Berkunjung ke Avant Chocolate Cameron Highland

Memandangkan Hari Kedua di Cameron Highland adalah hari full untuk kami berjalan-jalan dan bersiar-siar. Tapi tetiba hujan pula. Rina pun rangka semula plan tempat mana yang tertutup dan tak perlu kena hujan. 

So pilihan tempat kedua Rina dan suami adalah Avant Chocolate Cameron Highland. Seriusla rina, kau tu bukannya peminat coklat sangat pun,. Alah, demi anniversary dan suami, ku gagahkan jua ke tempat coklat hahaha.

Untuk pengetahuan pembaca, tempat pertama yang kami pergi awal pagi tadi adalah Cactus Point Cameron Highland.

Hasil carian imej untuk avant chocolate cameron highlands

Itulah dia rupa Avant Chocolate Cameron Highland. Oh ya, sebenarnya ia adalah Chocolate dan Ice Cream sebab tempat ni amat terkenal dengan kedua menu tu. Coklat dan ice cream! Disebabkan rina kena berpantang ice cream, jadi hati kecil ni tak kisah pasal bab makan tu, cuma teringat kek yang meliurkan lagi sangat sedappp ahh.  Terbayang-bayang di mata ku kini. hehe.

Actually rina ingat tempat ni macam beli-belah coklat je, tapi tak sangka pula bila sampai sini, macam-macam ada kat sini. Jom tengok satu per satu.


Jualan Chocolate, Barang Kering Dan Lain-Lain

Hasil carian imej untuk avant chocolate cameron highlands

Masuk-masuk je, kita akan disajikan dengan pelbagai barang jualan berasaskan coklat, strawberry, lavender dan macam-macam lagi. Barang-barang kering atau packing yang boleh kita beli dan bawa pulang sebagai kenang kenangan. Harga barang-barang ni ok la, berpatutan macam tempat lain yang korang jumpa. 

Kalau nak cari hadiah atau pemberian untuk keluarga, saudara mara, kawan dan lain-lain, kat sini memang banyak pilihan. Cuma korang just standby duit je.

Jujur cakap kalau RM 100 tu macam tak cukup kat sini. Bawa duit banyak sikit kalau nak datang sini. itupun kalau korang jenis nak cari buah tangan kat family and friends.

Jualan Makanan Dan Aneka Kek 

Hasil carian imej untuk avant chocolate cameron highlands

Avant Chocolate Cameron Highland ini juga menyediakan kawasan makan / tempat makan yang boleh anda beli dan terus makan di situ. Ada kerusi dan meja untuk pasangan dan keluarga yang berkunjung ke sini. Maksudnya ia lebih kepada tempat makan-makan kek serta makanan berat juga.

Pelbagai jenis makanan yang boleh korang beli kat sini sama ada western atau yang lain lagi. Nasi goreng, chicken chop, lamb chop, fish n chip, chicken wing, salad strawberry, sandwich, satay dan lain-lain lagi. Tapi jangan seronok sangat, kena tahu dulu range harga dia macam mana. 

Harga kat sini lebih mahal dari Secret Recipe tau. Kek 1 slice tu dalam RM10-RM12 macam tu. Untuk hidangan makanan macam nasi goreng, spagetty, chicken chop dan lain-lain tu dalam RM 16 - RM 25.  So, kalau rasa nak makan murah-murah atau makan makanan berat, makan kat tempat lain, tapi kat sini boleh makan kek dan dessert-dessert. Kalau terliur makanan western dia, haa makan je.

Antara kek yang dijual di sini:

Image may contain: 1 person, dessert and food

Hasil carian imej untuk avant chocolate cameron highlands

Ruang Makan Avant Chocolate Cameron Highland


So dah order, jom kita ke ruang makan pula.

Hasil carian imej untuk avant chocolate cameron highlands

Hasil carian imej untuk avant chocolate cameron highlands

Rina order Kek yang bawah ni. Dalam Gambar. Actually ni macam pastri atau roti. Penuh krim lazat dan strawberry n buah campuran. Dengan hot chocolate. Emmm sedapnya.

Image may contain: coffee cup and food

Pastu makan pula Chicken wing.

Image may contain: food

Suami pula makan chicken chop! Gambar lupa nak ambil sebab sibuk makan. terlupa!

Alhamdulillah kenyang sangat-sangat makan kat sini, sekenyang dengan harganya huhu. Jadi, kami pun merantau lagi tengok-tengok kat chocolate avant ni ada apa. Dengar kata ini kilang chocolate tu sekali, tapi rupanya bahagian dapur-dapur tu tak dapat tengok. Di bahagian tertutup. Nampak dari luar pun jadilah.

Green View Garden Berdekatan Avant Chocolate Cameron Highland


Berhadapan dengan ruang makan, terdapat Green View Garden. Iaitu taman khas untuk kanak-kanak yang nak bermain dan berhibur. Juga ruang jalan kaki yang agak romantis gitu. Boleh melihat kanak-kanak bermain paddle boat. 

Hasil carian imej untuk green view garden cameron highlands

Harga paddle boat bagi setiap orang kanak-kanak adalah RM 8, berat haruslah 45 kg ke bawah tau. Anak-anak je tau, mak dengan bapa budak tak boleh naik. Kang kena tangkap dengan pulisss.

Hasil carian imej untuk green view garden cameron highlands


Makan Ice Cream Selepas Jenjalan

Selesai makan-makan dan jalan-jalan dekat situ, kami ke bahagian ais krim pula. Emm macam sedap je kan. Tapi sebab tak dapat makan ais ni, i olss tak makan dulu. Suami pula kekenyangan amat dan tak sanggup menekan perut lagi dengan makanan. Kikiki.

Wauu sedapnya. Next time kalau datang lagi, memang nak lah makan ais krim ais krim ni!

Image may contain: food

Hasil carian imej untuk avant chocolate cameron highlands

Sebelum Pulang, Wajib Beli Chocolate Dulu

Ok inilah masanya nak shopping coklat, buah kering atau apa-apa bahan makanan untuk dijadikan buah tangan kepada saudara mara, keluarga dan kawan-kawan. Terdapat banyak pilihan coklat, teh-teh, air cordial yang pelbagai perisa, buah-buahan kering seperti avocado dan strawberry. Semua ni sesuai sangat dijadikan buah tangan kepada orang jauh.

Hasil carian imej untuk avant chocolate cameron highlands

Image may contain: indoor

No photo description available.

No photo description available.

Rina pun tak lepaskan peluang membeli macam-macam dekat Avant Chocolate Cameron Highland ni. Maklumlah, ramai yang nak buah tangan dari Cameron. Ha, jadi menghabiskan masa kat sini cari barang. Antaranya green tea cameron, dried strawberry, chocolate, tea rapsberry, cordial lavender dan banyak lagi.

Selesai membayar di kaunter, maka kami pun beredar dari situ.

Image may contain: one or more people and outdoor

Next perjalanan adalah kami ke Ladang Teh Boh Cameron Highland pula!


1 ulasan:

ajumohit berkata...

lamanya tak ke cameron highland, memang wajib singgah ke ladang strawberi kalau singgah sini, lagi satu minum tea boh juga

Pages