Tabiat buang air besar setiap individu boleh dikatakan tidak sama caranya. Sebahagian orang membuang air besar sehingga 3 kali sehari. Ada juga yang membuang air besar sekali dalam 3 atau 4 hari sekali. Tapi masalahnya bila 1 kali buang air besar pun duduk dalam toilet berejam - jam. ehhh korang.. Ni buang masa, penyakit atau isi masa lapang sebenarnya? heehe gurau je, jangan ambil hati ya.
Tahukah anda, sembelit berlaku apabila pergerakan usus agak lambat daripada keadaan normalnya dan menyebabkan kesukaran untuk membuang air besar. Bermaksud, sembelit menyukarkan proses pembuangan! So proses pencernaan pun terganggu sebenarnya. Ini adalah sangat-sangat serius ye, tak boleh biar-biar perkara ini berlarutan.
Baiklah, ini antara 7 cara atasi sembelit bagi dewasa dan orang tua. Jom lihat satu per satu, mungkin akan membantu anda atau sesiapa yang anda kenal mengatasi sembelit! Dengan cara atasi sembelit ini, korang tak perlu risau lagi. Jom sama-sama kita ikhtiar yang terbaik.
1. Banyakkan Bersenam
Bagi anda yang mengalami sembelit, cara atasi sembelit adalah anda harus kerap bersenam dan meregangkan badan anda. Sekiranya anda telah duduk lebih daripada 2 jam, maka bangun dan berjalanlah sebentar.
Pergerakan fizikal akan dapat meningkatkan peredaran darah, baik untuk pencernaan dan merangsang pergerakan pada usus kita. Paling mudah, peruntukkan selama 30 minit atau 1 jam untuk buat zumba di rumah. Mudah jer ikut youtube je hehe.
2. Banyak Pengambilan Makanan Probiotik
Makanan yang mengandungi bakteria baik (probiotik) seperti yogurt dapat merangsang pencernaan yang terganggu. Jadi, dengan memakan makanan yang kaya dengan probiotik juga mampu untuk atasi sembelit yang sering terjadi kepada anda.
Jangan lupa makan vitamin, buah-buahan segar dan juga sayur-sayuran. Elakkan makan makanan ringan sebarangan. Makanan juga adalah faktor utama yang mempengaruhi tubuh badan.
3. Sentiasa Mengambil Makanan Berherba Dan Berempah
Sentiasa memasukkan herba dan rempah dalam masakan seperti halia, kunyit, ketumbar dan jintan juga dapat atasi sembelit. Ramuan ini biasanya dapat memudahkan pencernaan dan membuang toksin yang terkumpul di dalam organ badan seperti limpa, hati, perut dan sebagainya.
Cara atasi sembelit ini agak mudah bagi mereka yang suka makan masakan laut berempah atau yang tidak cerewet memilih makanan. Setiap bahan rempah juga memiliki keistimewaan dan khasiatnya yang tersendiri.
4. Sentiasa Melakukan Senaman Cangkung
Ramai yang tak tahu bahawa senaman cangkung akan memberi tekanan pada perut dan usus. Pada masa yang sama, ia akan mempercepatkan dan memudahkan kita membuang air besar. Jadi, dengan melakukan senaman ini, cara atasi sembelit dan menyihatkan bahagian perut kita memang menjadi.
5. Elakkan Pengambilan Minuman Manis Dan Kopi
Kopi biasanya mengandungi kafein. Jadi, tubuh kita akan terdedah kepada dehidrasi dengan meminum banyak kopi. Perkara yang sama juga berlaku sekiranya anda kerap minum minuman yang manis.
Oleh itu, untuk atasi sembelit, pastikan anda tidak kerap minum air manis dan juga kopi. Okey? Tukarkan kepada minuman yang lebih berkhasiat seperti susu dan air suam je.
6. Amalkan Meminum Minyak Zaitun
Amalan meminum minyak zaitun pada waktu pagi, biasanya akan memudahkan kita untuk membuang air besar. Sekiranya di klinik atau farmasi, kita akan diberi parafin cair yang merupakan sejenis minyak sintetik supaya najis mudah untuk keluar.
7. Jangan Tahan Berak
Sekiranya anda ingin membuang air besar, pastikan anda segera ke tandas. Untuk pengetahuan anda, tahan berak tidak baik untuk kesihatan usus kita. Sebabkan itu juga, kemungkinan anda akan mengalami penyakit lain sama juga seperti kalau anda tahan kencing selalu.
Namun begitu, beberapa cara di atas boleh dilakukan untuk atasi sembelit bagi dewasa dan orang tua. Namun, sekiranya masalah sembelit itu berlanjutan, segerakanlah berjumpa dengan doktor. Rawatan khusus akan diberikan untuk mengatasi masalah sembelit tersebut.
Cegah Sembelit Dengan Buah Kurma Ajwa Asli Madinah
Ia adalah makanan kesihatan yang wajib dan perlu diambil oleh golongan dewasa dan berumur serta kanak-kanak. Barulah sihat dan sistem pencernaan pun lancar. Nak cuba?
10 ulasan:
Wah tq sharenya
Alhamdulillah so far tak ada masalah sembelit tapi memang betul makan kurma tu mmg elok utk mengelakkan dari sembelit mcm yg pernah kakak saya alami..
sedappppp ray suke sangat !!!
singgah sini ^^Y
https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/09/aku-bagi-kotak-misteri-pada-blogger.html
Terima kasih semua yang tinggalkan komen. Alhamdulillah, betul tu. SEmoga bermanfaat kurma ajwa madinah ini untuk semua. Amiiin..
Orng selalu amalkan kurma ajawa ni terutama wanita, masa bersalin anak mudah keluar..
Thanks utk info sembelit ni.
Mmg kalau sembelit, sakit dia lain macam.
Adeh...
Banyakkan bersenam n minum air putih tu mmg mujarab utk Saya.
Kalau yang premium tu tak manis macam yang lagi satu tu kan? Ke sama je ya kak? Hihi
waahh kurma..sedap nye..
Sha laaa tuu selalu sembelit haaa... masalah betul... ���� byk tips leh pakai nihh.. tq rin
Catat Ulasan