Pengalaman Bekerja Di Rumah Orang Kaya Jutawan Sebagai Pembantu - RINA KIFLI

Ahad, 5 Julai 2020

Pengalaman Bekerja Di Rumah Orang Kaya Jutawan Sebagai Pembantu

Sis pernah bekerja di rumah orang kaya sebagai pembantu rumah, haha. Sebenarnya dia lebih kepada pembantu si business owner tu, bukan macam pembantu rumah sangat. But still duduk di rumah dia dan kena teman pergi klinik bawa anak dia, buat kuih dan macam-macam juga. Hihi.

Alkisahnya begini.

Dipendekkan cerita, waktu sis belajar di UITM Seri Iskandar dulu, sis memang dah minat bisnes dan menjual celak di universiti. Tup tup cuti semester. Jadi, nak tambah pendapatan dekat kampung masa tu banyaklah kerja kilang, mcD, kfc dan sebagainya.

Disebabkan sis jenis suka bekerja sendiri dan berbisnes, sis sendiri iklankan diri untuk dapat job yang macam kerja sendiri dengan orang. 

Sis beriklan di laman Majalah.com iaitu platform iklan percuma malaysia. 

Ini adalah iklan sis pada tahun 2012 dulu. Waktu tu sis berumur 20 tahun. Serius? Iya benar!




Dan iklan sis ini telah memperoleh beberapa feedback seperti berikut:





Waktu ini, sis tak berminat dengan iklan affiliate, pay per click dan sebagainya sebab sis nak duit hujung bulan tu untuk masuk universiti balik. Pergh betapa sis sangat berdikari. Hihi. #Gurau

Sebenarnya time tu sis memang dah buat ppc guna laman website Says waktu tu. Cuma kalau buat duit share-share iklan ni lambat sikit duit tu, memang tak dapat la hujung bulan tu gamaknya. Tak sempat nak buat masuk universiti.

Ramai Orang Hubungi Offer Kerja 


Memandangkan sis telah promote diri di website terbanyak orang masuk untuk beriklan, jadi sis menerima panggilan yang banyak untuk bekerja. Tetapi, banyak yang nak cari untuk kerja di kedai makan, kiosk dan sebagainya.

Bukan tak nak, tapi macam sis cakap sis suka kerja sendiri. Kerja sendiri dari maksud yang sis suka tu adalah kerja dengan orang dan buat apa dia suruh. Bukan dengan kedai makan atau kedai runcit. Hihi. Demand sungguh la waktu tu, padahal nak kerja sendiri je pun. Kahkah.

Dihubungi Seorang Puan

Beberapa hari selepas post iklan tu juga, sis telah dihubungi oleh seorang puan ini. Cara dia bercakap memang sangat profesional, macam ceo company besar. Serius.

Diinterviewnya sis dalam handphone waktu tu. Dia tanya, itu boleh buat tak, ini boleh buat tak dan macam-macam lagi.

Tapi conservation dengan puan tu memang ok sangat, mudah faham apa yang dia nak dan senang cerita, sis pun berminat la dengan kerja yang dia tawarkan. Memang kerja macam tu yang sis cari.

Dia invite sis datang rumah dia untuk berbincang dan terus mula bekerja kalau setuju nanti. 

Orang Kaya Penang Rupanya

Time ikut alamat rumah tu, dah macam tahu dia ni orang kaya. Kawasan rumah Sungai Nibong Pulau Pinang tu, memang tempat orang kaya. Nak masuk bagi IC kat guard, rumah teres 3 tingkat.  Mostly yang duduk kawasan tu memang ramai Cina, tiba-tiba akak ni adalah seorang melayu yang duduk situ. Nilai harga rumah tu adalah 1 juta. 

So, sampainya kat sana dan menekan butang di luar pagar. Pagar terbuka sendiri, akak tu buka dari dalam. Dia call dan jemput masuk. Eh orang nya tak nampak lagi, tapi call suruh masuk. Huhu. Dengan lafaz bismillah sis pun masuk sehingga ke pintu rumah dan memberi salam. 

Nampak puan tu duduk di sofa bangun dan jemput sis masuk, lalu sis pun masuk tapi tak duduk kat sofa hehe. Berdiri je, dia jemput duduk kat meja makan sebelah sofa. Kami dua duduk situ dan bersembang.

Orangnya kurus, bertudung, suara tersangat lembut, lihat muka dia lagi lembut. Hidung mancung kulit putih.

Dia tawarkan rina untuk jadi pembantu dia dan membantu buat kerja-kerja ni:

- Update website barang niaga online
- Update page fb 
- Tolong buat kuih raya
- Tolong tangkap gambar baju-baju jualannya
- Lukis baju kanak-kanak (design)

Okey memang best sangat kan baca jobscope dia tu. Walau tak pernah buat lagi semua tu waktu umur 20 tahun tu, tapi sis memang betul-betul berminat. Jari ini memang jiwa seni, suka tulis,lukis dan macam-macam lagi. No wonderla ada 10 tahi lalat dari jari sampai ke bahu hahah.

