Pernah tak rasa down atau jatuh sehingga tidak punya apa-apa? Kita masih mampu makan, hanya diuji dengan kesusahan seperti hutang, anak sakit, tidak ada duit pada hujung bulan, tak cukup itu ini.. Pendek kata, memang ujian dan kita rasa itu dugaan. Pasti pernah alaminya kan?
Tambah-tambah kalau kita ni bekerja yang tak tetap, gaji tiap bulan tak sama. Bisnes pula ada naik turunnya bagi orang yang ada bisnes sendiri atau memang menjana pendapatan mengikut komisen. Tidak juga dinafikan walaupun bekerja makan gaji, tetap ada orang yang sering merasa 'tak cukup'.
Pasti anda tertanya-tanya kenapa dan mengapa? Itu semua tidak penting, selagi kita tahu usaha itu berkat, halal dan kita usaha sebaik-baiknya. Yang menjadi persoalan adalah bagaimana nak buat rezeki datang bertalu-talu?
REZEKI DATANG BERTALU-TALU KERANA AMALAN
Ya, amalan sangat penting dalam hidup kita. "Kerana 80% dari kejayaan kita hadirnya daripada amalan kita juga berbanding usaha" (berdasarkan kata Founder Nurraysa, Puan Aini Zulkepeli).
Antara amalan yang menjadi kepentingan atau utama untuk menjemput rezeki datang bertalu-talu dalam kehidupan kita seharian juga adalah DOA.
Terdapat banyak doa yang boleh kita amalkan untuk memjemput rezeki atau menjadikan rezeki datang bertalu-talu. Antaranya adalah doa-doa pendek yang terkandung dalam Al-Quran. Selama ini, kita sedia maklum bahawa Al-Fatihah pun dapat memudahkan kita jemput rezeki, tetapi berbeza situasinya dengan setiap doa dan fadhilat yang kita inginkan.
DOA HARUSLAH JELAS DAN TEPAT
Doa yang kita bacakan perlulah jelas dan tepat maknanya dengan apa yang kita nak. Jika nak rezeki melimpah ruah, amalkan doa berkaitan rezeki. Jika nak rezeki zuriat, amalkan doa yang sesuai dan begitu. Tapi kebanyakan doa membawa fadhilat yang sama yang bagi namanya 'rezeki' cuma ia tidak khusus dan spesifik, rezeki apa. Sama ada, duit, kesihatan, kebahagiaan dan lain-lain lagi.
DOA REZEKI DATANG BERTALU-TALU
Jom amalkan beberapa doa rezeki datang bertalu-talu ini. Semuanya adalah doa-doa pendek yang juga terkandung di dalam Al-Quran.
DOA #1 REZEKI DATANG BERTALU-TALU
Innahaza larizzkuna maalahu minnafaad
DOA #2 REZEKI DATANG BERTALU-TALU
Ya Razzaq Dzulquwatil Mateen Urzuqni
Boleh amalkan 2 doa pendek tersebut untuk rezeki datang bertalu-talu, namun jangan lupa juga amalkan doa Nabi Yunus ini supaya mendapat keampunan atas dosa-dosa lalu kita dan dipermudahkan urusan yang akan mendatang.
lailahailla anta subhanaka inni kuntu minadzolimin
Semoga bermanfaat. Terima kasih membaca.
2 ulasan:
Terima kasih untuk perkongsian ini. Boleh diamalkan. InsyaAllah
Alhamdulillah sama2 kita amalkn.
Catat Ulasan