Alhamdulillah sejak berniaga kurma Ajwa ni, macam-macam resepi berkait rapat dengan kurma yang rina cuba. Ada yang egent-egent dan dropship yang cuba, ada yang rina pun cuba sendiri. Alhamdulillah banyak lagi resepi yang akan rina kongsikan di blog ini lagi insyallah.
Kali ni, Rina nak share dengan korang semua mengenai Resepi Agar-Agar Jagung Kurma Ajwa. Oh ya, Resepi ini dikongsikan oleh Sis Arifah Mohd Nor yang merupakan salah seorang Agent Rihura.
Jom lihat cara buat agar-agar jagung kurma Ajwa. Sebenarnya resepi ini adalah kegemaran dessert yang paling rina suka, sebab rina ni penggemar agar-agar dan kurma Ajwa. Jadi bila kurma ajwa bergabung dengan agar-agar dan jagung.. Perghhh dia jadi sangat marvellousss!
RESEPI "AGAR-AGAR JAGUNG KURMA AJWA"
BAHAN - BAHAN :
🔸Agar agar 1paket (terpulang)
🔸 Jagung 1 tin.
🔸 Susu cair.
🔸 Gula perang/gula kelapa
🔸 Kurma ajwa Rihura 7 biji (terpulang)
🔸 Garam secubit
CARANYA :
➡️ Rendam agar agar sekejap jer
➡️ Kemudian keluarkan jagung, masuk dalam blender bersama 7 isi kurma ajwa Rihura
➡️ Tos agar-agar, sukat ikut kuantiti anda.
➡️ Masak agar-agar bersama air ( sukatan anda )
➡️ Sukat semula jagung, masukkan air menjadi 2 tin jagung.
➡️ Bila agar-agar sudah mendidih, masukkan bahan yang di blend masuk gula secukupnya, garam secubit.
➡️ Bila mendidih, masukkan susu cair (ikut kuantiti anda), kacau hingga mendidih sedikit, tutup api.
➡️ Masukkan dalam bekas, sejukkan.
➡️ Dah sejuk siap untuk sediakan untuk anak-anak
Mudah jer kan? cuba buat satu-satu, tak makan masa yang lama pun. Resepi agar-agar jagung kurma ajwa ini sebenarnya sangat simple dan senang. Orang kata ini resepi mudah jadi. Haaa so apa tunggu lagi, kalau korang teringin nak makan agar-agar yang berkhasiat atau nak anak makan makanan berkhasiat, sis sarankan cuba resepi ini.
Tapi paling pantang adalah kurma tu. Kalau guna kurma lain belum tentu sedap. Wajib guna kurma Ajwa. Dan kalau korang nak kurma ajwa yang betul-betul asli dari Madinah (original), haruslah kurma Ajwa daripada Rihura.
Serendah RM 10 sehingga RM110 sahaja kurma ajwa Rihura bergantung kepada Gram/Kg.
Korang klik di sini untuk lebih lanjut:-
2 ulasan:
Wah! Kurma ajwa, kurma kegemaran Nabi Muhammad S.A.W. mahalkan harga kurma ni. Tapi banyak khasiatnya.
betul tu.. mmg sedap dan harga nya pun dikatakan mahal..
tapi beli dekat Rihura ada mcm2 pilihan dari 100g RM10 jer. 200,300g sampaai 1kg pun ada.
Catat Ulasan