Sebenarnya Rina sendiri tak tahu pasal Ratib Al-Attas ni, tapi sejak berkelas dengan Richworks iaitu Doktor Azizan Osman dan Team mereka, Alhamdulillah diperkenalkan dengan amalan membaca Ratib Al-Attas ini.
Apa yang Rina suka sangat tentang Ratib Al-Attas ni, ia sebenarnya tools yang sangat powerfull dalam hidup kita. Kenapa Rina cakap macamtu?
Selama ni, Rina cuma ingat Surah Ayatul Kursi sahaja sebagai pelindung diri dan sebagainya. Rupa-rupanya Ratib Al-Attas ni sangat hebat manfaat dan kelebihannya. Kalau kita semua sebagai manusia dimuka bumi ini tahu akan kelebihan bacaan Ratib Al-Attas, pasti kita sendiri akan nak amalkan bacaan ni setiap hari.
Untuk berjaya dunia akhirat, kita perlukan sesuatu. Ianya seperti vitamin yang sangat membantu kita meneruskan hidup ini. haa, gitulah perumpamaannya. Selama ni kita mungkin ingat vitamin tu sebagai tambahan je dalam tubuh. Tapi Ratib ni adalah umpama vitamin wajib. Kalau kita tak dapat, badan rasa tak sedap, tak selesa dan bila-bila masa jer kita mungkin akan jatuh sakit. Itu perumpamaan bagi rina apabila tahu akan khasiat dan manfaat bacaan Ratib Al-Attas ini.
Apabila dah letakkan matlamat nak amalkan setiap hari, Rin dah printkan dan jadikan satu buku untuk amalan Ratib Al-Attas ni, buku pdf ini pun beratus-ratus juga iaitu 163 muka surat termasuk lah dengan surah-surah terpilih dalam Al-Quran yang harus kita amalkan selalu untuk kejayaan.
Kalau ikutkan bacaan Ratib tu sahaja, tak dela sampai ratus-ratus. Rina print besar-besar tulisannya tu yang jadi ratus tu. hihi.
Sejarah Ratib Al-Attas | Apa Itu Ratib Al-Attas
Sejak kecil lagi, Habib Umar diasuh dan dididik oleh ayah beliau sendiri, iaitu al-Habib Abdur Rahman bin Aqil. Jangan terkejut, sebenarnya mata beliau buta sejak kecil, tetapi Allah memberinya kecerdasan otak dan pandangan hati (Bashirah), sehingga beliau mudah menghafal apa saja yang pernah didengarnya.
Kalau korang nak tahu, Beliau adalah keturunan Rasulullah S.A.W dan merupakan ulama besar di bumi Hadramaut , Yamen. Sangat-sangat terkenal. Jadi, Ratib Al-Attas adalah wirid indah dan sangat bermanfaat diamalkan yang telah disusun oleh beliau. Kalau tiada sebab, takkan ia menjadi begitu bermanfaat? Ya, ada sebabnya kenapa amalan ini sangat-sangat bermakna dan bernilai dalam dunia dan akhirat kita.
Dulu rina pun terfikir, betulkah. tapi bila dah amalkan, ayat-ayat dan maksudnya tu, Allahu, barulah tahu kenapa ia sangat bermakna dan rina rasa wajib amalkan selagi kita semua masih hidup ni.
Kelebihan Ratib Al Attas
1. Panjang Umur Dan Mendapat Husnul Khatimah
Berkata sebilangan ulama ahli salaf, antara keutamaan ratib ini bagi mereka yang tetap mengamalkannya, adalah dipanjangkan umur, mendapat Husnul-Khatimah, menjaga segala kepunyaannya di laut dan di bumi dan senantiasa berada dalam perlindungan Allah.
2. Dimakbulkan Segala Hajat
Bagi mereka yang mempunyai hajat yang tertentu, membaca ratib pada suatu tempat yang lapang dengan berwuduk, mengadap kiblat dan berniat apa kehendaknya, InshaaAllah dimustajabkan oleh Allah SWT. Para salaf berkata ia amat mujarrab dalam menyampaikan segala permintaan jika dibacanya sebanyak 41 kali. Rina tengah mencari kekuatan untuk mengamalkan bacaan ni. Mohon doa dari kalian yang baik-baik. Moga kalian pun dipermudahkan.
3. Menjaga Rumah Dari Kebakaran Dan Kecurian
Seperti jauhkan dari bala, ia menjaga rumah kita dan 40 rumah-rumah jiran dari kebakaran, kecurian dan terkena sihir. As-Syeikh Ali Baras berkata: “Apabila dibaca dalam suatu kampung atau suatu tempat, ia mengamankan ahlinya seperti dijaga oleh 70 pahlawan yang berkuda”.
4. Diampunkan Dosa Sebanyak Mana Pun
Sebenarnya, bacaan Ratib ini mengandungi rahsia-rahsia yang sangat bermanfaat. Sesiapa sekalipun yang mengamalkannya akan diampunkan Allah akan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut. Maka, jika ada dosa-dosa lalu kita lakukan, atau dosa kita sedar atau tak, amalkan bacaan ini insyallah Allah ampunkan.
5. Diselamatkan Dari Sihir
Sekiranya mereka yang terkena sihir membaca ratib dan mengamalkannya, Insya-Allah diselamatkan Allah dengan berkat Asma’ Allah, ayat-ayat al-Quran dan amalan Nabi Muhammad s.a.w. Kita ikhtiar, Allah pasti mendengar rintihan kita. Insyallah.
7. Selamat Dari Patukan Ular
Al-Habib Husein bin Abdullah bin Muhammad bin Mohsen bin Husein al-Attas berkata: “Mereka yang mengamalkan ratib dan terpatuk ular nescaya tidak akan terjadi apa-apa pada dirinya.
7. Selamat Dari Ketakutan
Bagi sesiapa sahaja yang ada perasaan takut, nescaya akan selamat dari segala apa yang ditakutinya. Pernah ada seorang yang diserang oleh 15 orang pencuri dan dia selamat.”
8. Meninggikan Syiar Allah dengan menyeru nama-nama Allah SWT
Allah sayang kita sebab kita ingat Dia selalu. Buktinya adalah kita tak putus-putus amalkan zikir dan doa ataupun wirid ini dengan menyeru nama-nama Allah SWT.
9. Magnet Perkara Positif
Menjadikan Ratib Al-Attas ini sebagai rutin juga dapat menarik perkara-perkara positif dalam kehidupan seperti menarik pelbagai rezeki yang zahir dan batin.
10. Menjauhkan Hal-Hal Jahat
Menolak perkara-perkara negatif dalam kehidupan seperti gangguan dan kedengkian jin, syaitan dan manusia. Mudah-mudahan terhindar diri kita dari sebarang perkara yang jahat dan hasutan syaitan.
11. Diberkati Allah SWT
Bila Allah sayang, hidup kita akan jadi berkat. Kelebihan Ratib Al-Attas juga adalah kita dapat memiliki rahsia dan cahaya yang besar dari Allah SWT tanpa kita sedari.
12. Hati Lebih Tenang
Mentor selalu cakap, tenang itu menang. Jadi, daripada hidup kita asyik resah fikir masalah, alhamdulillah moga dengan mengamalkan zikir ini selalu, kita akan menjadi lebih tenang.
13. Dipermudahkan Segala Urusan
Apabila kita dijauhkan perkara negatif dan terlindung dari segala musibah, kejahatan, malapetaka dan gangguan, Insyallah segala urusan kita menjadi lebih mudah.
Waktu Dan Cara Baca Ratib Al-Attas
Anda boleh baca Ratib Al-Attas pada bila-bila masa tetapi ada waktu afdhalnya. Najib Assadok selalu buat live baca pada waktu pagi dalam jam 7 am hingga 10 am macam tu yang saya perasanlah. Azizan Osman pula buat bacaan Ratib pada waktu malam. Setakat ni, Rina amalkan pagi.
Waktu yang lebih afdhal adalah baca pada sebelum maghrib atau selepas maghrib. Insyallah lepas ni jom kita amalkan malam ok? Sehari boleh baca 1 kali sahaja tetapi haruskan kita konsisten dan istiqamah amalkannya.
Untuk pengetahuan anda, Bacaan Ratib Al-Attas ini banyak diamalkan oleh para habib, ulama, para asatizah dan juga pelajar-pelajar dari pondok atau madrasah di sekitar Asia Nusantara juga Madrasah di Mesir dan Yamen.
Menurut Sayyid Seif Alwi, ia supaya akal boleh menjadi kuat dalam menempuh keimanan. Dalam satu hadis sahih Bukhari, Sahabat Said bin Yasin, bersama sahabat pergi ke Rasulullah dan berkata, Sesungguhnya keponakanku ini sedang sakit.
Rasulullah memegang kepala dan mengusapnya dengan niat meminta keberkatan Allah SWT. Rasulullah berdoa dengan ayat syifa dan doa-doa sambil pegang bahagian yang sakit. Kepala adalah ketua atau tunjang bagi segala tubuh badan kita.
Jom tonton penjelasannya di video ini:
Sebelum baca Ratib, kita boleh niatkan juga apa hajat dan doa yang kita mahukan insyallah mudah-mudahan Allah makbulkan hajat kita. Amiin ya Rabbal Alamin. Tak kiralah hajat untuk kesihatan, kebahagiaan, kejayaan dan lain-lain lagi.
Jika ratib al-Attas ini dibaca secara berkelompok, maka hendaklah dibaca dengan suara yang tiada terlalu keras dan tiada terlalu pelan, sesuai dengan firman Allah:
“Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula selalu merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara keduanya”. (Al-Isra’: 110)
Itu sahaja perkongsian berkaitan dengan apa itu ratib Al-Attas dan kelebihan Ratib Al-Attas ramai tak tahu. Anda juga perlu tahu waktu dan cara baca Ratib Al-Attas supaya dapat beradab ketika mengamalkannya. Moga pahala dan keberkatan milik kita semua. Mudahan Allah makbulkan. Amiin.
Rujukan:
1 ulasan:
Alhamdulillah sejak sy disihir baru dikenalkan dengan sahabat ratib ini..tidak lekang siang Dan malam sy membaca penuh dengan kesakitan Dan serangan bertubi2 hadirnya ratib ini bersyukur sangat alhamdulillah telah sehat sy sepenuhnya setelah sebulan mengamalkan 😍 masya Allah..
Catat Ulasan