Alhamdulillah, sejak amal kurma ajwa madinah original segar dari Rihura, sis dapat turunkan berat badan 2KG dalam masa 1 minggu. Haa puas hati sangat. Dulu kemain susah la nak turun 1 kg pun. Tapi bila makan kurma ni, dapat kawal makan, tak makan tahap gelojoh atau nafsu makan macam dulu-dulu hahahah. Sabo jela. Tapi tula kenyataannya.
Sis syukur sangat sebab nampak ruang dan peluang ni. Dulu sis jenis payah sangat nak turunkan berat badan, tapi sekarang macam senang sangat rasa. Apa lagi, selalu amalkan Kurma Ajwa Asli Madinah ni setiap hari 7 biji pada waktu pagi. Pastu korang rasa tengahari sis makan jam berapa?
Kalau dulu pukul 11-12 tengahari wajib makan tengahari makan berat macam nasi, tapi sejak makan kurma tu, sampai ke 3 petang kadang-kadang sis lupa nak makan tengahari. Sebab tak lapar! sebab rasa masih kenyang lagi. ehehhe. Macam kelakar pun hado jugak!
Oh ya, sis bukan makan macam tu je kurma tu.. Kiranya sehari tu banyak kali la sis makan dengan pelbagai cara. Bermaksud terbanyak banyak cara pengamalan kurma Ajwa Asli Madinah Rihura ini.
Jom lihat jadual diet dengan makan kurma Ajwa. Kurma Ajwa adalah kurma yang 100% tak diawet gula dan semulajadi. Tapi korang kena lah cari kurma Ajwa yang ditanam di Madinah atau Asli Madinah, itulah yang paling terbaik. Kurma Kegemaran Nabi Muhammad SAW adalah kurma Ajwa dan sebab itu jugalah digelar kurma Nabi. Hanya hadis kurma Ajwa yang sahih ini membuktikan kelebihan kurma Ajwa berbanding kurma yang lain.
Nabi SAW bersabda :
Ù…َÙ†ْ تَصَبَّØَ بِسَبْعِ تَÙ…َرَاتٍ عَجْÙˆَØ©ً، Ù„َÙ…ْ ÙŠَضُرَّÙ‡ُ Ø°َÙ„ِÙƒَ الْÙŠَÙˆْÙ…َ سُÙ…ٌّ، ÙˆَÙ„َا سِØْرٌ
Maksudnya : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.” [HR al-Bukhari (5445) dan Muslim (2047)]
Jelas bahawa kurma Ajwa Madinah yang asli ditanam di Madinah dan Ajwa Original sangat hebat khasiatnya. Atasi racun juga bermaksud untuk buang toksid racun dalam tubuh badan kita. Adakala makanan kita makan bertindak balas dalam perut dan kita salah makan, menyebabkan toksid beracun.
Bukan itu sahaja, racun juga bermaksud dari segi dalaman tubuh badan kita yang diselaputi dengan radikal bebas yang terhasil dari asap rokok, partikel habuk, radiasi dan sebagainya lagi. Selain itu, racun juga boleh jadi dari gangguan tubuh, tersalah makan, disantau dan sebagainya.
Kelebihan kurma ajwa selain menyingkirkan racun dan toksid juga adalah dengan cara mengatasi gangguan tubuh badan kita dari sihir dan buatan orang. Kurma Ajwa Madinah original juga sesuai untuk kesihatan jantung. Alhamdulillah.
Jadual Diet Dengan Kurma Ajwa Rihura
Dalam entry ini, jom sis belanja anda semua dengan Jadual Diet dengan kurma ajwa Asli Madinah ini. Anda boleh ikuti panduan dan contoh pemakanan ajwa ini untuk diet dengan lebih baik. InshaAllah. Ia sangat mudah, sebelum lihat jadual pemakanan, ini adalah kelebihan dan khasiat diet dengan kurma Ajwa Madinah Original Segar dari Rihura:-
Apa Kesan Selepas Makan:
- Perut sangat kenyang dan mudah kawal makan
- Automatiknya, masalah gastrik tiada lagi atau berkurangan (jika sebelum ni pernah gastrik)
- Badan rasa lebih ringan
- Tak rasa lapar dan asyik nak makan saja
- Mudah buat aktiviti dan kerja harian sebab bukan saja perut kenyang tapi rasa sangat bertenaga. Ia bukan buat kita kenyang sampai nak tidur dan sebagainya, tapi ia buat kita rasa kenyang bertenaga.
- Selepas makan tengahari atau dinner atau sarapan, bila tiba waktu nak ke toilet anda akan perasan sangat mudah membuang, proses pembuangan sangat lancar dan takkan sembelit lagi atau lama dalam toilet seperti sebelum ini.
- Bagi ibu menyusu, sangat terbaik kerana ajwa adalah buah yang paling cepat tindak balas hasilkan susu badan dengan lebih banyak lagi berbanding makan kurma lain.
- Untuk yang ada masalah hormon wanita, sama ada haid panjang atau tak datang haid, amalkan setiap hari pagi, insyallah hormon akan makin stabil dan elok. Rina sendiri makan kurma ajwa telah dapat stabilkan balik hormon alhamdulillah.
Jadual Diet Dengan Kurma Ajwa Rihura | Jadual Pemakanan Diet Kurma Ajwa
Pagi: 7 biji Kurma Ajwa sebelum sarapan sewaktu perut kosong, lepas makan 7 biji ajwa minum air putih. Anda akan lebih bertenaga. Amalkan selama sebulan, pasti diet berkesan tanpa tekanan. Air putih bantu untuk serapan khasiat zat nutrisi buah kurma ajwa asli ini.
11pagi: Minum susu kurma Ajwa (ini buat sendiri jer senang dan sangat fresh sedap, organik sangat bagus untuk berdiet) Cara buat susu kurma Ajwa korang boleh tengok di SINI.
Sekiranya malas atau tak ada masa nak buat susu kurma, anda boleh masukkan kurma terus ke dalam susu segar atau makan dengan roti, biskut, bubur kurma dan pelbagai resepi menarik tetapi jangan guna santan dan gula.
Makan Lunch: Pada waktu makan tengahari, makan seperti biasa iaitu menu nasi putih dan lebihkan lauk serta sayur-sayuran. Elak makan lauk yang berminyak dan berlemak, kalau boleh tak perlu ambil langsung.
Tetapi makanan berminyak seperti ayam goreng anda boleh makan jika dimasak di dalam air fryer atau tidak menggunakan minyak. Boleh juga tukarkan kepada ayam bakar.
Makan Petang: Amalkan 3 Biji kurma Ajwa Rihura atau lebih lagi tiada masalah. Sebenarnya kandungan kurma ajwa ini akan bagi tenaga kepada anda. Jangan terkejut kalau anda boleh stay up buat kerja sampai malam tanpa letih jika hari-hari buat pengamalan ajwa ni.
Dinner: Boleh ambil nasi putih lebihkan sayur buah dan lauk atau roti atau makanan berat lain sebelum jam 7 atau 8 malam.
Atau
Jadikan kurma sebagai hidangan makan malam, tak perlu makan nasi dan lauk pauk pada malam hari. Pada malam hari, tubuh lebih banyak berehat. Jika ambil makanan berat, tubuh tertekan, ia menjadi lemak.
Jika nak makan kurma, boleh pelbagaikan seperti makan dengan roti (jadikan pati kurma Ajwa terlebih dahulu). Pati itu juga boleh guna untuk buat susu kurma, masukkan saja pati kurma tersebut ke dalam susu tepung atau susu segar, susu kurma ajwa anda siap diminum!
Supper (tengah malam): Sebelum tidur, makan 3-5 biji kurma ajwa atau air nabeez (air rendaman kurma Ajwa yang direndam dari petang jam 6 petang (rendam 6 jam). Amalan makan kurma pada malam hari akan menyebabkan organ dan tubuh berehat.
Air nabeez boleh dibuat pada malam hari, dan boleh dibiarkan rendaman 3-7 biji kurma dalam air putih sehingga semalaman. Pagi subuh esok boleh diminum air nabeez tersebut dan makan buahnya.
Kelebihan Dan Khasiat Kurma Ajwa Rihura Untuk Diet / Kuruskan Badan
Jom lihat apakah kelebihan dan khasiat kurma ajwa asli Madinah Rihura untuk diet dan kuruskan badan. Bagi anda yang ingin lebih kurus, dapat tubuh badan yang ideal, kawal makan dan sebagainya, sis sangat sarankan untuk anda mula amal makan kurma Ajwa. dan lihat perbezaan kesihatan anda.
Berikut adalah Kelebihan Makan Kurma Ajwa untuk Diet atau Kurus
- Melancarkan sistem pencernaan / pembuangan/ penghadaman.
- Buang segala toksid kotoran.
- Kaya antioksidan, mencegah penuaan, kulit lebih awet muda.
- Menguatkan antibodi tubuh badan / stamina / ketahanan badan.
- Lebih cepat kenyang, tak terlalu kerap makan lagi.
- Jika kerap makan, tidak akan ambil makanan berat berlebihan lagi.
- Mudah kawal pemakanan, akan makan dalam portion
- terbaik dan mudah mendapatkan tubuh badan idea secara selamat dan semulajadi.
- Bertenaga sepanjang hari, cergas dan kuat.
- Badan rasa lebih ringan
- Mudah nak bernafas pada malam hari sebab tubuh kaya antioksidan
- Tubuh segar bugas selepas amal air nabeez
- Perut rasa sedap sejuk dan tak gastrik atau kosong
Percaya atau tidak, disebalik kandungan serat yang tinggi, khasiat yang hebat untuk penjagaan kesihatan diri, 'Kurma AJWA juga MENGENYANGKAN perut, sekaligus boleh dijadikan menu diet. Daripada kita amal supplement atau produk yang sendiri tak pasti selamat atau tak untuk diet.
Lebih baik kita amalkan makanan yang memang SAH selamat dan kenyang. Daya ketahanan perut, boleh pergi hingga 5 jam ke atas. Boleh ganti nasi dengan kurma. Rasa pun sedap sangat manis-manis buah.
Nak diet, makan kurma jer rahsianya. Kenyang, kurus, penyakit merbahaya terpelihara. Paling best lagi, boleh amal untuk kurus dan diet, sebabnya terus dapat kawal makan, dan buang segala toksid dalam tubuh. Alhamdulillah. Jadikan sebagai snacking ataupun rutin pagi sampai malam.
Anda boleh pilih kaedah pemakanan ajwa yang berkesan untuk diet. Nak sis bantu, boleh directly wasap Sis sendiri dekat sini (KLIK SINI UTK WASAP)
Jom diet bersama Kurma Ajwa Rihura 🙂 Lebih kenyang, lebih sedap, lebih mudah. Kurma Ajwa Madinah Original Stok segar asli dari Tanah Madinah.
Baca juga:
Ciri, Kelebihan Dan Harga Kurma Ajwa Madinah Original Rihura
7 Keunikan Dan Kelebihan Kurma Ajwa Asli Madinah
Resepi Agar-Agar Jagung Kurma Ajwa
1 ulasan:
wah menarik nih
boleh cuba lah :)
Catat Ulasan