Sama ada anda baru sahaja memutuskan bahawa anda sudah bersedia untuk menimang anak
atau sudah lama mencuba, pasti pernah terlintas dalam fikiran anda berkaitan dengan kesuburan
lelaki atau suami anda kan. Asyik-asyik perempuan sahaja yang dipersalahkan atau dikatakan
apabila suami isteri tiada zuriat ni. Eh eh..
Masalah yang melibatkan sistem pembiakan wanita seringkali sukar untuk diubati, tetapi banyak
yang berkaitan dengan ketidak suburan lelaki juga boleh ditingkatkan kesuburannya. Jadi, jangan
risau, dan jangan salahkan sapa-sapa. Cukuplah sama-sama perbaiki diri.
Jom kami kongsikan 7 cara untuk meningkatkan kesuburan lelaki / suami yang kita boleh cuba
ikuti. Mana tahu ada yang berkesan, apa-apapun tips ini mungkin dalam membantu anda.
1. Berhenti Merokok
Antara kebaikan berhenti merokok adalah kaum suami dapat meningkatkan kesihatan yang
baik, termasuk meningkatkan kesuburan lelaki atau suami. Tabiat merokok lelaki juga boleh
mempengaruhi kesuburan pasangan wanita.
Penyelidikan menunjukkan bahawa apabila wanita terdedah kepada asap rokok, mereka
mempunyai kadar kejayaan IVF yang lebih rendah dan kemungkinan peningkatan risiko
keguguran. Bahaya tu, bukan sahaja bahaya untuk wanita merokok, tapi bahaya untuk suami
merokok, boleh menyebabkan si isteri yang terkesan.
2. Tingkatkan Berat Badan Yang Ideal
Salah satu cara untuk meningkatkan kesuburan lelaki adalah dengan memastikan bahawa berat
badan mereka ideal. Kajian telah menunjukkan bahawa berat badan berlebihan dapat
mengganggu keseimbangan hormon tubuh, yang dapat menyebabkan jumlah sperma lebih
rendah.
Jadi untuk memastikan subur bagi lelaki adalah dengan memastikan berat badan yang ideal ya?
3. Makan Makanan Yang Sihat
Terdapat sesetengah kajian yang menunjukkan bahawa diet yang seimbang dan sihat dapat
memberikan manfaat kepada kesuburan lelaki. Apa yang terbaik untuk sperma anda adalah
kemungkinan yang paling berkhasiat untuk seluruh badan anda.
Pilih sumber protein tanpa lemak (seperti ikan dan ayam), banyak sayuran dan buah segar,
lemak sihat (seperti minyak zaitun dan kacang-kacangan), dan biji-bijian.
4. Elakkan Ubat-Ubatan Tertentu
Beberapa ubat-ubatan tertentu berpotensi menurunkan pengeluaran sperma yang sihat.
Setelah para lelaki berhenti mengambil ubat-ubatan tersebut, jumlah sperma mereka akan
kembali normal atau meningkat. Antara ubatan tersebut adalah antibiotik, anti-androgens,
methadone dan banyak lagi.
5. Makan Makanan Yang Kaya Sumber Antioksidan
Antioksidan adalah molekul yang membantu menyahaktifkan sebatian yang disebut radikal
bebas yang dapat merosakkan sel. Beberapa vitamin dan mineral bertindak sebagai antioksidan
dan beberapa kajian telah menghubungkan penggunaan antioksidan dengan peningkatan
jumlah sperma. Oleh itu, penting untuk suami amalkan makanan yang penuh dengan
sumber antioksidan.
Makanan yang senang untuk mendapatkan antioksidan untuk kesuburan lelaki salah satunya
adalah kurma Ajwa Rihura. Ia merupakan kurma Ajwa Asli dari Tanah Madinah yang mempunyai
khasiat dalaman dan luaran untuk kesuburan kaum lelaki.
6. Makan Makanan Yang Kaya Dengan Folat Dan Zink
Kajian menunjukkan bahawa pengambilan folat dan zink secara bersamaan dapat meningkatkan
kesuburan lelaki secara keseluruhan, termasuklah kepekatan dan jumlah spermanya.
7. Hadkan Pendedahan Kepada Pencemaran Alam Sekitar
Secara khususnya, kajian pada tahun 2019 menunjukkan kehidupan di kawasan perindustrian dengan pencemaran udara yang teruk antara faktor penurunan jumlah sperma.
Elakkan terdedah dengan pencemaran alam sekitar sekerap mungkin juga dapat menyumbang kepada kesuburan lelaki.
Kesimpulannya, sekiranya anda menghadapi masalah kesuburan lelaki, apa yang anda boleh
lakukan adalah fokus pada peningkatan kesihatan umum anda. Cara yang disebutkan di atas
adalah antara komponen utama untuk kesuburan lelaki. Jadi, jangan kecewa, teruskan
berusaha sehingga berjaya.
yang pelbagai. Hanya mengamalkan Kurma Ajwa khasiat serta penuh dengan berkah
Doa Rasulullah SAW, tubuh badan akan memberi tindak balas dalaman untuk lebih subur
dan sihat. Insyallah.
Antara khasiat Kurma Ajwa Asli Madinah untuk kaum lelaki atau suami adalah:
- Mengelakkan mati pucuk
- Memberi tenaga untuk bekerja
- Meningkatkan libido
- Meningkatkan kesuburan
- Menghasilkan sperm yang berkualiti
- Mengenyangkan perut
- Bantu diet dan bina badan
- Cegah masalah buasir dan sembelit
- Menurunkan kadar kolestrol
- Menyihatkan jantung
Isteri juga elok mengamalkan Kurma Ajwa Asli Madinah daripada Rihura ini kerana khasiatnya penuh antioksida, untuk kesuburan tubuh, tenaga yang berpanjangan, membantu anda mendapatkan berat badan yang ideal, mudahkan proses pencernaan. Bagi ibu hamil dan ibu mengandung, kurma Ajwa ini sangat berkhasiat dalam menjaga kandungan dan menyihatkan tubuh badan.
Harga Kurma Ajwa Asli Madinah (Rihura) sangat-sangat berpatutan. Kalau kat lain, rasa lebih mahal. Tapi Ajwa Rihura ni bukan sahaja mampu milik, penting sekali ia adalah kurma Ajwa Original Madinah. Alhamdulillah. Jom dapatkan untuk suami isteri. Kalau nak beli, mudah jer. Korang klik link WASAP INI atau ke Facebook Rihura.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan