Zaman millenia ini, sudah ramai yang sedar akan kepentingan bekerja di rumah. Selain dapat bersama keluarga dan melihat anak membesar di depan mata. Tahap kawalan stress juga akan berkurangan apabila kita bekerja secara sendiri di rumah.
Jangan pandang sebelah mata, mereka yang bekerja di rumah pun sudah menjana puluhan ribu ringgit sebulan. Siapa sangka? Tetapi ia adalah realiti. Dulu Rina sendiri pun tak percaya, tetapi disebabkan minat sangat bekerja di rumah dan mencari peluang dan ruang, Alhamdulillah ia benar-benar menjadi.
Kalaulah dari zaman universiti lagi aku tahu buat duit online, memang best. Agak-agak sekarang jadi jutawan tak? Siapa tahu. Ini zaman cyber, semuanya bermula dari laptop dan internet. Cuma duduk di rumah diam-diam. Nak duduk di kedai mamak? No Problem!
Bagaimana jika tiada internet atau laptop? Don't worry, memang ada kerja yang lumayan di rumah! Jom lihat antara kerja di rumah yang lumayan boleh kita lakukan.
1. Melabur
Melabur sememangnya boleh mendatangkan wang tetapi tolong jadi realistik! Tak semua orang ada modal untuk melabur. Betul tak? Jadi, untuk mereka yang have-have tu, banyak kepok-kepok duit taktahu nak buat apa. Tolong melabur dengan bursa Saham Malaysia. Bukan melabur dengan platform lain! Tetapi wajiblah labur ilmu sekali, kalau tak, sia-sia je jadi pelabur.
2. Jadi Penulis
Ramai orang yang nak duit dan nak kerja mudah. Tetapi yang minat menulis, mengarang dan mengeluarkan idea pula, akan berjuang menjadi seorang penulis, editor, blogger dan lain-lain lagi. Terbaik! Anda memang hebat.
Menjadi penulis hanya perlu menulis di rumah dengan platform yang tepat seperti mengambil upah menulis artikel, .menjadi ghostwriter, melakukan servis copywriting, review produk dan lain-lain lagi. Bayarannya juga cukup lumayan bergantung kepada nilai yang boleh anda berikan.
Alhamdulillah ini merupakan tahun ke-4 sis sendiri bekerja di rumah sebagai seorang penulis selepas berhenti kerja. Setakat ini, income bulanan paling banyak sis terima dari kerjaya menulis sahaja adalah RM 4,000 sebulan. Semuanya asbab sis ikuti panduan Cara Jadi Penulis Dari Zero Knowledge Sampai Berjaya Menjana Wang ini juga.
Alhamdulillah ini merupakan tahun ke-4 sis sendiri bekerja di rumah sebagai seorang penulis selepas berhenti kerja. Setakat ini, income bulanan paling banyak sis terima dari kerjaya menulis sahaja adalah RM 4,000 sebulan. Semuanya asbab sis ikuti panduan Cara Jadi Penulis Dari Zero Knowledge Sampai Berjaya Menjana Wang ini juga.
3. Blogger
Sama seperti penulis, kerjanya adalah kemaskini blog disertakan dengan platform kewangan yang tepat. Nak tak kalau orang masuk ke blog kita, kita dapat income? Ya, tetap ada caranya, yang penting kita suka menulis dan berblogging! Lama kelamaan ia boleh dijadikan pasif income juga. Untung dapat buat kerja di rumah yang lumayan dan mudah ini.
4. Jaga Haiwan Peliharaan
Duduk di rumah tanpa internet? Tak perlu risau, anda boleh jagakan haiwan peliharaan kawan-kawan dan jiran-jiran dengan upah yang berpatutan dan berbaloi. Sekiranya anda peminat kucing, offerkan diri untuk menjaga kucing kawan-kawan di rumah anda. Dah macam hotel kucing, apa salahnya kalau boleh dapat duit dengan kadar lumayan kan!
5. Memasak
Memasak adalah perkara yang mudah untuk kita lakukan di rumah. Sambil kerja di rumah, sambil dapat kita improve skill memasak dan dapat juga kita makan! Ambillah upah memasak atau menghantar makanan bagi jiran-jiran kawasan perumahan dan mereka yang ingin membeli daripada anda.
6. Buat Kek Dan Kuih
Begitu juga dengan kek dan kuih yang boleh anda buat sendiri di rumah. Sebagai salah satu kerja di rumah yang lumayan tanpa anda sedari, anda boleh menjana pendapatan yang lumayan berdasarkan jenis kek dan kuih yang anda jual.
7. Youtuber
Sekiranya anda seorang yang suka bervideo, youtuber adalah kerja di rumah yang lumayan sesuai buat anda. Dengan memuat naik video anda dan mendapatkan ramai penonton, anda bakal menjana wang ke dalam akaun melalui syarikat youtube dan kerjasama Adsense. Selain itu, terdapat banyak lagi syarikat advertising yang memberikan bayaran lumayan untuk mereka yang aktif.
8. Jadi Dropship
Siapa kata dropship tidak ada untung lumayan? Semuanya bergantung kepada jenis produk yang dijual. Selalunya produk yang mahal akan memberikan keuntungan yang cukup lumayan kepada dropship.
9. Ejen Produk
Begitu juga dengan ejen, sekiranya anda ingin menjadi ejen produk, pastikan produk tersebut sangat bagus dan mudah dijual. Namun anda boleh lihat juga saingan produk tersebut dan kelebihannya berbanding dengan produk yang lain.
10. Translator
Jadi seorang pengalih bahasa yang profesional akan mendatangkan banyak wang kepada anda. Translator sering diperlukan terutamanya bagi syarikat PKS yang mengambil pekerja luar atau freelance untuk menyiapkan sesuatu projek. Menarik bukan?
11. Kelas Di Whatsapp
Jika anda pandai berbahasa mandarin, ajar di dalam group wasap dan dapatkan yuran kelas daripada ahli yang berminat. Jika anda ingin ajar membaca Al-Quran, anda juga boleh ajar dalam kelas group wasap secara online. Hanya duduk dan kerja di rumah, pastinya amat lumayan dan tidak membebankan anda.
12. Berkebun
Anda boleh mengambil upah berkebun atau menghias pokok-pokok di rumah jiran. Jika anda tahu menggubah bunga, ia adalah kelebihan buat anda. Dengan berkebun, bukan sahaja dapat menjana wang sampingan, tetapi dapat juga anda mengeratkan silaturrahim dengan jiran tetangga.
13. Affiliate
Korang pernah dengar affiliate? Ada orang kata susah, sebenarnya tak susah jika korang berminat dengan produk affiliate yang korang jual tu? Ya, affiliate adalah kita jual produk orang lain dengan cara kita promosikan link yang diberi atas milik id kita. Sebagai contoh, lepas daftar dan terima link promote, gunakan link tersebut dan promote di facebook, blog dan sebagainya hanya dengan copywriting serta link tu.
Salah satu contoh produk affiliate yang boleh korang join adalah Klikjer.com. Tak kisahlah apa pun yang korang minat, ebook dari klikjer ni memang macam-macam niche ada. Sangat sesuai untuk anda yang nak cuba buat affiliate ni. Mudah je.
Korang masuk ke Klikjer.com dan daftar. Cuba klik dan terus daftar. Selepas tu, korang dah ada produk sendiri yang banyak dan boleh terus jana pendapatan. Kalau tak percaya, kita buat satu demi satu. Daftar terus di sini sekarang: Klikjer.com
14. Bisnes Shopee
Sama ada korang ada produk untuk dijual atau belum ada produk, tiada masalah. Kerja dari rumah yang lumayan ni memang sesuai untuk sesiapa pun asalkan ada laptop dan internet di rumah.
Jika ada produk jualan, iklankan di platform shopee. Tak perlu buat marketing lagi sebab shopee memang website terbesar yang banyak pengunjung iaitu website ke-13 ramai orang Malaysia masuk setiap hari!
Jika belum ada produk, korang boleh jadi dropship dengna mempromosikan produk orang lain di shopee. Kemudian, jika ada pembeli, anda pun dapat keuntungan. Tak buat promosi tapi shopee yang promote kan! Tapi lebih hebat lagi income anda kalau ikuti tips Panduan Bisnes Shopee.
15. Bisnes Lazada
Jika kita seorang yang suka duduk rumah saja, buatlah duit dengan bisnes lazada ini. Keuntungan yang amat lumayan sebab website lazada memang ramai orang masuk, bermakna anda tak perlu marketing produk lagi. Pasti orang buat pembelian barang anda dari lazada. Namun, untuk berjaya peroleh keuntungan 5 angka, boleh ikuti Panduan Bisnes Lazada ini.
16. Fotografi Dari Rumah
Korang nak bekerja dirumah tetapi ada bakat mengambil gambar? Jangan sia-siakan bakat itu. Fotografer pun ada yang bekerja dari rumah tau! Setelah mempunyai gambar yang cantik, korang boleh buat duit dengan memuat naik gambar di beberapa website yang perlukan gambar tersebut, pun dapat duit. Mudahkan?
Kalau ada masa nak belajar lebih pasal buat duit dengan Bisnes Fotografi ini, korang boleh baca panduan ini.
17. Jawab Survey Online
Sebenarnya, banyak website atau syarikat yang tawarkan pekerjaan menjawab survey kepada sesiapa yang berminat. Mana tahu, anda salah seorang daripadanya. Jumlah income yang ditawarkan juga sangat berbaloi dengan soalan-soalan yang dijawab.
Mudah je, duduk rumah dan jawab soalan online je. A,B,C atau D. Buatje pilihan jawapan ikut apa yang anda lalui kerana soalan ditanya adalah berdasarkan pengalaman anda menggunakan produk tertentu dan sebagainya.
Kerja di rumah yang lumayan ni memang patut korang kaji habis-habis. Pastikan ia benar-benar terbukti mudah dan boleh jana wang, terus daftar!
Banyak lagi kerja di rumah yang boleh anda lakukan. Kebanyakannya sangat lumayan jika anda benar-benar melakukannya dengan ikhlas, rajin dan diberkati Allah SWT. Jangan memilih kerja, tapi tak salah lakukan kerja yang anda minat! Jom buat kerja di rumah yang lumayan pilihan anda hari ini juga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan