Kurma Ajwa merupakan kurma bangsawan atau kurma nabi yang bertekstur lembut, kering yang lembab, halus dan sangat lazat dari Arab Saudi. Mereka ditanam di Kota Madinah. Malahan, dikatakan Kurma Ajwa ini merupakan kurma yang paling terkenal di seluruh dunia dalam kalangan muslimin muslimat.
Ciri-Ciri Kurma Ajwa
Kurma Ajwa berwarna coklat yang sangat gelap dan hampir hitam warna. Kurma Ajwa kaya dengan banyak nutrien. Tekstur kurma Ajwa ini agak lembut dan berair dan rasa manisnya tetap dikekalkan.
Inilah beberapa sebab kenapa kurma Ajwa ini merupakan kurma nombor satu di seluruh dunia. Rasanya boleh dikatakan sebagai sederhana manis dan lembut. Selain itu bila kita mengunyahnya, terasa seperti satu tekstur yang sedang mencair didalam mulut kita.
Kurma Ajwa muda pula berwarna merah dan terdapat jaluran berwarna emas yang tiada pada kurma lain. Ukuran saiz kurma Ajwa pula tidaklah terlalu besar ataupun kecil. Bentuknya pula lebih kearah bentuk bulat.
Khasiat Kurma Ajwa
Rasanya yang sedap bukan sahaja salah satu manfaat yang anda dapati dari kurma Ajwa ini. Kurma Ajwa dibekalkan dengan nutrien dan juga boleh dianggap sebagai ‘powerpack nutrien’. Walaupun saiznya tidak besar namun ia mengandungi banyak nutrien dan vitamin yang bermanfaat.
Kurma ini juga mengandungi protein, karbohidrat, serat pemakanan dan lemak yang sihat. Soal vitamin pula, kurma Ajwa diperkaya dengan vitamin A, B6, C, E dan K. Mereka juga mengandungi karotenoid yang merupakan sebahagian daripada keluarga vitamin A dan hebat untuk penglihatan.
Antara kandungan vitamin lain yang terdapat dalam kurma Ajwa termasuk folat, niacin, thiamine dan riboflavin. Kurma ini juga mengandungi kalsium, kalium, magnesium, phosophorus, natrium, besi, zink, tembaga, mangan dan selenium. Sekarang kita ketahui kenapa pengembara padang pasir sering membekalkan kurma Ajwa ini dalam perjalanannya bukan?
Kelebihan Kurma Ajwa
Ia tidak mengejutkan bahawa dengan kandungan bahan berkhasiat, vitamin dan mineral, kurma Ajwa mempunyai banyak kelebihannya. Berikut adalah beberapa kelebihan yang terdapat dalam kurma Ajwa:
1 - Membantu Proses Pencernaan
Bulan puasa ini memang mudah untuk kita terkena sembelit atau sukar untuk mencerna makanan. Ianya adalah disebabkan oleh kekurangan air pada waktu siang hari dan waktu makan yang berubah. Amat digalakkan untuk mengamalkan memakan kurma Ajwa pada bulan puasa.
Terdapat pelbagai kandungan serat yang terdapat di dalamnya. Ianya juga didapati berkesan dalam melancarkan sistem pencernaan dan seterusnya membolehkan usus berfungsi dengan lebih baik.
2 - Meningkatkan Kesihatan Jantung
Selain menggalakkan kesihatan usus besar, kurma Ajwa juga baik untuk meningkatkan kesihatan jantung kita. Eloklah dimakan sekiranya kita seorang yang sangat sibuk dan tiada masa untuk bersenam atau menjaga kesihatan tubuh badan.
3 - Anti-radang
Antioksida di dalam kurma Ajwa ini dapat membantu melindungi tubuh kita dari jangkitan, meningkatkan kesihatan jantung dan bersifat anti-kanser. Kurma Ajwa ini juga kaya dengan magnesium dan mineral.
Ia amat dikenali dengan kelebihannya dalam anti-radang. Kurma Ajwa mempunyai ciri-ciri anti-radang yang paling tinggi, sama dengan ubat-ubatan komersial seperti aspirin atau ibuprofen.
4 - Mengurangkan Tekanan Darah
Magnesium telah digunakan untuk membantu menurunkan tekanan darah. Dan kita ketahui, kurma Ajwa amat diperkaya dengan mineral ini.
5 - Risiko Strok Dikurangkan
Penyelidik mendapati risiko strok dikurangkan sebanyak 9% untuk setiap 100 miligram magnesium yang digunakan setiap hari.
6 - Kehamilan Yang Sihat
Satu kajian menunjukkan bahawa memakan kurma Ajwa pada kehamilan dapat membantu proses kelahiran dan kurangnya risiko caesar
7 - Meningkatkan Kesihatan Otak
Sesetengah kajian mendapati tahap vitamin B6 yang mencukupi dikaitkan dengan peningkatan prestasi otak dan skor ujian yang lebih baik.
8 - Kesihatan dan Kekuatan Tulang
Jumlah mineral yang banyak dijumpai pada kurma Ajwa menjadikannya makanan super untuk memperkuat tulang dan melawan penyakit yang menyakitkan dan melemahkan seperti osteoporosis.
9 - Gangguan usus
Kandungan nikotin semulajadi dalam kurma Ajwa dianggap amat baik untuk menyembuhkan pelbagai jenis gangguan usus.
10 - Anemia
Kurma Ajwa mempunyai warna gelap apabila dikeringkan, kerana kandungan mineralnya yang tinggi. Walau bagaimanapun, tahap besi yang banyak menjadikannya makanan tambahan yang sempurna untuk orang yang mengalami anemia.
11 - Penambah Tenaga
Kurma Ajwa tinggi gula yang semulajadi seperti glukosa, fruktosa, dan sukrosa. Oleh itu, ia adalah makanan ringan yang sempurna untuk menambahkan tenaga.
12 - Mengekalkan berat badan yang sihat
Kurma harus dimasukkan sebagai sebahagian daripada diet yang sihat. Ianya terdiri daripada gula, protein dan banyak vitamin penting.
13 - Kesihatan Sistem Saraf
Vitamin yang terdapat pada kurma Ajwa menjadikan ia satu rangsangan yang ideal untuk kesihatan dan fungsi sistem saraf. Selain itu, ianya juga dapat meningkatkan kelajuan dan kewaspadaan aktiviti otak.
14 - Sesuai untuk pesakit diabetes
Apa yang uniknya tentang kurma Ajwa adalah kandungan gula yang terdapat di dalamnya. Gula tersebut hanyalah monosakarida, iaitu komposisi gula yang paling ringkas dan tak perlu diuraikan lagi. Gula yang didapati dalam Kurma Ajwa adalah lebih bermanfaat, terutamanya bagi pesakit diabetes tahap ke 2.
15 - Khasiat untuk ibu mengandung dan menyusu
Kurma memang sinonim dengan ibu hamil dan menyusu kerana ia dikatakan dapat memberi tenaga yang secukupnya untuk para wanita. Pada bulan puasa kita sering lihat iklan di kaca televisyen, ramai yang kongsikan resepi campuran kurma. Antaranya kurma oat, air rendaman kurma, jus susu kurma, jus bandung kurma dan sebagainya untuk ibu mengandung dan menyusu.
Secara saintifiknya, pakar juga mendapati bahawa kurma Ajwa ini dapat membantu ibu meningkatkan susu badan dan melindungi tubuh mereka daripada penyakit dan pelbagai jangkitan.
16 - Membantu Kesuburan
Kurma Ajwa dapat meningkatkan kesuburan pada wanita ataupun kesuburan kaum lelaki. Kurma Ajwa yang sangat sesuai untuk kesuburan biasanya yang masih dalam keadaan setengah matang atau dalam keadaan masih muda. Kurma Ajwa muda berwarna merah yang cerah dengan kulit luarnya terdapat seperti goresan berwarna emas macam tulisan kaligrafi.
Selain Kurma Ajwa yang muda, sebenarnya kurma muda dari jenis lain juga berkhasiat untuk kesuburan wanita ataupun lelaki. Antaranya seperti jenis kurma barhee yang berwarna kuning ataupun hijau. Kurma jenis-jenis lain pun boleh juga namun yang paling terbaik adalah kurma Ajwa.
Kandungan dalam kurma Ajwa yang dapat meningkatkan kesuburan iaitu dengan adanya hormon botosin yang berperanan meningkatkan kesihatan Rahim. Kurma Ajwa juga dapat meningkatkan kualiti sperma pada kaum lelaki. Hal ini disebabkan dalam kurma tersebut mengandungi estradiol dan flavonoid dalam jumlah yang banyak.
Harga Terkini Kurma Ajwa
Di Malaysia, harga kurma Ajwa dikatakan memang agak mahal, iaitu mencecah lebih RM100 atas gred dan kualiti. Ianya disebabkan oleh permintaan yang tinggi di pasaran seluruh dunia berbanding dengan jenis kurma lain. Jadi jika anda menemui harga kurma Ajwa yang lebih murah, sila berhati hati kerana dikhuatiri kurma tersebut adalah tiruan ataupun dicampur dengan kurma yang lain.
Sekarang ini, kurma Ajwa ini bukan hanya terdapat di Madinah. Sekarang ini, banyak negara yang berjaya menanam kurma ini sehingga berbuah. Antara negara tersebut adalah Thailand, Indonesia, Afrika, Negara Timur Tengah dan juga negara barat.
Kesimpulannya, buah kurma secara umum mempunyai pelbagai khasiat yang telah terbukti oleh pelbagai kajian seluruh dunia. Ianya juga telah disebutkan dalam al-Quran. Jadi, tak perlu risau jika kita hanya makan kurma biasa kerana ia juga mengandungi pelbagai jenis khasiat dan kebaikan yang tersendiri.
KURMA AJWA ASLI MADINAH VIP PREMIUM
[KELUARAN RIHURA]
Jangan terkejut kalau anda dapati buah kurma Ajwa VIP Premium Rihura ini sangat besar dan sedap, ia memang fresh! Banyak testimoni dan feedback pelanggan sangat berpuas hati sehingga telah repeat order lebih dari 5 kali.
Asli dari ladang Tanah Madinah, bersaiz besar cukup mengenyangkan, gizi dan nutrisi yg sangat hebat (cepat kenyang 2-3biji pun). Paling menakjubkan khasiat Kurma Ajwa Asli Madinah ini:
.
☑️ Hindari segala jenis penyakit dan racun (jadikan amalan makan ajwa ini)
☑️ Tingkatkan tenaga sepanjang hari bekerja
☑️ Sesuai utk ibu mengandung, wanita ikhtiar hamil
☑️ Banyakkan susu badan
☑️ Suburkan kaum lelaki
☑️ Kuatkan rambut, tulang dan gigi
☑️ Lebatkan rambut anak
☑️ Meransang pertumbuhan minda dan otak
☑️ Anak lebih cerdas dan bijak
☑️ Menghalang racun dalam badan
☑️ Mengeluarkan santau,sihir, penyakit misteri, buatan org dari tubuh
☑️ Melancarkan sistem pencernaan dan lawas
☑️ Penuhi nutrisi tubuh badan (kuatkan antibodi)
☑️ Meningkatkan stamina utk ibu mengandung bersalin
Hadis Sahih: Siapa yg memakan kurma ajwa 7 biji pada pagi hari, maka tidak akan terkena racun/sihir pada hari tersebut.
Kurma Ajwa juga dikatakan berasal dari syurga, penawar penyakit tersembunyi ramai tak tahu. Elok sangat utk diamalkan seharian oleh anak2, isteri dan keluarga kita.
BRAIN BOOSTER - Baik utk minda dan daya ingatan/ pembelajaran
ENERGY BOOSTER - Stamina dan tenaga sesiapa sahaja yg makan kurma Ajwa
MILK BOOSTER - Susu badan bertambah, anak pun bertambah kenyang.
JOM MERASA KURMA AJWA ASLI MADINAH VIP PREMIUM DATES🎉😍
100gm - RM 15
200gm - RM 28
300gm - RM 40
500gm - RM 60
1 kg - RM 110
Jom beramal dengan Ajwa Asli Madinah. Semoga dilimpahkan rezeki kesihatan berpanjangan buat semua.
KLIK Wasap segera utk fast respond:
2 ulasan:
first time rasanya puasa tp x makan kurma langsung. dulu setiap hari wajib makan at least satu.
jom kita jadikan sunnah ni amalan harian.. sebab byk sangt manfaat utk tubuh :D
Catat Ulasan