Bisikan Jihad Di Kapal Karam Paus | Dulu Kau Kejar, Kini Aku Kejar...

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْ


Cuaca hari ini panas sangat-sangat. Dari semalam lagi dah rasa panas. tapi ku anggap ni semua sebab cuaca. Sejak dua tiga hari ini, habis je raya pertama rin tak buka fb lama-lama, kalau tidak 24 jam aku online. tapi rasa macam ada benda yang tak buat lagi. Cuma taktahu apa yang tak buat tu. Last online sebab nak jawab komen kawan-kawan dekat gambar raya pertama, nak update story fb / ig dan buat live dekat personal fb dengan seorang kawan Elite X dari Singapore.


Selepas tu memang rasa berat benar hati ni nak online dekat media sosial. Macam tak ada mood, ntah kenapa. Malam semalam, lepas teman mak mertua tengok TV, rin masuk tidur jam 11.30 malam. Tapi tak boleh tidur. Mata kuyu sangat nak lelap tapi dalam hati ni berombak-ombak rasa macam ada benda yang tak selesai lagi dan tak boleh tidur. Dah banyak kali perasaan macam ni hadir sejak seminggu akhir puasa lagi.


Tasbih tahmid zikir dan doa kubaca dalam hati, adakala suara keluar dari bibir. Suami sibuk layan Game Online dia dengan kawan-kawan walaupun lampu bilik dah tutup, dia main game di PC. maklumlah sejak raya sampai ke harini tak keluar mana-mana dan kawan-kawan dia semua jenis kaki game. termasuklah dia , bila duduk di rumah ni.


Dari jam 12 malam Akhirnya Rin tengok jam dan pukul 2.45 pm.. Ku nekad dalam hati tidur tidur tidurlah wahai hati. Lalu akhirnya tertidur. BacaaBISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SMA'IE, WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM  menyelimuti tidur malamku.



Gambar sekadar perhiasan (Sumber Google)


Bagaikan hidup kembali bila ku terlihat sebuah kapal karam yang tenggelam dan seekor paus biru gelap mendarat di darat di kawasan terpencil jauh dari manusia. Paus sudah meninggal namun matanya terbuka luas, bahagian kapal yang karam itu terdampar di atas kepala paus tersebut. Dalam mimpi itu, aku bersama seorang adik perempuan ku (di dalam mimpi) , seorang rakan lelaki dan seorang rakan perempuan (di dalam mimpi) bersembunyi di balik semak. 


Kami tak tahu mana pergi semua manusia ketika itu. Seolah-olah dunia tidak lagi berpenghuni. Jika berpenghuni dimana mereka semua? Mungkin kami sudah sesat di kawasan yang tak berpenghuni. 


Kami lihat satu bentuk tubuh yang sangat tinggi macam gergasi, tiada mata, namun di kepalanya ada sesuatu yang kami tak pasti tu apa, macam benda bulat, mungkin benjol di kepala atau mata dia di kepala ataupun apa, Wallahualam, sebab dia memang tak ada mata di bahagian mata. cuma kosong sahaja. ada hidung mulut sahaja. Allahuakhbar, adik berlari bergelimpangan saat terlihat makhluk itu, Aku terus lari ke arah adik perempuanku nak selamatkan dia supaya bersembunyi dari segalanya di situ. Naseblah makhluk tu terus ke tempat lain dan meninggalkan kawasan kapal karam atas paus yang terdampar di darat itu.


Kaki Jejak Melangkah Masuk Ke Kapal Karam Paus


2 Orang kawan ku mengajakku dan adik bersembunyi di dalam kapal karam itu, kerana kami semua tak tahu mana perginya semua manusia. Kenapa hanya kami di situ. Dan kami akhirnya masuk ke dalam kapal itu, MasyaAllah dalam kapal tu sangat-sangat cantik tapi rupanya ia bukan seperti yang kami bayangkan. Ada cahaya-cahaya lampu di atas lantai membentuk garisan-garisan, jangan dipijak cahaya garisan tu , habis barang jatuh atas cahaya tu terpotong menjadi 2. Seperti pisau tajam. Kami lalu dengan berhemah sekali supaya tidak terkena cahaya itu.


Dalam kapal itu umpama sebuah bangunan indah, bahagian ruang jika jalan terus ke hadapan akan bertemu dengan laut besar. Manakala terdapat tingkat atas yang bertingkat-tingkat tangganya. Saat itu, kami terdengar bunyi tapak kaki yang sangat kuat dan kami rasa makhluk menakutkan itu datang ke sini. 


