Pengalaman Seram Menyewa Kenari Court Apartment, Ampang. Kisah Rinazul. - RINA KIFLI

Sabtu, 25 Januari 2020

Pengalaman Seram Menyewa Kenari Court Apartment, Ampang. Kisah Rinazul.

Image may contain: outdoor
Gambar Asal Rumah Sewa Aku dan Tempat Park Keretaku

Waktu sebelum kahwin, di sinilah tempat tinggal daku iaitu di Kenari Court Apartment, tingkat 2, blok di rahsiakan. Sejak pindah KL untuk kerja di sini, memang aku cari bilik sewa dari mudah.my. Memandangkan life aku kat sini dulu cuma makan, tidur, pergi kerja, balik tidur dan pergi kerja je, jadi memang aku sewa bilik khas untuk menginap sahaja. 

Alhamdulillah dengan kadar sewa RM 300, aku berjaya dapatkan sebuah bilik di Kenari Apartment ni dan bilik tu aku sorang je duduk, sebab aku memang cari bilik khas untuk duduk seorang. Tak nak berkongsi, nak privasi, senang!

Sebenarnya ada gambar bilik di Facebook aku, tapi aku tak nak post kat blog ni, kalau nak tengok pergi selidik sendiri di Facebook aku. Hihi. Sebab kalau aku letak sini, nanti kalau-kalau bilik tu bilik yang korang duduk sekarang, jadi nanti korang takut dan seram pulak kan. Oh ya, sebelum tu aku nak bagitau... yang tuan rumah ni sebenarnya adalah orang Cina perempuan. Tapi aku sendiri pun tak pernah jumpa owner rumah ni sepanjang 2 tahun aku tinggal sini. 


Tak Pernah Jumpa Owner Rumah


Kalau nak bayar sewa, aku akan serahkan pada akak bilik sebelah. Aku masuk menyewa pun sebab akak bilik sebelah yang letak iklan bilik ni. Pendek kata, apa-apa aku guna orang tengah je dan tak direct dengan owner rumah.

Sebenarnya, sejak masuk sini, aku tak nampak langsung seri pada rumah ni, tapi time tu apa aku kisah. Aku pun tak kisah langsung bab rumah ni, aku cuma nak ada bilik dan boleh pergi balik kerja dengan mudah, berdekatan LRT tu je. 

Mood dan otak aku ni memang fokus kerja waktu tu. Untuk pengetahuan, waktu tu aku bekerja di salah sebuah agensi Maybank sebagai Telemarketer dan kemudiannya Team Leader. Ha, sepanjang tulah kehidupan aku kat rumah ni.

Pada mulanya, setiap kali aku lalu ruang tamu nak ke tandas, aku perasan ada satu almari kosong yang terbiar di ruang tamu tu. Almari tu ada cermin, bila lalu je akan nampak diri sendiri. Agak buruk jugalah.

Satu hari, aku lalu situ dan tak pandang pun sepenuhnya cermin tu. Tapi waktu aku lalu, aku macam ternampak warna hitam je kat cermin tu. Waktu tu aku fikir positif mungkin bayang-bayang aku kot sebab lagipun tak berapa ada cahaya lampu dekat situ. So nothing i think.

Okey, kalau korang nak tahu kat rumah ni kami duduk bertiga, aku, akak bilik dpan aku dan seorang lagi duduk bilik kecil sebelah tandas. Kiranya bilik aku yang medium. Akak sebelah bilik aku tu bilik besar ada toilet dalam tandas. Seorang lagi tu bilik kecil sebelah tandas je. Jadi, nampak sangat aku sorang yang kena lalu lalang ruang tamu kalau nak ke tandas. 


Aku Dan Dapur


Sebenarnya, berhadapan bilik aku juga adalah dapur. Dapur kami ni memang sangat kotor. Sejak aku pindah rumah tu lagi. Aku tak faham kenapa jadi macam tu. Tapi akak bilik besar tu penah je kemas-kemas situ. Katanya dapur ni pelik sikit sebab sinki problem, bila nak masak tu kena buka tingkap tapi seolah-olah tak ada yang buka tingkap. Aku pun pelik, aku tak penah masak situ. Macam mana boleh kotor-kotor selalu kat dapur tu tiap kali dah kemas dan cuci pun. Hmmm tak pela.

Hari berganting hari, bulan berganti bulan dan akhirnya aku buat keputusan nak masak lah, Asyik makan kat luar je.. So dengan masak, bawa bekal mungkin lebih jimat la memandangkan aku pun tengah plan nak kawen time tu. Jadi, boleh kata hari-hari aku akan masuk dapur masak. Barang-barang pun dah beli dan letak kat dapur semua. 

Semakin lama aku kat dapur, semakin rasa macam orang pandang je. Bukan takat dapur, aku dah mula rasa orang pandang kalau aku dekat ruang tamu.. Sehinggalah aku rasa aku nak masuk bilik je dan kunci pintu. Boleh tak? Lagipun, serius kehidupan kat rumah tu macam aku sorang je duduk situ sebab kedua housemate aku ni memang kerjanya balik malam setiap hari.

Hasil carian imej untuk kelibat hitam kurus
Gambar Contoh

Mimpi Pelik Dan Menyeramkan


Lama kelamaan aku rasa rumah ni sangat sunyi, gelap dan menakutkan biarpun setiap malam lampu ruang tamu terbuka. Alhamdulillah ada kawan tempat kerja aku nak bagi kucing, aku pun sangat happy dan berniat nak bela kucing la buat teman kat bilik. Anak kucing kecil yang ku beri nama Citam akhirnya duduk sebilik ngan aku. Seronok dan tak sunyi, asyik main kucing je. 

Tapi aku sedar, satu malam... Bila aku tutup lampu, kucing aku kelihatan takut sangat-sangat, miaw sana dan miow sini. Pelik aih. Aku pun pasang lampu tidur, dia diam. Hish kucing ni takut duduk dalam gelap agaknya.

Malam tersebut, aku termimpi ada lembaga baju putih ketawa suara serak menakutkan dan seolah-olah tak benarkan aku bangun dari situ. Aku nak bangun dari tidur pun macam susah sangat tak tahu kenapa. Sehingga bibir azan, zikir dan akhirnya aku tersedar dari mimpi. Jadi tak sedap hati bila mimpi macam tu.

Beberapa hari kemudian, aku termimpi ada 2 pocong di bahagian kaki ku sewaktu aku tidur.  Aku tak ada pilihan dan tak boleh bangun. Jadi terus tidur. Tak tahu mimpi ke apa dan aku anggap itu mimpi.


Kejadian Pelik Dan Menakutkan

Aku memberanikan diri, dengan mengamalkan membaca Al-Quran. Tapi dari sudut hati kecilku ini, sebenarnya aku seorang yang lemah semangat. Suatu malam, aku nak ke tandas. Aku ternampak bayang-bayang hitam di dapur seolah-olah ada kelibat berbentuk orang yang sangat kurus kering. Allahu. Tapi aku berharap mata aku silap tengok. Lantas aku terus ke tandas yang berada di sebelah dapur. 

Ketika sedang buang air kecil, aku terdengar bunyi barang-barang dari dapur. Bunyi macam ada orang tengah kemas dapur atau selerakkan dapur. Memang takut sangat, jangan harap aku nak ke dapur. Keluar dari tandas, aku berjalan pantas masuk ke bilik dengan dada yang berdegup kencang.

Pada malam itu, sukar untuk aku lelapkan mata tapi alhamdulillah dengan kucing tidur atas katil, rasa tenang sedikit akhirnya aku tertidur.  Ingatkan dapat tidur nyenyak, tiba-tiba aku tersedar, kucing ku mula miow sana dan miow sini, aku terkejut melihatnya dan terus kurung ke dalam sangkar kecilnya. Sangkar tu ada di sebelah pintu bilikku. 

Imej yang berkaitan
Gambar Contoh

Di dalam bilik tiba-tiba tingkap bergegar. Ya Allah betul ke apa aku lihat ni ya Allah. Seumur hidup ni aku lihat tingkap bergegar dan gerak, kemudian pintu bilik seolah-olah diketuk dan bergegar, bergerak seperti diketuk tapi tiada bunyi. Keadaan tu buat aku menangis sepuasnya di atas katil. Dan sekarang, aku rasa katil aku pun dah macam bergegar. Kenapa ni ya Allah. Bacaan Ayatul Kursi diulang-ulang sehingga perasaan dan gegaran tu terhenti.

Sempat aku menelefon tunangku ketika itu dan tak mampu cerita apa-apa. Kebetulan dia berada di Ampang waktu tu sebab ada kedai mamak ngan kawan, terus dia datang area rumah. Terkejut aku call suara menangis.

Takut nak cerita kat dia perkara ini takut dia tak percaya. Tapi akhirnya cerita juga. Dia suruh aku turun sekarang, nak ajak pergi lepak kat McD kalau takut duduk dalam bilik. Waktu itu 2.30 pagi. Esok nak kena kerja. Tapi aku rasa memang tak sanggup nak duduk bilik tu lepas apa yang terjadi tadi. Lantas aku pun keluar bilik.

Jumpa Ustaz, Ini Puncanya 

Hasil carian imej untuk colok cina dalam rumah
Gambar Contoh

Melihat ketakutanku, tunang ku mengajak untuk bercerita pada seorang ustaz. Dan akhirnya aku menceritakannya. Setelah dilihat sendiri oleh ustaz, katanya bilik yang aku tinggal tu dahulunya merupakan tempat pemujaan atau colok cina yang mereka bakar-bakar untuk sembahyang cina tu. Mungkin ada di dalam bilik aku. Tapi tak perlu takut sebab Allah ada. 

Dalam masa yang sama, aku ni mudah sangat diganggu oleh benda-benda ni katanya lagi. Tapi Alhamdulillah selepas aku dah renjis air bacaan di sekeliling dalam rumah dan bilik, rasa sedap hati sikit tiap kali dalam rumah n bilik tu. One more, kesilapan aku, aku selalu buka tingkap sedikit tiap malam dalam bilik untuk ambil angin. Sepatutnya kena tutup habis. Lagipun depan tingkap tu katil aku, tak baik kita tidur dalam keadaan tingkap buka sikit dan katil depan tingkap. Syaitan melihat.

Allahu. 

Sebenarnya banyak sangat perkara yang aku terlepas pandang dan aku tak tahu. Sejak tu, aku amalkan mandian bidara dan limau kasturi untuk buang segala aura negatif. Alhamdulillah semakin ok keadaan bilik dan rumah, tak pernah jadi hal yang pelik lagi.

Sebenarnya, tiap kali balik rumah tu aku terus masuk bilik. Sepatutnya kena terus basuh kaki dulu. Hal yang sekecil ini menjadi pelajaran dan iktibar buat aku.

Sodakallahal Adhzim.



Tiada ulasan: