Habiskan Bayar Komitmen / Hutang Sebelum Umur 30 Tahun - RINA KIFLI

Rabu, 29 Januari 2020

Habiskan Bayar Komitmen / Hutang Sebelum Umur 30 Tahun

Ramai yang ada komitmen, boleh dikatakan semua manusia dewasa. Komitmen kereta, rumah, kad kredit, hutang sana, hutang sini dan macam-macam lagi. Beli penapis air bayar bulanan pun dikira komitmen. Untungnya suri rumah yang free tak ada apa-apa komitmen kan. Tak perlu bayar itu ini.

Kesilapan kita juga sebab tambah komitmen tapi apa boleh buat kan sebab kita memang perlukan komitmen tu. Contoh kereta. Kalau tak beli kereta dulu, kita memang tak ada kenderaan melainkan mak bapak atau kakak kita ada kereta lebih untuk kita guna. Itu logik. Tapi kalau kita ni baru mulakan life secara berdikari, perlu juga kereta tu. Tambah-tambah jika kita seorang yang bekerja di luar.

No worries. Ada komitment yang memang kita perlu dan tidak perlu. Tapi kalau sudah ada sesuatu komitmen tu, apa boleh buat. Kena bayar dan setelkanlah jawabnya.

Hasil carian imej untuk hutang


Komitmen Selalu Dibuat Sejak Mula Bekerja

Bila dah berumur baru kita sedar, kenapalah kita beli itu ini, susah nak bayar bulanan dan sebagainya. Jangan risau lagi, mari kita bertindak bijak. Rin tak nafikan pernah buat salah, tapi tak de lah salah sangat. Cuma terkilan je kenapalah tak bayar elok-elok ptptn dahulu waktu kerja. Boleh pulak aku honeymoon terlupa bayar waktu 3 tahun pertama kerja tu. 

Sekarang sudah tertunggak sikit. Jadi apabila tersilap langkah macam ni, jangan duduk diam lagi. Bertindak je sekarang walau apapun keadaannya. Mungkin silap sebab selama ni asyik fokus bayar kereta bagi advance lagi sebab nak setel awal, terlupa pula pasal ptptn. Aisehmen. 

Tapi nasib baik PTPTN dah sediakan consultant untuk membantu kita. Boleh wasap2 lagi minta pendapat dan penyelesaian. Rasa dihargai la juga sebagai pengguna ptptn ni.  So dari situ Rin dah berbincang dan buat tindakan bijak sebab taknak tersilap lagi.

Hasil carian imej untuk hutang

Selesaikan Masalah Tunggakan PTPTN

Jadi bagi mengatasi masalah bayaran PTPTN ini, bayar tunggakan guna akaun KWSP yang kedua. Kalau waktu bekerja dulu dah ada RM 25,000. 5K tu buat bayar PTPTN sahaja supaya cepat-cepat habis. Lepas tu pegawai PTPTN akan reschedule semula pembayaran kita tiap bulan, mungkin sebulan 150 je bayar selepas tu hanya 2 3 tahun insyallah dah boleh selesai.

Dan duit kereta Mazda pula hanya tinggal 2 tahun lagi, lepas tu i boleh honeymoon dan jimat banyak. Tpi apapun Alhamdulillah macam tak sangka sangat dah hampir 3 tahun lebih, rezeki kerja di rumah sebagai penulis dan bisnes owner masih lagi Allah cukupkan untuk membayar komitmen dan lain-lain lagi. Dulu rina tak pernah terfikir duit akan cukup kalau kerja duduk di rumah. Tapi boleh menyimpan berbanding dengan kerja makan gaji dulu.

Jadi impian rin adalah nak setel segala komitmen pada umur atau sebelum umur 30 tahun. Oh my god, 2 years to go ok! Macam mana pula dengan pembelian rumah, jangan risau bab tu. kehkehkeh. Dapat durian runtuh atau keuntungan simpanan pelaburan, kita beli cash je. Aamiin. Semoga berjaya. Ya Allah, tinggi betul cita-cita tu, tapi actually tak berharap sangat sebab dah syukur sangat dengan rumah yang sekarang ni. 

Apapun, azam terbesar untuk umur sebelum cecah 30 tahun adalah untuk habiskan bayar hutang atau komitmen, Yeah, oleh itu, rajin-rajinlah bayar lebih setiap bulan. HEHE.

Imej yang berkaitan


4 ulasan:

Mrs Pip berkata...

kak pip pun lepas jadi surirumah ni baru bijak sikit bab2 finance management ... haha, dulu time kerja tak pernah nak cari ilmu urus duit.
very alhamdulillah bila kita debt free kan.

Umi Nazrah berkata...

terima kasih atas info. alhamdulillah saya dah setel segala hutang tahun ni. perit nya nak habiskann 9 tahun hutang -_-

Sii Nurul berkata...

Sy pun tgah usaha utk habiskan tunggakan ptptn..

Rina Kifli berkata...

Alhamdulillah.. seronok bila abis bayar hutang ni..lega sangat2.. smoga kita smua free daripada hutang piutang..aamiin.