Wanita Inspirasi Semua | Jatuh Bangun Kejayaan - RINA KIFLI

Jumaat, 13 November 2020

Wanita Inspirasi Semua | Jatuh Bangun Kejayaan

Menjadi seorang wanita yang bekerjaya adalah idaman ramai terutamanya wanita yang ingin mencipta kejayaan diluar sana, yang ada kerjaya sendiri atau perniagaan. Namun tak dinafikan sekarang ni surirumah pun ada income sendiri. Ohya, sebelum tu nak bagitahu ni, menjadi inspirasi semua tidak semestinya mempunyai kerjaya atau income. 


Wanita inspirasi semua dari segi kejayaan kehidupan mereka, mungkin ada wanita berjaya membesarkan anak-anak, membimbing anak menjadi insan yang berguna, membentuk insan yang gemilang dan terbilang, menjaga perihal rumah tangga dan anak-anak. Inspirasi untuk kita semua yang bergelar anak, isteri, ibu dan wanita ini.

wanita inspirasi semua


Wanita Dan Kerjaya


Sememangnya benar pada zaman ini, kerjaya adalah sangat penting kerana ia umpama kejayaan dalam hidup. Namun ramai terlepas pandang kejayaan akhirat yang perlu dikejar dalam dunia ini. Adakah kita konsisten bangun tahajud setiap malam, tidak melakukan apa-apa dosa? Sudah pasti kita bukan maksum, namun bagaimana kita boleh mengubah diri untuk menjadi lebih baik dan inspirasi dunia dan akhirat. 


Bunyinya macam berat kan? Namun itulah kenyataan. Tatkala kita mengagung agongkan orang barat atas kejayaan mereka, wanita bekerjaya dan lain-lain, tapi jangan lupa apa yang perlu kita contohi untuk bekal akhirat kelak.


Fahamilah wahai wanita, biarpun kita mengejar kerjaya, jangan lupa pada 1 yang Maha Mengatur kehidupan kita.  Kadang-kadang kita sibuk mengejar nak menjadi inspirasi semua hihi tapi kita terlupa, kita cuma kejar dunia.


Alhamdulillah sis syukur sebab ramai kawan-kawan sis diluar sana yang seimbang dunia akhirat, yang boleh dijadikan inspirasi wanita kini, untuk bantu kami semua berjaya dunia akhirat. Bila sis jatuh, ramai kawan-kawan yang dijadikan inspirasi untuk sis naik semula. Tak kiralah dunia mahupun akhirat. Terima kasih kawan-kawan semua.


Sebenarnya, kita semua ni sudah berjaya jika kita usaha. Tapi ramai salah konsep 'usaha' hanya bergantung kepada tindakan. Sebenarnya usaha yang pertama adalah tawakal, kedua barulah berusaha. Sekian coretan ringkas untuk kali ini.



Tiada ulasan: