Biodata Nabi Muhammad SAW | Rasulullah SAW Kita Semua - RINA KIFLI

Jumaat, 30 Oktober 2020

Biodata Nabi Muhammad SAW | Rasulullah SAW Kita Semua

Assalamualaikum wbt sahabat semua, Alhamdulillah sempena Maulidur Rasul 2020 ini, sempat Rina nak share tentang BIODATA NABI MUHAMMAD SAW iaitu kekasih Allah yang kita rindui. Pasti kita merindui baginda SAW dan sentiasa merinduinya.


Walaupun baginda sudah tiada lagi di muka bumi ini, namun ajaran dan sunnahnya adalah untuk kita ikuti. Jika kita cinta kepada Allah SWT, bererti kita cinta pada Nabi Muhammad SAW. Sebaliknya jika kita cinta kepada Nabi Muhammad SAW, kita juga cinta kepada Allah SWT. Alhamdulillah kerana kita dilahirkan dalam Islam, dikurniakan iman dan Islam.


Sememangnya kita tak sempat bertemu dengan baginda, namun haruslah kita ingati perjuangan baginda dalam menyebarkan Islam dan menjaga kesejahteraan umatnya sehinggalah hari ini. Tanpa kita sedar, Islam dan ilmu Islam yang menjaga kita dalam kehidupan ini Alhamdulillah.

Oleh itu, tugas kita sebagai umat akhir zaman ni adalah dengan menyebarkan dakwah dan ajaran Islam yang disampaikan oleh nabi kita.

biodata nabi muhammad saw



Biodata Nabi Muhammad SAW | Kekasih Allah SWT

Jom lihat Biodata Nabi SAW dan kisah berkaitan nabi Allah SAW. Mungkin sedikit sebanyak membantu anda dan generasi akan datang untuk mengenal nabi dengan lebih lagi.


Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).

Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).

Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).


Nabi Muhammad SAW pada USIA 5 TAHUN

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.


Nabi Muhammad SAW pada USIA 6 TAHUN

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.


Nabi Muhammad SAW pada USIA 8 TAHUN

Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


Nabi Muhammad SAW pada USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. · Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi dalam kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.


Nabi Muhammad SAW pada USIA 20 TAHUN

Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.


Nabi Muhammad SAW pada USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


Nabi Muhammad SAW pada USIA 35 TAHUN

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

biodata nabi muhammad saw



Nabi Muhammad SAW pada USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.


Nabi Muhammad SAW pada USIA 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.


Nabi Muhammad SAW pada USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.



ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW Yang Harus Kita Kenali

  1. Khadijah Binti Khuwailid.
  2. Saudah Binti Zam'ah.
  3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
  4. Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
  5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
  6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
  7. Zainab Binti Jahsy.
  8. Maimunah Binti Harith.
  9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
  10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).


ANAK-ANAK RASULULLAH SAW Yang Harus Kita Kenali


Qasim, Abdullah, Ibrahim, Zainab, Ruqaiyah, Ummi Kalthum, Fatimah Al-Zahra '


ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).


SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
Thuwaibah, Hamzah, Abu Salamah ,Abdullah bin Abdul Asad
SAUDARA SUSUAN
Halimah Al-Saidiyyah, Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib,Abdullah bin Harith bin Abdul ' UzzaSyaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza' , Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW

(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
Al-HarithMuqawwamZubairHamzah
***Al-Abbas
***Abu TalibAbu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
Abdul Ka ' bahHijlDhirarUmaimahAl-Bidha (Ummu Hakim)
Atiqah
##UmaimahBarrahSafiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam)


*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.



Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.


Ciri-Ciri Wajah Dan Sifat Nabi Muhammad SAW Yang Digambarkan Para Sahabat

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw. Aku melihat cahaya dari lidahnya. Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.

Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan. Rasulullah umpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah. Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.

Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona. Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat. Wajahnya seperti bulan purnama. Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah. Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang. Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut. Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

Mulut baginda sederhana luas dan cantik. Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan. Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya. Janggutnya penuh dan tebal menawan. Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah. Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya. Rambutnya sedikit ikal.

Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi. Rambutnya terbelah di tengah. Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat. Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa. Seimbang antara kedua bahunya.

Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut. Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.Warna kulitnya putih tapi sihat.

Semoga kita semua dapat bertemu dengan Rasulullah SAW di syurga kelak. Rina doakan semua yang membaca entry ini dikurniakan syurga firdaus. Amiin ya rabbal alamin. Jom ucapkan selawat ke atas Nabi. Allahummasollialamuhammad wa ala alihi wa sahbihi wassalam.


Sumber dan rujukan dari: http://www.islam2u.net

Tiada ulasan: