Assalamualaikum Wbt. Hai semua, Alhamdulillah sempat juga untuk sis update harga Kurma Ajwa Asli Madinah yang menjadi tanda tanya ramai orang ni. Mana tak nya, lepas je bulan puasa haritu sampai sekarang, ramai dah mula amalkan makan kurma ni.
Asbab merasa sample kurma Ajwa Nabi ni, ramai dah jatuh cinta dengan kurma ni. Kalau nak tahu, Rihura adalah jenama bagi perniagaan yang menjual Kurma Ajwa Asli dari Madinah. Kalau brand lain atau yang tak ada brand, korang kena hati-hati beli. Takut itu kurma ajwa dari iran, yaman dan bukan Madinah yang original. Sebabnya sekarang ni terlalu banyak kurma palsu. Serius tak tipu.
Kurma palsu bermaksud dia claim dari madinah sedangkan pokok kurma tu ditanam di tempat lain dan tak sama pun ciri-ciri kurma tu macam Kurma Ajwa Asli Madinah. Korang boleh baca juga ciri-ciri Ajwa Madinah yang original.
Gambar di atas ini adalah kurma Ajwa Asli Madinah Original dari Rihura Herbs. Nampak tak garis-garis di bahagian kurma tu. Sangat unik dan hebat kan ciptaan Allah SWT. Kalau korang rasa, memang pasti takkan tolak. Ingat semua jenis kurma sama ke? Padahal Ajwa Madinah ni adalah antara kurma yang paling sedap di dunia. Ia juga digelar kurma Nabi atau Kurma Bangsawan. Kalau nak cerita kelebihannya, memang banyak sangat-sangat tak terkata.
Jom kita lihat sekali imbas kelebihan dan kebaikan atau manfaat Kurma Ajwa Asli Madinah:
KELEBIHAN KURMA AJWA ASLI MADINAH
Kaya dengan zat besi - sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).
Baik
Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.
Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.
Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.
Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.
Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.
Menambahkan susu badan
Baik untuk kesihatan keluarkan racun dalam badan.
Menambah penghasilan sel darah merah.
Baik untuk kesihatan jantung.
Menambahkan tenaga.
Meningkatkan kesuburan.
Baik untuk sistem pencernaan/penghadaman badan
Mencegah penuaan, kecantikkan kulit dan awet muda.
Memenuhi nutrisi yang diperlukan oleh tubuh
Rasulullah SAW bersabda :
«مَنْ تَصَبَّحَ كُلَّ يَوْمٍ سَبْعَ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ فِي ذَلِكَ اليَوْمِ سُمٌّ وَلاَ سِحْرٌ»
Barangsiapa yang makan tujuh biji KURMA 'AJWA diwaktu pagi (sebelum sarapan dalam keadaan perut kosong), maka pada hari itu ia akan terhindar dari racun dan sihir."
(Hadis Sohih Riwayat Bukhari No.5445 dan Hadis Sohih Riwayat Muslim No.2047 dan yang lainnya)
HARGA KURMA AJWA ASLI MADINAH (RIHURA)
Saiz Ajwa VIP Premium adalah lebih besar berbanding saiz-saiz ajwa gred yang lain.
Harga kurma Ajwa Asli Madinah Gred VIP Premium adalah seperti berikut:
PACKING KURMA AJWA ASLI MADINAH RIHURA
Sangat mudah dibawa ke mana sahaja dan senang disimpan. Sesuai juga dijadikan hadiah kepada kawan-kawan, saudara mara dan orang tersayang. Selain khasiatnya yang sangat hebat, Ajwa Madinah ini juga sesuai untuk semua golongan dari kanak-kanak sehinggalah warga emas.
Jom dapatkan Kurma Ajwa Asli Madinah (Rihura) Sekarang.
NAK LEBIH JIMAT, JOM GRAB PROMOSI DI BAWAH:
5 ulasan:
serius tak rugi pun bila dapatkan kurma rihura ni.Sedap sangat dan yang paling penting anak-anak pun suka dengan kurma ni..
Terbaik. bukan je anak2, mak orang pun suka ni hihihihi
Banyak kelebihan kurma nie. Myra dulu tak pernah suka kurma. Bila dah rasa sekali, kurma jadi makanan bila nak diet. Sentiasa ada dalam peti ais, bukan time bulan ramadan je.
macam sedap je
https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/ada-nak-order-origami-3d.html
Alhamdulillah banyak sangat feedback puas hati dengan kurma ajwa ni. Kurma Ajwa di malaysia yang sangat fresh dan stok paling baru.
Catat Ulasan