Hari Pertama di Cameron Highland, tiba-tiba hujan renyai-renyai. Alamak, sedangkan pagi tu Rina dan suami dah plan nak ke Ladang Teh Boh. It's okey, plan terpaksa ditukar last minit. Jadi, kami ke Cactus Point yang terletak kira-kira 5 minit je dari Kea Garden Guest House atau Kea Farm.
Cactus Point adalah tempat tertutup memandangkan dia ada bumbung dan lengkap dengan kemudahan parking kereta, jadi tak membimbangkan kalau hujan pun. Cuma kena laju sedikit jalan tu nak ke sana. Nanti demam pulak kena hujan.
Setibanya Rina dan suami di Cactus Point, Cameron Highland, excited sangat nak masuk sini memandangkan rina ni peminat cactus. Di pintu masuk terdapat signboard berbunyi, Dilarang smoking dan dilarang bawa haiwan peliharaan! So pastikan tak ada kucing ikut kita, kalau kucinta padamu ikut tu tak mengapa. kehkeh.
You all bayangkan kalau datang ke sini bersama suami, si isteri tu lebih rasa excited dan seronok. Ada banyak sebab. Pertama, isteri suka berjalan-jalan berdua, kan romantis gitu. Kedua, isteri suka bunga walaupun kaktus. Ketiga, suami kena dengar cakap bila berdua ngan isteri ni. Isteri nak bergambar, jadi suami kena merelakan ambil gambar ok!
CACTUS POINT, PORT BERGAMBAR?
Betulkah? Sebenarnya tak juga. Ada tempat yang kita boleh ambil gambar dan ada tempat yang tak dibenarkan bergambar. Jangan risau, kalau tak boleh bergambar tu, dia akan tulis dilarang bergambar. Tapi dari awal masuk sampai ke belakang boleh bergambar, kecuali di satu kawasan kecil yang ada kaktus di bahagian paling belakang sekali tu, tertera 'Dilarang bergambar di sini'. Disitu sahaja tau!
CACTUS POINT KHAS UNTUK PENCINTA KAKTUS
Rina in de house! |
Ya, betul. Rugi kalau korang suka pokok kaktus tapi tak singgah di sini bila datang Cameron Highland. Cactus Point Cameron Highland ni mempunyai beratus-ratus pokok cactus dan bunga-bunga yang lainnya. Dari mula sampai hujung, semuanya pokok sahaja.
Tapi sangat sweet tau, pokok-pokok dia (spesis pokok) tu, tak membosankan langsung, malah rina dan suami jadi lebih teruja dan tak sabar tengok yang seterusnya.
Kata orang, Cactus dapat serap sinar radioaktif, so korang yang kerja menghadap laptop, komputer kat office tu better beli kaktus kecil-kecil tu untuk dijadikan teman, boleh letak di meja anda. Cantik pun cantik jugak!
DATANG DUA KALI KE CACTUS POINT
Sebenarnya kali pertama datang ke Cactus Point Cameron Highland ni, Rina nak beli terus pokok cactus dan bunga. Tapi tula suami kata esok nak balik KL baru singgah sini beli. Harini datang tengok-tengok dan jalan-jalan je. Eh gitu pulak! Dia rajin, katanya malas nak simpan kat kereta lama-lama dan malas nak angkut-angkut. Ahh pun bolehlah!
So kali pertama kami tawaf dalam 2 kali di seluruh kawasan Cactus Point ni. Sambil mencuci mata melihat keindahan semulajadi pokok cactus dan pokok bunga lain-lain. Dalam semua gambar-gambar rina ambil, mama ada berkenan pokok keladi tu sebab murah sangat. Apa lagi, ambil order satu keluarga dulu, Esok datang beli semua tu.
So you guys dah ready nak tengok apa semua jenis pokok cactus dan pokok bunga yang terdapat di Cactus Point Cameron Highland ni? Jom lihat satu per satu.
Begitulah suasana banyaknya pokok di Cactus Point Cameron Highland ni. Dalam keadaan dingin berangin memang best lepak lama-lama belek semua pokok ni. Oh ya, harga pokok-pokok ni jauh lebih murah daripada supermarket. Contoh, kat Giant jual pokok satu pasu saiz medium harga RM 30, tapi jenis pokok dan saiz pasu yang sama kat Cactus Point ni dijual dengan harga RM 9. So rugi kan kalau tak beli sini, tapi sibuk nak membeli kat tempat lain!
Jom rina belanja korang gambar pokok dengan harga dia sekali.
Wau, rumput golden! Cantikkan!
Kat rumah orang yang suka jaga pokok je selalu ada pokok merah ni. Sekali tengok dah macam sayur bayam merah pula hehe.
BUKAN SAHAJA CANTIK, MURAH PULAK TU!
Ini pokok yang mama kirim 2 pasu:
Wauuu dah macam taman bunga, cantik bunga purple ni... rasa nak robek-robekkan je bunga tu.
Pokok Aloevera, sesuai untuk yang nak tanam kat rumah. Banyak khasiat pokok Aloevera ni tau!
POKOK RUMAH ORANG KAYA: MITOS JE TU
Suami kata, rumah orang kaya banyak ada pokok ni, tapi aku rasa murah je tu. Sebab kat cameron murah kikiki. Tapi sebenarnya kaya miskin ke sama je. yang beza tu, kat rumah dia tu mungkin senang nak menjaga dan membela pokok ini. Sebab harga sini mampu milik, tak tahulah harga kat luar berapa pula kan. So inilah pokok-pokoknya:
Ha ini betul mahal sikit:
Dah lah besar, duri-duri tajammm woo. Terkena sikit kat tangan, taktaula macam mana nak cabut. Allahuuuuu. Minta dijauhkan. Kalau kaktus kecil tu tak pe. Kaktus besar ni bila rina pegang duri dia, mak oiii kerasnya.
Ok jap.. iklan jap.. nak interframe dulu:
Untuk kenang-kenangan hehe.
Next adalah pokok-pokok seterusnya. Korang mesti akan jadi lebih gilaa nak beli lagi. Jom tengok!
OKEY, SEKARANG TIBA MASA DI TUNGGU-TUNGGU
GENG-GENG CACTUS
POKOK CACTUS
Rina selalu terbayang yang merah tu macam aiskrim.. Emm sedapnya.
Kakak pula kirim beli kaktus kecil bawah ni:
Banyak lagi kaktus sebenarnya tapi rina termiss ambil gambar sebab eksaited jumpa kaktus-kaktus tu asyik dok pegang-pegang je, sampai tak pegang fon dah. Anyway, ini pula pokok yang otai-otai gitu hehe:
POKOK KATEGORI OTAI (VERSI RINA) HEHE
DAN YANG PALING FEVERET SEKALI ADALAH SATU KELUARGA BUNGA NI. JENG JENG JENG:
Cantik sangat kan!
So nak tengok real, nanti datang ke Cactus Point Cameron Highland ok. Bawa duit banyak-banyak beli pokok, tapi pastikan kat rumah ada ruang nak letak bunga-bungaaa, bolehla buat taman bunga kat rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan