Dahulu kita mengupas isu apakah perbezaan antara mandi wajib dan juga mandi junub. Tapi korang dah tahu kan apa perbezaan mandi wajib dan mandi junub? Sebenarnya ia sama sahaja. Tak ada beza. Keduanya adalah mandi wajib. Kita mandi wajib sebab berjunub lah maksud yang sampaikan orang panggil mandi junub tu.
Ok, sekarang kita akan belajar bagaimana nak mandi wajib atau mandi junub ni. Cara mandi wajib dan mandi junub ini sebenarnya mudah dan ada cara-caranya yang betul perlu kita ikuti. Untuk pengetahuan anda, cara mandi wajib dan cara mandi junub ini telah diajar dalam hadis-hadis nabi yang sahih berkaitan mandi wajib dan junub ini.
Mengikut sumber Pejabat Mufti Agama Wilayah Persekutuan pula, para ulama’ meletakkan syarat fardu bagi mandi wajib hanya tiga, iaitu:
- Niat
- Menghilangkan najis jika sekiranya ada pada badan.
- Meratakan air ke seluruh rambut (bulu-bulu) dan badan. (Rujuk Matan Ghoyah wa al-Taqrib: 21)
Berkaitan perbahasan niat, perbuatan berniat hendaklah dilakukan ketika membasuh basuhan pertama keatas anggota badan. Manakala berkaitan bilangan niat untuk sebab-sebab hadas yang banyak, Syeikh Hasan al-Kaf menerangkan di dalam kitabnya ini dengan menyebut:
مَسْأَلَةٌ (1): إِذَا اجْتَمَعَ عَلَيْه غُسْلَانِ وَاجِبَانِ فَأَكْثَرَ (كَالجِمَاعِ وَ خُرُوجِ المَنِيّ) فَهَلْ تَكْفِي عَنْهُمَا نِيَّةُ وَاحِدَةٌ؟
الجواب: نَعَمْ تَكْفِى نِيَّةٌ وَاحِدَةٌ لَهُمَا. وَ مِثْلُهُ فِي غُسْلِ السُنَّةِ
Maksudnya: Permasalahan 1: Jika sekiranya berkumpul dua atau lebih sebab yang menyebabkan wajib untuk mandi junub seperti jima’ dan keluar air mani contohnya, adakah memadai dengan satu niat sahaja. Jawapan: Ya, memadai dengan satu niat sahaja bagi kedua-dua sebab tersebut. Sama juga bagi mandi sunat (iaitu memadai satu niat sahaja untuk dua mandi sunat). (Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah: 118).
Erti Mandi Wajib Dan Cara Mandi Wajib Sebenar
“Hakikat mandi junub ialah menjirus (mengalirkan) air ke seluruh anggota tubuh (dari hujung rambut ke hujung kaki). Sebahagian ulama mewajibkan berkumur-kumur dan menghisap air ke hidung (memasukkan air ke dalam hidung) semasa mandi junub”.( Fath al-Bari. 1/359)
8 Cara Mandi Wajib Atau Mandi Junub
7. Menjirus, meratakan dan membasuh ke seluruh tubuh badan
8. Selepas mandi tidak diwajibkan berwuduk semula jika wuduk sebelum mandi tidak batal tetapi jika sekiranya batal maka wajib memperbaharui wuduknya semula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan