Cara Dan Kelebihan Buat Bisnes Dropship - RINA KIFLI

Sabtu, 15 Ogos 2020

Cara Dan Kelebihan Buat Bisnes Dropship

Tahukah anda apa maksud bisnes dropship? Dropship merupakan salah satu cara untuk mendapatkan wang daripada pembekal produk dengan mudah tanpa banyak benda yang kita perlu buat. Caranya adalah dengan mendapatkan pelanggan daripada rumah atau dimana sahaja tempat anda berada dan kemudiannya memberitahu maklumat pelanggan kepada pembekal produk. 


Anda tak perlu post barang, cukuplah promote barang dan dapatkan pelanggan sahaja.


Biasanya para dropship ini tidak memerlukan stok barangan simpanan di rumah mereka. Mereka juga tidak memerlukan untuk membungkus ataupun mengepos produk. Apa yang mereka perlu hanyalah melaporkan segala butiran maklumat pelanggan kepada pembekal produk macam yang kita perkatakan tadi.


Kini, menjadi dropship sangat cukup mudah. Kita hanya perlu mencari pembekal produk dan mendaftarkan diri sebagai dropshipper produk mereka. Dari segi pendaftaran dropship pula biasanya tidak dikenakan sebarang caj dan percuma. Namun, setiap syarikat biasanya meletakkan syarat-syarat yang berbeza.


Cara Memulakan Karier Sebagai Dropship


Sebelum anda memulakan karier sebagai seorang dropship, anda harus ketahui cara-cara yang amat menguntungkan dropship. Ini adalah cara-caranya:-




1. Cari Pembekal Yang Ada Kredibiliti


Untuk menentukan kejayaan dropshipper biasanya peranan tersebut dimainkan oleh pembekal. Sekiranya pembekal mempunyai kredibiliti yang baik, maka dropshipper juga bakal mendapatkan keuntungan juga.


Jika pembekal mempunyai masalah dari segi mendapatkan stok ataupun barangan, dropshipper juga akan terkena tempiasnya. Jadi, pastikan anda bijak dalam mencari pembekal yang berkredibiliti tinggi.


2. Perlu konsisten


Cara dan kelebihan buat bisnes dropship juga adalah kita harus konsisten dan fokus pada tujuan utama anda. Nak lagi mantap, pilih hanya dua hingga tiga produk dropship sahaja. Pasti ianya akan mudah diuruskan. Fokus dan konsisten promote sahaja kuncinya.


3. Atur Strategi Pemasaran


Nak lagi menguntungkan, kita harus memasarkan produk-produk di media sosial, blog dan juga di website. Ianya untuk menarik pembeli bagi membeli produk yang diiklankan. Makin ramai pembeli, maka makin banyak wang yang akan kita dapat daripada supplier produk tersebut.


Kelebihan Buat Bisnes Dropship


Tahukah anda, dengan membuat bisnes dropship ini juga terdapat banyak kelebihannya. Paling utama adalah dengan menjadi dropship, anda tidak perlu pening kepala untuk menguruskan stok produk. Tugas anda hanyalah mempromosi produk tersebut sehingga ianya terjual dengan banyak.


Selain itu, risiko juga sangat rendah. Ianya kerana anda tidak perlu mengeluarkan modal. Jadi anda tidak perlu risau sekiranya barangan tersebut tidak laku ataupun tidak terjual.


Menjadi dropship juga membuatkan anda bebas bekerja di mana sahaja tanpa perlu memikirkan tapak niaga. Sambil mengasuh anak pun boleh buat bisnes dropship ini juga tau!


Kesimpulannya, untuk menjadi seorang dropship tidaklah terlalu susah. Anda hanya memerlukan usaha yang gigih untuk mempromosikan sesuatu produk. Kejayaan palling best Dropship adalah apabila mendapat pelanggan, dapat komisen dan dapat rileks tanpa perlu pergi pejabat post, bungkus barang dan lain-lain. Mudah dan seronok sangat kan!


JOM JADI DROPSHIP RIHURA SEKARANG!


Pengambilan Dropship Rihura bagi produk Kurma Ajwa Asli Madinah telah dibuka. Jika ada antara anda yang berminat untuk menjadi Dropship Rihura, sila klik Gambar di bawah untuk kami bantu.








3 ulasan:

shima jelani berkata...

Senang dan mudah jadi dropship ini. Paling penting rajin berusaha :)

Abam Kie berkata...

dah dm utk jd dropshipper. tq.

Rina Kifli berkata...

Shima Jelani: Betul tu, setuju sangat. Dropship pun boleh berjaya.

Abam Kie: Terima kasih Abam Kie :)