

sis dtg follow Rihura
Syu Deris berkata…
Salam perkenalan. Syu datang singgah BW tambah kenalan. Mekaseh. Perkongsian yang sangat menarik.