Rina dan suami pernah ke Alive 3D Art Gallery, Port Dickson pada tahun lepas. Tapi tahun ini baru nak update pengalaman dan gambar-gambar sepanjang bercuti di sana dulu. Blog baru aktif tahun ini. Aduduh.
Ceritanya, kami pilih Port Dickson sebagai tempat percutian sempena anniversary 2019. Setibanya di Port Dickson dan belum sempat check in hotel (sampai awal sangat), kami pun singgah ke Alive 3D Art Gallery dahulu.
Alive 3D Art Gallery, Port Dickson ini adalah umpama muzium bagi gambar-gambar 3D Alive yang seakan-akan hidup. Nampak macam betul-betul real sebenarnya bila kita lihat atau bergambar di situ.
Oh ya, untuk masuk ke sini kena beli tiket. Tak ada free free okey. Tapi tidaklah semahal Zoo Negara tu.
Hanya RM 20 untuk dewasa dan RM 15 untuk kanak-kanak. Ia dibuka pada setiap hari jam 11 pagi sehingga 11 malam. Paling penting sekali, anda harus datang sini dengan batery fon atau kamera yang penuh untuk bergambar ya!
Aktiviti Menarik Dan Santai
Tak rugi berkunjung ke Alive 3D Art Gallery, Port Dickson ni sebab anda boleh lakukan aktiviti menarik dan santai bersama keluarga dan kawan-kawan. Sis datang dengan pasangan, almaklumlah anniberseri, mana leh bawa orang lain. kikiki.
Jadi, gambar-gambar di sepanjang Alive 3D Art Gallery, Port Dickson ini pun cuma ada kami berdua je tau. Jom sis sajikan anda dengan gambar-gambar sepanjang berada di sana. Memang seronok!
Alice and wonderland. Sis dahla peminat kartun ni. Naseb baik tak ada ratu kepala besar tuh!
Naik kereta lembu masuk ke dalam dingding. Wahh.
Dah macam naik gondola di Venice tauuu padahal kami naik kerusi ala-ala bot dan berada di hadapan dinding je.
Sotong sotonggg tolongg
Eleh, ye ye je tu.
Kesian, nak kena jadi santapan gorilla
Aduh, budak bertiga nieh!
Ok fine, kita ngaku..kita yang curi makanan tu, giraffe dan kawan-kawan jangan terkejut sangat ok.
It's Dinosour!
Ehem-ehem
Ini ke burung kenyalang?
Ini lukisan dinding tau. Bukan ATM betul. Nampak real sangat kan.
Banyak lagi tempat ambil gambar yang menarik. Tapi setakat itu sahaja yang dapat saya sajikan di sini. Kalau korang ke PD tu, jejalanlah ke Muzium Alive 3D. Memang best!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan