Kehidupan kita sekarang ditentukan oleh apa kita buat pada 5 tahun sebelum ini. Kehidupan 5 tahun atau 10 tahun yang akan datang pula ditentukan oleh apa yang kita buat sekarang. Kalau hari ini kita masih tidak buat apa-apa, maka pada tahun yang mendatang pun hidup kita biasa-biasa, macam sekarang ni. Tiada apa-apa yang menarik dan berjaya pun.
Percaya atau tidak, untuk menjadi seseorang yang berjaya atau tidak, ia memerlukan perancangan dari segi tindakan. Kalau kita tidak menyediakan diri kita pada hari ini untuk menjadi seorang yang lebih baik dan berjaya, pastinya kita takkan mampu menjadi seorang yang berjaya seperti yang kita inginkan.
Oleh itu, jangan menyesal dengan kehidupan sekarang. Sebab apapun yang kita buat, itulah yang akan mempengaruhi kehidupan kita. Sama ada dari segi kejayaan atau kegagalan. Jangan takut jika hidup kita biasa-biasa jer, sebab tu kita yang pilih. Jangan takut juga kalau hidup kita berubah jadi luar biasa dan berjaya, itu sebab kita berani buat something yang luar biasa dan berjaya.
Kalau kita nak berjaya dan tak nak menyesal pada kemudian hari, tolong rangka kejayaan kita 10 tahun akan datang, 5 tahun akan datang. Dan buat tindakan yang sepatutnya untuk terus berjaya. Kalau ada impian tapi tak ada tindakan, percayalah bahawa u takkan dapat capai apapun impian yang u buat.
Jangan menyesal dengan kehidupan kita sekarang kalau kita dah tahu caranya, semangatnya tapi kita masih buat bodoh je. Kita masih buat tak kisah. Sebab tindakan itu adalah pilihan kita. Kita yang pilih nak terus bertindak atau nak buat tak kisah.
At the end of the day, hasil bagi mereka yang bertindak dan berusaha adalah kejayaan. Manakala hasil bagi mereka yang tidak bertindak adalah kegagalan ataupun masih stuck di tempat yang sama.
2 ulasan:
Betul tu.. Kalau nak berjaya kena mula dari sekarang. Kalau nak jadi biasa-biasa saja itupun satu pilihan juga.. Apapun yg kita buat jgan menyesal. Lebih baik menyesal buat daripada tak buat apa2 langsung haha
ha betui tu sis..suka sangat dengan komen dan pendapat sis tu hehe
Catat Ulasan