Dr.Beau, Boleh Pudarkan Parut & Jeragat Hingga Pakar Kecantikan Dunia Pun Guna! - RINA KIFLI

Sabtu, 12 Disember 2020

Dr.Beau, Boleh Pudarkan Parut & Jeragat Hingga Pakar Kecantikan Dunia Pun Guna!

Sebelum Rina story tentang Dr.Beau yang boleh bantu pudarkan parut dan jeragat, Rina nak ceritkan dulu tentang satu kisah yang benar-benar telah terjadi pada diri Rina ni. Kisahnya bermula sebaik tika selepas habis SPM dulu di mana Rina pernah kena demam campak. Waktu tu balik sekolah jalan kaki, tup tup hujan turun, makanya parut demam campak yang tak berapa baik lagi tu telah terkena hujan. Akibatnya kawasan muka yang ada parut campak tu jadi macam berkawah. Dekat bahagian tengah dahi sikit lebih kurang. Sakit kepala dibuatnya sebab tak tahu cara nak hilangkan parut yang dah lama ni. 


Rina dah cuba bermacam jenis produk, dan serius Rina katakan, hampir semua produk yang Rina dah cuba tu, seakan tak ada fungsi untuk hilangkan parut jerawat yang sekian lama ada kat wajah Rina ni. 


Nak tak nak, waktu tu Rina terus juga guna Bio Oil. Sayangnya, Bio Oil ni hanya perlu letak di tempat parut sahaja sedangkan kalau boleh, Rina nak produk yang betul-betul dapat bantu hilangkan parut, jerawat dan juga boleh cantikkan kulit wajah sekali, means boleh pakai untuk satu muka ni secara menyeluruh untuk fungsi yang pelbagai. 


serum dr beau

Atas hidung antara kedua mata tu ada parut demam campak macam berkawah dah. Misi kali ini adalah nak pudarkan lagi parut tu walaupun memang susah dan tak boleh nak buangnya. Ini gambar sebelum pakai serum Dr Beau. Gambar sebelum pakai serum tu rina pakai mekap sebenarnya, tapi gambar selepas cuba serum seminggu tu adalah muka clean (tak mekap atau pakai apa2 pun)


Pernah Juga Terfikir Untuk Cuba Produk Dalam Bentuk Serum 


Selain dari Bio Oil yang Rina gunakan tu, ada juga terfikir untuk cuba produk kecantikan wajah dalam bentuk serum. Tapi bagi memilih sesuatu produk kecantikan terutamanya dalam bentuk serum begini, ada beberapa faktor penting yang harus diutamakan. Sejujurnya, Rina ini boleh dianggap sebagai seorang pengguna yang agak cerewet! Yelah, tak kan mudah-mudah je nak tempek apa-apa produk kat muka kan? Kalau makin teruk macam mana? 


Perkara pertama yang Rina utamakan adalah kandungan produk tersebut (diperbuat daripada apa), kelebihan produk tersebut (adakah kita sesuai gunakannya bergantung kepada masalah dan jenis kulit kita), kesan penggunaan (kita kena tahu apa kesan setelah kita gunakannya).  Dan akhir sekali, barulah lihat pada harganya.


Bukan apa, kita kena tahu apa akan terjadi kalau kita pakai sesuatu produk tu. Takutnya nanti muka mengelupas, merah-merah, alergi atau apa-apa pula. Sebab tu juga penting untuk kita pilih produk wajah yang sangat trusted, dikenali dan mempunyai formulasi terbaik.


Sehinggalah hampir 6 tahun kemudian, barulah Rina diperkenalkan dengan serum wajah dengan nama DR.BEAU. Rina cukup tertarik dengan kandungannya dan sangat-sangat yakin. 


serum dr beau


Perbezaan Dr.Beau Berbanding Serum Wajah Lain Yang Ada Di Pasaran


Untuk pengetahuan, Serum Dr.Beau ini telah pun berada dalam pasaran Malaysia sejak tahun 2015 lagi dan serum Dr.Beau ini dirumus khas dari sumber Vitamin E yakni bahan herba semulajadi yang telah terbukti berkesan!  Ia juga telah digunakan oleh ramai selebriti dan pakar kecantikan di dunia. 


Wow, bukan calang-calang produk la kalau selebriti dan pakar kecantikan pun gunakannya kan? Pasti ada sebab kenapa mereka pun gunakannya. Inilah yang Rina cari selama ini. 

#1 - Dr.Beau Mengumpulkan Kesemua Pati Oil Terbaik Di Dunia

kesan penggunaan dr beau serum


Masyallah, tengok tu. Inilah senarai antara pati oil terbaik di dunia yang terkandung dalam serum Dr. Beau. Antaranya adalah Evening Primerose, Wheatgerm, Apricot Kernel, Rosehip, Argan dan juga Almond Oil. 


Kesemua minyak pati ini benar-benar mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Tak dinafikan, serum Dr.Beau ini memang lain daripada produk yang ada dalam pasaran kerana kandungannya sangat unik, hebat dan terbaik. No wonderlah pakar kecantikan dunia pun pilih serum Dr.Beau. 


Boleh Bantu Atasi Pelbagai Masalah Kulit | Serum Multi-Function 


Selalunya bila nak beli produk wajah untuk selesaikan masalah kulit ni, ia agak terhad. Sesuatu produk tu akan lebih kepada nak hilangkan jerawat atau nak putihkan sahaja. Tak banyak yang boleh bantu atasi kulit wajah yang pelbagai dalam satu masa secara menyeluruh. 


Memang pun sebegitu, sebab kalau semua benda produk tu boleh buat, takut nanti ada chemical pula. Tapi inilah satu-satunya yang Rina yakin dan suka sangat sebab Dr.Beau dihasilkan guna bahan terbaik dalam kategori herba semulajadi dan fungsinya memang sesuai dengan Rina untuk atasi masalah kulit yang pelbagai ni.

Bukan setakat hilangkan jerawat dan jeragat, tapi serum Dr.Beau juga dapat atasi masalah kulit berminyak, kulit kering dan lain-lain lagi. Pasal parut? Of course sangat boleh guna Dr.Beau ini juga sebagai salah satu usaha. Tengok point di bawah ini.


Dr.Beau Boleh Pudarkan Jerawat, Jeragat Dan Parut 3 Kali Ganda

Menurut info, serum Dr.Beau berkesan memudarkan parut, jerawat dan jeragat sebanyak 3 kali ganda daripada biasa.  Kenapa 3 kali ganda? Kerana kandungannya sangat terbaik dalam memberi manfaat untuk kesihatan wajah kita. 

Campuran minyak asli terbaik diiktiraf dunia seperti Evening prim rose, argan oil, wheatgerm, roseship dan Apricot cernel hanya terdapat pada serum Dr.Beau. Selepas menggunakan Serum Dr.Beau ini, wajah akan rasa lebih lembut apabila disentuh. Serum Dr.Beau ini memang betul-betul meresap ke dalam kulit wajah. Ini pengalaman rina cuba untuk kali pertama. Memang sedap jer rasa muka ni.

serum dr beau

Kualiti Serum Dr.Beau Terjamin

Perbezaan lain antara serum Dr.Beau dengan serum wajah di pasaran luar juga adalah dari segi kualiti dan packaging. Bungkusan memainkan peranan penting untuk sesuatu produk juga. Kadang-kadang dari bungkusan pun kita boleh agak sama ada ia produk elok atau tidak.

Dr.Beau sangat berkualiti kerana menitik beratkan cara penjagaan serum ini serta kebersihan dari segi penyimpanan dan penggunaan juga. Cuba anda bayangkan, walaupun ini adalah produk berasaskan cecair (liquid), tapi ia diletakkan dalam setiap kapsul atau berbentuk kapsul.


Setiap kapsul telah disukat dan ditetapkan oleh pakar chermist dalam ujikaji labtest untuk sukatan pemakaian ke wajah dengan tepat bagi mengelakkan pengguna melakukan titisan / drop sendiri yang mungkin mengakibatkan lebihan/ kurang kuantiti penggunaan yang di syorkan. So, sangat-sangat trusted dan selamat.


Cara Pakai Serum Dr.Beau Sangat Mudah 


Hanya perlu buka 1 kapsul untuk digunakan 1 kali, jika dirasakan tidak habis masih boleh simpan untuk guna kemudian. Nak gunakan selain dari wajah seperti pada siku atau lain-lain tempat yang ada masalah kulit juga boleh. 


Untuk Rina ni, satu kapsul hanya untuk sekali guna dan Rina pastikan guna hingga ke titisan yang terakhir. Cara nak pakai serum Dr.Beau ni pun tak susah, hanya perlu gunting hujung kapsul kemudian picit semuanya ke atas telapak tangan. Setelah itu sapukan saja pada seluruh wajah terutama pada tempat yang bermasalah. 


serum dr beau


Semua kapsul yang berisi pati minyak ini dibotolkan dalam bekas yang berkualiti. Jadi, lebih selamat dari segi penyimpanan tu. Tak terdedah kepada habuk dan lain-lain. Lagipun ia pula diletakkan dalam sebuah botol yang cantik, siap dengan packing kotak yang kelihatan esklusif, premium dan trusted gitu.  Rina bagi 5 bintang.


Kesan Yang Boleh Diperolehi Jika Menggunakan Serum Dr.Beau Secara Konsisten

Terdapat banyak kelebihan dan keistimewaan Dr.Beau ini sebenarnya. Tapi jika dilihat secara menyeluruh berdasarkan testimoni yang pernah diterima oleh ramai pengguna sebelum ini, antara kesan yang boleh diperolehi setelah menggunakan Dr.Beau ini secara konsisten adalah : 

  1. Jerawat wajah makan pudar, jeragat dan parut pun makin pudar

  2. Kulit lebih lembut, licin dan cerah

  3. Tona warna kulit lebih tampak sekata

  4. Mengecilkan dan mengecutkan liang pori wajah yang besar

  5. Menanggalkan whitehead dan blackhead

  6. Mengurangkan eyebag dan dark circle di bahagian mata

  7. menyelesaikan masalah kulit sensitif, berminyak, ekzema, kering, kulit kusam

  8. menggantikan tisu kulit muka yang rosak akibat cuaca panas berlebihan/ salah guna produk merkuri 

  9. Rambut lebih sihat dan berkilat (khasiatnya juga untuk sihatkan rambut)


Inilah Kelebihan Serum Dr.Beau By Teja Herbs Yang Rina Dah Lama Idamkan! 

1 - Hapus Jerawat

Jerawat berpunca daripada radikal bebas atau kotoran wajah yang tak dapat kita kawal. Kadang-kadang rasa dah cukup jaga kulit muka, tapi tumbuh jerawat juga. Tak perlu stress sebab Serum Dr.Beau memberikan kesan pengecutan jerawat yang agak pantas dan berkesan.


2 - Pudarkan Parut Dan Jeragat

Inilah yang membuatkan rina nak sangat guna serum Dr.Beau ini. Serum ni bukan sahaja dapat hapuskan jerawat, tetapi ia dapat pudarkan jeragat dan parut 3 kali lebih cepat! Siapa tak cuba minyak pati terbaik di dunia ni memang rugi sebab pencarian produk parut rina dah berakhir lepas jumpa Dr.Beau. Dengan campuran 6 minyak pati terbaik di dunia, alhamdulillah ia berkesan.


3 - Kulit Boleh Jadi Lebih Cerah

Dulu rina cukup takut nak kata kulit cerah, sebab nanti nampak gelap dan kusam juga. Tapi alhamdulillah kali ni memang terasa macam sedikit cerah. Tak perlu nak tonyoh strawberry, karot, orange bagai dah kat muka. hehe. Tapi syaratnya, guna serum Dr.Beau secara konsisten jer.


4 - Penggantian Sel Tisu Kulit Muka

Sekiranya kita ada jerawat dan jeragat, serum ini juga dapat membantu menggantika sel kulit atau tisu kulit wajah kita dengan kulit yang baru. Tapi tak perlu risau sebab ia tidak langsung mengelupas. Ia sangat-sangat mesra produk, selamat, sihat dan semulajadi. Kulit tumbuh baru dengan lebih cantik lagi.


5 - Boleh Atasi Pelbagai Masalah Kulit Pada Badan Juga 

Percaya atau tidak, serum Dr.Beau ni memang ajaib dan terbaik. Sebabkan ia selamat, jadi keberkesanan tu pun menjadi tau. Tambah-tambah yang ada masalah kulit macam-macam, pasti happy bila dapat selesaikan masalah kulit.

Antara masalah kulit yang boleh diatasi adalah seperti kulit berminyak, kulit sensitif, kulit kusam, kombinasi masalah kulit dan juga ekzema. Kulit gatal-gatal teruk berkerutu, guna serum ni pun dapat jadi lebih baik.

Antara kelebihan Serum Dr.Beau yang lain adalah seperti berikut :

  • mengecilkan liang pori besar yang menyebabkan muka kelihatan lebih tua dari usia sebenar.

  • mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan pada wajah.

  • menggalakkan sel kulit baru dan rambut menjadi lebih sihat.

  • menyelesaikan masalah whitehead dan blackhead terutama bahagian hidung dan dagu.

  • mengurangkan eyebag dan dark circle pada bahagian mata. 


Dr.Beau Serum Review : Ramai Cakap Ini Serum Wajah Yang Bagus 

serum dr beau

serum dr beau

serum dr beau


Pengalaman Testimoni Rina Sendiri Selepas Menggunakan Dr.Beau 

Perkara yang paling Rina nampak dengan ketara, Alhamdulillah sekarang ni, tiap pagi bangun rasa kulit wajah lembut sangat-sangat. Makin happy bila bangun tengok dekat cermin, kelihatan tona wajah ni makin cerah pun ada. 


Apapun, parut dan jeragat memang makin pudar! Itu adalah win yang besar! Bertahun Rina mencari produk yang sesuai dan serasi dengan masalah yang Rina hadapi, akhirnya baru kini berjaya. 


Rasa happy tu sukar untuk Rina jelaskan dalam bentuk perkataan di dalam artikel ni, yang pasti Rina benar-benar puashati dan nanti Rina nak repeat beli serum ni setiap kali dah habis. Benar-benar dah jadi pengguna tegar ni. Sekali cuba terus jatuh cinta kiranya! Manakan tidak, dah lama mencari baru kini mendapat. 

SERUM DR.BEAU BEST! Masalah bekas jerawat Rina dah makin okay! Terima Kasih Dr.Beau and Tejja Herbs. 

serum dr beau

serum dr beau

serum dr beau

Gambar sebelum pakai serum tu rina pakai mekap sebenarnya, tapi gambar selepas cuba serum seminggu tu adalah muka clean (tak mekap atau pakai apa2 pun)

Wajah Bermasalah? Masih Cari Produk Yang Sesuai? Mungkin Boleh Cuba Dr.Beau Juga 

Rina di sini hanyalah berkongsi apa yang Rina rasa kerana Rina benar-benar gembira dengan hasilnya. Untuk anda yang lain di luar sana jika ada masalah pada wajah seperti Rina, mungkin boleh cuba Dr.Beau juga tetapi janganlah tahap taksub ye, kita hanya ikthiar selesaikan masalah wajah kita! Moga asbab kerana produk ini masalah pada wajah berjaya diselesaikan berkat bantuan dan izin Allah SWT.

Dan… seandainya memang berminat untuk cuba serta ada kesungguhan untuk jana income dalam bidang perniagaan, bolehlah ceburkan diri dengan menjadi salah seorang agent dan dropshipper bersama team Tejja Herbs. Sambil guna sambil boleh buat duit $$$, kan best tu!

Korang boleh dapatkan info lanjut dengan menghubungi team Tejja Herbs dan jika rasa nak terus grab Serum Dr.Beau ni segera, boleh terus dapatkan di website utama Tejja Herbs melalui detail yang Rina sertakan di sini. 


DR.BEAU - SERUM WAJAH PILIHAN RAMAI

Feel Naturals Feel Beautiful by Tejja Herbs 

Website : https://tejjaherbs.com/

Instagram : https://www.instagram.com/drbeau_official/



8 ulasan:

Cik Min berkata...

Wah bagus ye serum ni. Banyak jugak baca review pasal produk ni kebanyakan semua mmg rekmen

Alia Farhan berkata...

Ok.. Boleh try nnt... Saya mmg obses dengan serum.. Mask... Moisturiser.. Pendek kata obsessed dengan skincare😂

Mrs Pip berkata...

nampak memang berkesan sangat.
wow produk ni memang hebat.

sitirohaida berkata...

pernah try serum dr beau ni..memang best.soft je kulit bila pakai

Bonde Zaidalifah berkata...

Nampaknya kena cuba Dr. Beau nih, muka 40 serries nih memang mudah berjeragat kalau tak rajin guna skin care betul tak?

Maria Firdz berkata...

Nampak perubahannya tu...

Abam Kie berkata...

wah! Memang hebat penangan serum dr beau ni. sgt disyorkan kpd semua wanita yg mengalami kulit bermasalah..

Rina Kifli berkata...

Alhamdulillah terbaik.. nk kena pakai konsisten selalu ni