2 orang kawanku terpisah jauh, mereka lari terus ke hadapan dimana terdapat laut besar. Manakala Aku dan adik perempuanku naik ke tingkat atas kapal itu. Aku terus mengejar adikku yang lari jauh naik ke atas. Dalam kami menaiki ke tingkat atas, sangat-sangat sunyi tapi seolah-olah adanya petempatan manusia di situ. Yang masih tinggal di situ. Akhirnya kami bersembunyi di dalam sebuah bilik. 



Bertemu Sekumpulan Wanita 


Masuk sahaja di bilik tu, aku terkejut lihat, ramainya wanita-wanita dalam bilik ni. Pakai tudung dan baju kurung. Ya semua muslim, ada yang melayu dan lainnya berkulit cerah dan bila mereka lihat aku dan adikku,. sedaya upaya mereka nak tolong kami sembunyikan diri. Disuruh bersembunyi dalam peti simpan barang, almari dan sebagainya. Sehinggakan aku terlalu panik terus mencabut plug peti chiller dan menyembunyikan adikku dalam peti chiller sederhana besar di rumah itu.


Ya Allah apakah dugaan kami ini Ya Allah. Aku tak pernah rasa takut macam ni, saat ini aku tak tahu ke mana kami akan pergi dan buat ,, dan aku tak tahu apakah pengakhiran kami. Wanita-wanita muslim ini menyuruh aku siap-siap memakai baju kurung seperti mereka semua. Aku diberi pakaian itu dan itu membuatkan aku tak ubah sama seperti mereka juga. Mereka suruh aku berlagak gaya seperti mereka dan diam sahajaa.


Semua berdiam diri sahaja apabila pintu rumah itu dibuka dan polis-polis datang mencari-cari manusia lain di rumah itu . namun polis hanya nampak semua wanita yang berbaju kurung ini sahaja. Selepas reda dan tiada lagi polis di dalam rumah itu, aku bertanya kepada mereka siapa mereka dan apa yang sudah berlaku. Namun semua mendiamkan diri dan tiada jawapan. 


Mereka semua seperti akur sahaja dengan arahan polis.  Aku pelik dan hairan kenapa tiada lelaki yang ramai seperti wanita-wanita ni. Dan kenapa bila polis-polis tu datang, beberapa orang lelaki dalam rumah itu semuanya menyorok dan bersembunyi sedangkan perempuan tidak.



Ya Allah, Tolong Bawa Aku Jauh Dari Sini


Beberapa hari aku di situ. Hidupnya hanya mengikut apa yang wanita-wanita muslim ini buat. Akhirnya aku tahu, di penempatan itu lelaki dibunuh, wanita ditinggalkan perlu akur dengan pemerintahan terkini mereka dan makhluk tanpa mata yang gerun itulah pemerintah mereka. Allahuakhbar. Lelaki yang tinggal dan masih hidup pun hanyalah polis-polis yang menurut perintah makhluk itu, itu sebablah mereka hidup. Aku sedih, melihat penduduk zaman ini, pemerintah mereka adalah tuhan mereka. Namun ku tahu, dalam kalangan wanita yang bersaamaku ini, ada yang ku dengar mereka berdoa kepada Allah supaya ditamatkan hidup mereka dengan syahid.


Ku terpandang di sebuah kalender tertulis nama Urumqi China. Takkan lah aku tengah berada di negara China. Makin bingung dibuatnya sehingga aku rasa ini mainan mimpi tidur. Dalam mimpi sendiri aku tahu aku macam bermimpi, tapi aku tak daya nak bangun. Sebab ku rasa ada sesuatu yang tak selesai lagi, aku terfkir adikku yang dalam mimpi yang aku sembunyikan tadi iaitu beberapa hari lepas. Belum lagi aku selamatkan. Aku pun taktahu mana dia sekarang.


Hari berganti hari, aku tak sedar lagi dimana adikku berada. Puas aku cari ditempat yang aku sembunyikan dia. Di peti almari, peti sejuk, chiller, belakang almari , bilik ke bilik dalam kawasan itu ku lalui, namun aku tak temui.  


Kehidupanku bersama wanita-wanita itu berjalan seperti biasa dimana aku dah jadi sebahagian daripada mereka. Rupanya mereka semua adalah pelajar Muslim di China. Ya Allah, kenapa Engkau lorongkan aku ke sini. Apa sebenarnya mimpi ini! bentak hatiku dalam mimpi tersebut. Aku sedar aku tengah bermimpi ni, kenapa ni Ya Allah, Aku nak bangun dari mimpi ini, namun sukar sangat tak bangun-bangun lagi. 



Bisikan Seorang Wanita Muslim Tua 


Suatu hari, sedang aku bersama dengan wanita-wanita muslim ini, seorang wanita tua berhijab hitam dan sangat-sangat cantik walaupun rupanya sudah tua, dan gigi jarang-jarang, dia datang menghampiriku ketika aku sedang makan bersama-sama wanita yang lain. 


Beliau berkata dengan berbisik kepadaku, "Kalau kita tak dapat jihad untuk keluarga, jihadlah untuk orang Islam di luar sana, tolonglah". Meramu-ramu air mata ini jatuh lepas terdengar bisikan dia. Aku tak dapat jumpa mana adik aku.. aku taktahu apa dah jadi dengan life aku sekarang hanya kerana takutkan pada makhluk tidak bermata tempoh hari , aku terpisah dengan kawan-kawan dan adikku. dan akhirnya aku terdampar bersama mereka ini mengikut pemerintah yang merupakan makhluk hodoh itu.


Aku rasa bila aku bersama mereka ini, aku hanya menyembunyikan diri dan tak keluar membantu orang lain, apatah lagi cari family aku. Aku sekadar nak selamat kan diri, aku taknak jadi seorang penting diri lagi. Lalu ku buat keputusan untuk pergi dari situ tanpa pengetahuan orang lain. "Allahuakhbar, berkat Nama Allah yang maha Kuat, yang Maha Kuasa" ayat yang ku niat dalam mimpi aku terus bangun dan mengikut jejak keluar dari tangga yang ku datang pada mula-mulanya. Ia terselindung di sebalik kegelapan pintu bilik belakang dapur sana. Ku keluar dari situ, saat itu aku nampak seorang budak kecil bersembunyi di balik pintu dan mengendap-ngendap.. Ya Allah adakah itu adikku?


Ku panggil, dia tak menyahut, ku kejar dan dia lari. Adik, adik kat mana.. akak datang ni adik...


Kisah mimpi ini tamat sebegitu.. Aku tak dapat jumpa adik perempuan itu.



Teringat Kisah Mimpi Yang Lebih Kurang Sama 6 Tahun Lepas 


Ya Allah, siapa budak ni..adik aku ker? Aku pun tak sangka dalam mimpi aku ada adik , apapun mungkin itu mainan tidur. Tapi kenapa dia lari bila aku panggil dia...Namun, mimpi ini mengingatkan aku pada mimpi 6 tahun lepas, sebelum aku berkahwin.


Pada waktu itu, aku cuma tidur seorang di rumah sewa, sebelumku berkahwin. Mimpi yang sama dimana aku dan kawan-kawan di kejar oleh makhluk tidak bermata ini, namun aku tak tahu makhluk ini ada mata atau tak sebenarnya. Sebab rupa dia sangat hodoh namun kejadiannya sangat misteri. 


Saat aku berlari, aku terlihat seorang budak mengejar-ngejar aku.. namun aku lebih kencang berlari.. kerana ku takut pada budak tu..aku ingat dia adalah makhluk lain atau hantu..Ya Allah pada hari ini, aku teringat mimpi laluku..apakah budak itu berlari.. sebab nak minta tolong pada aku.. kerana itu dia kejar aku..dan adakah budak itu dalam mimpi aku sebagai adikku..?


Astaghfirullahalazdim. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa yang pernah aku lakukan secara sedar atau tidak.. Sesungguhnya kisah mimpi ku ini adalah kisah benar, dan aku tahu ada hikmah mimpi ini untuk aku lebih ingat kepada Allah SWT . 


Kerana bila aku terbangun tidur, aku fikirkan adakah ini mainan syaitan, tapi untuk apa? Apa hikmahnya? Lalu ku fikir adakah mimpi ini untuk aku jadikan iktibar? Ya, sangat banyak pengajarannya untuk diri aku.


Semalam aku menangis fikirkan zuriat yang aku usahakan, namun tak ada rezeki. Malamnya Allah bagi aku mimpi macamtu. Aku syukur sangat ya Allah, aku dapat rasa kasih sayang seorang adik perempuan walaupun dalam masa yang sangat singkat. aku bahagia Ya Allah, Alhamdulillah kerana dikurniakan rezeki ini. Dalam masa yang sama aku terfikir, aku tak dapat lindungi budak tu dalam mimpi aku. Mungkin Allah nak aku kuatkan semangat, kuatkan pendirian, kuatkan keazaaman aku dalam agamaNya. Supaya aku lebih berani menentang segala kekafiran yang berlaku dalam dunia ini.


Bila aku lihat anak-anak yang diperangi oleh Negara tak berhati perut tu, aku sebenarnya jadi lebih buntu memikirkan apa yang aku nak buat nak bantu mereka. Harini kepala pening teruk macam migrain, demam pula ni secara tiba-tiba.


3 Kali Kesinambungan MIMPI ini


Ya Allah, aku percaya mimpi itu ada 3 jenis, 

الرُّؤْيَا ثَلاَثٌ حَدِيثُ النَّفْسِ ، وَتَخْوِيفُ الشَّيْطَانِ ، وَبُشْرَى مِنَ اللَّهِ


“Mimpi itu ada tiga macam: bisikan hati, ditakuti syaitan, dan khabar gembira dari Allah.” (HR. Bukhari – 7017)


Aku pernah beli buku Tafsir Mimpi Nabi Yusof untuk aku baca dan fahami tentang mimpi Nabi Yusof Alaihissalam. Semuanya selepas aku pertama kali bermimpi seorang budak kejar aku, pertama kali aku mimpi adalah pada umur 15 tahun ketika tingkatan 3, waktu itu aku tidur di Asrama katil depan pintu bilik. Di bilik nama Bilik Bunga Tanjung, Asrama Sekolah Menengah Perempuan St. George Penang. Dalam mimpi tu , dia kejar aku di masjid yang sangat kusam dan gelap, sehingga aku anggap dia adalah hantu atau syaitan, maka lagi kuat aku lari.  


Kali kedua adalah aku mimpi waktu sebelum aku kahwin, aku dikejar oleh satu makhluk menakutkan diikuti dengan budak kecik itu bawah matanya hitam dia kejar aku sekali. Rupanya sama seperti budak yang kejar aku pada umur aku 15 tahun itu. Mimpi ini adalah ketika aku berumur 23 tahun.


Kali ketiga adalah aku mimpi pada semalam hari, aku punyai seorang adik dan kami lari bersama. tapi akhir pada mimpi semalam, aku tak dapat temui adik aku, cuma seorang budak perempuan mengintai-ngintai dan takut nak datang kepadaku.. Aku fikir itulah adikku dalam mimpi tu, cuma aku tak berdaya temui dia kembali..dan mimpi kali ini adalah ketika umurku 29 tahun.



Maaf Ya Semua,


Sejujurnya jika dikongsikan pengalaman mimpi aku ini, aku yakin tak ramai yang terkesan dengan kisah ini melainkan diri aku sendiri. Semuanya mungkin berkaitan dengan fikiran dan diriku sendiri. Kerana perkara yang belum aku lakukan itu, mungkin mengaitkan aku dengan mimpi ini. 


Aku fikir, 


Aku belum puas lagi bertaubat sepenuh penuhnya kepada Allah SWT

Aku belum lagi tinggalkan semua urusan dunia untuk kejar cinta Allah SWT

Aku belum lagi tinggalkan larangan Allah SWT

Aku belum lagi buat apa yang Allah SWT suruh

Aku belum lagi selesaikan segala hutang piutangku kepada Allah SWT

Aku belum lagi selesaikan urusan hal dunia aku dengan manusia yang lain

Aku belum lagi gunakan hartaku ke jalan Allah SWT

Aku belum lagi laksanakan tugas wajib muslim iaitu berdakwah

Aku belum lagi bantu dan manfaatkan ramai orang

Aku belum lagi bina saham untuk akhiratku di sana


Macam-macam lagi yang belumku buat. Ya Allah, Kau sempatkanlah aku untuk bersedia hadapi hari-hari mendatang dan Kau siap-siapkanlah aku untuk menempah tempatku di syurga FirdausMu tanpa hisab. Kalau sebelum ni aku hidup nak capai kejayaan dalam bisnes sebab nak bantu ramai orang, sekarang ni Aku teringin sangat-sangat nak mati syahid.


Pengajaran Dan Iktibar Dari Mimpi ini




1. Perjuangan


Mimpi ini buat aku jadi lebih kuat untuk pertahankan Islam. Aku takkan duduk diam saja tengok dunia pada hari ini yang menjatuhkan Islam. Aku takkan duduk diam sahaja kerana takut nak bantu. Kalau ditakdirkan suami dan keluarga izin, aku sendiri rasa nak pergi mati syahid dekat sana untuk berjuang atas nama Islam. Kadang-kadang aku terfikir, aku belum punya anak kerana Allah nak bagi peluang aku berjuang seboleh-bolehnya.


Dulu umurku 22 tahun, aku pernah bertemu Heliza AF dan dia menceritakan pengalaman jadi sukarelawan di Gaza Palestin pada tahun sebelumnya. Saat itu dia minta mati syahid dan mendalami kisah anak-anak yang kematian ibu bapa mereka. Tapi alhamdulillah terselamat dan balik Malaysia. Pada saat tu, selalu sangat aku tengok di media sosial tentang anak-anak Gaza ni. Ada sesuatu yang menarikku, untuk aku lihat video mereka, gambar mereka..Ada rasa kasih kat situ.Bukan sebab kasihan, tapi mungkin sebab aku anggap mereka semua yang tak ada ibu ayah ni macam anakku sendiri.


2. Pengikut Tuhan Selain Allah SWT


Aku taknak sebut pasal akhir zaman nanti apa akan jadi. Sebab aku kat sini bersifat umum dimana aku tak nak kaitkan mimpi aku dengan apa-apa sebab aku bukanlah alim, bukan ulamak dan bukanlah ustazah atau siapa-siapapun. Aku cuma beranggapan mimpi ini nak bagi pengajaran supaya aku dapat siapkan diri dan tak terpesong akidah sampai sanggup mengaku makhluk lain sebagai tuhan. Sedangkan Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Esa. 


Air mata tak habis mencurah sebab aku sedih sangat-sangat manusia satu hari nanti boleh mati dalam kekufuran jika tak kuat, Jika agongkan pemerintah yang boleh beri mereka segala galanya hatta dapat hidupkan orang mati. Aku takut. Aku takut diri sendiri pun terpesong. Cukuplah dalam mimpi sahaja aku dah ikut wanita muslim tu dan aku sendiri akur tunduk pada pemerintah mereka sedangkan aku nak selamatkan adik aku dalam mimpi dan nak lari. Agaknya sebab itu adikku tak nak datang dekat aku, dia takut dia pun akan tunduk kepada pemerintah yang sebegitu. Allahuakhbar. 


Itu semua mimpi mainan tidur rina. Cuma ini kau jadikan iktibar sahaja. Al-Quran jangan tinggal baca hari-hari, baca terjemahan sekali. Ini sahaja yang kau perlu buat sekarang ni Rina. Kau tak ada ilmu apa-apa, kau tu kosong sangat, kau jahil sangat. Kau kena dekatkan diri pada Allah. Kata hatiku mengingatkan jiwaku sendiri....


3. Jangan Tangguh


Ya, dalam mimpi ni juga aku belajar yang mana jangan sesekali bertangguh untuk buat amal kebaikan. Kalau kita tangguh, dan nak buat nanti, belum tentu nanti hati kita terbuka nak beramal. Boleh jadi hati kita dibolak balik atau iman kita tak ada lagi. 


Tolong lakukan segera apa yang kita nak buat, supaya hidayah sentiasa datang kepada kita walau apa juga kita hadapi. Walau apa juga kita harungi, semoga pendirian kita takkan ubah.


Itu baru mimpi, kalau di dunia nyata, macam mana jadinya? Kita kena kuat, tabah.. Jangan berlagak kita ni tak terpesong. Dengan kemewahan , wang ringgit, pengaruh dan lain-lain dalam dunia ini , sebenarnya ramai yang dah terpesong. Contoh paling mudah, mereka yang pergi shoping di mall dan tinggal solat dan tak kisah pasal solat, semua solat bila ada masa di rumah sahaja. Kalau keluar rumah gi jalan2 , maka solat ditinggalkan itu adalah normal.  


Itu adalah tandanya hati kita ni tak ada pendirian, terpesong hanya dengan hal dunia  sekecil-kecil sebegitu. Macam-macam lagi.  Alhamdulillah Ya Allah, Kau izinkan aku habiskan tulisan terakhir tentang mimpi ini.. Semoga dijadikan pengajaran dan iktibar buat mereka yang membaca.


Sekiranya kisah mimpi ini menjadi kegusaran atau sesuatu yang diperkatakan oleh mereka, Kau tutupkanlah kisah ini dari pandangan mata dan hati mereka agar tidak menjadi salah faham pada mereka. Apa yang aku kongsikan di sini adalah untuk iktibar kepada diriku sendiri dan mereka yang mungkin pernah mengalami situasi seperti aku dan juga kepada mereka yang ingin mengambil  iktibar dalam mengubah diri untuk menjadi lebih baik.


Assalamualaikum wbt. 


Yang benar,

Sis Rina.







1 Ulasan

Siti Awadah berkata…
Awa tak tau apa maksud mimpi rina tapi yang awa tau niat kita sama. teringin nak mati syahid di jalan Allah.