Gambar 8 tahun lepas (2012) sis edit, konon-konon nak niaga tudung sebab terinspirasi dengan cik puan tu.

Kerja Bermula Di Rumah Orang Kaya


Sepanjang buat semua kerja-kerja tu, sis memang duduk kat meja makan panjang tu, itulah tempat nak buat kerja dan duduk pula menghadap cik puan. 

Ada masa kami berbual kosong. Tapi yang bestnya, disediakan bilik solat, mudah nak buat apapun.

Tapi bab makan tak ada. Kat rumah tu memang macam tak berasap la sis tengok Hihi. Nak tahu sebab apa? Sebab bulan puasa. Ciaciacia. Jadi waktu kerja dalam jam 10 pagi sehingga lah 4 petang rasa berlalu begitu pantas.

Kat situlah juga sis belajar apa itu blogspot, wordpress, mini site dan lain-lain. Belajar sendiri sambil terus buat kerja. Cik puan hanya ajar 1 kali dan sis kena buat. Tak faham baru tanya. Tegas juga orangnya, bila lama kenal rupanya baru tahu dia ni belajar di universiti Mesir dan juga pernah jadi manager salah 1 company teknologi yang sangat terkenal.

Cuma dia sudah berhenti kerja dan kerja dari rumah saja. Tapi kalau tengok gaya lifestyle dia, memang rasa dia ni jutawan. Tak pun seolah-olah income bulanan keluarga dia mencecah RM100,000 sebulan. Apa yang dia buat sampai jadi jutawan senyap ni.  Orangnya humble saja. Suami kerja kilang sebagai supervisor technician.  

Dia pula hanya kerja di rumah sekarang. Mana tahu dari dulu lagi simpanan dia dah banyak waktu jadi manager dulu. Ahhh macam-macam berlegar dalam otak sis waktu duduk rumah dia tu.

Tepat jam 1 petang macam tu, dia akan keluar ambil anak dia balik sekolah. Dengan 100% kepercayaan terhadap sis, dia tinggal sis kat rumah dia seorang diri, siap bagi kunci lagi untuk apa-apa urusan kalau penting suruh kunci rumah dan sebagainya.

Anaknya pula speaking 100% tak cakap melayu, tapi sangat comel budaknya hihi. Mereka memang jenis speaking dalam rumah satu keluarga. Pernah anak dia sakit pun, sis kena ikut teman pi klinik. Ke sana sini, best juga kerja sebagai pembantu ni. 


Naik Kereta Ikut Ke Sana Ke Sini


Disebabkan dia mencipta jenama baju kanak-kanak dan dewasa sendiri, dia ajak sis ikut dia bila nak jumpa taylor dan mencari beads dan kain. Kat situ sis banyak belajar apa yang owner bisnes buat selain dari marketing di internet.

Mata dan hati dah faham business owner dari segi jual jenama baju sendiri ni buat apa dan apa. Time tu juga la banyak idea bisnes sis keluar, nak jual tudung la itu la ini la, macam-macam lagi. It was a great experience yang mengajar sis apa yang perlu buat bila jadi business owner. 

Sedar tak sedar, 8 tahun telah berlalu. Sis sekarang dah ada bisnes sendiri. Tapi bukan niche pakaian atau tudung. Cuma still pengalaman pertama yang sis dapat bila kerja sebagai pembantu di rumah orang kaya ni memang banyak mengajar dan membuka mata sis untuk berjaya.

Apa yang sis dapat belajar dari cik puan ini adalah:


1. Dia kerja di rumah dapatkan income lumayan hanya dengan buat Affiliate. Waktu 8 tahun lepas, sis memang pernah baca apa itu affiliate tapi belum buat. Sekarang #siscuba

2.  Dia suka jadi orang yang bebas hutang dan kewangan sebab itu kekayaan dan kejayaan akan lebih dekat. Kalau sudah tersasar banyak hutang, kita masih boleh berusaha untuk selamatkan diri. 

3.  Jangan putus usaha, kejayaan pasti datang kalau kita usaha. Allah yang tahu buat kerja dia. Kita cuma buat kerja kita.

4.  Jangan sombong kalau rumah besar, kereta besar, be humble saja. Sebab harta kita banyak-banyak ni pun bukan milik kita, lebih baik kita infaqkannya. Kita cari harta pun atas tujuan akhirat nak infaq harta. Nak dapatkan saham akhirat.

Itulah yang sis masih ingat sampai sekarang. Sesungguhnya bekerja di rumah orang kaya sebagai pembantu ni memang beri banyak pengajaran buat sis. Beberapa tahun pun, sis takkan lupa kepada mereka yang telah memberi ilmu bermanfaat buat sis. Alhamdulillah.


Tiada ulasan: