Muka Berminyak Sebelum Tidur, 9 Tips Perlu Buat - RINA KIFLI

Selasa, 28 Januari 2020

Muka Berminyak Sebelum Tidur, 9 Tips Perlu Buat

Pernah tak rasa muka berminyak setiap malam sebelum tidur? Kenapa ya tiap malam sebelum tidur je, muka berminyak? Ha itu tandanya korang tak basuh muka! Dah basuh, sabun dan cuci lagi, tapi beberapa minit kemudian, muka berminyak.

Tahukah anda, minyak wajah di rembeskan pada malam hari untuk mengeluarkan segala kotoran yang terperangkap dalam wajah pada siang hari? Pada waktu malam ketika kita tidur atau sebelum tidur lagi, pori-pori wajah akan terbuka dan mengeluarkan minyak wajah.

Ish betul ke ni? Takkan nak bohong pula. Betul lah!

Jadi, apa nak buat untuk elakkan muka berminyak pada malam hari? Seriusly memang tak selesa sangat bila muka berminyak ni, baru nak cantik-cantik depan suami, tiba-tiba muka berminyak pula. Takkan hari-hari nak pakai bedak sejuk pula kan, nanti selalu sangat suami tengok muka kita macam tepung gomak pulak. Alahaiiiii.


Face, Women, Girl, Portrait, Beauty, Beautiful, Skin

Bagi mengatasi masalah muka berminyak sebelum tidur atau pada malam hari, jom ikuti tips-tips di bawah:

#1  Pakai Pelembab Wajah


Pelembab wajah atau mosturizer sebenarnya elok dipakai pada malam hari sebelum tidur lagi.  Selain dapat melembabkan wajah anda, ia juga berfungsi menyejukkan kulit wajah supaya kulit tidak kering selalu. Apakah dengan pelembab, kotoran wajah terperangkap dan tidak keluar? Tidak, kotoran wajah akan keluar kerana ia proses diperlukan oleh wajah kita pada malam hari, cumanya keadaan wajah kita dengan memakai pelembab wajah akan lebih terlindung, lembab dan tidak kering, malah tidak kelihatan terlalu berminyak.


#2  Pakai Serum


Jika anda selalu amalkan memakai serum, pakai juga pada waktu sebelum tidur. Serum bertindak mencantikkan kulit wajah dan melindungi kulit anda daripada bakteria dan kotoran.  Kesannya juga amat bagus untuk kulit jika disapu sebelum tidur.

#3  Amalkan Minum Air Masak


Minum air masak pada malam hari sebelum tidur atau pada petang hari secara mencukupi adalah tips terbaik untuk atasi kulit muka berminyak. Malan, kulit akan lebih cantik, licin dan flawless lagi. Ermm. Nak kulit gebu! Kenalah minum sekurang-kurangnya 3 liter air masak sehari.


Girl, Beauty, Woman, Portrait, Emotion


#4  Pakai Masker Sebelum Tidur


Perasan tak, kenapa masker seeloknya dipakai pada malam hari? Ala, masker yang tutup muka dengan lapisan putih tu, pastu letak timun atas kelopak mata tu. Kenapa tak dipakai pada petang hari? Ok fine, sebab petang kita sibuk banyak kerja nak buat.

Tapi sebenarnya, ada kelebihan pakai masker pada malam hari iaitu semasa kita tidur, wajah atau muka kita ni akan terasa lebih ringan, tidak panas, sejuk dan selesa je tau. Tak terasa muka berminyak pun. Tak percaya, cuba buat!

#5  Timun Segar


Sebelum tidur, potong timun segar beberapa pieces dan kemudian, sapu atau tonyohkan di muka. Perghh sejuknya kulit muka, dengan cara ini, ia dapat mengelakkan muka berminyak ketika tidur. 


#6  Guna Blotting Paper (Kertas minyak)


Tahu tak kertas yang khas untuk lap minyak di kulit wajah tu? Selalu ada dijual di farmasi. Ha, mudah je. Tiap malam lepas dah basuh muka semua, jika terasa muka panas atau macam nak berminyak, lap muka guna kertas tu secara kerap. Lama kelamaat muka takkan berminyak lagi.

Faces, Blue, Art, Girl, Personal, Sky, Women, Dreams


#7  Masker Telur Putih


Gunakan telur putih sebagai masker wajah anda. Selepas beberapa minit, tarik dan buang bekas masker di wajah. Kemudian bilas wajah. Anda akan perasan bahawa muka takkan berminyak pada malam tersebut dan sebelum tidur.

#8  Jangan Makan Makanan Berminyak


Kena beringat selalu, jangan makan makanan berminyak kalau boleh seminggu tu jangan sentuh langsung. Sama ada keropok lekor, goreng pisang dan sebagainya. Tukar kepada roti, oat, pisang, buah dan lain lagi. Sebenarnya, kek is much more better than makanan yang berminyak tau! Itupun kalau korang nak jaga muka tak nak biar muka berminyak lagi especially tiap malam.

#9  Wap kan Wajah


Sebenarnya, tak perlu pun pergi ke spa semata-mata nak wap wajah. Boleh buat sendiri je kat rumah. Gunakan bekas atau mangkuk yang berisi air panas. Dan halakan wajah anda ke arah wap yang keluar dari mangkuk tersebut. Buatlah beberapa minit sikit sehingga anda rasa puas. Sebenarnya ini adalah cara treatment untuk kulit wajah tidak berminyak lagi dan juga treatment untuk mood anda juga.

Itulah dia tips atasi kulit muka berminyak yang boleh anda cuba. Semuanya tidak memakan kos yang banyak. Senang je kan! Nak cantik, kenalah rajin jaga kecantikan diri.

Tiada ulasan: